Showing posts with label ALFALFA COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label ALFALFA COMPLEX. Show all posts

Sunday, December 11, 2016

SUSU IBU: Dari 4oz Kepada 7oz

Suka sangat bila dapat feedback dari seorang customer Set Bajet Menyusu nih...

Sarah consumed Alfalfa + Vitalea
💋 Milk Booster + Nutrien Lengkap 💋

Dulu sekali pam 👉 4oz
Sekarang sekali pam 👉 7oz

Suka tak?? NuNa suka sangat sebab dapat tolong sepupu kepada sahabat NuNa nih!

Katanya "IMMEDIATE EFFECT" !!! 😍😍😍



Dan kerana Set Bajet Menyusu ni, Sarah jadi sebahagian daripada keluarga Shaklee kerana semangat nak kongsi kebaikan Milkbooster nih... 😄😄

Ada yang nak cuba? Susah hati sebab susu merudum?
Susu merudum ketika period? 

Meh kita kongsi cerita, kita kongsi manfaat...

SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

FB Page: Your Healthy Steps

IG Personal NuNa: nurulnadiahazizan
IG Shaklee: vitamin_nadia 


#SisNad #Shaklee #shakleemalaysia #shakleealorsetar #shakleebynadia #kesihatanadalahkekayaan #sihatdancantik #alfalfa #vitalea #setmenyusu #vitaminmenyusu #milkbooster #susuibu #ibumenyusu #sayajualshaklee #sayajualvitamin

Saturday, July 30, 2016

RESDUNG: UBAT & RAWATAN PALING BERKESAN YANG TIDAK MENYAKITKAN

Resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian. ~ Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan

Kesan Dari Resdung yang Tidak Dirawat
 Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
 Jangkitan otak (meningitis)
 Sakit tekak yang kronik
 Jangkitan tulang muka
 Memburukkan keadaan lelah
 Berdengkur yang kronik
 Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
 Alahan hidung atau hidung sensitif
 Selesema biasa yang melarat.

Punca utama resdung adalah disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak kes resdung kulat dijumpai akhir-akhir ini, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan).

Penemuan Klinik Mayo pada 1999 mendapati, ada kulat pada 96 peratus pemeriksaan sampel hingus dari sinus pesakit sinusitis kronik. Ini bermakna ramai daripada pesakit sinusitis kronik mempunyai resdung kulat atau penyakit itu menjadi pemula kepada resdung kulat.
oleh DR MOHAMAD HAMZAH - Penasihat Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu

Jadi untuk merawat punca utama resdung mesti la sistem imun badan kita yang kuat menentang virus, bakteria.

NuNa sendiri amalkan Vitamin Shaklee untuk atasi masalah resdung. Selain utk resdung, vitamin-vitamin itu juga bermanfaat utk kesihatan lain tubuh kita.

Vitamin yang sesuai:-
ALFALFA COMPLEX
– Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
– Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX
– B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
– Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
– Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
– Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C
– Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
– Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
– Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
– Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
– Meningkatkan pertumbuhan tisu.

VIVIX
Vivix mampu bertindak sehingga ke peringkat sel yang kecil di dalam badan kita. Jadi, sel-sel yang mudah mengalami keradangan sehingga mencetuskan masalah resdung dapat diperbaiki supaya menjadi sel yang sihat. Jadi masalah resdung dapat di atasi dengan lebih berkesan.

Nota kaki : Sekiranya bajet rendah, boleh consume ALFALFA + B COMPLEX + VITAMIN C sahaja.

Ini semua boleh runding!

NuNa suka jugak add on Nutriferon sebagai immune booster...

Roger NuNa k...
Nadia 013-4309343

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tuesday, May 12, 2015

Atasi Resdung Cara Bijak

confused emoticon Haccchummm Haccchummm (bersin 100 kali)
Ni bukan tipu yaaa...NuNa masa sekolah dulu memang setiap pagi kira berapa kali bersin!
Maklumlah, resdung teruk! Dari mandi sampai nk p sekolah...non-stop bersin! 
Tau lah bersin resdung nih...kuat ooo...sakit tekak kadang-kadang tuh!

confused emoticon Hidung sokseksoksek...kemerah-merahan...
Ini biasa laa kan...dah bersin, mesti keluar mukus punya...bahasa mudah, hingus!
Dah satu hal kan...dh selesai bersin, nak uruskan hidung yg sokseksoksek plak....
NuNa dulu, akan merah kat bawah hidung, bhgn tengah tu...yg mcm ada lopak kat tengah2 bawah hidung..atas muncung mulut...merah nak gelap camtu...lepas 1-2 jam, hilang laa...

confused emoticon Jerawat resdung...kehitam-hitaman...
Beruntunglah bagi mereka yang ada resdung tapi takdak jerawat!
Sebab apa? Sebab jerawat resdung ni tak cantik...hitam...tinggal parut lak tu...ada plak yg jadi lubang2...lg sedeyh....
Jerawat biasa tu cantik kerr? Tapi ok la sikit kan...merah comel jerk...parut pun tak tinggal!
Jerawat la yang paling payah nak control...dah la hitam, besar-besar pulak...parut lagi lah!

Haaaa....Anda ada masalah macam ni tak???
→ Masalah jerawat??
→ Resdung ??
→ Kerap selsema dan jatuh sakit???

Macam mana anda atasi?

NuNa dulu, Mama beli ubat-ubat resdung yang dijual oleh orang kampung...jenis kapsul herba-herba tu...berkesan, tapi kena makan hari-hari lah...kalau stop, memang sama ja lah macam sebelum tu...tapi NuNa makan jaa...janji boleh tahankan keadaan resdung tu...

Sampai ke tua jugak laa makan kalau resdung menjadi-jadi...ada je ubat resdung baru, mesti try punya lah!

One day, ni cerita lepas kawin laa...resdung teruk sangat! Macam biasa, bila resdung ja, telan la segala ubatan yg ada kat rumah...yg klinik pun cari...

Nak dijadikan cerita, NuNa pernah keguguran masa kandungan 9 minggu...masa buat pemeriksaan yang hampir sebulan dengan pihak hospital, Doktor simpulkan NuNa terlalu banyak makan ubat resdung. Mungkin sebab NuNa banyak makan yang jenis ubat kampung...dah tak tahan kan, belasah ja laa....tapi NuNa memang taktau NuNa pregnant masa tu...kalau tau, tak makannya ubat-ubat sembarangan...

DAN...sebenarnya, NuNa takada rezeki anak...makan ubat-ubat tu alasan ja...kita kena percaya kepada Qada & Qadar kan...

Tapi, dari kejadian itu juga, NuNa nekad nak stop ambik ubat resdung sembarangan...lagipun, Doktor pun suggest ambik suplemen...at least kalau taktau tengah mengandung pun, takda la terjejas kandungan tu...

Lepas-lepas tu la baru NuNa amalkan Alfalfa + B-Complex + Zinc + Vitamin C untuk masalah resdung NuNa nih...mula-mula macam malas, macam renyah sebab banyak sangat nak kena telan! 

Tapi, manfaat supplements tu bukan untuk resdung & jerawat semata-mata...banyak lagi manfaat kesihatan yang dapat NuNa rasa...sebab setiap satu vitamin ada manfaat tersendiri...

Itu la kelebihan makan vitamin...banyak manfaat...klu makan ubat, utk satu tujuan tu je lah...takda manfaat terhadap benda lain pun...


Itu pendapat NuNa laa...perasan tak set yang NuNa makan ada Zinc? Tapi dalam poster-poster ni takda Zinc?

Sebab Zinc ni bantu pulihkan luka-luka jerawat dgn cepat & atasi jerawat bernanah yang disebabkan resdung tu! 

Vitamin-vitamin ni lelaki dan wanita boleh amalkan. Sesuai utk 15 tahun ke atas...

Bijak tak atasi resdung macam ni? Bijak laa...bijak ka bijak???

Istimewa untuk mereka yang Istimewa...dapatkan drpd NuNa yaa...

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, April 27, 2015

Testimonial Kurus Melampau!

Holaa... cerita kurus lagi ???

Eceli, NuNa memang gila nak diet nih! Hari tu rasa macam malas jerk nak diet...maklumlaa...en.somi tak pernah komen....ini hah....rasa baju-baju macam dah tak selesa nak pakai jerk...modal semua tuh! Baik labur untuk kurus, untung sikit...boleh pakai baju lama balik...

Dok belek-belek & study suplemen apa yang perlu ditambah, perlu konsisten...manfaat yang sesuai untuk NuNa...tertengoklah sekali koleksi testimonial untuk Set Kurus nih samada basic set mahupun premium set...

Melampau eh testimonial nih! Impressed kot! NuNa kena kuat semangat nih!









Macam tak percaya, hanya guna set basic, lemak boleh kurang berkilo-kilo...

Yang guna premium set tu, apa nak dikata lagi kan???!!!

Apa rahsianya???
→ konsisten
→ fokus
→ berdisiplin
→ yakin
→ sabar

Set basic tu sebenarnya sebahagian daripada set premium tuh...banyak sebenarnya suplemen Shaklee nih untuk kurus...yang penting kita tahu apa yang kita nak!

Kalian tahu tak apa yang kalian nak?

Kalau tahu target kalian, jom hubungi saya untuk dapatkan suplemen yang sesuai & konsultansi percuma!


Istimewa untuk mereka yang Istimewa...

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, April 6, 2015

Tips Buang Lemak Degil

Susah nak kurus....diet macam-macam tapi tak kurus jugak...lemak kat sini degil...lemak kat sana degil...

Rungutan biasa kan???
Sebab tu, nak kurus, kita kena sabar...lemak memang degil!

Dari segi Kimia (kimia sangat kan!), Lemak nih satu ikatan yang panjang/besar & susah untuk dibuang!

Rantai yang panjang/besar tu perlu dikecilkan dulu, baru senang nak buang kan?

Ibarat satu bongkah yang besar dalam rumah, susah nak dialihkan...tapi kalau kita pecahkan jadi kecil-kecil, angkut keluar sikit-sikit, akhirnya dapat dialihkan...betul tak?

okey...untuk kes kedegilan lemak nih, LECITHIN amat membantu mengemulsi lemak iaitu menguraikan lemak menjadi ikatan yang pendek-pendek/kecil sekaligus mudah untuk dinyahkan @ dibuang...tapi dengan syarat!

Sharing dari leader Shaklee: Ujian uraian lemak oleh lecithin

Apa syaratnya? Syarat-syarat plak kan...senang jerk...Syaratnya kena ada fiber!

Bila ada fiber, uraian lemak yg kecil tadi serta minyak akan melekat pada fiber! Fiber tu ibarat span yang meyerap...

Fiber tu la akan bantu bawa keluar lemak-lemak daripada tubuh kita secara perlahan!

Mana nak dapat plak fiber nih kan...ada je dijual di farmasi...tapi Shaklee pun ada fiber tau...Fiber tu ada dalam Alfalfa Complex!

Sebab tu kita selalu suggest Lecithin + Alfalfa untuk membantu proses pengurusan berat badan...

Nak cuba kawal berat badan?


Istimewa untuk mereka yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, January 5, 2015

Tips Untuk Kulit Berjerawat

Okeyh, NuNa nak share tips untuk kulit berjerawat dengan kamu semua...

NuNa pun jenis kulit berjerawat jugak nih...dari zaman sekolah lagik...

Jerawat tak tinggal parut, NuNa tak kisah sangat...ni masalahnya tinggalkan parut...sedih sungguh!

Ni tips pemakanan menentang jerawat!

Selain tu, NuNa nak share apa yang NuNa amalkan agar jerawat kat muka NuNa nih tak meriah sangat dengan jerawat dalam satu-satu masa....nak hilangkan terus tu mungkin ambik masa kan...setiap perkara tu mesti berlaku step by step...bergantung pada usaha kita jugak kan...kemudian, nak pastikan yang parut jerawat ni tak terang sangat & cepat pudar....ahah! Ini yang paling penting bagi NuNa...parut!

Pertama yang NuNa amalkan adalah GLA COMPLEX iaitu untuk stabilkan hormon badan NuNa...
Setiap hari usia bertambah, hormon pasti berubah...dah la selalu berubah, hormon yang sediada pun bukan stabil! Period pun suka-suka hati ja bila nak datang...so, kena sabar...stabilkan hormon dulu...GLA COMPLEX juga membantu memperbaiki struktur kulit kerana mengandungi Vitamin E & Omega-6. Omega-6 diperlukan oleh mereka yang mengalami keradangan kulit & jerawat kronik.

Pada masa yang sama, NuNa amalkan ALFALFA COMPLEX untuk detoks toksin dalam badan yang mana toksin ni salah satu punca jerawat! Tujuan detoks jugak untuk pastikan segala makanan kesihatan & vitamin yang dimakan dapat diserap dengan baik oleh badan. Toksin banyak dalam badan nih punca banyak penyakit! Toksin juga boleh menyebabkan ubat-ubat & vitamin yang kita makan tak diserap....itulah yang kita panggil 'makan jadi taik'...

Pastu NuNa tambahkan ZINC COMPLEX & B-COMPLEX....hajat dihati nak tambah Vitamin C...tapi masa tu Vitamin C tak ada stok setahun! Maknanya NuNa amalkan Vitamin C selepas setahun NuNa berusaha dengan vitamin-vitamin lain...Alhamdulillah, kesannya dapat dilihat...

ZINC COMPLEX membantu mempercepatkan pemulihan luka. Jerawat muka NuNa campur-campur...yang jenis jerawat batu ada, tapi jarang-jarang...yang sedang-sedang & bernanah tu biasa laa...yang kecik-kecik tu kadang-kadang jerk...dengan ZINC COMPLEX nih, luka-luka cepat pulih...lagi satu, Zinc nih agen anti-bakteria & membantu memperbaiki radang kulit seperti jerawat...so, elok sangat untuk mereka yang berjerawat & terutamanya ada nanah...

TIPS: Kalau jerawat tengah naik, tengah meriah, ambik Zinc Complex sahaja, tinggalkan semua vitamin lain...jerawat akan cepat reda & pulih!

B-COMPLEX pula membantu dalam pembentukan kolagen, mencegah kulit kusam & anti-stress! NuNa kalau stress, cepat jaa jerawat nak keluar...stress jugak cepatkan penuaan yeee...jadi amalkan Vitamin B untuk energy, elak stress, serikan wajah, kulit licin & bersinar!

Kemudian, bila jerawat-jerawat dah beransur kering, dah reda, NuNa tambahkan VITAMIN E with SELENIUM di mana manfaatnya membantu mengatasi kulit berminyak, mengurangkan parut jerawat, mengaburkan & mengecilkan liang pori-pori wajah yang terbuka luas, awet muda...

Lepas tu NuNa try ESP ~ Energizing Soy Protein...try untuk energy & diet kononnya...tapi manfaat ESP sebenarnya banyak untuk kulit kerana ia membantu dalam proses pembentukan & pertukaran sel kulit muka setiap 21 hari! Amat membantu memperbaiki struktur kulit sekaligus membantu memperbaiki parut! Kulit juga rasa lebih lembut, tegang & cantik! Sesuai untuk mereka yang parut berlubang-lubang!

TAHUKAH ANDA?
~ Sel kulit muka diperbaharui setiap 21 hari & jaminan kecerahan oleh produk dapat dilihat selepas 21 hari!
~ Sel kulit badan diperbaharui setiap 90-120 hari & jaminan kecerahan oleh produk dapat dilihat selepas tempoh itu...

VITAMIN C membantu untuk membina kolagen, membantu mengecutkan jerawat, mempercepatkan proses pemulihan luka, mencerahkan kulit, menghalang pembentukan pigmentasi / jeragat, kulit halus & bersinar. Vitamin C ni kalau tak cerita pun, semua orang tahu manfaatnya...semua untuk cantik! Tahu tak Vitamin C bagus untuk jantung bertenaga? Vitamin C untuk Alahan? Vitamin C untuk demam kuning @ Jaundis?

INFO & TIPS:  VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC COMPLEX membantu dalam pembentukan kolagen & protein untuk pertumbuhan & perkembangan kulit, kuku, rambut & organ.

VITAMIN A membantu untuk mengatasi keradangan kulit / penyakit kulit, mencegah liang roma tersumbat, mencegah jerawat. Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan kekeringan kulit serta terjadinya whitehead & blackhead.

TIPS: Gabungan VITAMIN A + VITAMIN C + VITAMIN E menghasilkan agen anti-oksida yang kuat & amat membantu untuk mereka yang mempunyai jerawat batu & kronik. Tambahan GLA COMPLEX untuk memperbaiki hormon badan.



Secara luaran plak, NuNa guna Set Enfuselle untuk Kulit Normal - Berminyak...pencuci muka, toner & pelembap...kulit tak berminyak...tak kering...NuNa jenis kalau pakai apa-apa kat muka, taknak bagi nampak...nipis-nipis macam tak pakai apa tu ok laa...kalau nampak putih semacam, tebal semacam, rimas plak rasa...bedak plak loose powder biasa jaa...

TIPS: Kulit berminyak & berjerawat tak sesuai guna compact powder yaa...seeloknya loose powder...loose powder membantu penyerapan minyak...kalau compact powder, semakin lama, muka kita akan nampak bercapuk, bertompok-tompok, tak rata sebab berminyak...

Kalau sebelum ni, kita sekadar tempek tebal-tebal untuk kaburkan jerawat pada pandangan mata orang, apakata kali ni kita berubah untuk memperbaiki masalah tu dari dalam...dan pasti ia akan berubah! Kalau sekadar tempek-tempek, perubahan tu sementara jaa...pelaburan yang tak berbaloi kan?

Jom cuba hari ini! Step by step...insya Allah...kalian akan dapat rasai perubahannya!

Istimewa untuk mereka yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Sunday, August 24, 2014

Masalah Resdung Berkurang

 :: Anda mengalami masalah RESDUNG???? ::

Antara gejala-gejala yang kelihatan ialah:
 Hidung tersumbat dan berbau busuk
 Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
 Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
 Kerap bersin terutama di waktu pagi
 Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
 Sakit tekak secara berpanjangan serta berulang
 Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
 Kerap sakit kepala




Ada yang kata "banyaknya kena makan!!!"


 Ok...suka untuk NuNa katakan, "ia bergantung kepada tahap resdung anda".

 Kalau sekadar resdung jenis pernafasan berbau, boleh ambil Alfalfa saja...

 Kalau melibatkan gatal bahagian muka, hidung berair, bersin perlu tambah Vitamin C...

 Kalau selalu sakit kepala dan gatal-gatal elok tambah B Complex sebagai anti radang & anti stress...

 Suka untuk NuNa sarankan ambil set lengkap supaya kesan / keberkesanan nampak lebih cepat...peningkatan taraf kesihatan dapat dilakukan secara keseluruhan.

 NuNa sendiri amalkan ketiga-tiga jenis ini untuk kurangkan keadaan resdung NuNa. Kenapa NuNa makan semua?
~ resdung NuNa menyebabkan selalu bersin; gatal kerongkong, mata & hidung; keluar jerawat bukan sekadar di muka; selalu sakit kepala atau lebih spesifik sakit kat dahi sekaligus 'memberatkan muka'.

 Alhamdulillah, dah lama NuNa amalkan...banyak yang kurang, xdak dah bersin sampai 20kali sepagi, hidung dh tak berair smpi merah bawah hidung, gatal2 pun dah kurang banyak...yang paling best tak risau dah nak makan seafood! Dulu makan seafood, kena standby ubat gatal...standby untuk dapat jerawat...




 Sapa yang dah bosan dengan masalah resdung yang kronik @ tak pernah berkurang, apakata cuba kurangkan masalah anda dengan SET RESDUNG nih...manfaat bukan untuk resdung jaa, dapat jgk untuk kulit, kesihatan dalaman...itu untungnya amalkan vitamin berbanding ubat....manfaatnya pelbagai... #shakleeeffect #shakleeeffectoog

Berminat?
Jom PM / SMS / WhatsApp 013-4309343 (Nadia) ~ Free Consultation!

FB NuNa : Nurul Nadia Hazizan
FB Page : Your Healthy Steps

Wednesday, August 13, 2014

Nyah Toksin & Testimonial Diri Sendiri

Bayangkan toksin yang tidak dibuang dan tersekat dlm usus anda seperti dalam gambar ini?? Segera cari penyelesaiannya. Set Detox Shaklee boleh membantu anda membersihkan usus dengan lembut !!

Cuba baca statement kat keratan tuh... TOKSIN MENGHALANG PENYERAPAN VITAMIN, MINERAL & NUTRIENT DARIPADA MAKANAN !!! Kat situ omputih...daku taip dlm bahasa ibunda...

Yang ni la baru orang kata makan jadi taik! hahaha....jgn marah naa...iya laa...yang baik terhalang dari diserap badan...rugi la rugi....makanan semua mahal sekarang nih! kan kan kan...

Okeyh...ada beberapa suplemen yang boleh membantu anda detox segala toksin dalam badan secara sihat & selamat...

Detox badan anda dengan pilihan suplemen berikut:-

  • ALFALFA COMPLEX
  • HERB LAX
  • DTX COMPLEX
  • GARLIC 

>> Pemerhatian NuNa...NuNa kena buat pemerhatian sebab senang nak explain ok...cuma NuNa tak perasan dalam tempoh berapa lama nak nampak hasil nih....

  • NuNa makan Alfalfa & Herb Lax sekali sekala... yang pastinya Alfalfa setiap hari...paling kurang 4 biji, paling banyak 10bj...
  • nak tau toksin tu keluar ke tidak, kena tengok najis...kat najis tu akan nampak sesuatu mcm bertali warna kehitaman...selalu camtu la...tak pernah la lagik keluar toksin semata2...takot kot mcm tu...hahaha...bila ada 'tali hitam' yg 'terikat' bersama najis tu, maknanya toksin la tuh....
  • kalau yg makan lecithin/omega, akan nampak lebihan lendir/lemak keluar sekali yerk
  • pemerhatian ni bagi pengguna tandas duduk yerk... tandas cangkung memang tak dapat nak tolong la...pikir sendiri la nak buat pemerhatian cmna...

TOKSIN MEMBAWA RISIKO PENYAKIT KRONIK YANG LAIN!

JOM NYAH TOKSIN...

PM / SMS / WhatsApp 013-4309343 (Nadia) ~ FREE CONSULTATION !!!

FB Page : Your Healthy Steps
FB NuNa : Nurul Nadia Hazizan

Info Produk...







Monday, April 14, 2014

Peredaran Darah

HEALTHY CIRCULATORY SET

~Healthy Circulatory Set~ Suggest by SHAKLEE

"Peredaran darah lancar, hidup bahagia"

Masalah jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia juga global. Biasanya tiada simptom bagi penyakit ini. Ia mampu membunuh secara senyap. Serangan jantung atau strok yang pertama mungkin menjadi yang terakhir!


Set Healthy Circulatory Shaklee di bawa khas untuk membekalkan nutrien yang penting dalam mengekalkan jantung yang kuat dan sihat.

Kebaikan:-
  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Mengekalkan kesihatan secara menyeluruh.


OMEGAGUARD


ALFALFA COMPLEX


GARLIC


VITA-E COMPLEX


LECITHIN


ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER


Macam banyak jaa...macam lari bajet jaa...macam... jangan macam-macam yerk kalau nak sihat! hahaha... Amalkan semua memang thorrrbaik! Tapi, bak kata pepatah...sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...biar lambat, asal tak lari bajet...ehh...haaaa...kita kena jadi pengguna bijak! Ikut kemampuan...ikut bajet...ikut step by step...cheewahh...

Itulah pentingnya consultation...rundingan...ambil ikut keperluan tubuh & bajet...Insya Allah, NuNa akan suggest yang thorrrrbaik untuk korang yerk...yang penting, korang tahu apa masalah korang... peace yooo!

CUBA, RASAI PERBEZAAN & KONGSI !

:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Tuesday, February 25, 2014

Set Diabetes / Kencing Manis / Sugar Control Set

~Sugar Control Set~ Suggest by SHAKLEE

"Membantu mengawal ketidakseimbangan glukosa dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh"


Penyakit kencing manis semakin menular di kalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis membawa kepada:
~ Penyakit jantung
~ Penyakit buah pinggang
~ Luka lambat sembuh
~ Hilang fungsi saraf

Set Sugar Control Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pengidap kencing manis.

Kebaikan:-
  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah.
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan.
  • Membantu menyembuhkan luka.

ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

VITA-LEA IRON FORMULA

GLA COMPLEX

ALFALFA COMPLEX

SUSTAINED RELEASED VITA-C

ZINC COMPLEX

Waaa…banyaknya suplemen nak rawat kencing manis…eh eh eh…bukan rawat sayang…ini vitamin @ suplemen @ makanan tambahan untuk tingkatkan kesihatan pesakit sekaligus membantu badan mengatasi masalah kencing manis…bila nutrient dlm badan cukup, in syaa Allah segala masalah dapat diatasi dengan baik…


Ini cadangan vitamin yang berkaitan…tapi penggunaan adalah mengikut keperluan yaa…ada masalah, bgtau NuNa…nanti NuNa tolong cadangkan vitamin yang sesuai…free consultation…

Nak cuba? Jom berdiskusi dengan NuNa untuk dapatkan suplemen mengikut keperluan & bajet...
:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps