Yeehaaa....jom
kita huraikan sikit tentang MULTI-VITAMIN & MULTI-MINERAL...
Sikit???
Panjang jugak kot…time dok siapkan entry
ni dalam M.Word, ada enam pages...sikit ka banyak? Hmm…boley laaa….maklumat
/ fakta ni takleh nak pendek2 kan...jadikan point ringkas2, nanti tak faham...nak
bt by part pun macam tak patut jerk…
Ok, kita kenal vitamin, mineral
& multivitamin
Vitamin - merupakan sebatian
organik yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang sangat kecil
(surih), juga dikenali sebagai ‘micronutrien’. Micronutrien ini berbeza dengan
‘macronutrien’ (Karbohidrat, Lemak dan Protein) yang bertanggungjawab kepada
distribusi kalori. Benar, Micronutrien tidak membantu dalam distribusi kalori,
atau bahasa mudahnya ‘kosong kalori’. Vitamin terbahagi kepada 2 jenis, iaitu
vitamin larut lemak, dan vitamin larut air.
Mineral (Diet) – merupakan
elemen kimia selain karbon, hidrogen, nitrogen dan oksigen yang terdapat dalam
jadual berkala (Periodic Table) dan
diperlukan oleh organisma hidup seperti manusia untuk terus hidup. Mineral,
sama juga seperti vitamin, adalah merupakan kelompok elemen surih atau ‘micronutrien’,
dan diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang sangat kecil.
Micronutrien - Vitamin dan mineral
(seperti yang disebutkan di atas)
Multivitamin - merupakan istilah yang
merujuk kepada supplemen diet yang mengandungi vitamin larut lemak (A, D, E,
K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, C, Folic Acid, Niacin, Pantothenic
Acid, Biotin), dan mineral-mineral penting (calcium, phosphorus, iron, iodine,
magnesium, manganese, copper, zinc, dan berbagai lagi).
Meskipun sodium merupakan
sebahagian daripada elemen mineral yang penting dalam diet, ia tidak disertakan
sekali dalam pakej multivitamin ini memandangkan sodium mudah didapati di dalam
makanan, terutamanya dalam garam yang digunakan untuk memasak (terlebih sodium
dalam diet boleh menyebabkan penyakit hypertension atau bahasa
melayunya, Darah Tinggi).
Jom
kita selami pula jenis-jenis vitamin dan mineral, fungsinya serta sumbernya.
Berikut
adalah vitamin-vitamin yang penting dalam membantu proses metabolik supaya
berjalan lancar, mengawal fungsi sel dan mengelak penyakit-penyakit malnutrisi
seperti scurvy dan rickets.
1 – Vitamin Larut Lemak
Vitamin
A (juga
*perkusornya, iaitu Beta Carotene)
Diperlukan
untuk: pertumbuhan normal, integriti kulit, penglihatan, dan perkembangan
tulang.
Sumber:
Lepa susu, kuning telur, buah-buahan tertentu (prunes, nanas, oranges, limau,
and cantaloupe), tumbuhan berdaun hijau, dan lobak merah.
*bermaksud
Beta Carotene akan ditukarkan kepada Vitamin A bila berada dalam badan manusia.
Vitamin
D
Diperlukan
untuk: Pertumbuhan tulang dan gigi, membantu penyerapan Calcium ke dalam
tulang.
Sumber:
Cahaya matahari (kulit akan menghasilkan Vitamin D), susu, minyak ikan kod,
salmon, kuning telur, mentega
Vitamin
E
Diperlukan
untuk: antioxidant, melindungi dinding sel, dan pembaikan luka
Sumber:
Hampir dalam semua buah-buahan, sayur-sayuran dan minyak sayuran
Vitamin
K
Diperlukan
untuk: Pembekuan darah
Sumber:
Lemak, oat, gandum, rye, alfalfa, juga dihasilkan oleh bakteria di usus
2 – Vitamin Larut Air
Vitamin
B1 (thiamine)
Diperlukan
untuk: pertumbuhan, selera makan, dan metabolisma karbohidrat (pembebasan
tenaga).
Sumber:
Gandum penuh, kekacang, kuning telur, buah-buahan, kebanyakan sayur-sayuran
Vitamin
B2 (riboflavin)
Diperlukan
untuk: pertumbuhan dan metabolisma sel (pembebasan tenaga).
Sumber:
Hati, daging, ayam, telur, susu, dan sayuran hijau
Vitamin
B3 (niacin)
Diperlukan
untuk: fungsi neurological (saraf), sistem pencernaan, kesihatan kulit
Sumber:
Hati, daging, ayam, sayuran hijau
Vitamin
B6 (pyridoxine)
Diperlukan
untuk: metabolisma protein, penghasilan sel darah merah
Sumber:
Daging, ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan
Vitamin
B12 (cobalamin)
Diperlukan
untuk: fungsi neurological (saraf), pembentukan DNA dan sel baru, serta
pencegahan anemia
Sumber:
Sayuran hijau, makanan organ binatang, daging, dan makanan laut. Tidak terdapat
dalam tumbuhan.
Vitamin
C (ascorbic acid)
Diperlukan
untuk: pembentukan tisu penghubung antara sel, mengekalkan protein untuk
kestabilan sel kepada membran, mencegah skurvi atau rickets dikalangan
kanak-kanak
Sumber:
Kobis mentah, lobak merah, jus oren, betik, lettuce, celery, bawang besar,
tomato, dan kebanyakan buah-buahan citrus.
Folic
Acid
Diperlukan
untuk: pembentukan DNA dan sel baru, terutamanya sel darah merah
Sumber:
Sayuran hijau, legum, biji (kuaci, labu), jus oren, hati.
Pantothenic
Acid
Diperlukan
untuk: Metabolisma tenaga
Sumber:
Wujud dalam hampir setiap makanan
Biotin
Diperlukan
untuk: Metabolisma tenaga
Sumber:
Wujud dalam hampir setiap makanan, juga dihasilkan oleh bakteria di usus.
3 – Minerals
Chromium
Diperlukan
untuk: mengekalkan paras normal gula dalam darah
Sumber:
Daging, makanan belum proses, lemak, dan minyak sayuran
Copper
Diperlukan
untuk: pembentukan sel darah merah dan tisu-tisu penghubung
Sumber:
Daging, makanan laut, kekacang
Fluorine
Diperlukan
untuk: Struktur gigi
Sumber:
Air paip (dikawasan tertentu), makanan laut, buah pinggang, hati, dan daging
Manganese
Diperlukan
untuk: Sintesis DNA, RNA dan protein
Sumber:
Bijirin, gandum, buah-buahan, sayur-sayuran
Selenium
Diperlukan
untuk: melindungi lipid pada membran sel, protein, dan asid nukleik dalam
mencegah proses oksidasi
Sumber:
Brokoli, ayam, timun, kuning telur, bawang putih, hati, susu, cendawan, bawang
besar, makanan laut, dan tuna
Zinc
Diperlukan
untuk: Sintesis protein, DNA dan RNA
Sumber:
Daging, tiram, makanan laut yang lain, susu, dan kuning telur
Panjang
giler dah rasa...cmna nih....ok, rajin ka nak ingat semua jenis yang
disenaraikan kat atas tu? mana tau, rajin nak hapal demi utk membeli supplement
yg betul2 complex...heheh...tak payah susah2...sbb tu kita perlukan MULTI
VITAMIN & MINERAL...sume ada dlm tu...all in one…
Jika
diperhatikan betul-betul, kebanyakan micronutrien di atas berfungsi dalam
meningkatkan lagi metabolisma tubuh badan; bererti ‘mempercepatkan lagi hasil
penurunan berat badan’.
Apsal
kita kena makan supplement lagi kalau semua tu kita dapat dari makanan yang
kita mkn hari-hari??? kenapa? kenapa? & kenapa? kenapa eh... Okeyh…Fakta
seterusnya…sila rajin baca…
Terlalu
Banyak Fakta!!
Persepsi
sedemikian sudah menjadi lumrah, dan manusia, secara azalinya inginkan sesuatu
yang ‘mudah’ dan menyenangkan. Perlukah setiap kali kita bertanya diri kita,
“Untuk menjaga penglihatan, aku kena pastikan aku mengambil Vitamin A, dan
untuk itu aku harus makan lobak merah…” atau “oh, aku kena makan tiram hari ini
kerana aku memerlukan mineral zinc..” (“oh, kenapa aku sangat skema?”) Terlalu
banyak fakta, manusia tak suka ini!
Oleh yang demikian, wujudlah apa yang dikenali sebagai
supplemen Multivitamin. (boleh bt contoh & kesimpulan mcm ni?? heheh)
Multivitamin
adalah penyelesaian kepada masalah-masalah di atas. Sebiji pil multivitamin dah
cukup untuk membekalkan lebih 20 jenis micronutrient yang diperlukan!
Hakikatnya, ia bukan sahaja untuk mereka yang ingin menguruskan badan, malah
perlu untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira matlamat berat badan, daripada
yang kecil hinggalah yang veteren.
10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil
multivitamin sehari? (1bj je sehari...bukan banyak pun...)
1 – Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat
badan
Kuning
telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak
keterlaluan jika NuNa katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang diambil
oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Masa sekolah rendah dulu, NuNa amik
teloq setengah masak tiap-tiap pagi…Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan
kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan
lemak.
Kebanyakan
mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak
makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru NuNa ambil contoh satu
jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya
memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma
pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi
rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin
perlahan!
Pernah
dengar ungkapan ini, “kau ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”.
Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.
2 – Faktor
sibuk
Faktor
kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak
seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering
bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.
3 – Termusnah akibat dimasak
Haba
merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai.
Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35
darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu,
belum terjamin 100% vitamin-vitamin yang terkandung dalam sesebuah makanan yang
dimasak dapat digunakan oleh badan kita.
4 – Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam
dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap
tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah
dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.
5 – Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti
sayur-sayuran & juga buah yang ada kini mungkin tidak lagi setanding
kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa
dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan
bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di
dalamnya.
6 – Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan
dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding
beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian
terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja
(rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.
7 - Tabiat makan memilih
Terdapat
individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan
makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak
mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan.
Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging,
ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12,
zinc dan calcium. ~~~ psst...NuNa tak makan buah-buahan (tepuk dahi); NuNa
kurang makan sayur...makan kadang-kadang jerk, ikut selera tekak (tepuk dahi
lagi).
8 – Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak
semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang
sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin
dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.
9 – Harganya yang murah
Secara
purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak
sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok
sehari, atau sebungkus Keropok Moni, mengapa harus memberikan 1007 alasan untuk
membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?
10 – Role Model kita (Logik
ke ini dijadikan sebab kenapa kita kena amik multi-vitamin??? heheh...takpa, janji
cukup 10 sebab)
Salah
satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke
usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap
hari dan jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”. Yeaayy…
Itulah
dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam
dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1
pil multivitamin setiap hari…tak kisah la brand apa pun, janji ada kualiti
& memberi kesan yang baik kepada kesihatan. Buat mereka yang belum, apa
yang ditunggu lagi?
Setiap
rakyat Malaysia seharusnya memiliki bekalan multivitamin dalam beg tangan (buat
yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah
(buat adik-adik yang masih belajar).
Cantik
plak ending nih....dah nak tamat nih...kalau ada lg...NuNa buat Part 2 okeyh....jangan
la boring baca story mory NuNa tentang vitamin nih...sharing is caring
maaa....u all klu nak tau tentang Multi Vitamin & Mineral Shaklee a.k.a
Vita-Lea kasi tau sama NuNa la...kita boleh kasi cerita sama lu...heheh...sudah
sudah...ke laut pulak…
Wallawehhh...NuNa ni pakar vitamin...sila kontek untuk sebarang pertanyaan okeyh...
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page: Your Healthy Steps
No comments:
Post a Comment