Tuesday, August 26, 2014

Set Kesihatan Anak Bijak Untuk Faris

 Testimonial Muhammad Faris Nabhan 

Assalamualaikum...dan Selamat Pagi semua...
Hari ni NuNa nak share testimonial my little hero, Faris sejak amalkan Omega Guard, Meal Shakes & Chewable Vitamin C! Dah 1 tahun lebih NuNa bagi dia ketiga-tiga suplemen nih...

NuNa tahu ramai yang tak setuju bagi anak-anak suplemen...tapi bagi NuNa, apa pun pendapat mereka, itu untuk anak mereka...NuNa tahu apa yang NuNa bagi pada anak NuNa! 

Faris ni jenis susah makan, mudah demam selsema...kalau selsema, memang susah sangat nak baik...pernah selsema sampai 6 bulan masa umur 5 tahun...dan disebabkan itu la, NuNa start bagi dia makan Omega Guard & Mealshakes.

NuNa happy sangat tengok Faris sekarang sebab dah 'makan' berbanding setahun yang lalu...

hehe...ya...dah makan! Sebelum nih, kadang-kadang sehari suntuk minum air jerk..susu pun jarang! Susu plak taknak susu bancuh, nak susu kotak dutch lady kids jaa...nasi? memang ke laut laa...jenoh ajak!

Tapi sekarang, NuNa tgk dia dah mahu makan. Walaupun makan nasi sekali ja sehari, tp setengah dari kuantiti nasi orang dewasa. Lepas 2 jam, makan roti plak...lepas tu makan biskut...ada saja benda yang nak dikunyah...walaupun dalam kuantiti yang sikit, tapi kerap..ok laa... Alhamdulillah, ada kesan jugak untuk dia selepas amalkan suplemen Shaklee 1 bulan pertama dulu...sampai sekarang dah tak susah hati dah bab makan dia...

Dia dulu jenis berisi tau...keluar dari perut pun dah 4.3kg! Umur 4 - 5thn, berat 16kg ja...tak bertambah-tambah...kurus sangat nampak! Klu orang yang tak pernah tengok dia sebelum ni, mungkin bagi diorg dia nampak ok, saiz normal...memang normal, tapi 'pengecutan badan' dia dari dlu memang banyak! Kadang-kadang nampak macam cengkung...rangka badan pun nampak! 

Tapi pipi dia dah ada isi sikit sekarang...ahaks! baru nampak comey kot, tapi yang penting, mahu makan!!!

Sekarang, Omega Guard & Mealshakes NuNa bagi selang-selang...Vitamin C memang Faris makan 3 biji sehari...suka sangat masam-masam gitu...tapi bagus untuk sistem imun dia...

Ok, sejak makan Omega, Vitamin C, Mealshakes setahun yang lalu, ketika umur 5 tahun...beberapa perbezaan kepada Faris pada pandangan mata NuNa sebagai seorang ibu... #shakleeefect 
  • Tak laa asyik main jaa...balik sekolah - tengok katun, main main main sampai masa tidoq...tapi selepas amalkan Omega, dengan izin Allah SWT, Faris dah pandai agihkan masa bermain & baca buku...NuNa tak suka paksa Faris sebab dia jenis suka bebai & memberontak dalam diam...tapi bila tengok dia dah ada masa main, ada masa belajar mengeja, rasa macam seronok plak...
  • Dah pandai membaca masa umur 5 tahun...mana taknya, naik keta nak p kedai pun bawak buku baca dalam keta...dan umur 5 tahun Faris dah pandai baca komik...
  • Seorang yang cepat menghafal...mudah menghafal...rajin mengulangkaji...dan baru-baru ni dia Juara untuk pertandingan Khutbah peringkat Parlimen Kuala Kedah...tapi saguhati je la masa peringkat Negeri Kedah...tapi NuNa bangga sebab dia mampu menghafal teks khutbah dalam tempoh seminggu!
  • Bab makan ni, Alhamdulillah tak memilih sangat...yang penting bagi NuNa, dia mahu makan!
  • Masalah 'cacing' pun dah lama tak berlaku...dulu masa dia kurang selera makan tu, orang tua-tua kata sebab masalah 'cacing'...tapi takkan la cacing sampai umur 4-5 tahun kan...hehehe...
  • Belum masuk 6 tahun, tapi dah baca Al-Quran...walaupun tak sehebat anak orang lain, tapi NuNa berbangga dengan Faris!
NuNa tak nafikan, NuNa jugak terapkan makanan sunnah macam kurma & kismis untuk Faris. Kalau lapar & minta nasi yang belum siap masak, Faris akan makan kurma & kismis dulu...cepat kenyang katanya... tapi susah nak bagi kismis ikut kiraan 7bj, 21bj tu...Faris kata, tak payah kira...makan ja banyak mana nak makan...kalau kira lambat laa..sikit sangat la..tak cukup laa...so ikut suka laa anak ooii...

Sejak Faris dok makan vitamin ni, ibu takleh jadi pelupa sikit pun depan dia... kalau lupa sikit.. "Ibu p makan Omega nuh...asyik lupa saja..."
ewah ewah...ibu bukan lupa...tapi kadang-kadang blur...hikhikhik


Ni masa jadi Juara Khutbah Peringkat Parlimen Kuala Kedah 2014
Pelaburan untuk anak, insya Allah tak akan rugi... kesihatan & perkembangan minda mereka pada hari ini, amat penting untuk hadapi masa hadapan!

Harapnya, impian NuNa dan suami agar Faris menjadi seorang tahfiz tercapai...Semoga Allah permudahkan usaha & memberi peluang itu kepada kami...amin.

Sapa yang berminat nak tingkatkan perkembangan minda anak-anak anda sekaligus kesihatan tubuh badan mereka, boleh la cuba set ni yaa...

Istimewa untuk mereka yang istimewa...

PM / SMS / WhatsApp 013-4309343 (Nadia)

#shakleeeffectoog bersama blog Kak Norita yang manis >>  http://www.anakkuwiraku.com/2014/08/shaklee-effect-omega-guard-shaklee.html

No comments: