Sunday, May 18, 2014

Berkenalan Dengan KENCING MANIS

Assalamualaikum...halluuu........

Jom NuNa perkenalkan korang suma dengan penyakit pembunuh rakyat Malaysia - Kencing Manis !!!

Sebuah perkenalan yang bukan untuk disalahertikan...bukan untuk perdayakan anda supaya menjadi mangsa dari persahabatan ini...persahabatan yang meletakkan kita sebagai sahabat yang sentiasa memahami tetapi lebih berjaga-jaga, berhati-hati & tidak mudah mempercayai walaupun Kencing Manis adalah sang pencinta setia!

Eeewah...intro tak boleh blah! Cheq bukan orang sastera...tapi suka mereka-reka untuk suka-suka...jom kita mulakan sesi perkenalan kita bersama... En Kencing Manis @ nama glamer beliau Diabetes...

Apa Itu Kencing Manis (Diabetes Mellitus)
Suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin.
INSULIN: suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot, juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak ia menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Diabetes Dikelaskan Kepada 2:

DIABETES PRIMER
~ Jenis I iaitu Insulin Dependent Diabetes Mellitus ( IDDM ) @ Diabetes di  awal remaja
  • Dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.
  • Penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.
  • Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah
  • Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada 65 tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini
  • Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.


~ Jenis II iaitu Non-Insulin Diabetes Mellitus (NIDDM)
  • 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini.
  • Pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi.
  • Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun.
  • Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk
  • Pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing manis Jenis II.
  • Kencing manis Jenis II adalah disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.
  • Boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

RINTANGAN INSULIN - Satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.    
  Selepas kita makan, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan apabila badan mengesan peningkatan ini,   ia akan mengarah pankreas untuk merembeskan lebih banyak insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang datang tiba-tiba ini ke dalam sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos dalam bentuk lemak.
            
 ♦ Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang  telah dirosakkan dan ini menyebabkan reseptor insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing Manis... Jenis 2!

DIABETES SEKUNDER
- Disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin.
- Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat.
- Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.

Simptom / Gejala
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
  • Kerap membuang air kencing
  • Sentiasa berasa dahaga
  • Selera makan meningkat
  • Letih
  • Hilang berat badan
  • Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur

~ Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Ok...ini biodata beliau secara kasar...sekadar untuk mengenali beliau. Nanti next entry NuNa perincikan tentang peringkat-peringkat perkembangan kencing manis ni...tak kenal maka tak tahu yaaa...dah kenal & tahu ni, fikir-fikir kan lah nak bercinta ke tidok yerk! Eh...takdak gambaq la plak kan...mmm...nanti lah!

Terima kasih Dr Azizah sebab perkenalkan beliau kepada NuNa...

:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

No comments: