Monday, November 24, 2014

Sejuta Kebaikan Vitamin B-Complex

Kisah B-Complex yang sering dipandang sepi....banyak yang negatif daripada positif...

Menyesallah mereka yang tidak mengenali manfaat Vitamin B-Complex...

Kenapa perlu ada perkataan 'complex'? Kalau 'Vitamin B' saja, tak boleh ka?

Haaa...'complex' menunjukkan ia lengkap dengan 8 jenis B...kalau tak ada 'complex', maknanya tak lengkap!

Pernah baca entry NuNa tentang Vitamin B-Complex sebelum nih? Ia berkaitan Fungsi, Punca Kemusnahan & Kesan Kekurangan B-Complex...dalam entry tu Nuna ada kongsikan kumpulan B yang tak lengkap...sikit jerk...jemput klik link tu yerk....entry tu menerangkan fungsi setiap 'B'...

Kali ni nak kongsikan 1juta manfaat B-Complex!

1 juta???? Nak bagitau betapa pentingnya Vitamin B-Complex nih!

Tau dak yang setiap hari kita kehilangan vitamin B melalui sistem penghadaman sebab vitamin B nih vitamin larut air? Sebab tu penting untuk ambil vitamin B yang lengkap setiap hari!

Risiko kekunrangan Vitamin B antaranya adalah boleh melemahkan sistem saraf & mengganggu fungsi otak sekaligus meningkatkan lagi risiko penyakit jantung! Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal & boleh mengakibatkan anemia. Ia juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi & kehilangan memori.

Golongan yang harus ambil Vitamin B-Complex :-
  • Individu yang banyak terdedah kepada sinaran matahari
  • Individu yang dibebani tekanan & kerja yang banyak
  • Individu yang mempunyai sakit kencing manis, tekanan darah tinggi & migraine
  • Individu yang tidak dapat fokus dalam pekerjaan yang dilakukan
  • Individu yang menjaga kecantikan tubuh badan
  • Individu yang mahu kelihatan cantik & muda
  • Wanita yang mengandung & menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

Manfaat B-Complex secara umum :-
  • Menghasilkan tenaga & berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku & rambut
  • Mencegah tekanan daripada berlaku
  • Menguatkan antibodi tubuh
  • Diperlukan untuk memproses & pembaikan sel-sel darah merah
  • Mencegah anemia

Manfaat B-Complex untuk Kanak-kanak, Orang Dewasa & Ibu Hamil :-


Manfaat B-Complex untuk Kesihatan Rambut :-


Manfaat B-Complex untuk Masalah Haid :-


Manfaat B-Complex untuk Kesihatan & Kecantikan Kulit :-
B-Complex terkenal sebagai rahsia untuk awet muda kerana ia menjaga kesihatan kulit daripada dalam (B for Beauty).
Ia berperanan penting untuk pembentukan sel darah merah yang sihat, mengurangkan migraine, keletihan, tekanan, insomnia & mencegah rekahan mulut selain mengurangkan garis-garis halus di kulit.

Antara peranan Vitamin B-Complex dalam kecantikan kulit :-
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi / jeragat
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
  • Mengelakkan kekusaman kulit
Nak cerita memang banyak...kesimpulannya, Vitamin B-Complex ni vitamin perlu oleh tubuh!


Makin bertambah usia kita, makin perlu vitamin B-Complex ni untuk kita...sebab apa???

Sebab ia bagus untuk perlindungan kesihatan saraf kita...

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Sunday, November 23, 2014

Omega Guard : First Aid Di Rumah

Assalamualaikum...

Hari ini hari testimonial ya... Omega Guard sebagai 'first aid' di rumah!

NuNa nak share testimonial kanak-kanak yang mendapat manfaat kesihatan daripada Omega Guard dengan izin Allah SWT...

Sebelum ni NuNa ada share testimonial kanak-kanak Omega Guard yang memberi manfaat dari segi perkembangan minda & daya fokus anak-anak...

Kali ni lebih kepada yang melibatkan kesihatan paru-paru iaitu asthma, selsema, batuk, bronchitis...

Jom layan testimonial dulu...kemudian NuNa explain sikit okeyh...














Layak tak Omega Guard digelar sebagai first aid anda sekeluarga???

Omega Guard ni sebenarnya sebagai agen pemanas...sebab tu sesuai sangat untuk mereka yang alami masalah kesihatan selsema, demam, batuk, asthma & seumpamanya...ia membantu memanaskan di dalam badan, paru-paru...amat diperlukan oleh mereka yang asthma terutamanya dalam cuaca sejuk!

Secara umumnya, Omega-3 ni membantu meningkatkan kesihatan paru-paru & jantung!

Kalau anak anda masih bayi (kurang 1 tahun) & mengalami masalah-masalah ini, anda boleh amalkan agar bayi anda dapat bekalan serta manfaat Omega-3 daripada susu badan.

Kerana apa? Kerana..... Omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh tubuh & perlu diperoleh daripada sumber makanan tambahan!

1 botol ~ 90 biji ~ untuk anak anda, tahan berbulan lamanya...

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Sunday, November 16, 2014

Ostematrix: Masalah Kekejangan

NuNa sejenis manusia yang ada masalah 'tarik mengkarung'...

Apa bahasa lain untuk 'tarik mengkarung'?

Kekejangan kot...yang selalu jadi kat betis tuu...

Nuna pernah share status ini kat facebook sebelum nih...ada yang sudi berkongsi...

'Tarik mengkarung'→ Kedah la kot...dah NuNa sebut nih...
'Tarik ketengkoih' → Perlis
'Nyettok bewok' → Kelantan


Negeri lain tak pasti...Bahasa standard, kekejangan...

Selalu jadi time tidoq...sakit ooo...boleh teriak sementara nak hilang rasa sakit tuh!

Selepas kawin, en.suami jadi mangsa bangun mengejut bila ditampaq pn.isteri saat 'tarik mengkarung' menyerang...sbb nak mintak tolong urutkan kaki sampai hilang rasa kejang tu...kihkihkih...nasib laa...masa tak kawin lagi, buleh plak tahan sakit sorang2... 

Tapi, sekarang, en.suami dah boleh tidoq nyenyak sebab kejadian mengejut @ kekejangan @ 'tarik mengkarung' tu lama dah tak mai menjengah...

Sebab apa 'tarik mengkarung'? Serius, NuNa pun taktau...

Tapi, lepas sembuh dari masalah 'tarik mengkarung', baru NuNa tahu ia disebabkan kekurangan kalsium...patutlaa masa mengandung dulu kerap jadi...siap ada extra kekejangan jari tangan lagik...makan pil kasium yang doktor bagi pun tak efek...cuma doktor kata, sekurang-kurangnya, baby dapat kalsium...ok!

Setahun lebih dah amalkan OSTEMATRIX...Alhamdulillah, takdak dah 'tarik mengkarung'...so, boleh meregangkan badan semasa tidur tanpa ada perasaan risau kaki disentap 'tarik mengkarung' lagi !

Info: Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi & artritis.

1bj Ostematrik = 250mg kalsium = segelas susu
NuNa amalkan 2-4bj sebelum tidur; setiap hari ~ sebab NuNa jenis tak minum susu!
Sebotol utk 1-2 bulan.

Kalau kamu yang tengah baca ni ada masalah yang sama macam NuNa, jom cuba OSTEMATRIX untuk kurangkan masalah tu...

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Omega Guard: Sakit Itu Ini

Hah...dah kenapa 'sakit itu ini' ?? 
Sebab banyak sangat...taktau nak letak tajuk sakit apa...

NuNa selalu sangat diduga dengan masalah kesihatan sendi, saraf...taktau la pseipa...
Tapi kita kena bersyukur, sebab ujian itu menunjukkan Allah sayangkan kita...
Dan kita kena usaha, doa, sabar & tawakal untuk atasi segala ujian & dugaan...Allah menguji dengan ujian yang mampu dipikul oleh hamba-Nya...

Sakit tengkok, sakit bahu, sakit belakang kepala...dah seropa kena darah tinggi cheq rasa! Eewah..macam biasa kena darah tinggi kannn...tapi gitulah lebih kurang simptomnya...

Pastu ibu jari tangan kanan pun sakit...tak beropa nak buleh melentik dah...nak guna untuk tekan ka, picit ka...pun tak buleh...

Bila dua tiga perkara jadi serentak, mula laa susah hati...dok pikiaq sakit apa...mula laa baru terasa nak buat medical check up...dan dan jaa rasa diri tua kerepot dah...

Tambah-tambah pulak, dekat-dekat nak raya haji time tuh...dengan musim daging korban, ketupat pulut lagi...rugi la kalau tak boleh makan kan...

Memandangkan NuNa ni kan lebih kurang 'doktor'..bak kata Mama laa...heheh...kaji la segala suplemen yang dok makan...check balik kot ada yang kurang, yang tak cukup, yang perlu tapi tak ambik...survey yang berkaitan sendi, saraf...

Dalam tempoh tu, NuNa ada baca status mentor NuNa, Kak Norita kat facebook tentang cara dia makan Omega.

Pertama:-
" Selagi kita berkira untuk sesuatu itu maka selagi itu kita belum jumpa titik keperluan sebenar yang kita mahukan.

Orang tanya mengapa makan Omega 3 biji 2 kali sehari? Saya jawab sebab saya perlukannya dan saya dapat rasakan perbezaan yang ketara.


Harga? 

Mahal = bila beli dan makan saat kita sihat. 
Murah = bila perlu ketika sakit.
Percuma = bila kita jadi ahli dan mula berkongsi kebaikan produk, duit bonus boleh beli makan vitamin Shaklee ! "

Kedua:-

" Saya makan Omega 3 biji untuk 2 kali sehari selama berbulan2 sehingga saya sedar saya boleh pakai baju nikah adik saya 13 tahun dahulu....Kita tak boleh kurus dalam sebulan "

NuNa rasa ada lagi satu status Kak Norita berkaitan 'makan Omega 6 biji sehari'...tapi tak jumpa...its ok...NuNa ambil Omega Guard & Ostematrix...mmm...


Omega Guard NuNa tak amalkan secara konsisten...walaupun ambil setiap hari tapi tak lebih dari 3 biji...kadang-kadang 1biji, kadang-kadang 2biji...sebab tak nampak beza lagi bila ambil kurang & ambil lebih...


Ostematrix memang Nuna amalkan konsisten sejak memberi kesan yang baik kepada masalah sakit tumit yang dialami...dah tak sakit sekarang tapi konsisten amalkan 4biji sehari sebab membantu pelawasan & sebab nak jaga kesihatan tulang, taknak kena tarik mengkarung dah, taknak kebas-kebas...


Sejak dari tu, NuNa konsisten makan Omega 3 biji sehari + cita-cita nak amalkan 6biji sehari macam Kak Norita!


Nawaitu asal nak tambah jumlah pengambilan Omega sebab nak kurus!


Tapi selepas konsisten Omega 3biji sehari sebelum Aidiladha 2014 yang lepas, sakit tengkuk, sakit belakang, sakit ibu jari tangan semua dah hilang...lepas raya baru perasan....tu pun sebab pegang tengkuk sambil terfikir...

"Aku ni makan daging banyak nih...makin teruk sakit tengkuk & bahu ni, teruk aku...kena buat check up macam ni...mau ada darah tinggi betul-betul, naya! Baru 31 tahun kot...."

Tiba-tiba baru perasan...semua sakit tu dah tak dak! Test lentikkan jari, picit-picit, pusing kepala, tengkuk, angkat bahu...semua ok! Alhamdulillah...Allah perkenankan usaha hamba-Nya...


Terus bagitau Mama...Mama kata, dah lega baru bagitau...masa sakit, sepatah pun tak habaq...heheh...


Ada apa dengan Omega ???

~ Sebab Omega-3 adalah agen anti-inflamasi / anti-inflammation / anti-radang.
~ Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Jadi Omega-3 mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Sekaligus mencegah arthitis serta memelihara fungsi-fungsi sendi & gout secara efektif!
~ Omega-3 diperlukan oleh badan tetapi tak boleh dihasilkan oleh badan! Bila kurang, masalah la kan?

Sekarang?

Sakit-sakit sendi tu dah takdak...sekarang cuba amalkan 6 biji sehari...

Nak tahu sebab apa? Bukan untuk kurus, tapi untuk resdung...NuNa masih dalam peringkat percubaan & kajian...cheewah....test kat diri sendiri dulu...nanti kita share lagi yaa...


"Gila kau test Omega...mahal kot..."


Mahal mahal pun, kesihatan NuNa kan...bukan kesihatan orang lain...pelaburan untuk diri sendiri...tapi saya nak bantu mereka yang nakkan kesihatan, nakkan perubahan...


If you think Wellness is Expensive, then try Illness...


Istimewa untuk mereka yang istimewa



Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Thursday, November 13, 2014

Kos Perubatan Di Malaysia

Kos perubatan di Malaysia....

Saja nak share...

Supaya boleh fikir sama-sama...tengok jugak kos perubatan bulanan bagi masalah kesihatan tertentu yang dinyatakan tuh...

Kalau amalkan suplemen. kos tak cecah ribuan ringgit kot...



Prevention is better than cure....am I right???

If you think Wellness is Expensive, then try Illness...

Ada orang akan kata... "takpa...insurans kan ada...saya ambik insurans..."

Itu maknanya, mereka tak kisah sakit...sanggup merana badan sebab ada insurans...

Insurans tu kan back up plan jugak...sama macam amalkan suplemen...

Istimewa untuk mereka yang Istimewa...

Jom sama-sama jaga kesihatan dari sekarang...

Saya pengguna, pengamal & pengedar Shaklee...

SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Migrain: Tips & Testimonial

Migrain: Tips & Testimonial Diri Sendiri Di Sini !

Untuk entry ni, NuNa nak share testimonial pengguna & pengamal Vitamin Shaklee (B-Complex & Ostematrix) untuk atasi masalah migraine mereka...

Sebelum tuu...NuNa nak share keratan dari majalah iSihat nih ↓

Tapi jangan lupa jugak tentang bahayanya Painkiller / Panadol.... ☺

Jom cuci mata dengan testimonial pengguna suplemen untuk atasi Migraine / Sakit Kepala...








Sedikit info manfaat B-Complex & Ostematrix...



Say 'No' to Painkiller @ Panadol !!!


Istimewa untuk mereka yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tips Kurangkan Migrain / Sakit Kepala

Kisah Sakit Kepala...tapi bukan Migraine...

Sebab NuNa takdak masalah Migraine...

Tapi, suplemen yang NuNa amalkan untuk kelegaan sakit kepala/pening kepala adalah suplemen yang amat-amat sesuai untuk pesakit Migraine...

Nuna amalkan tips ni bila sakit kepala jaa...kalau amat membantu pesakit Migraine, takkan sakit kepala biasa tak memberi kesan kan??



¶ Sebelum ni, Mama pernah mengadu sakit kepala sangat...taktau sebab perubahan power spec, cuaca panas atau apa...masa tu tengahari...

So, NuNa cadangkan Mama makan Ostematrix 2 biji + B-Complex 1 biji...cuba ja kan...

Selalunya Mama dah makan Vitamin B pagi, Ostematrix 2bj pagi - 2bj malam...tapi dah sakit kepala kan, tambahkan aja...lagipun vitamin ni tak bagi kesan buruk macam makan ubat berlebihan...alang-alang pengamal vitamin, buat ja cara makan vitamin tu macam makan ubat... ☺

Bila malam, Mama tanya, "Nak makan lagi Ostematrix + B-Complex boleh dak?"

"Pasaipa Ma?"

"Makan tengahari tadi rasa kurang sakit kepala...makan sekali lagi, ok kot..." 

Alhamdulillah...berkesan jugak...patutlah disarankan oleh pesakit Migraine untuk amalkan B-Complex & Ostematrix

¶ Semalam, NuNa sakit kepala...nak selsema kot...kesan makan Omega jugak...NuNa banyak kahak & lendir resdung...sejak makan Omega 6bj sehari ni, banyak betul lendiran & kahak keluar...so tahan ja la kan...janji sihat!

Dah sakit kepala, try jgk la kaedah yang NuNa cadangkan kat Mama tu...tapi dah NuNa memang jenis ambil Ostematrix 4bj sebelum tidur, jadi NuNa tambah 1bj B-Complex ja laa...bezanya, makan awal sikit dari jadual makan biasa...

Alhamdulillah...kurang sakit kepala....pagi ni terus ambil lagi Ostematrix + B-Complex untuk elak rasa sakit kepala kat pejabat kan...dan rutin vitamin asas yang lain diteruskan....☺ ¶

Asyik testimonial Nuna & family jerk kan...meh nak share pengalaman orang lain plak yaa...tapi 1 ja...entry selepas entry ni, NuNa share testimonial banyak sikit beserta manfaat B-Complex & Ostematrix...nanti panjang sangat plak entry nih... ☺



B-COMPLEX ~ anti-stress; meredakan sakit kepala, tekanan & kemurungan
OSTEMATRIX ~ meringankan stress;mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung; penenang saraf; tidur lebih lena & berkualiti; memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala & pitam

Tahu tak, Omega Guard juga membantu dalam masalah Migraine?
Omega membantu mencegah insomnia; membantu mengurangkan tekanan; melancarkan peredaran darah

Say 'No' to Painkiller @ Panadol !!!


Istimewa untuk mereka yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tuesday, November 11, 2014

Set Sendi: Sendi Berkeriuk

Waahh...tajuk... ♪ ♫ Sendi Berkeriuk ♫ ♪

Bukan promosi mee segera dengan keriuk keriuk asli yaaa...kehkehkeh...

Betul ke tidak ntah istilah 'keriuk' tu untuk menerangkan maksud bahawasanya sendi-sendi berbunyi ♪ ♫ ♪ terutamanya lutut tatkala kita membengkokkan kaki...

ewah ewah bahasa NuNa...bahawasanya....tatkala...rasa macam ahli sastera pulak... ☺

okeyh...pernah tak sendi kamu kamu berkeriuk camtu? prup prap kat lutut time sujud ke, membengkokkan kaki ke...haaa....NuNa memang ada ♪ ♫ ♪ tu...macam orang tua-tua plak...orang tua-tua pun tak semua bunyi camtu...kihkihkih...


NuNa jumpa nih ↓

Alkisahnya...hari ni terjumpa poster tentang simptom sendi tak sihat....

Amboih...point terakhir tuh...yang tu la maksud NuNa...berkeriut ke berkeriuk ntah...yang pastinya bunyi-bunyian ♪ ♫ tu lah...prup...bukan perlahan tau bunyi tuh...tapi tak la kuat sangat...tapi kalau duduk sebilik, setakat dalam surau tu, boleh dengar laa 'prup'...kang sujud lagi, bunyik lagik...

Kamu kamu, nak tau tak....secara seriusnya, dah lama pun lutut NuNa berkeriuk tu...ishhh...memang lama laa...tak tau plak tu tanda masalah sendi tak sihat...

Lepas baca poster tu tadi, dan dan jerk test lutut...dah tak bunyik laaa...baru perasan...hahaha...baru perasan lutut NuNa dah tak bunyik...sihat dah lutut kite...yeay yeay... #shakleeeffect

NuNa suka sangat sebab sembuh tanpa sedar! Yes, sembuh tanpa sedar...ye laa...amalkan suplemen bukan untuk tujuan lutut pun...lagipun taktau pun itu salah satu tanda sendi tak sihat...

Apa suplemen yang memberikan kesan tanpa sedar nih???
Hah...kebetulan pulak dok study Set Kesihatan Sendi.... yang nih ↓

NuNa & family memang amalkan Omega Guard & Ostematrix !!

Sebab Omega Guard & Ostematrix sebahagian dari Set Kesihatan Wanita...satu lagi GLA Complex yerk...

Omega Guard & Ostematrix memang bagus untuk kesihatan sendi, otot, saraf & rawan...

♥ Omega Guard → memelihara fungsi-fungsi sendi; Asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan; mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan; mencegah arthritis & gout dengan efektif!

♥ Ostematrix → menguatkan tulang, menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf, eczema, rickets, memperbaiki kekejangan & kebas-kebas, sakit sendi & arthritis

Hah...tengok...segalanya untuk tulang, sendi, saraf & rawan! 

Patutlah lutut NuNa tak berkeriuk lagi...kekejangan kat betis pun dah lama tak jadi time tidur...

Bila dok cerita-cerita nih...teringat plak kisah sendi kat bahu Faris...'bahu longgar' katanya...bila pegang tangan dia semasa jalan, mesti rasa macam sendi kat bahu tu merenggang...balik check dulu lah,...nanti NuNa update...sebab si Faris pun pengamal Omega Guard!

Fakta penting 
Kajian sains menunjukkan bahawa peningkatan masalah Diabetes, Hypertensi, Kolestrol Tinggi, Penuaan dan Kanser adalah kerana ketidakseimbangan pengambilan asid lemak Omega-3 dan Omega-6 
 FAKTA LAGIK PENTING!!! >> OMEGA-3 adalah asid lemak yang diperlukan tapi TAK BOLEH DIHASILKAN oleh badan!

Kamu, nak try tak?
Andai anda @ ibu bapa anda @ ahli keluarga tersayang mengalami masalah kesihatan sendi, tulang, saraf, cubalah Omega Guard secara konsisten...anda akan dapat hasilnya!

Istimewa untuk mereka yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Sunday, November 9, 2014

Omega Guard : Anti Radang

OMEGA GUARD berfungsi sebagai ANTI INFLAMMATION / ANTI RADANG

Masalah kesihatan apakah yang dikatakan keradangan??
Keradangan biasanya melibatkan masalah kesihatan bahagian sendi (radang sendi), sakit gout, rhemotoid iaitu keadaan yang mengakibatkan badan @ organ kita mengalami BENGKAK.

Pengambilan Asid Lemak Omega-3 membantu mengurangkan / meredakan radang / bengkak berpanjangan.

Anti inflammation / anti radang = mencegah bengkak

Omega Guard membantu melancarkan perjalanan darah di dalam badan & disebabkan itu ia membantu mencegah masalah di bahagian sendi & saraf, mengelakkan ia terganggu, sekaligus mencegah bengkak.


Pengambilan Omega Guard secara konsisten amat membantu dalam kes bengkak @ radang ini.

NuNa pernah kongsikan pengalaman Mama NuNa amalkan Omega Guard & Ostematrix untuk mengelakkan keradangan berlaku pada bahagian kaki Mama akibat jatuh longkang. 

Masalah sakit lutut akibat kejadian tersebut juga dapat diatasi sebaiknya sehingga hari ini...Alhamdulillah...

Andai anda @ ibu bapa anda @ ahli keluarga tersayang mengalami masalah pembengkakan, cubalah Omega Guard secara konsisten...anda akan dapat hasilnya!

Istimewa untuk mereka yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Thursday, November 6, 2014

Omega Guard: Nak makan lebih

Cerita Omega Guard lagi...produk baik, mesti menjadi bualan ramai kan...

Harini, NuNa nak kongsikan tentang 2 orang pengguna Omega Guard yang menghadapi masalah yang sama & request benda yang sama kat NuNa...mereka bukan kenalan di sekeliling saya...mereka memang seorang pelanggan Shaklee dari jauh...

===========================================================================
2 pengguna Omega Guard dengan 1 kisah yang sama...

Masalah: Tekanan Darah Tinggi & Risiko Kesihatan Jantung

Alasan nak ambil suplemen: Dah lama makan ubat-ubatan hospital, tapi tiada kesan positif terhadap kesihatan melainkan untuk melegakan rasa sakit & menahan keadaan kesihatan sediada daripada menjadi lebih buruk. Keadaan badan sama & tak rasa lebih sihat.

Suplemen yang NuNa cadangkan: Omega Guard (ambil 1 jenis sahaja sebab nak bajet)

Maklumbalas: Belum habis 1 botol; belum sampai 1 bulan

Pengguna: Boleh tak saya nak makan Omega ni lebih? (lebih dr yang saya cadangkan & lebih dari saranan seperti di botol suplemen)

NuNa: Boleh saya tahu kenapa?

Pengguna: Bila saya makan suplemen ni, tekanan darah saya makin menurun dan badan rasa lebih sihat dari sebelum ni. Jadi saya nak tambah kuantiti Omega...manatau kesan lebih cepat & lebih baik dari sekarang.

NuNa: Kalau saya, saya sarankan maintain ja pengambilan tu sebab dah ada peningkatan kepada tahap kesihatan. Tapi kalau nak ambil lebih pun boleh, asalkan jaga kuantiti air yang diambil. Biar air cukup.
(NuNa sarankan kuantiti 'lebih' setakat yang NuNa amalkan & mengikut jadual makan NuNa)
===========================================================================

Sanggup ambil lebih dari kuantiti yang disarankan untuk kesihatan yang lebih berkualiti.

Betapa mahal nilai kesihatan...

Jagalah kesihatan semasa muda supaya anda dapat menghargainya semasa tua...

Atau anda memilih untuk membuat pelaburan terhadap kesihatan bila menjelang tua, bila dah ada banyak masalah kesihatan?

NuNa kongsi kisah ini untuk dinilai oleh pembaca di sini...

Nilai sebuah kesihatan...sanggup membuat pelaburan agar kesihatan itu kembali...

If you think Wellness is Expensive...then try Illness...

Istimewa untuk mereka yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

VITA-LEA: Tingkatkan HB Semasa Hamil 2

Assalamualaikum...

Hai...NuNa nak share testimonial hari nih...

Ofkos yang sedang membaca entry ni seorang ibu yang sedang hamil...betul tak???


Ye laahh..tajuk pun untuk ibu hamil kan...


Tapi kalau bukan seorang ibu yang sedang hamil, NuNa harap perkongsian entry ni dapat memberi sesuatu yang bermanfaat untuk anda yang sedang membaca...


Sebelum ni NuNa penah share tentang risiko HB Rendah & kepentingan Iron untuk tingkatkan HB di sini >> Vita-Lea Tingkatkan HB Semasa Hamil


Untuk yang berminat nak mengetahui fakta tentang VITA-LEA @ multi vitamin & mineral nih, boleh baca di sini >> Kenali Multivitamin


Ok, sebenarnya NuNa nak share kesinambungan testimonial saudara NuNa yang amalkan Vita-Lea nih untuk atasi masalah HB rendah sekaligus mengurangkan risiko kesihatan HB rendah nih....


Nuna akan share semula testimonial pertama saudara NuNa ni beserta testimonial terbaru beliau untuk tatapan anda yaa...



Ini testimonial pertama pada 25/9/2014 - tempoh pengambilan dalam 1 bulan
Ini testimonial kedua pada 30/10/2014 - HB semakin meningkat - dah tak rasa risau bila buat checkup
Alhamdulillah....seronok sangat bila dapat membantu orang sekeliling sihat & bebas dari dibebani masalah & tekanan...

Once HB rendah, apa kita akan fikirkan & buat?


Normally >> "wei, makanan apa boleh bagi naik HB?" ; "HB rendah ni, nak bt macam mana?"


Mula la kan...makan kerang, makan daging, organ dalaman...tak salah nak makan....sedap kan...


Tak salah tak salah tak salah...tapi dalam keadaan tu, kita akan buat semua perkara dalam keadaan mendesak! Nak cepat naikkan HB...makan banyak...silap-silap, tekanan darah plak yang naik...kan ke satu hal pulak???


So, NuNa harap anda dapat buat tindakan bijak untuk diri sendiri & anak di dalam kandungan...


Vita-Lea hanya multi vitamin & mineral yang didatangkan bersama mineral Iron yang amat membantu mengatasi masalah HB rendah. Malah banyak manfaat lain dalam multivitamin yang boleh diperoleh tubuh anda contohnya menjana tenaga, ada sumber asid folik, menyihatkan sel, elak keletihan dan macam-macam lagi...


Jadi, jangan lah takut dengan Vita-Lea sebab ia bukan ubatan terlarang yang boleh menjejaskan anda & bayi anda...


Istimewa untuk mereka yang istimewa



Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Wednesday, November 5, 2014

Omega Guard: Kesihatan Kulit

Tahukah kawan-kawan yang OMEGA GUARD bagus untuk KESIHATAN KULIT kita ?


Tahukah anda bahawa OMEGA GUARD membantu dalam mengurangkan simptom ECZEMA & ALAHAN KULIT ???
Eczema memang tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, tapi Omega 3 membantu mengurangkan simptom eczema & mengawal keradangan agar tidak menjadi semakin serius.

Tahukah anda bahawa OMEGA GUARD membantu dalam mengurangkan KERENGSAAN KULIT ???
Lemak Omega 3 membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat keradangan jerawat ataupun masalah psioriasis.

Tahukah anda bahawa OMEGA GUARD membantu dalam memperbaiki KULIT KERING ???
Kandungan EPA boleh mengawalatur kandungan minyak di dalam struktur kulit.

Tahukah anda bahawa OMEGA GUARD membantu dalam memperbaiki KULIT BERKEDUT ???
Kandungan EPA membantu dalam mengekalkan keremajaan kulit, memperbaiki wajah berkedut akibat terdedah kepada sinar UV setiap hari.

Tahukah anda bahawa OMEGA GUARD membantu dalam mengurangkan risiko MASALAH JERAWAT ???
Kajian mendapati bahawa mereka yang makan lebih minyak ikan dalam diet harian tidak mengalami masalah jerawat yang serius. Malah golongan remaja yang melalui proses akil baligh juga tidak mengalami masalah jerawat yang serius seperti lazimnya.

OMEGA GUARD membantu dalam pembentukan kolagen, melicinkan struktur kulit, menampakkan kemerah-merahan (pinkish-pinkish gittew...) & mengatasi masalah sensitif kepada cahaya. 




Peredaran darah yang sempurna akan menghasilkan penampakan yang sempurna terhadap kulit!

Jom la kita jaga kesihatan kulit dengan OMEGA GUARD sebab bukan jerk untuk kulit, tapi pada masa yang sama OMEGA GUARD ni untuk kesihatan jantung, paru-paru, tekanan darah tinggi, kolestrol, asthma & tingkatkan sistem imun kita!


Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343