Showing posts with label CAROTOMAX. Show all posts
Showing posts with label CAROTOMAX. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Tips Untuk Kulit Berjerawat

Okeyh, NuNa nak share tips untuk kulit berjerawat dengan kamu semua...

NuNa pun jenis kulit berjerawat jugak nih...dari zaman sekolah lagik...

Jerawat tak tinggal parut, NuNa tak kisah sangat...ni masalahnya tinggalkan parut...sedih sungguh!

Ni tips pemakanan menentang jerawat!

Selain tu, NuNa nak share apa yang NuNa amalkan agar jerawat kat muka NuNa nih tak meriah sangat dengan jerawat dalam satu-satu masa....nak hilangkan terus tu mungkin ambik masa kan...setiap perkara tu mesti berlaku step by step...bergantung pada usaha kita jugak kan...kemudian, nak pastikan yang parut jerawat ni tak terang sangat & cepat pudar....ahah! Ini yang paling penting bagi NuNa...parut!

Pertama yang NuNa amalkan adalah GLA COMPLEX iaitu untuk stabilkan hormon badan NuNa...
Setiap hari usia bertambah, hormon pasti berubah...dah la selalu berubah, hormon yang sediada pun bukan stabil! Period pun suka-suka hati ja bila nak datang...so, kena sabar...stabilkan hormon dulu...GLA COMPLEX juga membantu memperbaiki struktur kulit kerana mengandungi Vitamin E & Omega-6. Omega-6 diperlukan oleh mereka yang mengalami keradangan kulit & jerawat kronik.

Pada masa yang sama, NuNa amalkan ALFALFA COMPLEX untuk detoks toksin dalam badan yang mana toksin ni salah satu punca jerawat! Tujuan detoks jugak untuk pastikan segala makanan kesihatan & vitamin yang dimakan dapat diserap dengan baik oleh badan. Toksin banyak dalam badan nih punca banyak penyakit! Toksin juga boleh menyebabkan ubat-ubat & vitamin yang kita makan tak diserap....itulah yang kita panggil 'makan jadi taik'...

Pastu NuNa tambahkan ZINC COMPLEX & B-COMPLEX....hajat dihati nak tambah Vitamin C...tapi masa tu Vitamin C tak ada stok setahun! Maknanya NuNa amalkan Vitamin C selepas setahun NuNa berusaha dengan vitamin-vitamin lain...Alhamdulillah, kesannya dapat dilihat...

ZINC COMPLEX membantu mempercepatkan pemulihan luka. Jerawat muka NuNa campur-campur...yang jenis jerawat batu ada, tapi jarang-jarang...yang sedang-sedang & bernanah tu biasa laa...yang kecik-kecik tu kadang-kadang jerk...dengan ZINC COMPLEX nih, luka-luka cepat pulih...lagi satu, Zinc nih agen anti-bakteria & membantu memperbaiki radang kulit seperti jerawat...so, elok sangat untuk mereka yang berjerawat & terutamanya ada nanah...

TIPS: Kalau jerawat tengah naik, tengah meriah, ambik Zinc Complex sahaja, tinggalkan semua vitamin lain...jerawat akan cepat reda & pulih!

B-COMPLEX pula membantu dalam pembentukan kolagen, mencegah kulit kusam & anti-stress! NuNa kalau stress, cepat jaa jerawat nak keluar...stress jugak cepatkan penuaan yeee...jadi amalkan Vitamin B untuk energy, elak stress, serikan wajah, kulit licin & bersinar!

Kemudian, bila jerawat-jerawat dah beransur kering, dah reda, NuNa tambahkan VITAMIN E with SELENIUM di mana manfaatnya membantu mengatasi kulit berminyak, mengurangkan parut jerawat, mengaburkan & mengecilkan liang pori-pori wajah yang terbuka luas, awet muda...

Lepas tu NuNa try ESP ~ Energizing Soy Protein...try untuk energy & diet kononnya...tapi manfaat ESP sebenarnya banyak untuk kulit kerana ia membantu dalam proses pembentukan & pertukaran sel kulit muka setiap 21 hari! Amat membantu memperbaiki struktur kulit sekaligus membantu memperbaiki parut! Kulit juga rasa lebih lembut, tegang & cantik! Sesuai untuk mereka yang parut berlubang-lubang!

TAHUKAH ANDA?
~ Sel kulit muka diperbaharui setiap 21 hari & jaminan kecerahan oleh produk dapat dilihat selepas 21 hari!
~ Sel kulit badan diperbaharui setiap 90-120 hari & jaminan kecerahan oleh produk dapat dilihat selepas tempoh itu...

VITAMIN C membantu untuk membina kolagen, membantu mengecutkan jerawat, mempercepatkan proses pemulihan luka, mencerahkan kulit, menghalang pembentukan pigmentasi / jeragat, kulit halus & bersinar. Vitamin C ni kalau tak cerita pun, semua orang tahu manfaatnya...semua untuk cantik! Tahu tak Vitamin C bagus untuk jantung bertenaga? Vitamin C untuk Alahan? Vitamin C untuk demam kuning @ Jaundis?

INFO & TIPS:  VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC COMPLEX membantu dalam pembentukan kolagen & protein untuk pertumbuhan & perkembangan kulit, kuku, rambut & organ.

VITAMIN A membantu untuk mengatasi keradangan kulit / penyakit kulit, mencegah liang roma tersumbat, mencegah jerawat. Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan kekeringan kulit serta terjadinya whitehead & blackhead.

TIPS: Gabungan VITAMIN A + VITAMIN C + VITAMIN E menghasilkan agen anti-oksida yang kuat & amat membantu untuk mereka yang mempunyai jerawat batu & kronik. Tambahan GLA COMPLEX untuk memperbaiki hormon badan.



Secara luaran plak, NuNa guna Set Enfuselle untuk Kulit Normal - Berminyak...pencuci muka, toner & pelembap...kulit tak berminyak...tak kering...NuNa jenis kalau pakai apa-apa kat muka, taknak bagi nampak...nipis-nipis macam tak pakai apa tu ok laa...kalau nampak putih semacam, tebal semacam, rimas plak rasa...bedak plak loose powder biasa jaa...

TIPS: Kulit berminyak & berjerawat tak sesuai guna compact powder yaa...seeloknya loose powder...loose powder membantu penyerapan minyak...kalau compact powder, semakin lama, muka kita akan nampak bercapuk, bertompok-tompok, tak rata sebab berminyak...

Kalau sebelum ni, kita sekadar tempek tebal-tebal untuk kaburkan jerawat pada pandangan mata orang, apakata kali ni kita berubah untuk memperbaiki masalah tu dari dalam...dan pasti ia akan berubah! Kalau sekadar tempek-tempek, perubahan tu sementara jaa...pelaburan yang tak berbaloi kan?

Jom cuba hari ini! Step by step...insya Allah...kalian akan dapat rasai perubahannya!

Istimewa untuk mereka yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Wednesday, April 9, 2014

Radikal Bebas, Pengoksidaan, Anti Oksida

Apakah zarah radikal bebas yg dikatakan mengancam tubuh kita? Dan apa pula kaitannya dengan anti-oksida?

Zarah radikal bebas sebenarnya adalah disebabkan tekanan mental, pencemaran, merokok, racun perosak dan sinaran. Ianya dimasukkan ke tubuh kita apabila kita menghirup oksigen yang pada masa sama melalui perubahan kimia, seperti pencemaran, asap rokok dan sebagainya. Ia mampu memberikan kesan negatif seperti mendatangkan pelbagai penyakit. 

Zarah radikal bebas yang sangat tidak stabil akan terjadi ketika proses pengoksidaan, apabila ia memasuki tubuh kita, ia akan menukarkan lemak dan lipid dalam badan kepada bahan yang boleh merosakkan sel sihat yang menyebabkan anda uzur dan tua. Oleh yang demikian cara terbaik melawan zarah radikal bebas itu adalah dengan mengawal proses pengoksidaan itu sendiri. 

Antioksida adalah penawar semula jadi kepada ancaman zarah radikal bebas. Sebenarnya ia adalah bahan yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas pemusnah itu, yang akan MEMPERKUKUHKAN KETAHANAN SEL anda. Bahan hebat itu membantu MERANGSANG PEMBAIKAN SEL DENGAN PANTAS dan juga dapat MEMBAIKI DNA yang dirosakkan zarah radikal bebas itu.


Di samping manfaat kesihatan, antioksida itu juga terbukti dapat MEMPERLAHANKAN PROSES PENUAAN serta MEREMAJAKAN dan MEMANJANGKAN ZAMAN MUDA. Dengan mencari dan meneutralisasikan zarah radikal bebas, antioksida bertindak sebagai pengemas rumah dalaman badan.

Pada hakikatnya, antioksida berkesan sebagai penghapus zarah radikal bebas sehingga mereka sering dapat mengatasi sesuatu masalah sebelum apa-apa kerosakan molekul berlaku. Dengan demikian, antioksida boleh dipanggil PENGAWET MUDA DALAMAN BADAN MANUSIA.

Antioksida juga memainkan peranan penting dalam MEMBINA DAN MENGEKALKAN KEKEBALAN BADAN. Antioksida menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisma pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisma lain yang menyumbang kepada proses penuaan.

Dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan memasukkan pelbagai makanan yang kaya dengan antioksida dalam menu harian, anda dapat membekalkan badan dengan bekalan antioksida secukupnya tanpa sebarang masalah.

Memandangkan makanan itu mudah didapati, tidak ada alasan untuk tidak memasukkannya dalam pemakanan dan dalam rancangan anda untuk hidup dengan sihat.

Apakah makanan yang kaya dengan anti oksida? 
>> Makanan yang mengandungi Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E !!! 


Sebab tu, ada orang sebut Vitamin ACE! 

Bagi pengamal suplemen Shaklee, Vitamin ACE adalah Carotomax (Vitamin A), Vita-C Sustained Release dan Vita E Complex >> suplemen antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas & meningkatkan perlindungan badan.


:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Monday, January 13, 2014

Set Kecantikan Kulit

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada Set Kecantikan Kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dlm Set Kecantikan Kulit Shaklee??? Jom kita tengok...

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
~ Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
~ Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
~ Menjaga kelembapan kulit
~ Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
~ Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
~ Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
~ Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
~ Sebagai pelembap
~ Mencegah pigmentasi
~ Melambatkan tanda penuaan
~ Mengubati jerawat


Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan: 
~ Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus 
~ Mencegah penuaan 
~ Menjadikan kulit lebih kenyal 
~ Mencerahkan kulit 
~ Menjaga kulit dari sinaran UV 
~ Mengurangkan parut jerawat 
~ Menjadikan wajah bersinar dan bermaya 
~ Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan 
~ Menjadikan wajah lebih berseri 
~ Bertindak sebagai penjagaan dalaman suami & isteri

Haaa…itu kategori set asas…cukupkan nutrient kulit, bersihkan kulit, lembapkan kulit…lepas tu, kalau ada bajet lebih, boleh laa boost up kecantikan, kegebuan kulit dengan beberapa killer product utk kecantikan nih…

Antara produk lain yang bagus untuk kesihatan kulit adalah GLA Complex, ESP Soy Protein, Carotomax dan Collagen Powder

Antara kelebihan dan khasiat GLA Complex:
~ Menguatkan kuku dan rambut
~ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
~ Memperlahankan proses penuaan
~ Mencantikkan kulit

Antara kelebihan dan khasiat ESP:
~ Awet muda
~ Membaiki pigmentasi
~ Membaikpulih sel-sel kulit
~ Membantu menggantikan tisu yang rosak dengan yang baru

Antara kelebihan dan khasiat CarotoMax:
~ Antioksida
~ Menggalakan kesihatan kulit 
~ Meredakan penyakit kulit termasuk ulser kulit, scabies dan acne. 
~ Menjaga kecantikan mata yang merupakan antara tarikan penting selain kulit wajah. Mata yang sihat bersinar, tiada eyebag dan kesan hitam di bawah mata akan melengkapkan kecantikan wajah anda.

Antara kelebihan dan khasiat Collagen Shaklee:
~ Kulit lebih licin dan lembut
~ Kecerahan kulit lebih terserlah 
~ Perubahan positif pada kulit-kulit sensitif dan kasar
~ Complexion kulit lebih rata dan lebih glowing 
~ Jerawat dan parut semakin hilang
Rata-rata pengguna Shaklee Collagen Powder sangat teruja dengan kesan yang dapat dirasakan seawal 7 hari hingga 14 hari.


Nak cuba? Jom berdiskusi dengan NuNa untuk dapatkan suplemen mengikut keperluan & bajet...
:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: Your Healthy Steps