Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Thursday, June 4, 2015

Sijil Halal Shaklee 2015

Sijil Halal Shaklee 2015


Rangkaian Produk Shaklee







Istimewa untuk mereka yang Istimewa...dapatkan drpd NuNa yaa...

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tuesday, December 23, 2014

Jaundis @ Demam Kuning : Apa Sebenarnya???

Jaundis @ demam kuning merujuk kepada kehadiran warna kuning pada bahagian kulit, bahagian putih mata yang disebabkan terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan.

Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia disingkirkan dengan cepat oleh hati & dibebaskan melalui najis.

Jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan.

Jaundis berlaku disebabkan kehadiran bilirubin yang berlebihan & tidak dapat disingkirkan oleh hati → mungkin disebabkan penghasilan bilirubin berlebihan @ disingkirkan oleh organ hati secara perlahan.

Bilirubin ialah satu bahan kimia yang terhasil apabila sel darah merah normal diuraikan. Semua darah mengandungi bilirubin & kebiasaannya akan diproses oleh hati & disingkirkan melalui pembuangan najis & air kencing.

Jaundis bukan sahaja berlaku di kalangan bayi yang baru dilahirkan; tapi juga berlaku di kalangan orang dewasa tapi dalam jumlah yang sedikit.

Kebiasaan berlaku di kalangan bayi baru lahir.
~ 3/4 daripada semua bayi normal & sihat akan mendapat kulit berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran.

Jaundis berlaku pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin berlebihan → cenderung mempunyai tahap bilirubin yang tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen & juga kadang kala organ hati belum cukup matang, masih baru serta tak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.

Walaupun jaundis ini adalah normal, tetapi perlu dapatkan rawatan kerana ada juga kes jaundis yang berisiko tinggi menyebabkan kerosakan sistem saraf, pendengaran.

Risiko & Jenis Jaundis Bagi Bayi
  • 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari ke-2 @ ke-3 selepas kelahiran & hilang selepas seminggu (tidak berisiko jaundis teruk). ~ jaundis normal / fisiologi
  • 80% bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara 5 - 7 hari selepas kelahiran & hilang selepas 2 bulan kelahiran. ~ jaundis patologi
  • Jaundis susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan @ memanjangkan tempoh pembuang lebihan bilirubin melalui usus. Jika menyusu badan, tapi bayi masih jaundis, doktor biasanya akan nasihatkan stop penyusuan badan untuk beberapa hari. Pastikan anda daptkan nutrisi yang betul untuk elakkan perkara ini berlaku.

Risiko lebih tinggi untuk bayi berikut:-
  • Bayi lahir pra-matang / tidak cukup bulan
  • Darah ibu & bayi berlainan
  • Dilahirkan secara pembedahan
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Amalan Semasa Hamil
  • Baca al-Quran & doa semasa hamil
  • Makan kurma & buah delima sepanjang kehamilan terutamanya 6 bulan ke atas
  • Minum jus pegaga, air kelapa
  • Minum susu kambing
  • Makanan berkhasiat
  • Bekalan nutrisi lengkap
  • Sikap positif & jangan stress
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan kopi & teh (kafein)
  • Jangan ambil ubatan @ minuman herba

Petua Rawatan Traditional
  1. Jemur bayi di sebelah pagi, seeloknya jam 8pagi iaitu sebelum panas terik. Tutup mata bayi untuk elak silau. Jangan terlalu panas untuk elak kekeringan air pada bayi.
  2. Beri bayi lebih air masak supaya kekotoran & tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat disingkirkan dengan lebih cepat.
  3. Susukan bayi dengan lebih kerap kerana ia membantu bayi membuang air kecil & besar lebih kerap sekaligus mengeluarkan kekotoran yang ada dalah tubuh mereka.
  4. Elakkan pengambilan herba & jamu.
  5. Mandikan bayi dengan air rebusan daun bunga raya + daun sirih + air kelapa. Selepas mandi air rebusan, bilas dengan air biasa. Amalkan untuk beberapa hari.
  6. Beri bayi minum air rebusan kacang bendi (1 cawan air + kacang bendi).
  7. Beri bayi minum sedikit susu kambing.
  8. Beri bayi minum sedikit jus anggur hitam.
  9. Beri susu @ air yang dicampur dengan sedikit madu.
Rawatan di hospital takyah cerita la kan...biar doktor & jururawat yang uruskan.
Normally Rawatan Foto (sinaran cahaya biru) & Rawatan Pertukaran Darah bagi yang serius.

Kita ada alternatif moden jugak...ahahh...

Rawatan alternatif ini sesuai untuk jaundis di kalangan orang dewasa mahupun bayi...tapi untuk kes bayi, ibu la yang kena usahakan...sebab kena supply melalui susu kat bayi...

Apakah agak-agaknya? 
Vitamin yang doktor bagi selepas melahirkan laaa.... biasanya asid folik...apa lagi?

Asid folik dalam kumpulan apa? yaaa.....kumpulan B....amalkan B-Complex sayang-sayang NuNa...dan Vitamin C...

Vitamin C + B-Complex → membantu memecah & membebaskan kepekatan hempedu yang tersimpan di dalam aliran darah! Gabungan ini juga membantu merangsang aktiviti pundi hempedu & hati sekaligus mempercepatkan proses mematabolismekan bilirubin!

Apa vitamin lain yang turut membantu dalam proses ini??? Lecithin & Vitamin E !

Vitamin E adalah asas yang paling aktif dalam aliran darah yang menggerakkan hempedu & diedarkan ke saluran pembuangan yang normal & cepat ; membantu meningkatkan tenaga dalaman mencegah ancaman jaundis.

Apa-apa pun, sekarang mesti dah faham kenapa Vitamin B, Vitamin C tergolong dalamSet Kehamilan & Set Berpantang kan???

Amalkan pemakanan kesihatan yang berkhasiat & bernutrisi...insya Allah...corak pemakanan kita adakalanya faktor utama penyumbang kepada jaundis di kalangan bayi...



Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, December 22, 2014

Tips Mencegah Alahan

Bagaimana nak membina halangan semulajadi terhadap alahan?


Sepertimana makanan/vitamin membantu atasi gangguan alahan daripada dalaman, begitu juga cara/gaya hidup semulajadi membantu atasi gangguan daripada luaran.

Di sini NuNa nak kongsikan tips @ cadangan yang disediakan oleh Persatuan Paru-Paru Amerika (Natural Health Bulletin) untuk membantu anda membina halangan terhadap alahan.
  1. Menggunakan cadar, sarung bantal & selimut yang diperbuat daripada bahan bebas allergen @ dibalut dengan pembalut yang tidak ditembusi allergen. Bukan sahaja guna di rumah, tapi bawa bersama ketika urusan luar @ bercuti.
  2. Langsir yang diperbuat daripada bahan yang bebas allergen & boleh dibasuh.
  3. Permaidani & langsir yang berat tidak patut digunakan kerana mudah mengumpulkan habuk.
  4. Lantai perlu dilap @ dimop selalu.
  5. Almari pakaian - elakkan menyimpan selain dari pakaian untuk elakkan pengumpulan habuk. Pakaian juga boleh disimpan di dalam beg tertutup.
  6. Penghawa dingin membantu menapis habuk-habuk yang besar. Jangan biarkan suhu pendingin udara sentiasa tinggi. Suhu yang tinggi juga boleh menyebabkan alahan.
  7. Pasang penapis tingkap dengan ketat kerana penapis yang diperbuat daripada gentian kaca @ polisterin akan menghalang butir-butir yang besar dari pamsuk ke dalam.
  8. Penapis udara elektrostatik diperlukan bagi menghalang butir-butir kecil & membantu mengeluarkan habuk-habuk daripada udara.
  9. Tutup hidung & mulut apabila menggunakan produk semburan, gam, cat @ bahan kimia di sekitar rumah. Pastikan penggunakan produk-produk tersebut di dalam kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik, kipas sedang berpusing untuk menghilangkan bau.
  10. Elakkan berada di dalam bilik yang berasap & berhampiran perokok yang sedang merokok.
========================================================================

Okeyh...itu atasi gangguan secara luaran...dalamannya pulak macam mana?

Bawang putih sebagai antibiotik semulajadi, membersihkan sistem penghadaman sekaligus mengurangkan simptom alahan >> makan sehari 2 ulas bawang putih mentah; 1 ulas pagi, 1 ulas malam → makan bersama salad untuk hilangkan bau bawang putih yang kuat tu.

Nak senang? Ambil 1 biji GARLIC Shaklee...

Apa lagi?

VITAMIN C + B-COMPLEX + IRON & NATRIUM (VITA-LEA) → mengurangkan allergen yang mengganggu saraf, memberi tenaga kepada sistem neuro pernafasan, mencuci keluar kesan allergen daripada darah, memulihkan alahan dengan segera.

========================================================================

Perkongsian Sumber / Rujukan : Encyclopaedia Of Power Food

Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tips Elak Serangan Asthma

Hari ni kita sembang-sembang tentang masalah kesihatan Asthma; tips elak serangan asthma.

Asthma ialah keradangan pada saluran pernafasan yang akan mengakibatkan ia menjadi ketat & sempit. Ia satu keadaan yang dapat dikenalpasti melalui batuk, berbunyi sedutan & kesukaran bernafas → disebabkan oleh elergen; samada disedut @ ditelan.

Asthma boleh bermula pada bila-bila masa kepada setiap individu & biasanya dalam bentuk demam hay → sejenis alahan. Jika dibiarkan, ia akan berulang & menjadi lebih kronik!



Beberapa tips disyorkan kepada mereka yang telah diserang demam hay & juga pesakit asthma bagi tujuan membina rintangan terhadap serangan asthma; antaranya:-
  1. Jangan minum alkohol → akan mengecilkan saluran darah & boleh galakkan serangan asthma.
  2. Elakkan diri daripada terlubat dalam keadaan ketegangan emosi @ pertengkaran.
  3. Elakkan diri daripada terlalu letih.
  4. Jangan berubah kedudukan/lokasi yang mempunyai suhu berbeza secara drastik (sejuk → panas @ panas → sejuk ; neutralkan suhu dahulu).
  5. Jangan minum @ makan makanan yang sejuk @ terlampau panas.
  6. Elakkan makanan @ minuman yang terlalu berempah.
  7. Jangan merokok kerana ia akan menyempitkan organ pernafasan & memudahkan serangan asthma berlaku. 
  8. Jangan berenang di dalam kolam yang berklorin.
  9. Jangan terjun dengan mendadak ke dalam air sejuk (laut @ tasik @ kolam mandi). Masuk secara perlahan-lahan ke dalam air.
  10. Jangan berada dalam cuaca yang terlalu sejuk. Suhu yang menenangkan @ sesuai untuk paru-paru pesakit asthma adalah 75°F @ 24°C.
  11. Elakkan diri daripada menggunakan sabun serbuk & pembunuh serangga.
  12. Elakkan melakukan aktiviti berkebun @ memotong bunga → memberi gangguan kepada saluran pernafasan & memudahkan serangan asthma.
  13. Jangan pergi bersiar-siar ke sesebuah negara kecuali kawasan tersebut bebas dari debunga → mungkin akan mengalami serangan yang boleh berlarutan selama beberapa jam.
Penjagaan yang baik terhadap saluran pernafasan membantu memulihkan secara semulajadi & menguatkan badan.

=================================================================================

TAHUKAH ANDA bahawa VITAMIN C diperlukan untuk MEMBINA SEMULA & MEMBAIKI TISU-TISU SISTEM BRONCHITIS DI DALAM PARU-PARU sekaligus membantu @ membenarkan anda bernafas dengan sihat serta bebas dari asthma ?????
VITAMIN C penawar yang membantu membuka paru-paru yang terkunci !
Morton J. seorang penganalisis sistem komputer merupakan pesakit asthma yang merawat dengan ubatan kimia. Ia memberi kesan sampingan alahan sekaligus memburukkan lagi simptom asthma tersebut; dia juga kelihatan lesu & lebih berusia → mengalami batuk berterusan & terbelahak yang menggangu kesihatan & kelincahannya.

Morton J. disarankan oleh seorang Jururawat Ahli Pemakanan untuk mengambil VITAMIN C setiap hari samada daripada buah-buahan sitrus @ vitamin dari farmasi.

Pengambilan VITAMIN C untuk membina semula sistem pernafasan & menghalang gangguan yang menyebabkan serangan asthma. Vitamin C kan salah satu vitamin antioksidan?

VITAMIN C diperlukan untuk membina semula kapilari paru-paru. Kapilari adalah saluran darah yang kecil & bersilang-silang dengan tisu komponen pernfasan bronkiol. 

Melalui dinding kapilari ini, makanan & oksigen dibawa ke paru-paru untuk diaktifkan @ berfungsi untuk menentang gangguan yang boleh menimbulkan serangan asthma.

Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen (tisu penyambung) untuk menguatkan integriti & stabiliti paru-paru & tisu organ pernafasan → membantu mencipta dinding pelindung yang menutup persekitaran paru-paru supaya gangguan tidak boleh masuk → pernafasan akan menjadi lebih baik, segar & bertenaga!

Haaa...kolagen tu tisu penyambung...bukan ja untuk kulit cantik,tapi untuk semua tisu-tisu dalam tubuh kita nih!

Jadi....sihatkan paru-paru anda dengan pengambilan Vitamin C setiap hari → membantu meningkatkan pemulihan asthma!

=================================================================================

Jika mengamalkan Jus Buah-Buahan Sitrus/Oren

Cara yang betul 
~ Minum segelas jus tulen sitrus/oren dalam keadaan sederhana sejuk - bukannya sejuk dingin (disediakan segar @ dari botol yang labelnya 'tulen')
~ Sebarang jenis jus/minuman yang sejuk dingin akan sebabkan penyempitan pada saluran penting komponen pernafasan & sekaligus menyebabkan asthma!
~ Untuk sesedap rasa, jus boleh disejukkan tetapi tidak boleh dimasukkan ais batu!

=================================================================================

TAHUKAH ANDA bahawa OMEGA-3 diperlukan untuk MEMBANTU MELARUTKAN MUKUS ASTHMA sekaligus membantu @ membenarkan anda bernafas dengan sihat serta bebas dari tersumbat ?????

Omega-3 membantu dalam mencairkan mukus & kahak, mengurangkan keradangan pada sistem pernafasan, sebagai agen pemanas (elak kesejukan) & meningkatkan sistem imun.

=================================================================================

Sirap/Jus Penawar untuk Pulihkan Asthma & Kuatkan Paru-Paru

~ Letakkan bawang yang dihiris nipis dalam pinggan/bekas. Selaputi setiap hirisan bawang dengan madu & tutup bekas tersebut semalaman.
~ Keesokan paginya, akan didapati jus/sirap hasil perapan bawang + madu di dalam bekas tersebut.
~ Buang bawang, ambil sesudu kecil jus tersebut pada waktu pagi & sesudu kecil pada waktu malam sebelum tidur.

Kombinasi ini membantu melegakan penderitaan asthma & memperbaiki sistem paru-aparu @ pernafasan. Ia membantu mendapatkan tidur yang nyenyak!

Okeyh...jus bawang + madu tadi sebenarnya menghasilkan kalium & bahan-bahan penting lain seperti vitamin, galian & enzim!

Inilah kunci untuk pernafasan yang selesa & kesihatan yang lebih baik!

Nak senang, AMALKAN MULTI VITAMIN & MINERAL (Vita-Lea) sebiji pagi & sebiji malam & MEAL SHAKES untuk kanak-kanak!

=================================================================================

NuNa dah kongsikan tips, jus-jus yang sesuai...cubalah !

Nak mudah...amalkan...
~ Vitamin C untuk penjagaan sistem paru-paru & pernafasan
~ Omega-3 untuk mencairkan mukus & sebagai salah satu rawatan ketika diserang asthma
~ Vita-Lea / Meal Shakes sebagai pelengkap nutrisi untuk kesihatan yang lebih baik!

=================================================================================

Perkongsian Sumber / Rujukan : Encyclopaedia Of Power Food

Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Wednesday, December 17, 2014

Atasi Masalah Jeragat

Atasi masalah jeragat lagi...hehehe

NuNa nak share suplemen Shaklee yang sesuai untuk atasi masalah jeragat.

Sebelum ni NuNa share tentang Shaklee Collagen Powder untuk atasi masalah jeragat & siapa yang berisiko untuk alami kulit berjeragat beserta testimonial...

Kali ni nak share supplements lain yang juga sesuai untuk masalah jeragat.

So, kalian boleh laa tengok bajet nanti kan...

Ada yang ada kemampuan tertentu...ada yang tak suka makan banyak jenis suplemen, ada yang tak kisah makan banyak jenis asalkan mampu...bergantung pada setiap individu...

NuNa boleh bantu kalian memilih yang terbaik...

NuNa alu-alaukan kalian untuk berhubung terus dengan NuNa untuk bantu kalian selesaikan masalah...

Okeyh...jom tengok supplements yang berkaitan untuk kulit berjeragat!



SHAKLEE COLLAGEN POWDER
>> yang ni NuNa dah explain dalam entry sebelum nih...
→ Shaklee Collagen Powder untuk atasi masalah jeragat & siapa yang berisiko untuk alami kulit berjeragat beserta testimonial

VITAMIN E
→ vitamin awet muda, mengurangkan kedut, garis halus & melambatkan proses penuaan
→ membantu pengawalan pertumbuhan abnormal sel
→ membantu mengawal keseimbangan hormon
→ membantu mengawal pengeluaran minyak dalam liang kulit
→ membantu mengatasi masalah jeragat & parut jerawat

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
→ membantu membina sel-sel baru setiap 21 hari sekaligus membina sel kulit baru & mengurangkan jeragat
→ memberi kesan kulit sihat, cantik, bersih, gebu, subur & bebas jeragat serta parut jerawat
→ membantu mengawal selia hormon, enzim, tisu & sel

VITAMIN C
→ membantu merangsang pembinaan kolagen untuk mengukuhkan sel kulit
→ membantu menyekat pembentukan pigmen / jeragat / cela
→ mencantikkan kulit serta melambatkan penuaan



NuNa nak share keratan dari majalah berkaitan vitamin untuk jeragat...

Kalau rasa kolagen mahal, boleh cuba vitamin-vitamin asas ni untuk kesihatan kulit...

Tapi bila mahal, kesannya cepat...bila murah sikit, ambil masa sikit...tapi jangan murah sangat, tak ada kualiti pulak nanti...

1 kotak Shaklee Collagen Powder = 15 paket >> kesan seawal 5 hari !

Vitamin E = 120 biji >> untuk 4 bulan penggunaan

Vitamin C = 180 biji >> untuk 3-6 bulan penggunaan

ESP = 850gm >> untuk 2 bulan penggunaan

Jom bisik-bisik dengan NuNa untuk harga & persoalan lain berkaitan vitamin Shaklee...

Kecantikan itu milik setiap insan...

Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tuesday, December 16, 2014

Siapa Berisiko Jeragat ??

Dah baca entry atasi jeragat dengan Shaklee Collagen Powder ??

Ahaa....NuNa tahu ada yang mengomel "mahal kot collagen"... "iya ka boleh kurangkan jeragat?"..

Mahal sebab kualiti !

Mahal sebab keasliannya !

Mahal sebab sumbernya !

Mahal sebab memang berkesan !

Kita sebenarnya tak layak mempersoalkan kalau kita tak pernah mencuba...

Cuba dulu...kalau tak berkesan, baru persoalkan...tapi kalau berkesan sila war-warkan...

Entry ni nak share kesan Collagen Powder Shaklee untuk masalah jeragat sahaja...untuk kes lain, next entry okeyh...

Siapa berisiko untuk menghadapi masalah jeragat nih??

JERAGAT biasanya berlaku pada mereka yang selalu terdedah kepada cahaya matahari secara langsung iaitu tanpa sebarang perlindungan.

JERAGAT juga berlaku pada para ibu yang sedang hamil dan kadangkala berkekalan sehingga selepas proses kelahiran (perubahan hormon).

JERAGAT biasa juga berlaku kepada mereka yang tiada masalah kulit ketika muda seperti tiada masalah jerawat.

JERAGAT ada yang berlaku selepas menopos iaitu akibat perubahan hormon.

JERAGAT boleh terjadi pada mereka yang mengambil pil perancang & pil hormon.

JERAGAT boleh berlaku atas faktor keturunan.

JERAGAT berlaku akibat penggunaan kosmetik / rawatan kulit yang tidak sesuai.

Anda yang mana satu ??








Bagi yang memang ada masalah jeragat, eloklah cuba terus Shaklee Collagen Powder.

Tapi kalau anda ada kekangan kewangan, ada bajet tertentu, anda boleh cuba ESP + Vitamin E Complex.

Bagi mereka yang berisiko untuk mengalami masalah jeragat, sebaiknya mulakan penjagaan kulit anda dari sekarang! Penjagaan dari segi luaran, pemakanan harian & juga melalui pengambilan suplemen!

Menurut kajian & ujian klinikal Shaklee, keberkesanan Shaklee Collagen Powder dapat dilihat seawal 5 hari & kesan optimum untuk jangkamasa panjang adalah dalam tempoh pengambilan selama 8 minggu.

Bagi kesan daripada pemakanan suplemen lain seperti Vitamin E, ESP, Vitamin C dan beberapa suplemen lain bagi tujuan ini, keberkesanan & kepuasan dapat dilihat dalam tempoh 90 hari - 120 hari. 

Walau bagaimanapun, keberkesanan adalah bergantung kepada keadaan kulit setiap individu.

Kecantikan itu milik setiap insan... cheeewaahhh!

Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Kolagen Terbaik Untuk Atasi Jeragat !!!

AMARAN!!! PADA MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH.....

>> JERAGAT SUSAH NAK HILANG? 
>> JERAWAT DAN KULIT MUKA KUSAM?
>> SAKIT PINGGANG DAN JUGA SENDI? 
>> NAK BERUBAH JADI CANTIK SUPAYA HUSBAND SENTIASA MEMUJI DAN RAKAN MULAI CEMBURU (SEBAB CANTIK) <<


JANGAN RISAU !!!
=========================================
DILLA JALIL: Sebelum puasa, saya selalu lupa nak amik collagen setiap hari. Start dari 1st ramadhan, saya amik waktu sahur 1x... waktu berbuka 1x...(tamak punya pasal) Alhamdulillah...tadi asben puji ( dia mmg jarang nak puji bab2 cantik ni!)

Asben : dah nampak perubahan...
Saya: dekat mana?? dekat mana?? (excited tak tentu pasal)
Asben: dekat kulit muka, jeragat awak dah nampak pudar.
Saya: ^__________^
=========================================

APAKAH JAWAPANNYA ?

COLLAGEN SHAKLEE POWDER LAH JAWAPANNYA !!!

➜➜➜ CONFIRM KULIT LICIN DALAM MASA 5 HARI!!!

SESUAI UNTUK MEREKA:
✓ KULIT DAH BERKEDUT-KEDUT!
✓ BAKAL BERKAHWIN TAPI PENUH PARUT DAN JERAWAT DEGIL!
✓ ISTERI-ISTERI YG INGIN KULIT GEBU UTK PIKAT SUAMI!
✓ KULIT PENUH JERAGAT!
✓ KULIT PENUH JERAWAT!

➜➜➜ APA KELEBIHAN COLLAGEN SHAKLEE NI:

>> Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

>> Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

>> Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

>> Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

{ 1box mengandungi 15 sachet }

➜➜➜ 16 FUNGSI COLLAGEN POWDER SHAKLEE:

1. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
2. Mengecilkan liang-liang roma
3. Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
4. Mencerahkan dan menjadikan kulit bersih tanpa jeragat dan pigmentasi
5. Mengembalikan keanjalan kulit
6. Meningkatkan kekuatan sesendi dan memudahkan pergerakan otot-otot
7. Meningkatkan fungsi organ-organ dalaman yang memerlukan Collagen
8. Menyokong kalsium dalam tubuh dan mengurangkan kesan sakit belakang dan sendi
9. Melembapkan rambut dan memelihara rambut dari bercabang
10. Menguatkan kuku dan menjadikan kuku sihat dan berwarna pink
11. Menegangkan kembali payudara dan punggung
12. Mengurangkan garis halus pada leher
14. Menguatkan gusi anda
15. Memelihara kornea mata anda daripada kering dan cepat letih
16. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata

==========================================
SEGERA, DAPATKAN COLLAGEN DGN HARGA PROMOSI DISEMBER 2014 !
==========================================
TAHUN 2015 ADALAH TAHUN TANPA SHAKLEE COLLAGEN POWDER DALAM PASARAN !!
==========================================
BELI 3 PERCUMA 1 (berbaloi-baloi) ~ FREE MEMBERSHIP!

TAK NAK BELI 3 KOTAK SEKALIGUS PUN TAK APA..

NAK BELI 1 PUN BOLEH TETAP DAPAT HARGA DISKAUN..

KESAN DAPAT DILIHAT PADA PENGAMBILAN KOTAK PERTAMA !

KESAN BERPANJANGAN JIKA DIAMALKAN SELAMA 8 MINGGU ! << INI BERDASARKAN KAJIAN & UJIAN KLINIKAL...bukan rekaan...

8 MINGGU = 4 KOTAK >> GRAB TERUS 1 SET PROMOSI COLLAGEN !

TUNGGUUU.....JANGAN KATA MAHAL TAU! TANYA DULU....

Lagipun, kita ada pilihan....NuNa nak tolong nih...

Jangan lupa Shaklee ada ESP & VITAMIN E terbaik yang mampu nak atasi masalah JERAGAT tuuu!!! >> next entry okeyh...

NuNa tak tipu tau...NuNa nak tolong awak ikut bajet awak...sebab NuNa pun amalkan vitamin ikut bajet poket jugak...

Jangan buat kesimpulan sebelum mencuba sendiri...hehehe...

Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Wednesday, December 3, 2014

Shaklee Bisnes Mudah!

Iyaaa...Shaklee bisnes mudah!

Lepas setahun makan vitamin Shaklee, baru jadi ahli...kenapa?

Sebab rasa susah! Dok kat Alor Setar, jauh dari branch...Nak kena email Order Form @ call HQ untuk order...tapi tak confident! Takot bayar mahal-mahal, barang tak sampai!

Lagipun, niat awal untuk makan sendiri jaa....daftar ke tidak, sama jaa...tapi memikirkan harga ahli lagi murah, kalau ada rezki boleh dapat bonus, join la kan...RM75 je pun...bukan ribu riban...

Tapi dah dengar explanation dari kawan, baru faham...syarikat besar, syarikat hebat, takkan tak hantaq barang kan...adoi...hahaha...


NuNa order by email masa tuh...tiap-tiap bulan tunggu Updated Order Form untuk order vitamin yang ada promosi buy 6 free 1...tapi tak semestinya kena guna updated order form pun...saja mengada nak bagi rasa susah time tu...mengada sangat!

Branch? NuNa pergi 2-3 kali je kot...tu pun kebetulan nak ke Penang...nak buat apa susah-susah kalau ada online kan?

NuNa plak tak suka call sebab rasa macam lambat nak kena bagi setiap detail tu...sebab kena 'sebut', kena 'baca'...tapi hakikatnya order by call adalah paling mudah & paling cepat! Nah number kalau nak >> 03-56223188 >> pastu tekan nombor untuk order vitamin...mula-mula operator cakap yaa..

Once Shaklee dah upgrade sistem, boleh order secara online melalui laman web, login member pastu klik klik jerk...lagi la seronok! Sepuluh kali order sehari pun boleh! Cepat sikit dari email rasanya...yang penting ada debit card @ credit card.

Semua senangkan? Baik melalui email, call @ online web, semua senang! Yang dekat dengan branch, boleh beli direct kat branch... Sebab tu Shaklee bisnes mudah!

Sebab tu lah dari niat asal nak makan sendiri bertukar sudah...

Dah makan vitamin, terkongsi plak dengan orang sekeliling manfaat vitamin tuh...mula laa ada order sikit-sikit untuk kawan-kawan & ahli keluarga...sekarang dah meriah sikit dah...hehehe...

Dulu, beli suplemen untuk family, Mama akan topup antara RM100 - RM200 setiap bulan bergantung keperluan vitamin. Mama kata makan sama-sama, beli sama-sama laa...

Tapi sekarang, Alhamdulillah...dapat makan vitamin FREE!

Hah...mai mana plak makan vitamin free??? hehehe...

Kan dapat bonus bulanan Shaklee....bonus tu la beli vitamin untuk seisi rumah...free la tuu...so rasa senang hati dapat beli vitamin untuk ahli keluarg tiap-tiap bulan...Mama tak payah topup dah sekarang.... Alhamdulillah cukup rezeki kami tiap-tiap bulan...

Shaklee bisnes mudah...mudah berurusan dengan pihak syarikat, mudah berurusan dengan upline & ahli keluarga Shaklee, mudah berurusan untuk membantu kenalan, mudah berurusan untuk bantu orang sekeliling, Alhamdulillah....mudah untuk berurusan dengan Allah SWT... kita jaga Allah, Allah jaga kita...

Mudah dalam fikiran kita, mudah lah semuanya...

Jika anda berminat nak join Shaklee, boleh hubungi NuNa...

Insya Allah, NuNa akan membantu kalian sebaik mungkin asalkan kalian mahu & yakin dengan diri sendiri! Yang penting untuk kalian tahu, bisnes Shaklee adalah bisnes sendiri...anda buat anda dapat...


Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tuesday, December 2, 2014

'Berkesan' tu 'Selamat' tak?

Berkesan @ Selamat ?

Berapa ramai yang membeli produk kesihatan, samaada suplemen @ produk kecantikan luaran, dengan memilih sesuatu produk itu atas dasar 'SELAMAT' atau tidak ?

Sebab, NuNa perasan, ramai yang memilih sesuatu produk atas dasar 'BERKESAN'...

Tapi perasan tak, lambakan produk pemakanan kesihatan & kecantikan luaran sekarang nih banyak yang TAK SELAMAT ? 

Tapi BERKESAN kan ?

Kerana memilih BERKESAN berbanding SELAMAT, ramai yang menyesal, patah hati, kecewa apabila sampai satu peringkat didapati:-
~ kajian menunjukkan produk tersebut terdapat bahan yang tidak selamat/bahan kimia terlarang
~ memberi kesan sampingan terhadap organ tubuh
~ kulit makin merosak
~ dan macam-macam lagi!

Shaklee ada perbezaannya!


Pihak syarikat meletakkan Perbezaan Shaklee...
SENTIASA SELAMAT
SENTIASA BERKESAN
SENTIASA MESRA ALAM

SELAMAT diutamakan berbanding BERKESAN !

Kerana jika produk itu SELAMAT, KEBERKESANAN terhadap seseorang individu akan terhasil & berkekalan dalam jangkamasa yang panjang!

Yang tak kurang penting, produk Shaklee adalah MESRA ALAM ! Berasaskan sumber alam - tumbuhan semulajadi & diproses secara semualajadi tanpa menggunakan bahan kimia! Tiada pewarna, tiada perasa tambahan!

Jadi, sebagai pengguna, NuNa sarankan anda membuat pilihan yang tepat!

NuNa faham, semua orang pentingkan keberkesanan, tapi kalau ia selamat, pasti ia berkesan kan?

Dapatkan Selamat & Berkesan ! 

Bukan Berkesan semata-mata ! Jaminan terhadap tubuh badan kita adalah ia selamat! Kerana tubuh badan kita @ lebih spesifik organ kita tiada galang gantinya!

Buatlah pilihan bijak!

Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan & Sentiasa Mesra Alam!

Ingin mencuba suplemen Shaklee? Hubungi NuNa...

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, November 24, 2014

Sejuta Kebaikan Vitamin B-Complex

Kisah B-Complex yang sering dipandang sepi....banyak yang negatif daripada positif...

Menyesallah mereka yang tidak mengenali manfaat Vitamin B-Complex...

Kenapa perlu ada perkataan 'complex'? Kalau 'Vitamin B' saja, tak boleh ka?

Haaa...'complex' menunjukkan ia lengkap dengan 8 jenis B...kalau tak ada 'complex', maknanya tak lengkap!

Pernah baca entry NuNa tentang Vitamin B-Complex sebelum nih? Ia berkaitan Fungsi, Punca Kemusnahan & Kesan Kekurangan B-Complex...dalam entry tu Nuna ada kongsikan kumpulan B yang tak lengkap...sikit jerk...jemput klik link tu yerk....entry tu menerangkan fungsi setiap 'B'...

Kali ni nak kongsikan 1juta manfaat B-Complex!

1 juta???? Nak bagitau betapa pentingnya Vitamin B-Complex nih!

Tau dak yang setiap hari kita kehilangan vitamin B melalui sistem penghadaman sebab vitamin B nih vitamin larut air? Sebab tu penting untuk ambil vitamin B yang lengkap setiap hari!

Risiko kekunrangan Vitamin B antaranya adalah boleh melemahkan sistem saraf & mengganggu fungsi otak sekaligus meningkatkan lagi risiko penyakit jantung! Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal & boleh mengakibatkan anemia. Ia juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi & kehilangan memori.

Golongan yang harus ambil Vitamin B-Complex :-
  • Individu yang banyak terdedah kepada sinaran matahari
  • Individu yang dibebani tekanan & kerja yang banyak
  • Individu yang mempunyai sakit kencing manis, tekanan darah tinggi & migraine
  • Individu yang tidak dapat fokus dalam pekerjaan yang dilakukan
  • Individu yang menjaga kecantikan tubuh badan
  • Individu yang mahu kelihatan cantik & muda
  • Wanita yang mengandung & menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

Manfaat B-Complex secara umum :-
  • Menghasilkan tenaga & berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku & rambut
  • Mencegah tekanan daripada berlaku
  • Menguatkan antibodi tubuh
  • Diperlukan untuk memproses & pembaikan sel-sel darah merah
  • Mencegah anemia

Manfaat B-Complex untuk Kanak-kanak, Orang Dewasa & Ibu Hamil :-


Manfaat B-Complex untuk Kesihatan Rambut :-


Manfaat B-Complex untuk Masalah Haid :-


Manfaat B-Complex untuk Kesihatan & Kecantikan Kulit :-
B-Complex terkenal sebagai rahsia untuk awet muda kerana ia menjaga kesihatan kulit daripada dalam (B for Beauty).
Ia berperanan penting untuk pembentukan sel darah merah yang sihat, mengurangkan migraine, keletihan, tekanan, insomnia & mencegah rekahan mulut selain mengurangkan garis-garis halus di kulit.

Antara peranan Vitamin B-Complex dalam kecantikan kulit :-
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi / jeragat
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
  • Mengelakkan kekusaman kulit
Nak cerita memang banyak...kesimpulannya, Vitamin B-Complex ni vitamin perlu oleh tubuh!


Makin bertambah usia kita, makin perlu vitamin B-Complex ni untuk kita...sebab apa???

Sebab ia bagus untuk perlindungan kesihatan saraf kita...

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343