Monday, October 13, 2014

Asid Amino: Kepentingan & Fungsi

Tahu tak Asid Amino tu penting?
Apa Asid Amino?

 Dalam bahasa susah >> Asid amino adalah molekul yang mengandungi kumpulan amino, asid karboksilik dan rantaian sampingan yang berbeza mengikut setiap jenis asid amino. Elemen penting dalam asid amino adalah karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.

 Dalam bahasa mudah >> Protein adalah nama besar yang mana merupakan salah satu makronutrien. Protein terdiri daripada rangkaian-rangkaian asid amino. Pendek kata, asid amino adalah protein, protein adalah asid amino. Asid amino bertindak sebagai blok binaan protein.



 Bahasa susah + bahasa mudah >> Asid Amino adalah kimia protein blok binaan untuk kehidupan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Asid amino yang menyumbang kepada kesihatan saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting & struktur sel. ~kepentingan tahap maksima nih!

 yang susah tetap susah, yang mudah pun boleh jadi susah...
 yang susah + yang mudah >> pejam mata sambil membayangkan & memikirkan...bukan lena! 

Asid Amino ada 2 jenis okey:-
  • Asid Amino Perlu (essential) & Asid Amino Tak Perlu (non-essential) ~ sama penting tapi diperoleh dari sumber yang berbeza.
 Asid amino perlu (essential) membawa maksud, badan tidak dapat sintesiskannya daripada sumber lain dan memerlukannya daripada sumber luar / makanan tambahan.
>> histidine, isoleucine, leucine, lisin, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan, valine

 Asid Amino tidak perlu (non-essential) bukan bermaksud tidak perlu tetapi ia boleh disintesiskan daripada sumber lain / dapat dihasilkan dalam tubuh kita / dijumpai secara bebas di dalam badan.
>> alanin, arginin, asparagine, asid aspartik, cysteine, asid glutamik, glutamin, gylcine, proline, tyrosine, serine

Semua Asid Amino melaksanakan fungsi penting dalam badan. Ia bekerja lebih baik apabila kita mengambil semua jenis asid amino. Jadi, penting untuk kita dapatkan pelbagai protein dalam diet kita.

Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil protein lengkap!

Jika kita tak mendapatkan Asid Amino yang cukup dalam siet seharian, kesihatan kita akan/boleh terjejas! Jumlah asid amino penting yang rendah (tak cukup) akan menimbulkan gejala seperti keresahan, tak fokus, daya tumpuan lemah, keletihan, kemurungan & ketidakseimbangan hormon. Semua ni nak bagi kita nampak tua sebelum masanya... 

Mari kita fokus kepada Asid Amino Perlu (essential) sebab ia tidak dapat dihasilkan oleh badan...
 Histidine – Ia digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.
 Isoleucine – Ia diperlukan oleh badan untuk proses sintesis hemoglobin, iaitu unsur utama sel darah merah.
 Leucine – Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.
 Lysine – Diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lysine juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan.
 Methionine – Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku.
 Phenylalanine – Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.
 Threonine – Menyeimbangkan protein dalam badan supaya tidak ada kekurangan atau banyak protein. Membina protein daripada asid amino yang membentuk tisu badan dari rambut hingga kaki dan menstabilkan paras gula dalam darah.
 Tryptophan – Diperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan.
 Valine – Penting untuk pembinaan otot. Kesan sampingan kandungan valine dalam tubuh termasuk halusinasi. Kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh. Valine membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal.
Gambar ni merujuk kepada kenyataan pada tong ESP
Yaa...ESP adalah sumber protein lengkap bersama Asid Amino Perlu !

Jangan pernah lupa, protein adalah makanan kepada sel ! 

Adalah disarankan kepada mereka yang mengamalkan pemakanan kesihatan bagi tujuan tertentu, jika tidak menampakkan keberkesanan, sila tambah sumber protein untuk memperbaiki sel anda terlebih dahulu...

Anda boleh mendapatkan mana-mana produk sember protein yang anda percayai!

Bagi yang mempercayai ESP Shaklee...boleh dapatkan segera.

Adakah anda mendapat sumber Asid Amino Essential yang mencukupi?
Kalau berminat untuk mendapatkan Asid Amino dari sumber semulajadi, ESP adalah yang terbaik buat anda...

Hubungi NuNa untuk maklumat lanjut yaa...
Istimewa untuk mereka yang istimewa...

Perlukan bantuan? NuNa sudi membantu, jangan malu & segan...
Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

No comments: