Sunday, October 26, 2014

Awet Muda

Syukur Alhamdulillah...walaupun dah cecah 30-an...tapi masih awet muda! Memang keturunan keluarga kot....

Tapi, walaupun kategori keturunan, NuNa perhatikan ada ja saudara NuNa yang tak awet muda...nampak berusia...

Haa...semua tu sebab selalu stress...masalah kesihatan...hidup terlalu serius mungkin...genetik mungkin...hehehe...

======================================================================
Jalan-jalan sambil shopping kerepek, koropok di Padang Besar, Jumaat lepas...

Jurujual :: Nah, bagi biskut kat adik...petang-petang ni, sayo bagi free jaa lah sepeket ni...kesian kat dio... (siam + kelantan kot)
NuNa :: Terima kasih kak... (selalu panggil orang 'kak', perasan muda sungguh!)
Jurujual :: Samo laa muko kakak dan adik nih...
NuNa :: Ya ka kak? Selalu orang kata dia ikut muka Abah...
Jurujual :: Anak ko?
NuNa :: A'ah, anak... (senyum meleret dah nih!)
Jurujual :: Laaa...ingatkan adik...tengok muda macam tak kawin lagi jah...

Angkat kening kat En Suami...dapat tumbukan sedas kat lenganku yang sihat nih!
======================================================================

Terima kasih lah duniaa...sebab selalu memandangku sentiasa muda... eewahhh!

Syukur Alhamdulillah...
Kalau kita amalkan pemakanan kesihatan untuk sihat, kita akan sihat! 
Sihat itu akan terserlah di wajah kita...

Dalam banyak-banyak suplemen, mungkin B-COMPLEX , VITAMIN C , VITALEA , VITAMIN E , ESP , OMEGA , GLA & sekali sekala COLLAGEN POWDER SHAKLEE yang banyak membantu kesihatan badan yang juga memberi manfaat kulit & awet muda... Alhamdulillah...

Nak ka kelihatan berusia sebelum masanya?

Badan sihat, kulit sihat, minda sihat! 


Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Thursday, October 23, 2014

Shaklee Alor Setar: Elak Kulit Kusam

Kulit kusam & tak segar???

Ada yang risau jerawat keluar bila makan suplemen untuk kulit sihat & cantik...hmmm...terutamanya buat mereka yang tiada masalah kulit tapi kulit nampak tak segar...

Kita ada pilihan...
>> VITAMIN C & VITAMIN B-COMPLEX = utk segarkan kulit yg kusam, anti-stress, anti kedutan, flawless, cerah berseri la kiranya!
[[ B for Beauty; C for Cute!!!! ]]

>> ESP = cerah & gebukan kulit, cegah pigmentasi, pudarkan parut, juga untuk kulit cerah berseri!

>> ketiga-tiganya sekali untuk hasil yang superb menawan!





Jangan takot untuk sihat & cantik...

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tuesday, October 21, 2014

Tips & Penawar Jantung Sihat Bertenaga

Tips & Penawar Untuk Jantung Sihat & Bertenaga!
Untuk pencegahan awal sebelum diserang penyakit jantung...

Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur!


Membekalkan penawar / vitamin untuk jantung yang sihat & bertenaga secara automatik memberi ganjaran kepada bahagian tubuh yang lain untuk lebih sihat!

Organ utama ini mempunyai tanggungjawab bukan sekadar untuk mengekalkan nyawa!

Pelihara jantung dengan baik kerana ia akan memberi anda kesihatan yang lebih baik!

~ Jantung yang sihat & bertenaga akan mengembang & menguncup sebanyak 72 kali/minit.
~ Jantung akan menghuraikan sehingga 1/2 makanan kepada tenaga untuk mengekalkan kecergasan bahagian tubuh yang lain.
~ Jantung menggalakkan pengaliran oksigen untuk menyuburkan keseluruhan tubuh daripada hujung rambut ke hujung kaki.
~ Lebih daripada 4000 gelen darah dipam melalui jantung setiap hari, untuk digunakan sebagai 'sungai' menghantar nutrien pembina keremajaan & kehidupan ke setiap bahagian tubuh.
~ Tekanan darah juga dipengaruhi oleh kesihatan jantung. 

Makanya, sebagai "tuan pam", jantung kita perlukan penawar / vitamin untuk mengekalkan fungsi dengan lancar!

Mencegah / mengurangkan risiko lebih baik dari mengubati!

VITAMIN E untuk JANTUNG SIHAT

 MENYEGARKAN ALIRAN DARAH
~ bertindak sebagai anti-trombin semulajadi (melarutkan pembekuan darah) dalam aliran darah supaya jantung berupaya disuburkan mengikut keperluannya bagi mengekalkan kesihatan keremajaan 

 MENYEDIAKAN OKSIGEN BERTENAGA
~ anti-oksidan, mengurangkan keperluan oksigen pada otot sebanyak hampir 43%;
~ menghasilkan lorong untuk darah melalui arteri koronari;
~ ia membantu menghalang kehadiran anoksida (kekurangan oksigen) yang mana menimbulkan kesakitan angina (jantung)

 MENCAIRKAN TISU PARUT DALAMAN
~ membantu menghasilkan reaksi metabolik yang menghalang & mencairkan tisu parut jantung yang tidak sihat;
~ menguat & menyegarkan jantung

 MENGEMBANGKAN SALUR DARAH
~ berupaya untuk membantu membuka lorong baru dalam sebarang peredaran yang tersekat & mengembangkan salur darah supaya jantung boleh menerima darah yang telah disuburkan;
~ berupaya untuk melepasi halangan yang dihasilkan oleh pembekuan & pengerasan arteri yang mana mengancam kesihatan jantung;
~ mengatasi halangan & menghantar darah yang membawa nutrien & oksigen terus ke jantung

Tak salah untuk amalkan Vitamin E untuk membntu membersihkan & memperbetulkan fungsi sistem jantung-arteri.
Berusaha menyihatkan jantung selagi terdaya...nanti dah macam2, susah nak tolong jantung sendiri dah... 
1 kapsul Vitamin E = 400iU
Sehari 1 biji untuk kesihatan jantung kita

VITAMIN C untuk JANTUNG BERTENAGA

 Digunakan dengan pantas untuk membentuk tisu penghubung & sel supaya darah boleh 'pergi & datang' dari jantung.

 Digunakan untuk menyembuhkan pembentukan parut bergentian & merupakan bahagian utama kesihatan jantung!

 Menggalakkan sintesis dalam barisan arteri bahan yang dikenali sebagai mukopolisakarida - pemberi tenaga berdinamik juga penyembuh sebarang gangguan yang telah & akan berlaku.

Membantu melindungi terhadap trombosis arteri, melindungi jantung daripada kecederaan.

 Bioflavanoids cukup berpenawar dalam penyuburan, pembersihan & yang lebih penting memberikan tenaga pada jantung!
1 tablet Vitamin C = 500mg
Sehari 1-2 biji untuk jantung kita yang betenaga
Dua penawar / vitamin ini amat sesuai untuk mereka yang ingin pelihara kesihatan jantung / mengurangkan risiko penyakit jantung dari awal.


Bagaimana dengan mereka yang mengalami masalah jantung? 
Sama jugak...amalkan Vitamin E & Vitamin C ini...dan amalkan beberapa suplemen lain yang bersesuaian dengan keadaan & bajet anda!

Antara suplemen untuk mereka yang mengalami masalah jantung >> Omega Guard, CoQHealth, Phytocol-ST, Vivix 

Hubungi NuNa untuk bantuan & konsultansi...

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Atasi Sembelit Si Manja

Atasi sembelit si manja anda dengan Meal Shakes!

Sembelit dikalangan kanak-kanak biasa berlaku terutamanya yang kurang minum air & susah nak makan sayur!

Anak NuNa, Faris memang mengambil Meal Shakes...

Sebabnya dia seorang yang susah nak makan, mudah selsema...

Tapi sekarang, makan dah ok, selsema pun cepat kering & setiap malam 'membuang'!

Yaaa...sihat sungguh usus Faris...setiap malam 'membuang'...tak sempat nak sengkak / sebu agaknya perut Faris...asal makan terlebih pun, cepat ja nak 'membuang'!

Orang kata, bagi anak makan suplemen tambah selera nanti gemuk!

ok...Faris makan nasi 3 kali sehari...pagi, tengahari & malam! Orang lain sibuk diet malam-malam takmoh makan nasi, ibu nih kena jugak masak nasi untuk dia!

Itu tak termasuk makan biskut, cornflake, roti, minum air coklat ~ minum air coklat banyak boleh sembelit ya...tapi ok ja untuk Faris...

Tapi Alhamdulillah tak gemuk pun...malah bertambah sihat & aktif!

Dan Faris seorang yang kuat minum air! So, no water retention problem...
Budak kuat minum air coklat, roti coklat, kek coklat & makan coklat
Sebab tu gigi rongak! hahaha
Ini yang Faris makan...
Meal Shakes ~ untuk elak sembelit, tingkatkan selera, imun
Omega ~ untuk fokus, daya ingatan, sumber DHA & EPA bagus untuk perkembangan otak
Vitamin C ~ untuk imun
#shakleeeffect untuk anak NuNa

Anda nak cuba tak untuk anak anda?

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, October 20, 2014

Kulit Lembap Dengan Shaklee

Percaya tak kulit yang berminyak jadi LEMBAP selepas konsisten set kesihatan kulit????

Suatu malam tu...(macam cerita dongeng plak kn)....tengah menonton tv bersama suami & anak....
Husband NuNa pegang pipi...biasa la...belai isteri sambil menonton cerita hindustan...anak pun tumpang sekaki...

:: Muka pakai apa ni??

Aaarghhh...terkejut & terus tepis tangan suami....

:: Awat? Berminyak sangat ka? Biaq betoi...

Sambil pegang pipi sendiri...hmmm...macam tak percaya ja kulit berminyak...sebab dah lama kulit tak berminyak sejak amalkan Set Kecantikan Kulit yang asas VITAMIN C, VITAMIN E, B-COMPLEX & ESP...

:: dak...rasa macam lembap sungguh muka...pakai pelembap ka? Bukan sebelum ni tak suka pakai apa2 ka kat muka?

Dan dan jaa NuNa pun sengih lebaq...pusing belakang mengadap husband teruih!

:: Serius? Bukan rasa berminyak?
:: Dak...rasa lembap...

Yeayyeeaaa...kulit yang dulu siang malam berminyak + jerawat dah ada improvement!!!!

Walaupun kulit NuNa jenis berminyak & jerawat, tapi NuNa bukan jenis suka tampal foundation tebal2...atau pakai bedak tebal berinci-inci... NuNa redho ja...hehehe...just pakai pelembap Enfuselle Shaklee & loose powder ja kalau nak p kerja...

Jerawat ada jugak sikit-sikit, sekali sekala mengeluarkan toksin...tapi tak seteruk dulu! Non-stop asyik keluar jerawat sampai stress!

Alhamdulillah....berkat usaha & konsisten set asas kulit...

Tapi...apa yang melembapkan kulit NuNa sebenarnya yaa???

Set Kecantikan telah membantu atasi kulit berminyak & masalah jerawat kronik!

Yaaa....COLLAGEN POWDER Shaklee!!!
Belum habis sekotak dh dapat pujian kulit lembap tau!
Sekarang tengah guna kotak kedua...walaupun kotak kedua ni tak konsisten ambik setiap hari...kesan amat memuaskan!

NuNa pun amalkan suplemen ikut bajet yaa...yang utama tetap diutamakan....yang tambahan tu, pandai-pandai la kan, bergantung kepada keperluan diri sendiri...

#shakleeeffect
Anda nak cuba? NuNa bantu anda ikut keperluan & bajet...

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Thursday, October 16, 2014

Lawas Dengan Herblax

LAWAS Rules by Kevin Zahri:

1) frequency: min 2x sehari
2) texture: pisang tua
3) position: free air squatting is preferred
4) length n shape: skill masing2



Lawas untuk sihat, lawas untuk kurus, lawas untuk keluarkan toksin dari badan...

Lawas tak? Cukup syarat tu tak?

Perlukan bantuan?

Jom HERBLAX !!! 

Kasi cuci bersih! 

Ramai yang dah cuba & rasai keberkesanannya...anda bila lagi?

Pernah tengok toksin? Saya dah rasa...


NuNa jenis sembelit, so toksin susah nak kaluar dari badan...dan toksin keluar melalui kulit muka, jerawat!

Semasa & selepas baiki sistem pelawasan, toksin dapat keluar melalui najis!

Rupanya? Kehitaman & bertali tapi terlilit bersama najis!

Bebas toksin itu sihat & mengurangkan risiko penyakit!



Anyone? Murah jerk...jangan risau!
Istimewa untuk mereka yang istimewa...

Perlukan bantuan? NuNa sudi membantu, jangan malu & segan...
Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, October 13, 2014

Asid Amino: Kepentingan & Fungsi

Tahu tak Asid Amino tu penting?
Apa Asid Amino?

 Dalam bahasa susah >> Asid amino adalah molekul yang mengandungi kumpulan amino, asid karboksilik dan rantaian sampingan yang berbeza mengikut setiap jenis asid amino. Elemen penting dalam asid amino adalah karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.

 Dalam bahasa mudah >> Protein adalah nama besar yang mana merupakan salah satu makronutrien. Protein terdiri daripada rangkaian-rangkaian asid amino. Pendek kata, asid amino adalah protein, protein adalah asid amino. Asid amino bertindak sebagai blok binaan protein.



 Bahasa susah + bahasa mudah >> Asid Amino adalah kimia protein blok binaan untuk kehidupan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Asid amino yang menyumbang kepada kesihatan saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting & struktur sel. ~kepentingan tahap maksima nih!

 yang susah tetap susah, yang mudah pun boleh jadi susah...
 yang susah + yang mudah >> pejam mata sambil membayangkan & memikirkan...bukan lena! 

Asid Amino ada 2 jenis okey:-
  • Asid Amino Perlu (essential) & Asid Amino Tak Perlu (non-essential) ~ sama penting tapi diperoleh dari sumber yang berbeza.
 Asid amino perlu (essential) membawa maksud, badan tidak dapat sintesiskannya daripada sumber lain dan memerlukannya daripada sumber luar / makanan tambahan.
>> histidine, isoleucine, leucine, lisin, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan, valine

 Asid Amino tidak perlu (non-essential) bukan bermaksud tidak perlu tetapi ia boleh disintesiskan daripada sumber lain / dapat dihasilkan dalam tubuh kita / dijumpai secara bebas di dalam badan.
>> alanin, arginin, asparagine, asid aspartik, cysteine, asid glutamik, glutamin, gylcine, proline, tyrosine, serine

Semua Asid Amino melaksanakan fungsi penting dalam badan. Ia bekerja lebih baik apabila kita mengambil semua jenis asid amino. Jadi, penting untuk kita dapatkan pelbagai protein dalam diet kita.

Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil protein lengkap!

Jika kita tak mendapatkan Asid Amino yang cukup dalam siet seharian, kesihatan kita akan/boleh terjejas! Jumlah asid amino penting yang rendah (tak cukup) akan menimbulkan gejala seperti keresahan, tak fokus, daya tumpuan lemah, keletihan, kemurungan & ketidakseimbangan hormon. Semua ni nak bagi kita nampak tua sebelum masanya... 

Mari kita fokus kepada Asid Amino Perlu (essential) sebab ia tidak dapat dihasilkan oleh badan...
 Histidine – Ia digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.
 Isoleucine – Ia diperlukan oleh badan untuk proses sintesis hemoglobin, iaitu unsur utama sel darah merah.
 Leucine – Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.
 Lysine – Diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lysine juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan.
 Methionine – Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku.
 Phenylalanine – Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.
 Threonine – Menyeimbangkan protein dalam badan supaya tidak ada kekurangan atau banyak protein. Membina protein daripada asid amino yang membentuk tisu badan dari rambut hingga kaki dan menstabilkan paras gula dalam darah.
 Tryptophan – Diperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan.
 Valine – Penting untuk pembinaan otot. Kesan sampingan kandungan valine dalam tubuh termasuk halusinasi. Kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh. Valine membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal.
Gambar ni merujuk kepada kenyataan pada tong ESP
Yaa...ESP adalah sumber protein lengkap bersama Asid Amino Perlu !

Jangan pernah lupa, protein adalah makanan kepada sel ! 

Adalah disarankan kepada mereka yang mengamalkan pemakanan kesihatan bagi tujuan tertentu, jika tidak menampakkan keberkesanan, sila tambah sumber protein untuk memperbaiki sel anda terlebih dahulu...

Anda boleh mendapatkan mana-mana produk sember protein yang anda percayai!

Bagi yang mempercayai ESP Shaklee...boleh dapatkan segera.

Adakah anda mendapat sumber Asid Amino Essential yang mencukupi?
Kalau berminat untuk mendapatkan Asid Amino dari sumber semulajadi, ESP adalah yang terbaik buat anda...

Hubungi NuNa untuk maklumat lanjut yaa...
Istimewa untuk mereka yang istimewa...

Perlukan bantuan? NuNa sudi membantu, jangan malu & segan...
Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Sunday, October 12, 2014

Shaklee Effect 3R - Northern Region

Shaklee Effect 3R - Northern Region telah berlangsung pada 11 Oktober 2014 (Sabtu) di Sunway Hotel, Seberang Jaya, Penang.

Macam tajuk berita la plak kan...

NuNa p dengan husband & anak...boleh bawak anak...macam biasa la kan...bisnes Shaklee kan bisnes keluarga, so apa-apa kelas anjuran super duper upline boleh jerk nak bawak anak... best kan?

Finally, dapat jumpa Master Norita atau NuNa panggil Kak N...dan suaminya, Master Naquib...
Sempat bergambar dengan Kak N sebelum balik...Faris kata 'Bos ibu'...
Actually, ni 1st time attend kelas untuk Shaklee...dan yg 1st time ni terus jumpa Master Norita...selain Master Norita & Naquib, ada terperasan sis 'Farah Alias'...Master Coordinator rasanya...kenal pun sebab selalu follow FB beliau...hehehe...kecik comel orangnya walaupun nampak serius...tapi sis Farah Alias sibuk dengan 'anak-anaknya'...so tak dapat bergambar...

Rasa teruja kot jumpa dengan orang-orang berjaya nih...macam jumpa artis la kan...tapi ni 'artis Shaklee'...

Ok, sudah-sudah cerita jumpa sapa...saya tak kenal semua orang pun...orang pun tak kenal saya...heheh...

Selepas pendaftaran, dapat free gift...haa...2 sachets Cinch Energy Tea seorang...so, saya dapat 4 sachets la sebab daftar dengan suami...

Dalam dewan tu jugak disediakan minuman bervitamin + air kosong ais...bancuh sendirik... tiga kali anak saya, Faris mengulang membancuh Meal Shakes...sampai bau Meal Shakes dah kat dia...

1st segment ~ ME-RANK-LOVE ~ ahhaa....segment perkenalkan diri, rank & produk Shaklee yang paling disukai beserta alasan.... okeyh...dalam masa 15 minit, NuNa terima 60++ testimonial untuk pelbagai produk Shaklee.... WOW !!! Menarik menarik & menarik! Yang tak pernah dengar pun ada... Faris pun sibuk nak pegang mic nak bgtau testimonial dia...tapi tak payah la kan...hahaha
Ni time segment Me-Rank-Love (ambik gambar kat FB Master Norita)
Selain tu, ada diselitkan beberapa tips pemakanan suplemen tertentu untuk tujuan khas & tips tu takdak pun dalam buku kuning! Kena pantas yaa...sambil-sambil lalu ja Master kita ni bagi tips...kena alert laa... 

Sedikit ilmu tentang bisnes...walaupun sikit, tapi cukup berguna...pemangkin semangat...

Sedikit ilmu asas tentang nutrisi... part ni, sungguh terkesan kepada suami NuNa... tengahari tadi call tanya "vitamin kuning ni boleh makan dak? Untuk apa?"; "vitamin yang untuk jantung & cantik dok kat mana?"; "alfalfa simpan kat mana??".... hamboih! Nampak sangat makan vitamin sebelum ni taktau untuk apa...nampak sangat NuNa dok explain selama ni masuk telinga kanan keluaq telinga kiri...buat taktau jaa...padahal NuNa dah sediakan semua vitamin tu setiap hari dalam pillbox.... kena bawak dia p kelas nutrisi plak lepas nih...

Sedikit ilmu tentang amalan rohani...tips kerohanian... sungguh teruja! Sungguh membuka minda! 
Bergambar sebelum bersurai...ada yang dah balik....
Nak bagitau kat kamu yaa...MLM Shaklee adalah MLM yang Pertama di dunia & berbeza dengan bisnes MLM sekarang yg banyak menindas orang bawahan!

Shaklee the difference! Kalau kamu nak tahu, berhubung dengan NuNa k...

Istimewa untuk mereka yang istimewa...

Perlukan bantuan? NuNa sudi membantu, jangan malu & segan...
Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343
FB NuNa: Nurul Nadia Hazizan
FB Page: Your Healthy Steps

Tuesday, October 7, 2014

VITALEA - Tingkatkan HB Semasa Hamil

Tingkatkan HB semasa hamil dengan VITALEA!

Masalah HB rendah biasa berlaku di kalangan ibu hamil...tetapi keadaan 'biasa' ni tak bagus untuk ibu hamil & bayi di dalam kandungan!

RISIKO HB RENDAH:

1. Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

2. Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Kenapa VITALEA bantu tingkatkan HB?

Sebab dalam VITALEA mengandungi zat besi / iron !!

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit. 

Info untuk anda yang mengambil Zat Besi >> Vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan. Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam jarak pengambilan.

NuNa pasti ramai yang dah maklum tentang masalah HB ni...dan pastinya dah banyak membaca sambil-sambil survey cara untuk tingkatkan HB kan....so, NuNa tak mau cerita panjang-panjang, padahal info sama ja kan...nanti boring plak... heheheh...

NuNa nak cadangkan VITALEA Shaklee sebagai ikhtiar anda untuk tingkatkan HB!

Kat sini NuNa nak share info tentang VITALEA & beberapa TESTIMONIAL ahli keluarga & sahabat yang telah mendapat manfaat VITALEA bagi mengatasi masalah HB ni...

VITA-LEA IRON FORMULA
Testimonial sepupu...start makan masa HB 9.7...makin meningkat dalam tempoh 1 bulan pengambilan Vita-Lea... Alhamdulillah....
Testimonial sepupu...amalkan set lengkap untuk ibu hamil...Alhamdulillah HB & gula cantik sepanjang tempoh kehamilan; baby pun 'keras' selepas dilahirkan...

NuNa share ini ja dulu nah...nanti-nanti share lagi okey...

Hmm...sapa kata vitamin Shaklee kena makan banyak-banyak sekaligus?

Tak semestinya...ada yang ambik VITA-LEA saja sebab ada masalah HB jerk...
Ada yang ambik fullset untuk manfaat keseluruhan kesihatan...
Semua tu bergantung kepada keperluan & bajet yaa...

Kalau anda perlukan konsultansi, saya sudi membantu...

Info untuk anda Anemia / HB Rendah

Ini plak Set Kehamilan Shaklee...penambahan vitamin pada Trimester ke-2 & ke-3 adalah sekadar cadangan & pilihan; bergantung kepada keperluan ibu & bayi...Yang penting adalah Basic Set...atau boleh combine Vita-Lea dengan salah satu sahaja vitamin yang dicadangkan mengikut bajet anda...
Istimewa untuk mereka yang istimewa...

Perlukan bantuan? Saya sudi membantu, jangan malu & segan...
Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343
FB NuNa: Nurul Nadia Hazizan
FB Page: Your Healthy Steps