Monday, May 26, 2014

Insulin Semulajadi Tubuh

Makanan Penawar Yang Meningkatkan Pembebasan Insulin Semulajadi

Sumber: Ensiklopedia Makanan - Penawar Semulajadi

KENCING MANIS terjadi apabila sel dalam pancreas (dikenali sebagai Kepulauan Langerhans) gagal untuk menghasilkan hormone insulin. Pancreas adalah organ atau kelenjar yang panjang & besar yang terletak di belakang bahagian bawah perut.

Kekurangan insulin bermakna tubuh tidak berupaya untuk mematabolismakan karbohidrat (gula & kanji). Gula @ glukos kini terkumpul dalam darah sehinggalah ia melimpah masuk ke dalam air kencing. Kehilangan berterusan karbohidrat yang penting ini akan mendedahkan kepada symptom kencing manis. Ini termasuklah rasa kehausan, kelaparan & pembuangan air kencing yang terlalu kerap. Berat badan turun dengan cara terus walaupun pengambilan makanan meningkat. Tubuh menjadi lemah, masalah kulit adalah lazim, penglihatan menjadi kabur & kaki akan terasa kejang. Kencing manis bertambah teruk jika diabaikan kerana tahap glukos dalam darah mula tidak menentu.

Pancreas ~ organ @ kelenjar yang panjang & besar yang terletak di belakang bahagian bawah perut

Kenali Pancreas dan kedudukan Pulau Langerhans

Pancreas & perincian Pulau Langerhans

Insulin Sintetik Boleh Menyebabkan Reaksi

Insulin yang disyorkan oleh doctor dikatakan dapat menyediakan apa yang pancreas tidak mampu hasilkan dalam kuantiti yang mencukupi. Tetapi ia mungkin mempunyai kesan yang sebaliknya pula. Kejutan insulin mungkin disebabkan oleh terlalu banyaknya insulin bagi membuang kadar kandungan gula yang terlalu banyak pada satu-satu masa. Muka yang membengkak & gangguan penglihatan adalah dua kesan sampingan yang biasa terjadi disebabkan oleh insulin sintetik. Namun tubuh kita memerlukan insulin yang mencukupi untuk membantu menguraikan gula & kanji. Pancreas yang lesu perlu dikejutkan & diaktifkan semula supaya ia dapat menjalankan tugas pembebasan yang mencukupi bagi menanggung karbonat ini.

Ragi : Makanan Penawar Untuk Pankreas Yang Malas

Untuk membantu tubuh anda mengendalikan gula, untuk menyubur & mengaktifkan pancreas anda yang malas, jadi ia membebaskan kandungan insulin yang normal, satu elemen yang diperlukan – KROMIUM.  Elemen surih ini (mineral/galian) bertindak sebagai pengecas di mana ia memasuki Kepulauan Langerhans yang mudah rosak. Ia terdapat di sekitar pancreas & mengaktif serta mengejutkannya supaya membebaskan lebih banyak insulin.

Kromium dijumpai dalam bentuk yang pekat dalam makanan penawar dikenali sebagai ragi. Makanan penawar ini mengandungi sel pokok yis yang dikeringkan & dikecutkan. Ia adalah komposit yang cukup berkuasa yang mengandungi kepekatan nutrient yang tinggi terutama kromium. Ia tidak mengandungi gula, lemak & kanji; membuatkan ia sangat bermanfaat kepada pesakit kencing manis yang memerhatikan karbohidratnya. Kromium dalam ragi berkecenderungan untuk melaraskan mekanisme Kepulauan Langerhans dalam pancreas, menyebabkan rembesan insulin semulajadi terkawal & mngikut masa.

Insulin tidak boleh berfungsi tanpa kromium, di mana ia merupakan galian penting yang diperlkan oleh pancreas. Apabila dibekalkan dengan kandungan kromium yang pekat melalui ragi, pancreas berupaya untuk berfungsi dengan lebih sempurna dalam menjalankan tugasnya membebaskan insulin yang mencukupi. Tahap glukos dalam darah berkecenderungan untuk meningkat bersama dengan kromium, kerana kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengekalkan keseimbangan yang sihat. Kromium diikat dalam bentuk organic dalam bentuk ketahan glukos & dengan demikian membantu melaraskan pembebasan insulin serta penggunaannya.

Teknik Berkuasa Yang Mengaktifkan Pancreas

Untuk meningkatkan penghasilan insulin oleh pancreas yang lesu, suburkan ia dengan kromium. Cubalah teknik ini >>
~ Dalam segelas jus tomato, tambah 2 sudu besar ragi (dari kedai kesihatan @ farmasi) dan kacau/kisar.
~ Minum segelas pada waktu pagi, segelas tengahari & segelas petang.
~ Pelbagaikan jus sayuran seperti kobis, saleri, salad atau sebagainya untuk rasa yang lazat.

Kromium daripada ragi akan dibebaskan dalam aliran darah di mana ia berupaya untuk memasuki Kepulauan Langerhans yang terikat pada komponen insulin & mempercepatkan hormone kepada semua bahagian tubuh yang mana akan mencernakan gula dan kanji. Ragi adalah sumber kromium yang pekat.

Makanan penawar / sumber lain untuk Kromium termasuklah hati, daging lembu, roti bijirin sepenuhnya, lobak manis. Makanan ini perlu diambil dalam kuantiti yang besar untuk mendapatkan kandungan kromium yang mencukupi. Oleh itu, adalah lebih berkesan untuk menggunakan ragi yang mana ia mempercepatkan kuasa dinamik pada kromium kepada pancreas bagi mengejutkan ia dalam membebaskan insulin yang diperlukan bagi jangkamasa yang singkat.

Mineral Makanan Penawar Yang Mengaktifkan Pankreas

MANGAN adalah elemen atau unsur surih yang seringkali menentukan samada pancreas membebaskan insulin yang mencukupi atau tidak. Mineral ini amat berkuasa di mana ia mempengaruhi matabolisme dan mempengaruhi proses penguraian glukos agar dapat membebaskan insulin yang mencukupi untuk menggunakan karbohidrat yang berlebihan.

Mangan diperlukan untuk sintesis asetilkolin, yang mana ianya adalah penghantar saraf yang memulakan tindakan pancreas supaya insulin melimpah untuk bertahan dengan metabolism karbohidrat.

Sumber: sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin sepenuhnya, ragi, herba seperti cengkih, halia & cordomom. Juga boleh didapati dalam bentuk makanan tambahan.

Kejutkan pancreas anda yang tidur dengan mengambil makanan penawar ini supaya dapat membantu tubuh menggunakan karbohidrat dengan sebaiknya untuk melindunginya terhadap kekurangan insulin.

Hasil pembacaan NuNa, dapat disimpulkan bahawa diabetes ni bukanlah satu penyakit kekal. Ia boleh diperbaiki dengan mengaktifkan semula pancreas kita. Amalkan makanan kesihatan / penawar yang bersesuaian & amalkan gaya hidup sihat.

Monday, May 19, 2014

Gejala KENCING MANIS

Selepas berkenalan dengan Kencing Manis a.k.a Diabetes (nama glamer beliau), entry ni NuNa nak kongsi gejala / peringkat perkembangan beliau di dalam tubuh badan kita. 

Untuk anda yang belum kenal dengan beliau, jemput laaa berkenalan dengan beliau di sini >> Encik Kencing Manis

Bagi yang dah kenal, jom cari beliau di dalam tubuh kita...kot-kot dah melampaui batas 'menyetubuhi' diri anda tanpa anda sedar! ouch! hahaha...

Peringkat - peringkat Perkembangan Kencing Manis yang Sungguh Menyedihkan!

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap
Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga
Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.

Peringkat Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk
Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.

Peringkat Ke-4: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama
Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.

Peringkat Ke-5: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas
Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.

Peringkat Ke-6: Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.
Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.

Peringkat Ke-7: Gangrene Bernanah Mulu Muncul di Hujung Jari Kaki
Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat...

Peringkat Ke-8: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah!
Jangkitan bakteria yang tidak terkawal, penyelesaian (sementara) adalah... Potong! Mula-mula potong tapak kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha

Peringkat Ke-9: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur
Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau... Buta!

Peringkat Ke-10: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

Peringkat Terakhir?
Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis berakhir... Sungguh menyedihkan! :(


Hmmm...next entry, makanan penawar okeyh!

Thanks to Dr Azizah atas perkongsian info hebat ni!

:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Sunday, May 18, 2014

Berkenalan Dengan KENCING MANIS

Assalamualaikum...halluuu........

Jom NuNa perkenalkan korang suma dengan penyakit pembunuh rakyat Malaysia - Kencing Manis !!!

Sebuah perkenalan yang bukan untuk disalahertikan...bukan untuk perdayakan anda supaya menjadi mangsa dari persahabatan ini...persahabatan yang meletakkan kita sebagai sahabat yang sentiasa memahami tetapi lebih berjaga-jaga, berhati-hati & tidak mudah mempercayai walaupun Kencing Manis adalah sang pencinta setia!

Eeewah...intro tak boleh blah! Cheq bukan orang sastera...tapi suka mereka-reka untuk suka-suka...jom kita mulakan sesi perkenalan kita bersama... En Kencing Manis @ nama glamer beliau Diabetes...

Apa Itu Kencing Manis (Diabetes Mellitus)
Suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin.
INSULIN: suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot, juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak ia menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Diabetes Dikelaskan Kepada 2:

DIABETES PRIMER
~ Jenis I iaitu Insulin Dependent Diabetes Mellitus ( IDDM ) @ Diabetes di  awal remaja
  • Dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.
  • Penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.
  • Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah
  • Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada 65 tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini
  • Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.


~ Jenis II iaitu Non-Insulin Diabetes Mellitus (NIDDM)
  • 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini.
  • Pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi.
  • Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun.
  • Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk
  • Pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing manis Jenis II.
  • Kencing manis Jenis II adalah disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.
  • Boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

RINTANGAN INSULIN - Satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.    
  Selepas kita makan, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan apabila badan mengesan peningkatan ini,   ia akan mengarah pankreas untuk merembeskan lebih banyak insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang datang tiba-tiba ini ke dalam sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos dalam bentuk lemak.
            
 ♦ Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang  telah dirosakkan dan ini menyebabkan reseptor insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing Manis... Jenis 2!

DIABETES SEKUNDER
- Disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin.
- Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat.
- Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.

Simptom / Gejala
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
  • Kerap membuang air kencing
  • Sentiasa berasa dahaga
  • Selera makan meningkat
  • Letih
  • Hilang berat badan
  • Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur

~ Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Ok...ini biodata beliau secara kasar...sekadar untuk mengenali beliau. Nanti next entry NuNa perincikan tentang peringkat-peringkat perkembangan kencing manis ni...tak kenal maka tak tahu yaaa...dah kenal & tahu ni, fikir-fikir kan lah nak bercinta ke tidok yerk! Eh...takdak gambaq la plak kan...mmm...nanti lah!

Terima kasih Dr Azizah sebab perkenalkan beliau kepada NuNa...

:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Monday, May 12, 2014

Set Bajet Shaklee VS Set Lengkap Shaklee

Set Budget Shaklee bolehlah dianggap set pengenalan kepada pelanggan yang mempunyai budget yang agak terhad atau prospect yang belum begitu yakin untuk mengeluarkan wang yang agak besar untuk suplemen.

Sedikit kekurangannya ialah ianya lebih bersifat memperbaiki symptom; tetapi tetap lebih baik dari tidak mengambil langsung, sebab shaklee 100% semulajadi dan selamat, berkesan dan mesra alam sekitar, antara slogan Shaklee.

Contoh set bajet (walaupun contoh, ia sebahagian daripada promosi yaa...)
Walau bagaimanapun, NuNa tak nafikan penggunaan set bajet sahaja pun mampu memberi keberkesanan yang luar biasa. Contohnya;
~ penggunaan set bajet menyusu ESP + Alfalfa saja mampu untuk buat stok susu berbulan-bulan; tetapi tidak membekalkan vitamin yang lengkap utk kesihatan ibu & bayi
~ penggunaan set kulit Vitamin C + Vitamin E mampu mengurangkan masalah jerawat & jeragat; tetapi tidak meningkatkan taraf kesihatan dari puncanya.

Ini set lengkap untuk kesihatan kulit yang basic tapi bukan bajet yaa...untuk tingkatkan kesihatan kulit biasa-biasa...
Tapi, itulah….lebih baik dari tidak ambil langsung kan….

Cuma saranan saya, untuk menjadikan hasil yang lebih maksima, ESP kena ada sebab baiki sel-sel keseluruhan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sel yang sihat akan menghasilkan penyerapan vitamin lebih baik. Kesimpulannya, ESP membantu penyerapan vitamin yang lebih baik.

Kedua, sel dah sihat, kita jaga dengan beri makan dia dengan segala vitamin wajib dari hujung rambut sampai hujung kaki iaitu Vita -Lea.

At least dengan tambahan ESP dan Vita-Lea, kita dah memperbaiki masalah kesihatan kita diperingkat puncanya.

Yang ni plak skin care booster set! Contoh la yaa...set bajet & set lengkap...pemilihan bergantung kepada tahap kesihatan & bajet kewangan
Yang ni plak set bajet sampai set lengkap untuk tujuan penyusuan. Bergantung kepada bajet kewangan & keperluan tubuh.
Sekadar berkongsi pandangan yaaa… Shaklee ada macam-macam produk lagi, dan setiap produk pula ada manfaatnya yang tersendiri, kalau NuNa cerita satu-satu, nanti tentu rasa nak makan semua…heheh


Sebab tu Dr Forest C Shaklee tak jual produk Shaklee di farmasi kecuali di Singapura, supaya pengguna shaklee mampu makan semuanya, dengan menyertai keluarga besar shaklee, just consume and share…senang tak senang, susah pun tak susah…

Kalau nak tahu vitamin apa yang sesuai untuk anda mengikut bajet & keperluan tubuh anda, NuNa akan bantu. Just do contact me! Kat FB Nurul Nadia Hazizan @ Kat FB Page Your Healthy Steps @ sms/whatsapp 013-4309343.

Sunday, May 11, 2014

Meal Shakes - Minuman Nutrisi Lengkap!

Khasiat Makanan Seimbang dari Meal Shakes Shaklee Yang Lazat!

Disebabkan kesibukan kerjaya dan sebagainya kebanyakan ibu bapa hari ini lebih cenderung memberi kepada anak-anak makanan segera kerana mudah, sedap dan digemari ahli keluarga.

Mampukah makanan segera memberikan khasiat makanan lengkap berkhasiat?

Sayangi keluarga anda dengan mengambil tahu kesan buruk dari segi kesihatan yang bakal diterima akibat amalan pemakanan yang tidak betul, iaitu sekadar sedap & kenyang sahaja. Tambahkan Meal Shakes Shaklee dalam sajian makanan anda sebagai jaminan zat yang diperlukan sistem tubuh kita.

Melihat kepada Piramid Makanan Seimbang, memang sangat sukar untuk kita sebagai ibu bapa hari ini untuk memenuhinya. Tambahan bekalan mentah yang telah kita terima bukan lagi segar tetapi nampak segar kerana bahan kimia/ pengawet. Manakala kepanasan ketika memasak juga merosakkan banyak nutrien-nutrien penting, contoh telur apabila bertukar warna dari jernih kepada putih apabila masak, protinnya telah rosak, untuk mendapat khasiatnya adalah dengan memakannya mentah atau separuh masak.

Cara mudah dan selamat ialah dengan menambahkan Meal Shake Shaklee. Jangan cuba berjimat dalam hal kesihatan kerana healthy is wealthy!

Kenapa Meal Shake Shaklee?
Dr Forest C Shaklee, pengasas Shaklee Foundation, sejak dari seawal tahun 1915 telah dapat melihat bahawa di masa depan dalam kehidupan moden dan negara maju, maka tidak akan ada banyak lagi bekalan makanan segar, udara segar dan masa yang mencukupi untuk penyediaan makanan seimbang dan berkhasiat.

Tetapi sel-sel tubuh manusia tetap memerlukan nutrien-nutrien yang sama untuk menjalankan fungsi-fungsinya. Tambahan pula dengan kadar pencemaran yang bertambah keperluan nutrien tertentu turut bertambah atau keadaan penyakit akan bertambah.

Oleh itu, beliau telah mencipta berbagai bentuk dan pilihan supleman yang bersesuaian untuk setiap peringkat usia dan keperluan berlandaskan kajian sainsnya yang hebat dibantu barisan saintisnya yang terpilih (The Shaklee Difference).

Salah Satu Ciptaan Hebat Beliau Untuk Keperluan Kanak-kanak yang sedang Membesar, Orang Tua, Orang Yang Ingin Menguruskan Badan dan Orang-Orang Yang Sentiasa Sibuk iaitu Meal Shake Shaklee yang lazat dan berkhasiat lengkap.



Khasiat Meal Shake Shaklee
  • Nutrisi lengkap – mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral dan zat perlu yang lengkap dan seimbang bagi memastikan penyerapan ditahap maksima. Turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Mengandungi Protin (tidak mengandungi laktosa) membantu membaik-pulih dan pembinaan sel-sel dari hujung kaki ke hujung rambut.
  • Membantu Tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan olih tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti oksida - mengandungi vitamin ACE, zink, selenium yang merupakan ejen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan Seri Wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membantu sel-sel darah merah yang sihat sekali gus untuk wajah berseri dan kulit yang sekata.
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut yang membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari lemak dan usus.
  • Kelazatan Rasanya - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang perasa, perisa, pewarna tiruan dan gula tiruan.




Nota:  Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahan, Shaklee Energizing Soy Protein, atau apa jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati dalam air sejuk mahupun suam.

CUBA, RASA & KONGSI !!!

:: HP 013-4309343 (sms / whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page: Your Healthy Steps



Monday, May 5, 2014

Isu-Isu Pelik Dalam Mengamalkan Suplemen

Antara isu semasa yang NuNa nak share adalah tentang KEBERKESANAN SUPLEMEN tak kisah la dari produk SHAKLEE atau mana-mana produk suplemen kesihatan yang lain. Tapi sebagai pengguna, pengamal & pakar (cheewah!!!) dalam suplemen Shaklee, NuNa khususkan keberkesanan terhadap suplemen Shaklee laa...tapi hakikatnya, sama ja isu dengan produk lain...

Ada ramai orang yang dah merasai keberkesanan produk Shaklee tapi ramai juga yang tidak! Pelik kan?


--> makan produk ni susu tak banyak pun!
--> ambil set slimming tapi tak kurus!
--> ambil shaklee dah lama tapi belum pregnant lagi!
--> bacaan kencing manis sama je macam dulu!
--> jerawat makin teruk la lepas makan shaklee!
--> paras kolestrol tak turun pun!



Ini antara komen-komen yang telah diberikan. Dan ada antaranya NuNa alami sendiri. NuNa komen, merungut…tapi bila dah konsisten, mula menampakkan hasil! 


Haaa...perasan tak perkataan yang penting di situ??? KONSISTEN! hehehe....

Okey...

Sebenarnya begini...dalam apa-apa pun, Shaklee bukan penyelesaiannya. Sebab Shaklee adalah suplemen bukan ubat! Ia bergantung kepada diri anda sendiri!

1. Dalam penyusuan : 
--> Sangat penting anda memahami konsep demand vs supply. Ibu perlu kosongkan payudara setiap 4 jam sekurang kurangnya (secara pam @ direct feed sekerap yang mungkin) untuk membolehkan lebih banyak susu dihasilkan.
--> Zikir & doa sangat PENTING! Sebab Allah itu pemberi rezeki…kita hanya berusaha.  
--> Ibu-ibu perlu berfikiran positif. Kena yakin bahwa susu anda cukup untuk bayi anda.
--> Perlu makan makanan yang berkhasiat
  • Suplemen hanya membantu anda untuk kekal cergas. Jika ibu-ibu mudah sakit, ia akan mempengaruhi emosi dan penyusuan bayi anda. Cadangan set menyusu --> ESP, VITALEA, B-COMPLEX, ALFALFA, VITAMIN C, OSTEMATRIX

2. Untuk kurus
--> Hidrasi sangat penting bagi menggalakkan pembakaran lemak. Disarankan untuk minum 2-3 liter sehari.
--> Senaman yang konsisten sangat membantu untuk membakar kalori dan lemak - lemak dalam badan.
  • Suplemen hanya membantu anda untuk membakar lemak dari dalam, menyah-toksin serta membina otot. Namun, jika anda mengabaikan senaman dan tidak mengurangkan makanan berlemak, ia adalah sia - sia sahaja. Cadangan untuk set kurus : CINCH SHAKE MIX, CINCH ENERGY TEA MIX, LECITHIN, HERB-LAX
  • Suka untuk NuNa sarankan kepada pengguna suplemen baik Shaklee mahupun produk brand lain, kalau anda sukar untuk mencukupkan pengambilan air, cuba amalkan PERFORMANCE DRINK iaitu minuman isotonik yang membantu mengekalkan bendalir dalam badan & kurangkan kekeringan / terhidrat.

3. Kesuburan
--> Anda (suami dan isteri) harus mengetahui waktu subur. Anda perlu peka kitaran haid anda. Jika kitaran haid anda 28 hari setiap bulan, maka waktu subur anda adalah pada hari ke 14-17. Setiap orang tak sama yerk...agak-agak macam susah @ tak tahu nak kira...download la My Calendar dalam handphone anda..set semua di situ...hari kesuburan akan ditanda kalau data yang anda masukkan tepat...insya Allah membantu.
--> Fahami bagaimana kehamilan boleh terjadi
--> Doa & zikir PENTING kerana ia berkaitan dengan rezeki dari yang maha Esa.
--> Mesti berfikiran positif dan mengawal stress. 
  • Suplemen membantu untuk mengawal atur kitaran haid, tingkatkan tenaga, tingkatkan kesuburan suami isteri, anti stress, tingkatkan kesihatan pasangan. Cadangan untuk set kesuburan : VITALEA, B-COMPLEX, ESP, VITAMIN C, GLA, ALFALFA (untuk isteri). VITAMIN E, ZINC, CO-QHEALTH10 (untuk suami).

3. Penyakit kronik
--> Kencing manis : Perlu kawal pemakanan anda. Senaman secara konsisten dapat membakar lemak dan akan menyebabkan insulin dalam badan lebih peka dan aktif. Ubat dari doktor jangan sesekali abaikan.
--> Darah tinggi : Elakkan makan makanan yang masin. Perlu kawal stress kerana stress boleh menyebabkan tekanan darah pada pembuluh darah meningkat. Aktiviti riadah sangat membantu untuk mengurangkan stress. Ubat ubatan dari doktor mesti diambil dan tidak berhenti tanpa nasihat doktor. 
  • Kencing Manis - Suplemen membantu tingkatkan kesihatan dari dalam, mencukupkan nutrien untuk membantu menukarkan karbohidrat, gula kepada tenaga, tingkatkan penghasilan insulin. Cadangan set untuk kencing manis : VIVIX, GLA, ZINC, VITALEA.
  • Darah Tinggi - Suplemen membantu melancarkan peredaran darah serta mengawal tekanan darah. Cadangan set untuk darah tinggi GARLIC, VIVIX, OMEGA GUARD, LECITHIN.



4. Jerawat
--> Di awal pengambilan vitamin Shaklee, sesetengah orang akan mengalami HEALING CRISIS di mana jerawat semakin banyak. Jangan risau kerana ia adalah proses yang normal untuk nyah-toksin dari tubuh anda. Anda perlu terus memakannya secara KONSISTEN.
--> Penjagaan kulit juga penting. Anda perlu menanggalkan make up sebelum tidur. Gunakan air suam untuk mencuci muka.
--> Makanan yang berminyak juga perlu dikurangkan.

Ini sebahagian contoh yaa...ramai yang ambil suplemen tapi mengharapkan keberkesanan seperti ubat...makan terus baik...ubat untuk menahan sakit yaa...tapi suplemen bantu tingkatkan kesihatan dari dalam untuk jangkamasa yang panjang, sebagai salah satu usaha untuk mencegah daripada menghadapi masalah kesihatan yang diluar jangkaan!

Keberkesanan juga bergantung sejauhmana anda KONSISTEN mengamalkannya. Sama jugak dengan berdoa...kalau berdoa 'jarang-jarang', takkan la hasilnya cepat kan??? Macam tak bersungguh jerk...usaha yang tak bersungguh tak dilayan okeyh!


Okeyh...sebelum NuNa melalut lebih tinggi ~ Jika anda ingin mendapatkan lebih tips dan info-info kesihatan dan cara pemakanan vitamin yang tepat, anda boleh dapatkan dari NuNa selepas setiap kali anda membuat pembelian produk Shaklee dari NuNa!


CUBA, RASA & KONGSI !!!

:: HP 013-4309343 (sms / whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps