Thursday, June 5, 2014

Sintetik @ Semulajadi ???

ahhaaa...ini dia perbezaan VITAMIN SINTETIK & VITAMIN SEMULAJADI

Shaklee adalah vitamin dari bahan semulajadi okey...huhuhu... bak kata Dr Shaklee sendiri:-

"Memandangkan manusia adalah sebahagian daripada alam, justeru kewujudan kita saling bergantung dengan sumber-sumber alam yang lain" - Dr Shaklee

Check it out >>> PERBEZAANNYA ADALAH...........(bunyi drum dulu)

1. PENGHASILAN
Vitamin Semulajadi - dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan Vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
Vitamin Sintetik - dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (Vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2. KESERASIAN DENGAN BADAN
Vitamin Semulajadi - dihasilkan dari bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Vitamin Sintetik - walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin semulajadi, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau dikatakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan Vitamin B Complex pada vitamin sintetik. Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

3. HARGA
Vitamin Semulajadi - tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi. (tak salah berbelanja lebih sikit untuk kesihatan berpanjangan kan...)
Vitamin Sintetik - biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. KESAN KEPADA TUBUH BADAN
Vitamin Semulajadi - mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium, vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
Vitamin Sintetik - oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin-vitamin lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. KESAN JANGKA PANJANG
Vitamin Semulajadi - tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Vitamin Sintetik - mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

BAHAN SINTETIK BAHAYA DALAM MAKANAN
Dalam makanan yang dimakan setiap hari, terdapat pelbagai jenis bahan tambahan makanan seperti pewarna, perisa, pengawet dan sebagainya. Biasanya bahan tambahan makanan ini tidak dinyatakan dalam label bungkusan makanan. Hanya yang dicatatkan ialah pewarna atau perisa makanan yang dibenarkan.Keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada pengguna, khususnya yang menghidap sesuatu jenis penyakit atau alahan yang tidak boleh memakan bahan tambahan makanan yang tertentu. Beberapa jenis bahan yang terdapat dalam makanan yang perlu diberikan perhatian. Sekiranya ada yang menghidap penyakit tertentu, elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi bahan tambahan makanan tersebut.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.

Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.

Pilihan di tangan korang sendiri. Korang boleh mengambil vitamin dari mana-mana, mana-mana farmasi, mana-mana shelves, mana-mana pembekal… tapi demi kesihatan berpanjangan, pilihlah yang terbaik, antara vitamin natural dengan sintetik. Pasti tak sama okey...

:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

No comments: