Showing posts with label Kisah 1983 Siang Malam. Show all posts
Showing posts with label Kisah 1983 Siang Malam. Show all posts

Wednesday, November 30, 2016

Survey Berbayar


Ok, out of topic sikit...setelah sekian lama tinggalkan blog ni...NuNa banyak aktif di Facebook & Instagram sekarang nih...

Sebelum tu, nak promote tajuk post arini...Survey Berbayar...

Dulu (beberapa tahun lepas), NuNa memang banyak join survey...kerap laa dapat voucher KFC...kadang RM10, kadang RM20..tu tak campur dengan yang husband punya lagi... 😀😀

Seronok tau walaupun dapat voucher jaa...boleh belanja anak-anak & family makan KFC dengan harga murah...feel dia tu macam makan free jerk... 😉😄

Ni nak share Servey Berbayar yang baru NuNa join...yang ni boleh tebus duit...bergantung kepada jenis & nilai survey tu laa...

Klik link ni tau... >> SURVEY BERBAYAR

Awak jangan tak aktif email plak...semua survey masuk ke Email dulu...

Kalau rasa nak tambah duit poket sikit-sikit tu, ada masa terluang tu, boleh laa join kan...bukan rugi pun...

Ok, nak promote jugak....


NuNa ada beberapa FB Page...tapi ini yang berkaitan dengan Shaklee 

Ni plak akaun Instagram

IG Personal NuNa: nurulnadiahazizan
IG Shaklee: vitamin_nadia

Follow tau... 😍

Saya masih jual Shaklee 😗

#surveyberbayar #paidsurvey #survey #parttime #seronok #duitpoket 

Sunday, July 24, 2016

NuNa & Blog yang berdebu...

Assalamualaikum...

Baru nak cuci 'rumah'...orang lain raya dah habis.. 

Selepas setahun lebih menyepi, NuNa nak buat come back...cheewah cheewah!

Kalau nak diceritakan apa yang berlaku dalam tempoh tu, akan nampak bergunung alasan disitu...Tak bagus di situ...no no no...

So, NuNa bgtau skit ja...alasannya MALAS akibat pembawakan budak...tapi budak tu sekarang dah 5 bulan....

Lepas masuk ofis, pun tak boleh nak sambung lagi bisnes Shaklee nii...SIBUK pulak di ofis dari pagi, bawak ke malam, bawak ke hari cuti...ibarat makan tidur di ofis lah kiranya...sob sob sob...raya pun macam tak raya...

Apa-apa pun, NuNa nak ucap terima kasih kepada sahabat & pelanggan tetap NuNa yang terus menerus menyokong part time bisnes NuNa niii wpun NuNa tak update tentang bisnes di blog, FB & IG dalam tempoh ini...bisnes masih bergerak secara offline tp tidak serancak dulu...

NuNa nak kembali ke dunia Shaklee dengan semangat baru!!!

Doakan NuNa...

Sudi-sudilah drop komen bagi semangat kat NuNa...ahaks! Ada followers ke??? Bajet glamor la pulaks!

Untuk Shaklee....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Thursday, January 1, 2015

Tamak Pahala!

Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru 2015...

Selamat Menyambut Hari Maulid Nabi Muhammad SAW~ 12 Rabiul Awal 1436H (3hb Januari 2015)

Jom bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW...




TAMAK PAHALA !
Insyaa Allah tak berdosa...

~ NuNa ~

Sunday, November 16, 2014

Ostematrix: Masalah Kekejangan

NuNa sejenis manusia yang ada masalah 'tarik mengkarung'...

Apa bahasa lain untuk 'tarik mengkarung'?

Kekejangan kot...yang selalu jadi kat betis tuu...

Nuna pernah share status ini kat facebook sebelum nih...ada yang sudi berkongsi...

'Tarik mengkarung'→ Kedah la kot...dah NuNa sebut nih...
'Tarik ketengkoih' → Perlis
'Nyettok bewok' → Kelantan


Negeri lain tak pasti...Bahasa standard, kekejangan...

Selalu jadi time tidoq...sakit ooo...boleh teriak sementara nak hilang rasa sakit tuh!

Selepas kawin, en.suami jadi mangsa bangun mengejut bila ditampaq pn.isteri saat 'tarik mengkarung' menyerang...sbb nak mintak tolong urutkan kaki sampai hilang rasa kejang tu...kihkihkih...nasib laa...masa tak kawin lagi, buleh plak tahan sakit sorang2... 

Tapi, sekarang, en.suami dah boleh tidoq nyenyak sebab kejadian mengejut @ kekejangan @ 'tarik mengkarung' tu lama dah tak mai menjengah...

Sebab apa 'tarik mengkarung'? Serius, NuNa pun taktau...

Tapi, lepas sembuh dari masalah 'tarik mengkarung', baru NuNa tahu ia disebabkan kekurangan kalsium...patutlaa masa mengandung dulu kerap jadi...siap ada extra kekejangan jari tangan lagik...makan pil kasium yang doktor bagi pun tak efek...cuma doktor kata, sekurang-kurangnya, baby dapat kalsium...ok!

Setahun lebih dah amalkan OSTEMATRIX...Alhamdulillah, takdak dah 'tarik mengkarung'...so, boleh meregangkan badan semasa tidur tanpa ada perasaan risau kaki disentap 'tarik mengkarung' lagi !

Info: Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi & artritis.

1bj Ostematrik = 250mg kalsium = segelas susu
NuNa amalkan 2-4bj sebelum tidur; setiap hari ~ sebab NuNa jenis tak minum susu!
Sebotol utk 1-2 bulan.

Kalau kamu yang tengah baca ni ada masalah yang sama macam NuNa, jom cuba OSTEMATRIX untuk kurangkan masalah tu...

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Omega Guard: Sakit Itu Ini

Hah...dah kenapa 'sakit itu ini' ?? 
Sebab banyak sangat...taktau nak letak tajuk sakit apa...

NuNa selalu sangat diduga dengan masalah kesihatan sendi, saraf...taktau la pseipa...
Tapi kita kena bersyukur, sebab ujian itu menunjukkan Allah sayangkan kita...
Dan kita kena usaha, doa, sabar & tawakal untuk atasi segala ujian & dugaan...Allah menguji dengan ujian yang mampu dipikul oleh hamba-Nya...

Sakit tengkok, sakit bahu, sakit belakang kepala...dah seropa kena darah tinggi cheq rasa! Eewah..macam biasa kena darah tinggi kannn...tapi gitulah lebih kurang simptomnya...

Pastu ibu jari tangan kanan pun sakit...tak beropa nak buleh melentik dah...nak guna untuk tekan ka, picit ka...pun tak buleh...

Bila dua tiga perkara jadi serentak, mula laa susah hati...dok pikiaq sakit apa...mula laa baru terasa nak buat medical check up...dan dan jaa rasa diri tua kerepot dah...

Tambah-tambah pulak, dekat-dekat nak raya haji time tuh...dengan musim daging korban, ketupat pulut lagi...rugi la kalau tak boleh makan kan...

Memandangkan NuNa ni kan lebih kurang 'doktor'..bak kata Mama laa...heheh...kaji la segala suplemen yang dok makan...check balik kot ada yang kurang, yang tak cukup, yang perlu tapi tak ambik...survey yang berkaitan sendi, saraf...

Dalam tempoh tu, NuNa ada baca status mentor NuNa, Kak Norita kat facebook tentang cara dia makan Omega.

Pertama:-
" Selagi kita berkira untuk sesuatu itu maka selagi itu kita belum jumpa titik keperluan sebenar yang kita mahukan.

Orang tanya mengapa makan Omega 3 biji 2 kali sehari? Saya jawab sebab saya perlukannya dan saya dapat rasakan perbezaan yang ketara.


Harga? 

Mahal = bila beli dan makan saat kita sihat. 
Murah = bila perlu ketika sakit.
Percuma = bila kita jadi ahli dan mula berkongsi kebaikan produk, duit bonus boleh beli makan vitamin Shaklee ! "

Kedua:-

" Saya makan Omega 3 biji untuk 2 kali sehari selama berbulan2 sehingga saya sedar saya boleh pakai baju nikah adik saya 13 tahun dahulu....Kita tak boleh kurus dalam sebulan "

NuNa rasa ada lagi satu status Kak Norita berkaitan 'makan Omega 6 biji sehari'...tapi tak jumpa...its ok...NuNa ambil Omega Guard & Ostematrix...mmm...


Omega Guard NuNa tak amalkan secara konsisten...walaupun ambil setiap hari tapi tak lebih dari 3 biji...kadang-kadang 1biji, kadang-kadang 2biji...sebab tak nampak beza lagi bila ambil kurang & ambil lebih...


Ostematrix memang Nuna amalkan konsisten sejak memberi kesan yang baik kepada masalah sakit tumit yang dialami...dah tak sakit sekarang tapi konsisten amalkan 4biji sehari sebab membantu pelawasan & sebab nak jaga kesihatan tulang, taknak kena tarik mengkarung dah, taknak kebas-kebas...


Sejak dari tu, NuNa konsisten makan Omega 3 biji sehari + cita-cita nak amalkan 6biji sehari macam Kak Norita!


Nawaitu asal nak tambah jumlah pengambilan Omega sebab nak kurus!


Tapi selepas konsisten Omega 3biji sehari sebelum Aidiladha 2014 yang lepas, sakit tengkuk, sakit belakang, sakit ibu jari tangan semua dah hilang...lepas raya baru perasan....tu pun sebab pegang tengkuk sambil terfikir...

"Aku ni makan daging banyak nih...makin teruk sakit tengkuk & bahu ni, teruk aku...kena buat check up macam ni...mau ada darah tinggi betul-betul, naya! Baru 31 tahun kot...."

Tiba-tiba baru perasan...semua sakit tu dah tak dak! Test lentikkan jari, picit-picit, pusing kepala, tengkuk, angkat bahu...semua ok! Alhamdulillah...Allah perkenankan usaha hamba-Nya...


Terus bagitau Mama...Mama kata, dah lega baru bagitau...masa sakit, sepatah pun tak habaq...heheh...


Ada apa dengan Omega ???

~ Sebab Omega-3 adalah agen anti-inflamasi / anti-inflammation / anti-radang.
~ Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Jadi Omega-3 mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Sekaligus mencegah arthitis serta memelihara fungsi-fungsi sendi & gout secara efektif!
~ Omega-3 diperlukan oleh badan tetapi tak boleh dihasilkan oleh badan! Bila kurang, masalah la kan?

Sekarang?

Sakit-sakit sendi tu dah takdak...sekarang cuba amalkan 6 biji sehari...

Nak tahu sebab apa? Bukan untuk kurus, tapi untuk resdung...NuNa masih dalam peringkat percubaan & kajian...cheewah....test kat diri sendiri dulu...nanti kita share lagi yaa...


"Gila kau test Omega...mahal kot..."


Mahal mahal pun, kesihatan NuNa kan...bukan kesihatan orang lain...pelaburan untuk diri sendiri...tapi saya nak bantu mereka yang nakkan kesihatan, nakkan perubahan...


If you think Wellness is Expensive, then try Illness...


Istimewa untuk mereka yang istimewa



Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Sunday, October 26, 2014

Awet Muda

Syukur Alhamdulillah...walaupun dah cecah 30-an...tapi masih awet muda! Memang keturunan keluarga kot....

Tapi, walaupun kategori keturunan, NuNa perhatikan ada ja saudara NuNa yang tak awet muda...nampak berusia...

Haa...semua tu sebab selalu stress...masalah kesihatan...hidup terlalu serius mungkin...genetik mungkin...hehehe...

======================================================================
Jalan-jalan sambil shopping kerepek, koropok di Padang Besar, Jumaat lepas...

Jurujual :: Nah, bagi biskut kat adik...petang-petang ni, sayo bagi free jaa lah sepeket ni...kesian kat dio... (siam + kelantan kot)
NuNa :: Terima kasih kak... (selalu panggil orang 'kak', perasan muda sungguh!)
Jurujual :: Samo laa muko kakak dan adik nih...
NuNa :: Ya ka kak? Selalu orang kata dia ikut muka Abah...
Jurujual :: Anak ko?
NuNa :: A'ah, anak... (senyum meleret dah nih!)
Jurujual :: Laaa...ingatkan adik...tengok muda macam tak kawin lagi jah...

Angkat kening kat En Suami...dapat tumbukan sedas kat lenganku yang sihat nih!
======================================================================

Terima kasih lah duniaa...sebab selalu memandangku sentiasa muda... eewahhh!

Syukur Alhamdulillah...
Kalau kita amalkan pemakanan kesihatan untuk sihat, kita akan sihat! 
Sihat itu akan terserlah di wajah kita...

Dalam banyak-banyak suplemen, mungkin B-COMPLEX , VITAMIN C , VITALEA , VITAMIN E , ESP , OMEGA , GLA & sekali sekala COLLAGEN POWDER SHAKLEE yang banyak membantu kesihatan badan yang juga memberi manfaat kulit & awet muda... Alhamdulillah...

Nak ka kelihatan berusia sebelum masanya?

Badan sihat, kulit sihat, minda sihat! 


Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Wednesday, August 20, 2014

OSTEMATRIX: Sakit Tumit Melampau

TESTIMONIAL OSTEMATRIX: SAKIT TUMIT MELAMPAU!!! ~ diri sendiri ::

Sejak awal tahun ni, NuNa alami sakit tumit yang amat sangat! Malu nak cerita sebab rasa macam orang tua-tua plak...huhu...

Macam biasa, bila sakit mesti cari ubat...beli ubat kat farmasi, nak tgk dulu cmna...dan beli jgk 'heel guard'...kena pakai guard time tidur, sebab kalau tak pakai, bangun pagi takleh jejak lantai...sakit & ngilu sgt! Kalau boleh terbang takpa la jugak kan??

Makan ubat macam biasa la, habis kesan ubat, sakit balik...its normal...tp makan jugak sampai habis...

Dah sampai tahap NuNa takleh duduk lelama, mesti sakit tumit...jalan lelama pun sakit jugak...bila kat rumah, mesti selalu pakai heel guard...tumit tu rasa macam renggang...logik tak?? kalau la boleh terbang & apungkan badan...

Pastu NuNa pilih 1 je suplemen utk atasi masalah tumit NuNa nih...NuNa memang cmtu, klu ada mana2 masalah kesihatan, akan pilih 1 je suplemen yg paling layak utk NuNa mkn secara konsisten...senang nak tgk keberkesanan...tapi suplemen yang biasa utk maintain kesihatan NuNa mkn setiap hari mcm biasa...

 So, NuNa pilih OSTEMATRIX! 

Sebab NuNa jenis tak minum susu, mungkin ada masalah saraf & tulang kat area tumit tu...lgpun dah membawak naik sakit ke pelipat dan lutut dh...NuNa amalkan OSTEMATRIX secara konsisten, sehari 4 biji tanpa skip!

NuNa memang tak konsisten makan Ostematrix sebelum tu...makan sehari 2 biji ja...kadang lupa, kadang ingat...

Tapi, sejak nekad nak pulihkan sakit tumit tu, NuNa makan 4biji sehari! 


Start bulan April 2014....2 minggu yang pertama dah beransur hilang sakit tumit tuh...NuNa terus konsisten smpi 2 bulan...ALHAMDULILLAH, sekarang kalau tidur tak pakai heel guard pun dah tak sakit bila bangun pagi. Dan pengambilan OSTEMATRIX pun kadang 2bj sehari, kadang 4bj sehari...walaupun tak konsisten dr segi jumlah, tp NuNa tak pernah tinggal...

Ramadhan lepas NuNa tak ambil OSTEMATRIX...sebab dalam ESP, PERFORMANCE & MEALSHAKES dah ada KALSIUM...so NuNa tinggal sekejap... Alhamdulillah, tumit dah tak sakit balik...


Sampai sekarang, Alhamdulillah... tak sakit dah...dah sambung makan Oste macam biasa selepas habis puasa lepas...tak dak dah jalan 'ginjat'...rasa cucuk-cucuk kat tumit semua dah ok...syok sangat! #shakleeeffect


Manfaat lain OSTEMATRIX untuk NuNa ??


 tarik mengkarung dah tak ada!!! yeayy!!! dulu selalu tarik mengkarung...taktau la pseipa selalu sangat dok mengeliat masa tidoq...bila regangkan badan time tidoq, mesti tarik mengkarung! Tau kan tarik mengkarung?? yang dok jadi kat betis tu...Boleh nangis wooo....tapi sekarang dah ok! #shakleeeffect


 membantu pelawasan...NuNa ni jenis sembelit...so, Oste ni sikit membantu untuk lawaskan...sikit pun xpa! Janji buang...hehehe... #shakleeeffect


 dah lama dh tak rasa gigi longgar dari gusi...dulu selalu rasa macam gigi ni semua nak tercabut...kebas ka apa ntah macam tu... #shakleeeffect

Bagi kawan-kawan yang jenis tak minum susu macam NuNa, jaga la dari awal yaa...NuNa ni maklum ja laa...umur dh cecah 30-an nih...macam-macam nak kena jaga... kalau sakit plak, takut lambat sembuh...umur tetap bertambah walaupun muka makin muda...erk?? ahaks! #shakleeeffect jugak!

Sekarang dah konsisten makan Ostematrix sebab NuNa sedar diri dah tua...susu tak lalu nak minum, kalsium tak cukup, jadi risiko tinggi untuk hidap masalah kesihatan berkaitan tulang sendi, kekejangan, masalah gusi & gigi, masalah sembelit yang makin teruk... jaga diri sendiri untuk yang tersayang...istimewa untuk mereka yang istimewa...

So, kalau ada yang nak cuba, boleh PM / SMS / whatsapp NuNa yaa...Free Consultation

Jom sama-sama jaga kesihatan anda & keluarga tersayang...

PM / SMS / WhatsApp 013-4309343
FB Page : Your Healthy Steps

#shakleeeffectoog bersama blog Kak Norita yang manis >>  http://www.anakkuwiraku.com/2014/08/shaklee-effect-omega-guard-shaklee.html

Tuesday, February 11, 2014

Percutian Ke Pulau Langkawi

Assalamualaikum...

Huhuhu...nak buat entry Percutian Ke Langkawi nih bulan lepas lagik...sejurus balik dari bercuti...tapi apa yang disibukkan pun tak tau laaa...NuNa baru siap edit gambaq masa kat sana...heheh...

NuNa, En.Suami & En.Anak ke Langkawi sebab nak menggantikan cuti kami yang tertangguh dari Disember 2013...pun tak tau la sebab apa yang tertangguh...kesian kat Faris...cuti sekolah tak bercuti mana-mana...just pi Penang bawak dia naik feri...kihkihkih....cover la konon...

Bertolak ke Langkawi pada hari cuti Thaipusam ~ 17/01/2014...tuudiaaa....nala punya ramai orang kat Jeti Kuala Kedah...malas nak amik gambaq time tuh! P jeti kul 9.00pg, nek feri pukul 12.30 tengahari...punya ramai orang...nak bebai pun ada...tapi sabaq...satgi percutian jadi tak best kan...mujuq hotel tempah 2-3 hari sebelum tu...kereta ja la tak booked... kereta pun En Suami nak booked la time dok tunggu kat jeti tu..tp serius NuNa tak confident! Rasa macam boleh dapat murah walaupun cuti umum camtu...tanya keta kancil, habis, yg kecik semua habis...yg besaq paling murah pun RM80 kot...kalau hari biasa mai, RM40- RM50 ja setakat kancil tu...wira pun habih kuat RM60-RM70...kata kat En Suami, takpa...kita cari keta kat Jeti Langkawi...mesti bleh save sikit...

Sampai Langkawi pukul 2.30 petang...dekat 2 jam jgk klu naik dari Kuala Kedah...kalau dari Kuala Perlis cepat sikit...tapi rumah dekat ja dengan Kuala Kedah kan, adik plak tolong hantaq p jeti, save parking tuu...hehehe...nak save saja!

Samapi sana, terus cari keta...dapat la kancil RM60...pukul 3ptg Jumaat sampai pukul 3ptg Ahad - RM120...ok laa...plan nak ambik moto tau...nak feel travel la konon...tau berapa sewa moto?? sama harga kancil!! hampeh...

Dapat kereta, terus ke hotel...hotel tak glamer, jenoh la jugak kan...tapi nasib Waze menunjukkan jalan yang benar...hahaha... Ricca Inn... hotel biasa-biasa...untuk penginapan biasa...sbb nak tidoq ja kan...mmg plan nak berjalan ja...bukan nak lepak hotel...dan kisah sebenarnya banyak hotel yang dah full booked! Cuti umum kan...hotel tepi pantai memang jangan harap laa...kalau nak yang best, kena awal...tapi Ricca Inn ok laa...selesa jugak...RM77/bilik/malam

Aktiviti pertama adalah Cable Car kat Gunung Mat Chincang....NuNa dah 3 kali naik...adoi...terpaksa naik skali lagi demi En Suami...dia tak pernah naik...kesian sungguh! Orang Kedah, p Langkawi berapa kali dah, tapi tak pernah naik Cable Car...ok...layan ja... Whooaaaaa...musim angin! musim sejuk! Pukul 5ptg sampai Gunung mat Chinchang...ramai gila okeyh! tapi beratoq jugak...pukul 6ptg lebih jugak la baru dapat naik. Serius beb...sejuk + angin kuat = Faris berdiri kat atas nuu nak terbalik! punya kuat angin...dah la Faris pakai baju ketiak! (baju ketiak = baju tanpa lengan a.k.a singlet ~ ntahapahapa punya nama baju Faris bagi)
Nasib ibumu ini bawakkan sweater kamu...Faris berjalan mesti pegang baju NuNa or abahnya...takot jatuh...bayangkan yerk...FonPad Asus pun nak jatuh bila pegang...betapa kuat angin itu...

Jom layan sekeping gambar kat Gunung Mat Chinchang...En Suami gaya ke Kutub, En Anak muka cuak amat!




Tak dapat nak lepak lama-lama kat atas tu...sejukkk...lagipun dah lewat...pukul 7 dah pun...suspension bridge tak boleh turun...tak pasti la plak dah brapa lama tutup...tapi kalau bukak pun, tak dak orang jalan kot...angin kuat...owh...lupa plak...tiket...untuk dewasa RM15, kanak-kanak RM10...

Lepas turun tuu, terus gerak balik ke Kuah...plan nak dinner kat Wan Thai Restaurant tetapi ramai la plak orang dah booking...nak kena tunggu meja kosong dulu dalam pukul 8.30mlm...malas NuNa nak tunggu...agak lapar laa...sbb makan kat rumah tadi nuuu...so, En Anak makan burger, En Suami nasi mamak, NuNa makan mee goreng...

Lepas makan, terus p lepak kat Dataran Lang...malam memang tak tau nak buat aktiviti apa...so, bawak En Anak tengok Helang laa...huhuhu....tengok helang batu! sambil makan aiskrim...pastu balik tidoq!




Hari kedua, plan bawak En Anak ke Underwater World...yeeaayy untuk En Suami & En Anak sebab mereka memang suka dengan zoo & binatang...NuNa tak suka...layankan aja laa... amik gamabaq lebih kurang...tp depa memang happy sgt!!! ok laa...cuti yang bermakna....Tiket? Dewasa RM30, kanak-kanak RM20...




Jeng jeng jeng......... sekali lagi terjah ke Wan Thai Restaurant...huhuhuhu...tak mau tunggu malam, jenoh nak beratoq! hahaha....ok...2nd day kat Langkawi ni merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan NuNa & En Suami yang ke-6...hihihi...malu aih...tu yg plan nak makan yang best untuk celebrate skali...nak belanja En Suami makan seafood yang best kat sini, tp NuNa yang dibelanja...save bajet i....kihkihkih... RM80 untuk lunch hari tuu....layan gambaq sekeping....



Haaa...tomyam seafood, sotong goreng tepung (hajat asal adalah ketam lembut goreng tepung tapi takdak), ayam pandan & otak-otak seafood (yang dalam buah nyok tu...sedap ooo)...En Anak tak makan nasi, ratah sotong & ayam jaa! Sebab baru sudah makan roti...dan tabiatnya memang begitu...susah makan nasi semasa travel...pendamping setia adalah roti gardenia coklat & jagung...bawak dari aloq staq yaa...kat Langkawi takdak Gardenia...harap maklum!

Kenyang sudaaa...balik hotel, selesaikan apa yang patut,  tukar baju, nak cargas ke Pantai Cenang plak...untuk mandi manda...tapi memandangkan awal lagik, hala ke Pantai Pasir Hitam dulu...saja tengok kawasan, apa yang ada...pasir agak hitam...hikhikhik...damai jugk rupanya...bertentangan dengan Kompleks Kraf Langkawi...relax jerk kat sini, tak ramai orang, ada beberapa family yang berkelah...asalnya nak mandi kat situ jerk, tp macam panas lagik, tak jadi...just lepak tepi-tepi batu & gigi air jerk...cuma tak tulis nama atas batu ja lagi!

Dah lepak sekejap, terus gerak untuk ke Pantai Cenang...on the way tu, tersinggah pulak kat Hot Spring...singgah toilet aja yaaa...dan beli air...rasa macam takdak apa sangat...huhu...dan gerak sekali lagi untuk ke Pantai Cenang....

Ish ish ish...ada pulak sign board ke Gunung Raya....lambat lagi la ceritanya nih nak sampai ke Pantai Cenang....En Suami ajak ke Gunung Raya...tengok apa yang ada...alang-alang dah lalu katanya...woooo....naik bukit nih...eh...gunung...ketinggian lebih kurang Gunung Mat Chinchang jugak, 2000++ft...tapi naik kereta...gayat kot...rasanya cecah 1jam nak smpi kat puncak...sejuk tapi tak la berangin macam kat Gunung Mat Chinchang tu...kat puncak tu ada sebuah hotel...tak ingat dah nama dia...dan kat hotel tu ada menara untuk see view...kena bayaran yerk untuk naik lif & lepak atas tu...dan disediakan secawan teh herba untuk setiap orang...tiketnya RM10 utk dewasa; RM5 untuk kanak-kanak...bunyi berdesing boleh tahan kuat jugak...walaupun angin tak kuat tapi ada jugak la angin...kami sampai kat puncak tu dalam pukul 5.30 petang...



Ok, lepas turun dari Gunung Raya, terus gerak ke Pantai Cenang...tak boleh 'tersinggah' kat mana-mana dah sebab agak lewat...akhirnya sampai jugak ke pantai....pukul 6.30 lebih kurang...yang mandi-manda En Suami & En Anak ja...Pn Ibu tolong tengok, ambik gambar, jaga beg, jaga kasut...heheh...janji happy!!! Kat sini memang ramai la...maklumlaaa...keliling tu semua resort...mat saleh lagi la ramai... sat saja, sebelum maghrib, kami dah gerak keluar dari kawasan pantai...



Balik hotel, bersihkan diri, siap, keluar makan....lepas makan, balik rehat kat hotel...elok laaa....pukul 10.30 malam dah pun...makan pun kedai siam biasa jaa....lagipun, esoknya dh nak balik...hari nak beli coklat!

Taraaa....hari ahad dah...nak balik dah...dan.....hari tu adalah Hari Lahir En Suami...mmm...mmg tak dan dah nak celebrated best-best time tu...heheh....check out dari Ricca Inn terus ke Beras Terbakar...buang masa sat kat situ...terus ke HIG Group...macam biasa, mai Langkawi mesti cari coklat!!! Tapi yang sadisnya, Pepero kotak hijau habih!! huuuu...dah la yang tu yang sedap...tinggal yang kuning jaaa...kuning pun kuning laa...belasah! Selain Pepero, En Suami & En Anak dok kutip coklat kegemaran depa & tak lupa ikin bilis yang dipesan oleh Mama...coklat & ikan bilis beli untuk mertua skali yerk...baru adil...baju-baju bagai memang tak shopping....just beli 2 helai baju untuk En Anak...dia yang diutamakan...heeee...

Tiket feri pukul 3.30petang....dan agak stress bila tiket perjalanan tertunda selama 1jam! wooo...lama tuu...asal orang ramai camtu, mesti jadi kes feri tertunda...khabarnya ada bot/feri tengahari tu rosak...sebab tu semua jadi tertunda...dan kala itu jugaklah demam menyerang...amboi....huuu...rasanya bukan tunda sejam dah...feri gerak balik pukul 5.15 petang...pukul 7 jugak la sampai ke rumah...hoooheii...

Total perbelanjaan percutian 3 hari 2 malam kami tak cecah RM1K...memang plan untuk belanja setakat tu jaa...ok, klu plan nak beli pinggan mangkuk periuk belanga memang tak cukup melainkan pergi Langkawi pagi, shopping pinggan mangkuk periuk belanga & balik petang tu jugak...tu pun kalau beli sekadar keperluan yerk...silap-silap kena cukai sebab pergi balik hari & beli barang banyak! Harap maklum!

Malam tu keluar makan dengan Mama & adik....celebrated birthday En Suami kat Restoran Mekah...layan nasi mandy....ok, sekian....

** taip ikut suka...kalau tak paham, mohon maaf...malas nak check...harap kurang typo...

Friday, January 10, 2014

Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh

Assalamualaikum…
Halluuuuuuu…

Adakah anda seorang bakal ibu? Sedang hamil? Pernah melahirkan anak? Tengah tunggu hari nak melahirkan insan istimewa? Sedang mencari-cari produk berpantang? Apalagi yang berkaitan eh dengan tajuk entry nih…mmm…kihkihkih…

Okeyh…sapa yang pernah mengalami masalah luka bersalin lambat sembuh??? Sila senyum sekarang!!! hehehe…terima kasih atas respond anda.. J

NuNa pun ada pengalaman luka bersalin lambat sembuh…hampir 6 tahun dulu…lama dah…teringin tengok sedara-mara, kawan-kawan dah anak ramai…jeles pun ada…tapi nak buat macam mana…belum rezeki lagi…rezeki anak laa…rezeki lain alhamdulillah…tapi NuNa tetap bersyukur sebab Allah dah kurniakan seorang anak yang soleh & bijak untuk NuNa & suami…alhamdulillah…ramai lagi yang belum dikurniakan anak…ada jugak yang takada peluang untuk menimang cahaya mata sendiri…ok, itu motivasi utk diri sendiri…

Kembali kepada tajuk entry…NuNa nak panjangkan entry ni dengan pengalaman NuNa yang satu itu…luka bersalin NuNa memang lambat sembuh…bukan setakat lambat yerk…hari ke-20 berpantang tu, kena jahit sekali lagi!!! Lepas jerk nurse bgtau luka tak bercantum elok, memang nangis lah! Terbayang nak kena jahit mentah-mentah kat hospital…adoii…ngeri cheq!

Tapi NuNa tak p hospital okeyh…p klinik swasta Pakar Puteri…mula-mula doktor bagi ubat sapu dulu untuk sapuan 3 hari…pastu kena check balik…memandangkan tak memberi kesan, kena la jahit balik…tapi buat kat klinik swasta kan…doktor bius satu badan…selamat!! Tapi bertambah lmbat la habis berpantang…nak buat mcm mana kan…

Sebab??? Ok…
  • Faris, anak NuNa dilahirkan dengan berat 4.3kg…kategori besar & luka juga besar..Luka bersalin tu berbentuk ‘Y’…doktor kata salah satu capahan shj yg tak bercantum tapi NuNa tak tahu la bhgn mana yang jahit sebab NuNa tak pernah tengok luka tu. Taktau pun rupa macam mana… 1st time la katakan…mana nk reti…tak penah belajar betul-betul…learn by experience la kononnya!
  • Mungkin jugak lepas mandi @ membuang air, tempat luka tu tak dilap sehingga kering.
  • Pastu, NuNa banyak berjalan, kerap duduk berbanding baring.
  • Mengurut terlalu awal iaitu lepas 2 minggu…ada orang kata tak awal, tp mungkin sebab luka tu besar @ byk, sbb tu terkesan akibat mengurut.
  • Makan jamu selepas habis ubat hospital...huhuhu…last2, susu badan pun tak nak keluar…Faris sempat menyusu 2 bulan lebih jerk…sampai muntah-muntah hisap sebab susu tak keluar..kesian…
  • NuNa memang jenis sembelit…hari ke-18 baru membuang air besar, hari ke-20 dh kena jahit semula…jadi, agak-agak la, lepas jahit kali ke-2 tu, bila pulak NuNa membuang air besar yerk…hahaha…


Ok, untuk makluman, benang jahitan semula tu tanggal pada hari ke-60 berpantang…woohoo… Puas hati!!! Tu pun kena sapu krim jugak lagi…sebab kemerah-merahan macam tak kering sangat…orang lain 60hari tu dah duduk bersila kot…NuNa masih berpantang! Sabo je laa…tapi NuNa rinduuuu sangat masa tu…teringin sangat nk baby lagi…Faris pulak selalu Tanya bila dia nak dapat adik…huhuhu….

Ok! Kembali ke tajuk entry… Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh!
  • Pastikan bahagian luka sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan.
  • Elakkan menyapu sebarang ubat traditional di bahagian luka pada 10 hari pertama. Penggunaan ubat traditional ini dikhuatiri mengganggu proses percantuman kulit
  • Tukar tuala wanita dengan kerap
  • Ambil serat dan air secukupnya bagi mengelakkan sembelit
  • Ambil vitamin C, multivitamin dan mineral zinc untuk mempercepatkan proses penyembuhan
  • Kurangkan berjalan atau melakukan aktiviti-aktiviti harian rumah semasa dalam pantang


Eh…cerita panjang bukan main, tips 6 jerk…hahahaha…kang kalau hurai tips tu satu2, lagi panjang pulak…okeyh…walaupun sikit jerk tips tu, tp NuNa harap ia memberi manfaat kepada semua…jadikan pengalaman NuNa sebagai iktibar/pengajaran walaupun pengalaman tu biasa-biasa jerk…

-----------------------------------------------------------
Mahu Set Bersalin Yang Membantu Luka Cepat Sembuh?
-----------------------------------------------------------


Pertanyaan lanjut, hubungi saya okeyh...
:: HP 013-4309343
:: ID 874901

Thursday, January 9, 2014

Kuasa 'Tindakan' Untuk Berjaya...

Alhamdulillah….
Pada 5 Januari 2014 – Ahad, NuNa & suami berkesempatan menghadiri Seminar Dunia Usahawan Dr. Azizan Osman di Sunway Carnivall Convention Centre Penang.

Akhirnya, berjaya jugak p seminar Dr Azizan Osman (DAO) ni…beberapa kali terlepas peluang termasuk dua kali yang berlangsung di Alor Setar. Ini satu kuasa TINDAKAN pertama yang perlu NuNa & suami buat untuk terus berjaya...menuntut ilmu!

Ya Allah….ramainya sungguh! Pakat-pakat ambil peluang hadiri seminar! Bukan dr Kedah & Penang ja, yang dari Grik pun ada…nak menuntut ilmu tak perlu beralasan kan…terlupa plak NuNa  nak ambik gambar sebab ralit mengadap & membaca buku ~ Kuasi Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan ~ yang diberi secara percuma kepada semua peserta. Dah la kursus percuma, buku pun percuma…

nindia buku yg free tu...ada kawan yg join seminar sebelum ni kata buku ni kena beli...tp NuNa & peserta musim nih dpt free... TQ DAO...

Walaupun ilmu tu terhad & amat basic, tp nilainya sangat tinggi…Alhamdulillah…terbukak sikit minda nih tentang perniagaan especially untuk bangunkan lagi Cyber Café kami yang sediada sejak 4 tahun yang lalu.

Sentap jgk dengan statement DAO yg 1 nih….

“Kajian menunjukkan 5 tahun peniaga yang berniaga – BANKRAP!”

Ouch ouch ouch….harap Cyber Café kami akan terus beroperasi & terus maju dengan perancangan baru NuNa & suami. Shaklee pun…hehehe…

Kenapa BANKRAP???
Sebab tak berilmu, sistem tak betul, matlamat tak jelas….

Kalau nak buat bisnes, MESTI ada –
  •       Matlamat & Mentor
  •       Emosi – faham/ilmu tentang emosi pelanggan
  •       Sistem & strategi yang betul
  •       Tindakan yang luar biasa
  •             Impian yang jelas & intension yang betul


B A N G K I T
Bisnes Akan Naik Guna Kuasa Ilmu & Tindakan

NuNa summarized sikit okeyh…just point…nak detail kena baca buku DAO laa...hehehe...

The Power of Giving…komitmen…semakin banyak member, semakin banyak menerima…in syaa Allah balasan itu ada dr sumber yang tak terduga…jangan lupa BERSYUKUR…jangan lupa untuk BERSEDEKAH…
  • Apa yang kita FIKIR adalah DOA
  • Apa yang kita RASA adalah DOA
  • Apa yang kita CAKAP adalah DOA
  • Apa yang kita AMAL adalah DOA


Hope NuNa & suami akan terus bersemangat serta berusaha menuju kejayaan dalam bidang perniagaan ini. NuNa harap tindakan selepas ini membuatkan NuNa lebih bersedia untuk berhenti kerja…ya! Berhenti kerja…bukan untuk duduk saja, tp nak bekerja sendiri…

Sebelum ni klu baca mana-mana iklan tentang seminar DAO tak pernah amik peduli…sejak akhir-akhir ni jerk rasa nak p sangat-sangat… start dengan ‘like’ FB Page DOA (Alumni Dr Azizan Osman)…pastu ada kawan NuNa ni mmg follow seminar-seminar DAO dan sekarang dah jadi Crew untuk seminar DAO….Sarah…dengan dia la NuNa bgtau keinginan nak join tuh…bila ada seminar ni buat kat Penang, Sarah message NuNa… Tq Sarah…



NuNa & suami berharap akan dapat join Seminar Advance Marketing Power satu hari nanti… AMP yang akan berlangsung 17/1/2014 ni memang tak dapat join… L belum rezeki lagi… in syaa Allah, moga ada peluang untuk kami…harap lepas ni takdak dah alasan untuk terus berjaya...

Tuesday, January 7, 2014

Selalu Mengantuk ???

Assalamulaikum...
Amboi...byk hari rasa tak hapdet blog...dh la baru lg, jarang-jarang plak menjengahkan diri kat sini...

Petang2 nih...mengantuk tak? Kalau lunch tadi makan tak ingat dunia, sahih mengantok kaw kaw punya!!! Tadi lunch NuNa makan Nasi Goreng Pattaya Daging Merah...nah...hamek kau! Tak ingat dunia betoi! Dah la breakfast belasah nasi lemak fevret - nasi lemak kacang panjang goreng...add on plak telur goreng & sambal kerang! Melantak sakan kamu NuNa??? Heheh...tp cheq telan 2bj Omega kasi bakar itu lemak...kasi selamat sikit ini perut...

Petang camni, kadang-kadang NuNa lena jgk kat meja...klu bos xdak laaa....sbb tu cukup pantang laa kalau ada orang bt meeting petang-petang...meeting apa tak tau! Otak tak berapa nak cargas kot...dh la mengantok...blur trus! 

Hari ni, nak dijadikan cerita, terbuang tabiat sikit..bawak flask air panas mai ofis...heheh...actually mesin masak air tu rosak...pagi-pagi macam biasa, NuNa biasa bancuh Cinch Energy Tea Mix segelas...minum sambil bt keja...before lunch akan habis segelas tuh... tapi hari ni, NuNa bancuh dalam flask tuh...500ml tuh...jenoh minum! Mana dengan air kosong sebotol lg...1 liter...tp minum 3 liter air sehari itu perkara biasa buat NuNa sejak setahun yang lalu...cheewah...

nindia gelas terakhir Cinch Energy Tea Mix bersama flask...ahaks!

Teh tu tahan sampai petang la arini...500ml la katakan...minum sorang...tiba-tiba rasa macam petang ni tak mengantuk la pulak...why why why??? ahaks! 

Dulu-dulu, NuNa adalah penggemar Nescafe & coffee & seumpamanya...kafein la senang cerita...tp sejak bulan posa 2013, NuNa try kurangkan kafein...tp Nuna back up dgn B-Complex supaya mata sentiasa segar & cerah...sblm ni mmg bergantung harap betul la dgn kafein... tp dengan teh ni, rasa segar bugar la plak...

Generally, teh ni bantu tingkatkan tenaga...
Teh eksotik putih, merah & teh hijau Matcha (teh hijau bagi istiadat ulung Jepun) dituai & dicampurkan dengan teliti bagi menghasilkan minuman yang luar biasa. Ia memberi anda tenaga semulajadi & rasa yang selesa


  • Selamat, penggalak tenaga semulajadi. Enak dinikmati ketika panas @ sejuk
  • Ditambah dengan Taurina yang dikaji secara meluas dapat meningkatkan tenaga & ketahanan badan
  • Pilihan terbaik untuk menggantikan manisan & kopi bagi mengekalkan kecergasan tubuh
  • Tanpa gluten, tanp perisa tiruan, tanpa pewarna & tanpa bahan pemanis

that's why laaa...sentiasa cergas...secara terus terangnya, Cinch Energy Tea Mix nih bantu boost & speed up metabolisma!! So after lunch td, NuNa sambung pekena teh ni lg. Dia kasi celik sikit ini mata...tadak mengantok ini petang...baru la produktif & effective buat kerja...cheewah... perasan!!! ahaks! Lemak pun cepat terbakaq tau...sbb metabolisma tinggi... Call it a healthy kick in the looser-fitting pants. Erkk...???

Nak cergas? Nak tingkatkan metabolisma? Nak diet? Jom bersama saya...
:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: ID 874901
:: Your Healthy Steps

Wednesday, January 1, 2014

Aku Tak Normal Rupanya...

Haluuuu...
Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru 2014

Ok...1st entry dlm blog...Aku Tak Normal??? Apa yang tak normal yaa...

Dah la 1st entry, baru nak pekenal diri...dah tetiba tak normal plak...tapi nak cerita jgk!

Nama saya Nurul Nadia Hazizan...kawan2 sekolah panggil 'Nadia', kawan matrix & 'U' panggil 'Nad'...ahli keluarga ada panggil 'Nurul', ada juga panggil nama glamor 'Yun'. Kawan pejabat panggil 'Nadia', bos & bini bos panggil 'Nurul'....di sini kita guna 'NuNa'...boleh yerk...

Nanti kita berkenalan lagi...ni nak cerita pasal tak normal...

Memang dari awal baligh lg, period NuNa tak pernah teratoq...ni experienced ok...bukan sesaja nak cerita benda ntah apa apa...hehehe... memandangkan asala usul mmg camtu, so tak kisah sgt la kn nak normal ka dak...yg penting, takdak benda pelik-pelik yang jadi...

Nak dijadikan cerita, masa belajaq kat 'U' dlu kan dok asrama...tahun pertama ja laa...dekat nak abih semester pertama la jgk, Akak sebilik ni datang duduk kat sebelah...mcm serius jerk gaya time tuu...dialog perbualan tu lebih kurang mcm nih...

Kak Azna: Nad, akak tgk awak nih tak pernah period...awak ok ke tak??
NuNa: Mana akak tau saya tak period? [Sambil tersengih...malu kot org cakap pasal period...heheh]
Kak Azna: Dah tu, sll jer tgk solat...xpenah ada akak dengar awak cakap 'cuti'
NuNa: Heheh...akak nih...[ayat akak mcm Nad ni budak baik giler] Normal la kak...sy memang camtu...kdg2 3bln skali, kdg 6 bln skali...1thn skali pun pernah...tp memang dekat 1 sem kat sini tak period lg...kenape kak?
Kak Azna: Takde laa...saja tanya...takot jgk zaman sekarang ni...tau2 awak beranak plak dlm bilik nih...takpun awak ni bukan perempuan ker..hehehe
ok ok....setakat tu ja la dialog yaa...yg lain ringkaskan okeyh...

hah??? aku tak penah terpikir kot...bahaya rupanya klu period tak ketahuan...terutamanya pandangan orang yg tak kenal kita...ye laa...takkan masa berkenalan nak bgtau kot 'saya jenis period tak normal,so jgn pelik'...kang ada jugak orang baling NuNa ikut tingkap!! 

Dalam blur-blur tu, call Mama cerita...tp cerita tu jd kelakar la kn...Mama pun nasihat p klinik...takut nanti jd penyakit lain plak...yg penting bleh p klinik panel Mama...student kan...save kot nk p klinik pun...

Dah p klinik tu satu hal...tiap-tiap bulan kena p...haiiyooo...semata-mata nk kena makan ubat sebiji jerk! Tak ingat nama ubat tu...tp rasanya mcm ada istilah 'gugur' la di situ...lps dua tiga hari...mmg 'keguguran' laa...yg tak tahan tu kena mkn tiap2 bulan...dah la 'ubat', kandungan apa pun tak tau...mcm ada penyakit plak bergantung kat ubat camtu...

Dah habis study, tak sambung dh mkn ubat tu...ye laa...nak kena p klinik lain plak kat kampung halaman ni, nk kena cerita plak semua benda tu...mcm malu pun ada...jadinya...tak normal balik la NuNa...adudududu.... 'Lantak kau la period...taknak kluaq sudah! Senang sikit...'...itu yg terlintas di kepala otak...

Dah masuk alam pekerjaan, ramai kwn2 baru yg dh kawin, dh ada anak...rajin pulak p menempek dgn depa...dok dengaq penyakit itu penyakit ni...semua melibatkan kawasan rahim...dh cuak pulak NuNa...tak boleh jadi...malu nk p klinik, mkn jamu yg dok jual-jual kat kiosk tu...pastu beralih kpd EPO...pastu kpd jamu balik...tak menjadi sgt...tp ok sikit laa...dr 3-6 bln skali tu, improved la kpd 2 bln sekali lebih kurang...

Dah lepas kawin, lps dpt anak sulung, mkn perancang...mmg tiap2 bulan tip top tak pernah miss laa...bgantung ke ubat...yg tiada kelebihan lain semata-mata utk merancang & boleh sbbkn penyakit...bila stop amik perancang, period menjadi 'normal' seperti sediakala...erk...tak normal la tu kn...

Lepas keguguran, makin rancak plak ketidaknormalan ituh...so mencari alternatif seperti jamu, EPO & sebagainya...tak bleh blah jgk...sejak tu dok survey kot internet nih...tp NuNa elakkan jamu...nak cari yg lebih natural...dah la tak reti pasai suplemen, vitamin bagai...buta vitamin la katakan...kihkihkih...finally ternampak kawan dlm FB dok jual Shaklee...trus NuNa PM tanya itu ini...dia pun suggest GLA COMPLEX...

Kenapa GLA COMPLEX??? Jawapan ringkas yg menjadi sbb utama NuNa amalkan GLA ni adalah "utk hormon"...

Walaupun nampak mcm kebergantungan jugak utk jemput period tuh, tp sekurang-kurangnya ia adalah sejenis suplemen/vitamin...ada kelebihan lain selain utk hormon...tak mcm ubat, mkn hanya utk 1 tujuan...pastu kandungannya bukanlah dr sumber semulajadi...

Alhamdulillah...masih dengan GLA COMPLEX...dah setahun lebih dah...banyak manfaat lain utk kesihatan diri...hmm...secara ringkasnya...manfaat lain adalah seperti berikut....




GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ia penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

So, kiranya NuNa kategori normal la eh skrg...dh ada anak...xkan tak normal lg kot...cuma tak bertambah ja lagik..hehehe...belum rezeki...

Next entry NuNa cerita kelebihan GLA COMPLEX okeyh...

Istimewa untuk mereka yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343
FB Page: Your Healthy Steps


Update hashtag ni 19 Ogos 2014 sbb nak join #shakleeeffectoog bersama Kak Norita >> http://www.anakkuwiraku.com/2014/08/shaklee-effect-omega-guard-shaklee.html