Tuesday, December 23, 2014

Jaundis @ Demam Kuning : Apa Sebenarnya???

Jaundis @ demam kuning merujuk kepada kehadiran warna kuning pada bahagian kulit, bahagian putih mata yang disebabkan terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan.

Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia disingkirkan dengan cepat oleh hati & dibebaskan melalui najis.

Jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan.

Jaundis berlaku disebabkan kehadiran bilirubin yang berlebihan & tidak dapat disingkirkan oleh hati → mungkin disebabkan penghasilan bilirubin berlebihan @ disingkirkan oleh organ hati secara perlahan.

Bilirubin ialah satu bahan kimia yang terhasil apabila sel darah merah normal diuraikan. Semua darah mengandungi bilirubin & kebiasaannya akan diproses oleh hati & disingkirkan melalui pembuangan najis & air kencing.

Jaundis bukan sahaja berlaku di kalangan bayi yang baru dilahirkan; tapi juga berlaku di kalangan orang dewasa tapi dalam jumlah yang sedikit.

Kebiasaan berlaku di kalangan bayi baru lahir.
~ 3/4 daripada semua bayi normal & sihat akan mendapat kulit berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran.

Jaundis berlaku pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin berlebihan → cenderung mempunyai tahap bilirubin yang tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen & juga kadang kala organ hati belum cukup matang, masih baru serta tak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.

Walaupun jaundis ini adalah normal, tetapi perlu dapatkan rawatan kerana ada juga kes jaundis yang berisiko tinggi menyebabkan kerosakan sistem saraf, pendengaran.

Risiko & Jenis Jaundis Bagi Bayi
  • 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari ke-2 @ ke-3 selepas kelahiran & hilang selepas seminggu (tidak berisiko jaundis teruk). ~ jaundis normal / fisiologi
  • 80% bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara 5 - 7 hari selepas kelahiran & hilang selepas 2 bulan kelahiran. ~ jaundis patologi
  • Jaundis susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan @ memanjangkan tempoh pembuang lebihan bilirubin melalui usus. Jika menyusu badan, tapi bayi masih jaundis, doktor biasanya akan nasihatkan stop penyusuan badan untuk beberapa hari. Pastikan anda daptkan nutrisi yang betul untuk elakkan perkara ini berlaku.

Risiko lebih tinggi untuk bayi berikut:-
  • Bayi lahir pra-matang / tidak cukup bulan
  • Darah ibu & bayi berlainan
  • Dilahirkan secara pembedahan
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Amalan Semasa Hamil
  • Baca al-Quran & doa semasa hamil
  • Makan kurma & buah delima sepanjang kehamilan terutamanya 6 bulan ke atas
  • Minum jus pegaga, air kelapa
  • Minum susu kambing
  • Makanan berkhasiat
  • Bekalan nutrisi lengkap
  • Sikap positif & jangan stress
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan kopi & teh (kafein)
  • Jangan ambil ubatan @ minuman herba

Petua Rawatan Traditional
  1. Jemur bayi di sebelah pagi, seeloknya jam 8pagi iaitu sebelum panas terik. Tutup mata bayi untuk elak silau. Jangan terlalu panas untuk elak kekeringan air pada bayi.
  2. Beri bayi lebih air masak supaya kekotoran & tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat disingkirkan dengan lebih cepat.
  3. Susukan bayi dengan lebih kerap kerana ia membantu bayi membuang air kecil & besar lebih kerap sekaligus mengeluarkan kekotoran yang ada dalah tubuh mereka.
  4. Elakkan pengambilan herba & jamu.
  5. Mandikan bayi dengan air rebusan daun bunga raya + daun sirih + air kelapa. Selepas mandi air rebusan, bilas dengan air biasa. Amalkan untuk beberapa hari.
  6. Beri bayi minum air rebusan kacang bendi (1 cawan air + kacang bendi).
  7. Beri bayi minum sedikit susu kambing.
  8. Beri bayi minum sedikit jus anggur hitam.
  9. Beri susu @ air yang dicampur dengan sedikit madu.
Rawatan di hospital takyah cerita la kan...biar doktor & jururawat yang uruskan.
Normally Rawatan Foto (sinaran cahaya biru) & Rawatan Pertukaran Darah bagi yang serius.

Kita ada alternatif moden jugak...ahahh...

Rawatan alternatif ini sesuai untuk jaundis di kalangan orang dewasa mahupun bayi...tapi untuk kes bayi, ibu la yang kena usahakan...sebab kena supply melalui susu kat bayi...

Apakah agak-agaknya? 
Vitamin yang doktor bagi selepas melahirkan laaa.... biasanya asid folik...apa lagi?

Asid folik dalam kumpulan apa? yaaa.....kumpulan B....amalkan B-Complex sayang-sayang NuNa...dan Vitamin C...

Vitamin C + B-Complex → membantu memecah & membebaskan kepekatan hempedu yang tersimpan di dalam aliran darah! Gabungan ini juga membantu merangsang aktiviti pundi hempedu & hati sekaligus mempercepatkan proses mematabolismekan bilirubin!

Apa vitamin lain yang turut membantu dalam proses ini??? Lecithin & Vitamin E !

Vitamin E adalah asas yang paling aktif dalam aliran darah yang menggerakkan hempedu & diedarkan ke saluran pembuangan yang normal & cepat ; membantu meningkatkan tenaga dalaman mencegah ancaman jaundis.

Apa-apa pun, sekarang mesti dah faham kenapa Vitamin B, Vitamin C tergolong dalamSet Kehamilan & Set Berpantang kan???

Amalkan pemakanan kesihatan yang berkhasiat & bernutrisi...insya Allah...corak pemakanan kita adakalanya faktor utama penyumbang kepada jaundis di kalangan bayi...



Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

No comments: