Thursday, January 30, 2014

Set Kesihatan Sendi / Joint Health Set

~Joint Health Set~ Suggest by SHAKLEE

"Pendekatan secara semulajadi untuk kekal aktif" 


Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Walau apa sekalipun puncanya, ia ternyata membebankan. Apabila kita mula menderitainya, cuma satu persoalan yang bermain difikiran iaitu mencari cara untuk melegakan.

Shaklee menawarkan Set Joint Health bagi kesihatan sendi optimum.

Kebaikan:-
  • Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat
  • Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi


OMEGA GUARD

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

OSTEMATRIX

Set terbaik untuk kesihatan tulang sendi & rawan!!!


:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Wednesday, January 29, 2014

Anda Gastrik???

Apa itu Gastrik
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Bagaimana Gastrik Terjadi
Secara mudahnya, perut kita ni umpama kipas tangan, berlipat-lipat..sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat-lipat dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Di sinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut untuk bantu pencernaan dan antara asid yang dirembeskan ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.

Punca Lain Terjadinya Gastrik
  • Minum arak (arak ni bersifat asid) 
  • Perokok 
  • Makan dengan berlebihan 
  • Makan makanan yang terlalu pedas 
  • Sering guna ubat penahan sakit (pain killer) 
  • Jangkitan 
  • Diet tak seimbang (Skipping meals) 
  • Stress
Symptom Pesakit Gastrik 
  • Tiada selera makan 
  • Upset Stomach - tidak hadam dengan baik 
  • Perut memulas - bila makan bertambah sakit 
  • Muntah-rasa loya 
  • Cirit birit - najis berwarna hitam 
  • Lemah, demam 
  • Kembung perut-sakit dada 
  • Pedih ulu hati

Cara Merawat dan Menangani Gastrik
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:
  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol 
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit 
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur 
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap 
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam 
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat) 
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
  • Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik 


1) Energizing Soy Protein - ESP
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
Atasi Gastrik dengan ESP
2) Ostematrix 
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut / esophagus & menyebabkan pedih ulu hati.

3) B Complex
B complex Shaklee bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. B-complex juga melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.

Atasi Gastrik dengan B-Complex + Ostematrix

4) Peppermint Ginger Plus
Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

5) Alfalfa Complex
Alfalfa Complex membantu menuetralkan asid dalam badan, membantu masalah percernaan & penghadaman. Pil Alfalfa + Peppermint Ginger Plus sesuai dilarutkan dalam air panas & dijadikan minuman herba. Membantu membuang angin di dalam badan.

Atasi Gastrik dengan ESP + Alfalfa Complex + Peppermint Ginger Plus

Berlainan sifat pula dengan penggunaan pain killer yang hanya BERSIFAT MENGHILANGKAN SEMENTARA RASA SAKIT GASTRIK. Lagipun Pain killer bukan menyembuhkan penyakit malah membuatkan kita terlalu bergantung kepada pain killer dan dosnya juga makin bertambah bila sakit kerap menyerang. Jadi anda tak perlukan pain killer lagi jika anda mula mengamalkan suplemen semulajadi. Selain untuk masalah Gastrik, penggunaan suplemen juga memberi kelebihan tambahan untuk penjagaan kesihatan lain tubuh badan.

Kepakaran NuNa adalah membantu orang lain menambah nilai hidup sebuah kesihatan yerk...so, feel free to contact Nuna...
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page: Your Healthy Steps 

Monday, January 27, 2014

~ Vitamin B - Fungsi, Punca Kemusnahan & Kesan Kekurangan ~

Vitamin B yang kompleks mengandungi kandungan 8 jenis vitamin B seperti berikut:-
  1. Tiamin (Vitamin B1)- menolong memelihara kesihatan badan- membantu di dalam tumbesaran yang normal- membantu badan dalam metabolisme karbohidrat- diperlukan untuk bebaskan tenaga daripada karbohidrat
  2. Riboflavin (Vitamin B2)- memelihara kesihatan badan-membantu badan menggunakan tenaga daripada makanan/memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat- penting untuk kehamilan dan penyusuan apabila pengambilan harian makanan tidak mencukupi
  3. Niasin (Vitamin B3)- memelihara badan yang sihat- membantu tumbesaran dan perkembangan yang normal- menolong badan dalam penggunaan tenaga daripada makanan- diperlukan untuk bebaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat
  4. Piridoksin (Vitamin B6)- membantu dalam pemeliharaan kesihatan badan- menolong badan dalam metabolisme protein, lemak dan karbohidrat
  5. Sianokobalamin (B12)- membantu memeliharan kesihatan badan- membantu dalam pembentukan sel darah merah- diperlukan untuk penghasilan sel darah merah
  6. Asid folik- membantu di dalam pembentukan sel darah merah- membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk mengandung sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan dos 400mikrogram diperlukan sehari- perlu untuk tumbesaran dan pembahagian sel-sel
  7. Biotin- membantu dalam pemeliharaan badan yang sihat- membantu badan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat
  8. Asid folik - iaitu sejenis vitamin B yang penting, tidak dapat diserap dengan mudah namun Shaklee telah menghasilkan suatu selapur asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan. Teknologi berpaten ini adalah eksklusif bagi Shaklee.

Fungsi B-Complex:-
  • 'B' for beauty....wah wah...true beauty radiates from within
  • Membantu dalam pengeluaran/penghasilan tenaga
  • Membantu mematabolismakan karbohidrat, lemak & protein
  • Anti-stress - sebagai penenang
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
  • Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak & kecacatan saraf tunjang
  • Asid Folik, B6 & B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
  • Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission)
  • B12 (mecobalamin) bantu mencegh & menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak - kompliksi biasa bagi mereka yang menghidap diabetes

Punca Kemusnahan/Kekurangan B-Complex:-
  • Jenis larut air - perlu sentiasa diganti
  • Boleh musnah oleh matahari/haba - proses memasak
  • Makan makanan banyak kandungan gula sepeti satu botol coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan coca-cola ke bentuk tenaga. - kalau tak dikeluarkan gula yang berlebihan tu, apa jadi agaknya yeaaa....
  • Alkohol boleh memusnahkan simpanan vitamin B
  • Stress - tekanan mental & fizikal memusnahkan vitamin B
  • Penggunaan antibiotik, pil penenang, pil tidur & racun serangga memusnahkan vitamin B
  • Pil perancang meningkatkan keperluan vitamin B

Kesan Kekurangan Vitamin B-Complex:-
  • Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
  • Kegelisahan, gangguan tidur
  • Beriberi - sejenis penyakit 'metabolic disorder' dengan gejala seperti bengkak buku lali & kaki; kebas tangan & kaki; kesakitan & kegagalan jantung
  • Sakit pada bahagian abdomen
  • Sembelit
  • Gangguan mental @ emosi
  • Pecah-pecah & sakit pada mulut & hidung

Siapa sebenarnya yang perlu B-Complex?
Semua individu perlukan Vitamin B terutama mereka yang:-
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat fokus dalam pekerjaan yang dilakukan
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

** Perasan tak, ibu mengandung yang membuat pemeriksaan di klinik kesihatan kan dibekalkan Vitamin B dan asid folik dalam tablet yang berlainan? Tapi ramai yang tak tau Kandungan vitamin B yang dibekalkan oleh KK (Klinik Kesihatan) sebenarnya tidak mencakupi 8 kumpuln B yang utama,,,kiranya tak ‘complex’ la kan...huhu...tp, kita dapat subsidi secara PERCUMA pun dah cukup baik kan drpd tak dapat langsung khasiat vitamin B kan... Alhamdulillah...
Ibu mengandung yang ada diabetes, elakkan dari skip amik vitamin B ya....sbb ia membantu menukarkan gula kpd tenaga. ^_^

Testimonial dr Anakku Wiraku - ada customer hantar check vitamin yang dibekalkan dari KK, kandungan vitamin B adalah B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niacin). Asid Folik diberi asing. Maknanya kekurangan B5 (Panthothenic acid), B6 (pyridoxine), B7 (biotin) dan B12 (cyanocobalamin).

Credit to: hasil blog walking AnakkuWiraku & Rahsiavitamin

So...pastikan anda mendapatkan kumpulan Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan yang optimum...
** Pengambilan B-compleks akan menyebabkan urin menjadi kekuningan, sebagai indikasi bahawa badan memerlukan lebih banyak air; dan memekatkan warna susu badan. 

Nak cuba B-Complex Shaklee? Jom berdiskusi dengan NuNa untuk dapatkan suplemen mengikut keperluan & bajet...
:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: Your Healthy Steps

Flawless Beauty Set

~Flawless Beauty Set~ Suggest by SHAKLEE

"Untuk rasa yang lebih sihat, kulit lebih muda menawan"


Kolagen berfungsi bagi mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Kulit yang kerap terdedah kepada pancaran matahari ditambah dengn pencemaran sekeliling menyebabkan kolagen di dalam sel kulit menyusut dengan lebih cepat sebelum ia mampu dibina semula. Akibatnya, kehilangan kolagen menjadikan kulit kendur berkedut, kuku mudah patah dan rambut nipis tidak bermaya.

Shaklee menawarkan Set Flawless Beauty yang lengkap dengan nutrisi penting untuk menyerahkan kejelitaan anda.

Kebaikan:-
  • Membantu menghasilkan kolagen yang diperlukan bagi memelihara kesihatan kulit, tendon, ligamen dan salur darah.
  • Menggalakkkan kulit menjadi lebih tegang, anjal dan lembut
  • Menggalakkan rambut menjadi kuat, lebat dan bersinar.
  • Membantu mengekalkan kesihatan tulang rawan, tulang dan gigi.

SHAKLEE COLLAGEN POWDER

SUSTAINED RELEASE VITA-C

VIVIX

Nak flawless tak? Ada ka orang yang tak mau kelihatan cantik langsung? Sekurang-kurangnya kulit bersih kan...Bagi NuNa, mementingkan kecantikan selepas berkahwin @ untuk suami amat penting demi menjaga keharmonian rumahtangga…ewah ewah...

Nak cuba? Jom berdiskusi dengan NuNa untuk dapatkan suplemen mengikut keperluan & bajet...
:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: Your Healthy Steps

Mighty 3 Gems Set

~Wellnesst Set~ Suggest by SHAKLEE

"Sarapan yang sempurna untuk bertenaga sehari!"


Ramai tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan, anda mungkin:-
  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang
  • Kurang peka
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
  • Kandungan gula dalam darah yang rendah
  • Produktiviti kerja menurun


Shaklee menawarkan Set Mighty 3 Gems untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.

Kebaikan:-
  • Bertenaga sepanjang hari
  • Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
  • Memelihara kesihatan secara menyeluruh

ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER



MEAL SHAKES

PERFORMANCE

Set ini juga sesuai untuk mereka yang tidak sukakan pil @ tablet…menyediakan keperluan nutrient yang lengkap untuk kesihatan & tenaga sepanjang hari…

Nak cuba? Jom berdiskusi dengan NuNa untuk dapatkan suplemen mengikut keperluan & bajet...
:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: Your Healthy Steps

Friday, January 24, 2014

Perubatan Secara Islam (Al-Quran & Doa)

Assalamualaikum...
Okeyh...petang ni NuNa nak share tentang kaedah perubatan secara Islam menggunakan surah-surah di dalam Al-Quran & Doa...terus terang maklumkan yang perkongsian ni NuNa 'copy paste' ya...tapi mintak maaf banyak-banyak sebab NuNa tak ingat dari blog mana...NuNa pernah copy untuk simpanan dulu...lama dah...untuk kegunaan sendiri & keluarga... Hari ni, godek-godek pendrive, jumpa notes nih...so, NuNa nak kongsi dengan semua...sejauhmana kita menghadapi dunia moden, kita jangan lupa tentang ilmu & mukjizat dari Al-Quran itu sendiri...in syaa Allah, semoga memberi manfaat kepada semua...

Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadaNya.

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya:-

  • Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 & Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang) 
  • Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.
  • Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.
  • Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.
  • Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan seseorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.
  • Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.
  • Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.
  • Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' & Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.
  • Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit. 
  • Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

CARA PERUBATAN ISLAM SEBENAR - Tidak menggunakan hikmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan. Ia berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu:-

1. Amalan Bacaan Al-Quran
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT) 

3. Memperbanyakkan Zikir (Laila hail’lallah)


AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yang diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yang diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.

KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran! 

Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).



Sebagai contoh : 
  • Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran. 

  • Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

  • Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.
  • Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah. 
  • Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.


PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)- Ramai juga pesakit yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.

PEMBEDAHAN CARA BATIN– Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan bukan menggunakan pisau dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik. Contohnya ialah pembedahan untuk penyakit saluran darah yang tersumbat (blockage). Pembedahan ini dilakukan secara simbolik dan apabila pesakit itu mengamalkan ayat-ayat seperti di dalam Surah Al Israa', saluran darah yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala dan pesakit tak perlu membuat “by-pass operation”.

PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)- Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir dan racun santau). 

Sebagai contoh: 

  • Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat pendinding kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan. 

  • Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 28 hingga 44, ayat-ayat di dalam Surah Taha, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.
  • Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

PENYAKIT GANGGUAN MAKHLUK HALUS- Penyakit-penyakit gangguan selalunya disebabkan oleh kemasukan jin, syaitan atau iblis ke dalam tubuh badan manusia. Apabila jin memasuki ke dalam badan manusa, ia selalu nya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu ada sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosinya mereka terganggu, dan kadang-kadang “anxiety level” mereka sangat tinggi. Selalunya mereka rasa sakit di bahagian pinggang, tengkuk, bahu dan sendi-sendi. Bila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”. 

Apabila seseorang itu telah dimasuki jin atau makhluk halus, ia perlu terlebih dahulu dikeluarkan atau dimusnahkan (dengan izin Allah SWT). Keupayaan mengeluarkan atau memusnahkan jin, makhlus halus, racun sihir dan santau ini perlu dipelajari dan ia suatu keupayaan yang diberikan oleh Allah SWT. Apabila makhluk halus itu telah dikeluarkan atau dimusnahkan, ia disusuli dengan doa oleh pesakit dan amalan bacaan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Asy Syu'araa, Surah Arrad, Surah Taha, Surah Fussilat, dll.



GANGUAN SIHIR– Ada banyak jenis ganguan sihir. Sebagai contoh - ilmu hitam ialah sihir yang boleh melemahkan tenaga batin seseorang. Ramai pesangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan untuk meruntuhkan rumah-tangga mereka. Ramai ahli sihir menggunakan jin untuk mengawal pemikiran dan nafsu syahwat seseorang. Di sini jin itu akan merosakkan urat saraf di tulang belakang seseorang itu melemahkan tenaga batinnya dan juga mempengaruhi pemikiran dan emosi suami dan isteri supaya mereka tidak sehaluan. Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasokkan ke dalam badan sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan.

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA - Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-
  • Semasa Lailatul-Qadar.
  • Ketika hujan turun.
  • Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
  • Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
  • Di tengah malam.
  • Di antara azan dan iqamah.
  • Ketika sujud dalam solat.
  • Ketika iktidal akhir dalam solat.
  • Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
  • Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
  • Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
  • Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Alhamdulillah...moga bermanfaat untuk semua yaa...sudi-sudilah copy untuk simpanan & share dengan kawan-kawan yerk...boleh buat rujukan dengan ustaz @ ustazah @ dengan mereka yang lebih pakar...kalau ada yang salah, mohon maklumkan kepada NuNa agar dapat diperbetulkan... in syaa Allah, kalau dah jumpa sumber asal @ blog asal, NuNa akan share okeyh... wassalam....

Kebaikan ZINC

Ada 17 kebaikan Zinc yang perlu anda ketahui....

Sebelum itu, tahu tak bahawa Zinc merupakan vitamin yang diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim? Ia memainkan peranan penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. 

Okeyh, sekarang jom baca 17 kelebihan mineral Zinc...
  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik yang dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zinc memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: Mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut.
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam plan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Cukup tak 17 kelebihan?? Cuba kira balik...kira laa...tak cukup bgtau yerk...

Heheh...okeyh, kategori multipurpose kan? Zinc Complex adalah yang paling murah antara semua suplemen Shaklee..hmm…tak percaya?? Sila kemukakan soalan…kihkihkih…sebotol tahan 4 bulan tau...

okeyh, ini Zinc Complex Shaklee & sebahagaian kelebihan Zinc

Zinc ni salah satu suplemen yang NuNa ambik...untuk jerawat...muka NuNa memang jerawat banyak masa tu...so, memang redhalah kalau jerawat makin banyak bila amik suplemen.

Tapi, untuk pengalaman NuNa, zinc tak beri krisis pemulihan yang macam tu...tak menyebabkan jerawat keluar banyak...yang NuNa perasan, jerawat yang besar-besar dah berkurangan...dia keluar kecik-kecik jerk...kalau yang jenis bernanah tu, memang membantu laa...dah tak keluar jerawat nanah tu...dan luka jerawat pun cepat sembuh...dan sekarang, Alhamdulillah...takdak la nak keluar jerawat 1 hari 1 bijik kan,,,kalau nak keluar sangat pun, bila 'cukup bulan' jerk...tapi tak selalu laa...huhuhu...

Dan satu lagi......rambut dah tak gugur macam sebelum nih...masa ambik zinc dulu, tak tahu pun ia membantu untuk masalah keguguran rambut...bila dah study in detail tentang zinc, baru tau...patut la rambut dah tak banyak atas katil...kihkihkih

hokeyh...kelebihan dah cerita...pengalaman pun dah cerita...so...tamat dah untuk entry kali nih... ;)

Berminat nak cuba? Boleh contact NuNa k...murah jerk nih...
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page: Your Healthy Steps

Saturday, January 18, 2014

Kenali Multivitamin

Yeehaaa....jom kita huraikan sikit tentang MULTI-VITAMIN & MULTI-MINERAL...
Sikit??? Panjang jugak kot…time dok siapkan entry ni dalam M.Word, ada enam pages...sikit ka banyak? Hmm…boley laaa….maklumat / fakta ni takleh nak pendek2 kan...jadikan point ringkas2, nanti tak faham...nak bt by part pun macam tak patut jerk…

Ok, kita kenal vitamin, mineral & multivitamin

Vitamin - merupakan sebatian organik yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang sangat kecil (surih), juga dikenali sebagai ‘micronutrien’. Micronutrien ini berbeza dengan ‘macronutrien’ (Karbohidrat, Lemak dan Protein) yang bertanggungjawab kepada distribusi kalori. Benar, Micronutrien tidak membantu dalam distribusi kalori, atau bahasa mudahnya ‘kosong kalori’. Vitamin terbahagi kepada 2 jenis, iaitu vitamin larut lemak, dan vitamin larut air.

Mineral (Diet) – merupakan elemen kimia selain karbon, hidrogen, nitrogen dan oksigen yang terdapat dalam jadual berkala (Periodic Table) dan diperlukan oleh organisma hidup seperti manusia untuk terus hidup. Mineral, sama juga seperti vitamin, adalah merupakan kelompok elemen surih atau ‘micronutrien’, dan diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang sangat kecil.

Micronutrien - Vitamin dan mineral (seperti yang disebutkan di atas)

Multivitamin - merupakan istilah yang merujuk kepada supplemen diet yang mengandungi vitamin larut lemak (A, D, E, K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, C, Folic Acid, Niacin, Pantothenic Acid, Biotin), dan mineral-mineral penting (calcium, phosphorus, iron, iodine, magnesium, manganese, copper, zinc, dan berbagai lagi).

Meskipun sodium merupakan sebahagian daripada elemen mineral yang penting dalam diet, ia tidak disertakan sekali dalam pakej multivitamin ini memandangkan sodium mudah didapati di dalam makanan, terutamanya dalam garam yang digunakan untuk memasak (terlebih sodium dalam diet boleh menyebabkan penyakit hypertension atau bahasa melayunya, Darah Tinggi).

Jom kita selami pula jenis-jenis vitamin dan mineral, fungsinya serta sumbernya.

Berikut adalah vitamin-vitamin yang penting dalam membantu proses metabolik supaya berjalan lancar, mengawal fungsi sel dan mengelak penyakit-penyakit malnutrisi seperti scurvy dan rickets.

1 – Vitamin Larut Lemak

Vitamin A (juga *perkusornya, iaitu Beta Carotene)
Diperlukan untuk: pertumbuhan normal, integriti kulit, penglihatan, dan perkembangan tulang.
Sumber: Lepa susu, kuning telur, buah-buahan tertentu (prunes, nanas, oranges, limau, and cantaloupe), tumbuhan berdaun hijau, dan lobak merah.
*bermaksud Beta Carotene akan ditukarkan kepada Vitamin A bila berada dalam badan manusia.

Vitamin D
Diperlukan untuk: Pertumbuhan tulang dan gigi, membantu penyerapan Calcium ke dalam tulang.
Sumber: Cahaya matahari (kulit akan menghasilkan Vitamin D), susu, minyak ikan kod, salmon, kuning telur, mentega

Vitamin E
Diperlukan untuk: antioxidant, melindungi dinding sel, dan pembaikan luka
Sumber: Hampir dalam semua buah-buahan, sayur-sayuran dan minyak sayuran

Vitamin K
Diperlukan untuk: Pembekuan darah
Sumber: Lemak, oat, gandum, rye, alfalfa, juga dihasilkan oleh bakteria di usus

2 – Vitamin Larut Air

Vitamin B1 (thiamine)
Diperlukan untuk: pertumbuhan, selera makan, dan metabolisma karbohidrat (pembebasan tenaga).
Sumber: Gandum penuh, kekacang, kuning telur, buah-buahan, kebanyakan sayur-sayuran

Vitamin B2 (riboflavin)
Diperlukan untuk: pertumbuhan dan metabolisma sel (pembebasan tenaga).
Sumber: Hati, daging, ayam, telur, susu, dan sayuran hijau

Vitamin B3 (niacin)
Diperlukan untuk: fungsi neurological (saraf), sistem pencernaan, kesihatan kulit
Sumber: Hati, daging, ayam, sayuran hijau

Vitamin B6 (pyridoxine)
Diperlukan untuk: metabolisma protein, penghasilan sel darah merah
Sumber: Daging, ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan

Vitamin B12 (cobalamin)
Diperlukan untuk: fungsi neurological (saraf), pembentukan DNA dan sel baru, serta pencegahan anemia
Sumber: Sayuran hijau, makanan organ binatang, daging, dan makanan laut. Tidak terdapat dalam tumbuhan.

Vitamin C (ascorbic acid)
Diperlukan untuk: pembentukan tisu penghubung antara sel, mengekalkan protein untuk kestabilan sel kepada membran, mencegah skurvi atau rickets dikalangan kanak-kanak
Sumber: Kobis mentah, lobak merah, jus oren, betik, lettuce, celery, bawang besar, tomato, dan kebanyakan buah-buahan citrus.

Folic Acid
Diperlukan untuk: pembentukan DNA dan sel baru, terutamanya sel darah merah
Sumber: Sayuran hijau, legum, biji (kuaci, labu), jus oren, hati.

Pantothenic Acid
Diperlukan untuk: Metabolisma tenaga
Sumber: Wujud dalam hampir setiap makanan

Biotin
Diperlukan untuk: Metabolisma tenaga
Sumber: Wujud dalam hampir setiap makanan, juga dihasilkan oleh bakteria di usus.

3 – Minerals

Chromium
Diperlukan untuk: mengekalkan paras normal gula dalam darah
Sumber: Daging, makanan belum proses, lemak, dan minyak sayuran

Copper
Diperlukan untuk: pembentukan sel darah merah dan tisu-tisu penghubung
Sumber: Daging, makanan laut, kekacang

Fluorine
Diperlukan untuk: Struktur gigi
Sumber: Air paip (dikawasan tertentu), makanan laut, buah pinggang, hati, dan daging

Manganese
Diperlukan untuk: Sintesis DNA, RNA dan protein
Sumber: Bijirin, gandum, buah-buahan, sayur-sayuran

Selenium
Diperlukan untuk: melindungi lipid pada membran sel, protein, dan asid nukleik dalam mencegah proses oksidasi
Sumber: Brokoli, ayam, timun, kuning telur, bawang putih, hati, susu, cendawan, bawang besar, makanan laut, dan tuna

Zinc
Diperlukan untuk: Sintesis protein, DNA dan RNA
Sumber: Daging, tiram, makanan laut yang lain, susu, dan kuning telur

Panjang giler dah rasa...cmna nih....ok, rajin ka nak ingat semua jenis yang disenaraikan kat atas tu? mana tau, rajin nak hapal demi utk membeli supplement yg betul2 complex...heheh...tak payah susah2...sbb tu kita perlukan MULTI VITAMIN & MINERAL...sume ada dlm tu...all in one…

Jika diperhatikan betul-betul, kebanyakan micronutrien di atas berfungsi dalam meningkatkan lagi metabolisma tubuh badan; bererti ‘mempercepatkan lagi hasil penurunan berat badan’.

Apsal kita kena makan supplement lagi kalau semua tu kita dapat dari makanan yang kita mkn hari-hari??? kenapa? kenapa? & kenapa? kenapa eh... Okeyh…Fakta seterusnya…sila rajin baca…

Terlalu Banyak Fakta!!

Persepsi sedemikian sudah menjadi lumrah, dan manusia, secara azalinya inginkan sesuatu yang ‘mudah’ dan menyenangkan. Perlukah setiap kali kita bertanya diri kita, “Untuk menjaga penglihatan, aku kena pastikan aku mengambil Vitamin A, dan untuk itu aku harus makan lobak merah…” atau “oh, aku kena makan tiram hari ini kerana aku memerlukan mineral zinc..” (“oh, kenapa aku sangat skema?”) Terlalu banyak fakta, manusia tak suka ini!

Oleh yang demikian, wujudlah apa yang dikenali sebagai supplemen Multivitamin. (boleh bt contoh & kesimpulan mcm ni?? heheh)

Multivitamin adalah penyelesaian kepada masalah-masalah di atas. Sebiji pil multivitamin dah cukup untuk membekalkan lebih 20 jenis micronutrient yang diperlukan! Hakikatnya, ia bukan sahaja untuk mereka yang ingin menguruskan badan, malah perlu untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira matlamat berat badan, daripada yang kecil hinggalah yang veteren.

10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari? (1bj je sehari...bukan banyak pun...)

1 – Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika NuNa katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang diambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Masa sekolah rendah dulu, NuNa amik teloq setengah masak tiap-tiap pagi…Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru NuNa ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!

Pernah dengar ungkapan ini, “kau ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.

2 – Faktor sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.

3 – Termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yang terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.

4 – Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.

5 – Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti sayur-sayuran & juga buah yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

6 – Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.

7 - Tabiat makan memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium. ~~~ psst...NuNa tak makan buah-buahan (tepuk dahi); NuNa kurang makan sayur...makan kadang-kadang jerk, ikut selera tekak (tepuk dahi lagi).

8 – Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

9 – Harganya yang murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni, mengapa harus memberikan 1007 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?

10 – Role Model kita (Logik ke ini dijadikan sebab kenapa kita kena amik multi-vitamin??? heheh...takpa, janji cukup 10 sebab)
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari dan jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”. Yeaayy…

Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari…tak kisah la brand apa pun, janji ada kualiti & memberi kesan yang baik kepada kesihatan. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi?

Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki bekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar).


Cantik plak ending nih....dah nak tamat nih...kalau ada lg...NuNa buat Part 2 okeyh....jangan la boring baca story mory NuNa tentang vitamin nih...sharing is caring maaa....u all klu nak tau tentang Multi Vitamin & Mineral Shaklee a.k.a Vita-Lea kasi tau sama NuNa la...kita boleh kasi cerita sama lu...heheh...sudah sudah...ke laut pulak…

Wallawehhh...NuNa ni pakar vitamin...sila kontek untuk sebarang pertanyaan okeyh...
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page: Your Healthy Steps