Showing posts with label OMEGA GUARD. Show all posts
Showing posts with label OMEGA GUARD. Show all posts

Wednesday, May 6, 2015

PROMOSI HEBAT SHAKLEE

Assalamualaikum semua... hai...

Good news Good news...

Shaklee tawarkan baaaaanyaaakk promosi bulan nih!

Promosi Bulanan & Promosi Untuk Ahli Baru sehingga Oktober nih!


PROMOSI MEI 2015


PROMOSI UNTUK AHLI BARU

NuNa suka sangat tentang Promosi untuk Ahli Baru nih...bukan senang tau nak dapat FREE nih... VITA LEA pulak tuh ! 

Sebab apa Shaklee nak bagi FREE?? Sebab kami meraikan ulangtahun ke-100 VITA LEA nih...haaa...ni laa MULTIVITAMIN & MINERAL PERTAMA & TERTUA DI DUNIA !

Memang tiada tandingan lah! So, rugi sgt kalau tak dapatkan VITALEA nih !

Tak rugi pun....REGISTER AHLI RM80 (siap pos) + beli mana-mana produk (minimum RM24)FREE VITA LEA !!!

Rugi ka jadi Ahli?
→ Bukan wajib menjual...tapi jika berminat, ia memberi manfaat bonus setiap bulan!

→Menjadi ahli semata-mata, dapat manfaat harga ahli, dapat grab produk promosi dgn harga superb! Kalau belian peribadi mencecah satu nilai (nak tahu, jom chat ok...) akan dapat bonus pada setiap tengah bulan! 

→ Minimum bonus boleh beli beras 10kg, sapa nak bagi????

Mohon hubungi NuNa untuk maklumat lanjut tentang ni ok....

Tentang Promosi Bulanan, tak cerita panjang pun takpa...cuma nak bagitau promosi bulan nih:-
→ BUY 6 FREE 1 & TWIN PACK 5% OFF adalah OMEGA GUARD & PHYTOCOL-ST
→ BUY 3 FREE 1 adalah VITALEA FOR CHILDREN

Kalau kalian dah register ahli, boleh dapatkan harga ahli promo nih & beli sebotol dari NuNa pun dah jimat berganda!

Istimewa untuk mereka yang Istimewa...

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, April 27, 2015

Testimonial Kurus Melampau!

Holaa... cerita kurus lagi ???

Eceli, NuNa memang gila nak diet nih! Hari tu rasa macam malas jerk nak diet...maklumlaa...en.somi tak pernah komen....ini hah....rasa baju-baju macam dah tak selesa nak pakai jerk...modal semua tuh! Baik labur untuk kurus, untung sikit...boleh pakai baju lama balik...

Dok belek-belek & study suplemen apa yang perlu ditambah, perlu konsisten...manfaat yang sesuai untuk NuNa...tertengoklah sekali koleksi testimonial untuk Set Kurus nih samada basic set mahupun premium set...

Melampau eh testimonial nih! Impressed kot! NuNa kena kuat semangat nih!









Macam tak percaya, hanya guna set basic, lemak boleh kurang berkilo-kilo...

Yang guna premium set tu, apa nak dikata lagi kan???!!!

Apa rahsianya???
→ konsisten
→ fokus
→ berdisiplin
→ yakin
→ sabar

Set basic tu sebenarnya sebahagian daripada set premium tuh...banyak sebenarnya suplemen Shaklee nih untuk kurus...yang penting kita tahu apa yang kita nak!

Kalian tahu tak apa yang kalian nak?

Kalau tahu target kalian, jom hubungi saya untuk dapatkan suplemen yang sesuai & konsultansi percuma!


Istimewa untuk mereka yang Istimewa...

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, December 22, 2014

Atasi Sakit Kepala & Resdung: Testimonial

Assalamualaikum....

Nak share testimonial sket...bukan sikit, tapi 1 jerk...heheh...


Pernah baca entry NuNa tentang Tips Kurangkan Migrain / Sakit Kepala ? Kalau belum, klik link tu...


Dah ada baca beberapa testimonial untuk beberapa orang pesakit migrain ? Klik sini → Migrain: Tips & Testimonial


Okeyh...2 minggu lepas, NuNa ada pos B-Complex + Omega Guard kat seorang customer yang ada masalah sakit kepala + resdung


Itu vitamin yang NuNa cadangkan untuk kes dia...cadangan vitamin bergantung pada keperluan individu okeyh...


Hari ni, NuNa just WhatsApp adik nih untuk dapatkan maklumbalas selepas amalkan vitamin 2 minggu nih...bukan apa, mana tau ada healing crisis ka...malu nak bgtau apa-apa kan....tak seronok plak kalau customer tak dapat kesan yang sewajarnya kan...



Feedback selepas 2 minggu
Alhamdulillah...tentang resdung mungkin ambik masa sikit kan....tapi salah satu tujuan adik nih >> sakit kepala << ada kesannya...tak sakit kepala, kurang letih & kurang mengantuk....

Sakit kepala jugak salah satu keadaan akibat resdung kan? hmmm....


Seronok bila dapat tolong orang sekeliling sihat nih...


Kalau nak tau vitamin @ kombinasi vitamin yang sesuai untuk anda, boleh hubungi NuNa okeyh...NuNa akan cuba cadangkan mengikut keperluan & kemampuan anda...

Jom sihat tanpa alasan!

Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tips Elak Serangan Asthma

Hari ni kita sembang-sembang tentang masalah kesihatan Asthma; tips elak serangan asthma.

Asthma ialah keradangan pada saluran pernafasan yang akan mengakibatkan ia menjadi ketat & sempit. Ia satu keadaan yang dapat dikenalpasti melalui batuk, berbunyi sedutan & kesukaran bernafas → disebabkan oleh elergen; samada disedut @ ditelan.

Asthma boleh bermula pada bila-bila masa kepada setiap individu & biasanya dalam bentuk demam hay → sejenis alahan. Jika dibiarkan, ia akan berulang & menjadi lebih kronik!



Beberapa tips disyorkan kepada mereka yang telah diserang demam hay & juga pesakit asthma bagi tujuan membina rintangan terhadap serangan asthma; antaranya:-
  1. Jangan minum alkohol → akan mengecilkan saluran darah & boleh galakkan serangan asthma.
  2. Elakkan diri daripada terlubat dalam keadaan ketegangan emosi @ pertengkaran.
  3. Elakkan diri daripada terlalu letih.
  4. Jangan berubah kedudukan/lokasi yang mempunyai suhu berbeza secara drastik (sejuk → panas @ panas → sejuk ; neutralkan suhu dahulu).
  5. Jangan minum @ makan makanan yang sejuk @ terlampau panas.
  6. Elakkan makanan @ minuman yang terlalu berempah.
  7. Jangan merokok kerana ia akan menyempitkan organ pernafasan & memudahkan serangan asthma berlaku. 
  8. Jangan berenang di dalam kolam yang berklorin.
  9. Jangan terjun dengan mendadak ke dalam air sejuk (laut @ tasik @ kolam mandi). Masuk secara perlahan-lahan ke dalam air.
  10. Jangan berada dalam cuaca yang terlalu sejuk. Suhu yang menenangkan @ sesuai untuk paru-paru pesakit asthma adalah 75°F @ 24°C.
  11. Elakkan diri daripada menggunakan sabun serbuk & pembunuh serangga.
  12. Elakkan melakukan aktiviti berkebun @ memotong bunga → memberi gangguan kepada saluran pernafasan & memudahkan serangan asthma.
  13. Jangan pergi bersiar-siar ke sesebuah negara kecuali kawasan tersebut bebas dari debunga → mungkin akan mengalami serangan yang boleh berlarutan selama beberapa jam.
Penjagaan yang baik terhadap saluran pernafasan membantu memulihkan secara semulajadi & menguatkan badan.

=================================================================================

TAHUKAH ANDA bahawa VITAMIN C diperlukan untuk MEMBINA SEMULA & MEMBAIKI TISU-TISU SISTEM BRONCHITIS DI DALAM PARU-PARU sekaligus membantu @ membenarkan anda bernafas dengan sihat serta bebas dari asthma ?????
VITAMIN C penawar yang membantu membuka paru-paru yang terkunci !
Morton J. seorang penganalisis sistem komputer merupakan pesakit asthma yang merawat dengan ubatan kimia. Ia memberi kesan sampingan alahan sekaligus memburukkan lagi simptom asthma tersebut; dia juga kelihatan lesu & lebih berusia → mengalami batuk berterusan & terbelahak yang menggangu kesihatan & kelincahannya.

Morton J. disarankan oleh seorang Jururawat Ahli Pemakanan untuk mengambil VITAMIN C setiap hari samada daripada buah-buahan sitrus @ vitamin dari farmasi.

Pengambilan VITAMIN C untuk membina semula sistem pernafasan & menghalang gangguan yang menyebabkan serangan asthma. Vitamin C kan salah satu vitamin antioksidan?

VITAMIN C diperlukan untuk membina semula kapilari paru-paru. Kapilari adalah saluran darah yang kecil & bersilang-silang dengan tisu komponen pernfasan bronkiol. 

Melalui dinding kapilari ini, makanan & oksigen dibawa ke paru-paru untuk diaktifkan @ berfungsi untuk menentang gangguan yang boleh menimbulkan serangan asthma.

Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen (tisu penyambung) untuk menguatkan integriti & stabiliti paru-paru & tisu organ pernafasan → membantu mencipta dinding pelindung yang menutup persekitaran paru-paru supaya gangguan tidak boleh masuk → pernafasan akan menjadi lebih baik, segar & bertenaga!

Haaa...kolagen tu tisu penyambung...bukan ja untuk kulit cantik,tapi untuk semua tisu-tisu dalam tubuh kita nih!

Jadi....sihatkan paru-paru anda dengan pengambilan Vitamin C setiap hari → membantu meningkatkan pemulihan asthma!

=================================================================================

Jika mengamalkan Jus Buah-Buahan Sitrus/Oren

Cara yang betul 
~ Minum segelas jus tulen sitrus/oren dalam keadaan sederhana sejuk - bukannya sejuk dingin (disediakan segar @ dari botol yang labelnya 'tulen')
~ Sebarang jenis jus/minuman yang sejuk dingin akan sebabkan penyempitan pada saluran penting komponen pernafasan & sekaligus menyebabkan asthma!
~ Untuk sesedap rasa, jus boleh disejukkan tetapi tidak boleh dimasukkan ais batu!

=================================================================================

TAHUKAH ANDA bahawa OMEGA-3 diperlukan untuk MEMBANTU MELARUTKAN MUKUS ASTHMA sekaligus membantu @ membenarkan anda bernafas dengan sihat serta bebas dari tersumbat ?????

Omega-3 membantu dalam mencairkan mukus & kahak, mengurangkan keradangan pada sistem pernafasan, sebagai agen pemanas (elak kesejukan) & meningkatkan sistem imun.

=================================================================================

Sirap/Jus Penawar untuk Pulihkan Asthma & Kuatkan Paru-Paru

~ Letakkan bawang yang dihiris nipis dalam pinggan/bekas. Selaputi setiap hirisan bawang dengan madu & tutup bekas tersebut semalaman.
~ Keesokan paginya, akan didapati jus/sirap hasil perapan bawang + madu di dalam bekas tersebut.
~ Buang bawang, ambil sesudu kecil jus tersebut pada waktu pagi & sesudu kecil pada waktu malam sebelum tidur.

Kombinasi ini membantu melegakan penderitaan asthma & memperbaiki sistem paru-aparu @ pernafasan. Ia membantu mendapatkan tidur yang nyenyak!

Okeyh...jus bawang + madu tadi sebenarnya menghasilkan kalium & bahan-bahan penting lain seperti vitamin, galian & enzim!

Inilah kunci untuk pernafasan yang selesa & kesihatan yang lebih baik!

Nak senang, AMALKAN MULTI VITAMIN & MINERAL (Vita-Lea) sebiji pagi & sebiji malam & MEAL SHAKES untuk kanak-kanak!

=================================================================================

NuNa dah kongsikan tips, jus-jus yang sesuai...cubalah !

Nak mudah...amalkan...
~ Vitamin C untuk penjagaan sistem paru-paru & pernafasan
~ Omega-3 untuk mencairkan mukus & sebagai salah satu rawatan ketika diserang asthma
~ Vita-Lea / Meal Shakes sebagai pelengkap nutrisi untuk kesihatan yang lebih baik!

=================================================================================

Perkongsian Sumber / Rujukan : Encyclopaedia Of Power Food

Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tuesday, December 9, 2014

Upgrade Sistem Imun!

Assalamualaikum...
Haluuu... NuNa baru balik dari Sabah!
Perjalanan di tempat sejuk ~ Kundasang & Ranau!

Kalau travel nih, risau ke Si Faris tuh....Anak NuNa, Faris ~ lemah sistem imun!

Kena air hujan setitik pun demam selsema! Musim hujan jerk, hidung berair...mudah sangat berjangkit selsema dari orang lain...

Nak travel macam ni, NuNa kena standby tisu & towel kecik untuk kegunaan masa Faris selsema...cuaca sejuk kan....

Jadi, masa tengah packing vitamin NuNa & Mama, Faris tanya... 'Ibu bawak Vitamin C Faris dak?'
Ingat ja dia dengan vitamin imun dia...mesti la ibu bawak kan...hidung kamu tu 'koman'! Sikit sikit nak selsema!

Alhamdulillah percutian kali ni Faris tak kena demam selsema!

Dengan cuaca sejuk + hujan, sistem imun Faris berfungsi dengan baik sekali!

Lagipun, dalam tempoh 2 minggu sebelum ke Sabah, Faris dalam tempoh 'berpantang' sebab berkhatan.

Dalam tempoh berpantang tu, NuNa pastikan Faris ambil Vitamin C 3bj sehari + Omega 1bj sehari + Mealshakes 1sudu besar sehari! >> setiap hari sepanjang 2 minggu!

Biasanya Omega & Mealshakes selang-selang...tapi nak pastikan Faris cepat sembuh & dapat nutrisi lengkap dalam tempoh 'berpantang', NuNa bagi setiap hari. 

Yang paling best, sistem imun berfungsi dengan baik! Mungkin bekalan Omega-3 sebagai agen pemanas dalam badan cukup...
Takdak selsema, takdak hidung berair walaupun cuaca sejuk! Alhamdulillah...
Kundasang, Sabah
Selsema tu memang perkara biasa...tapi Faris kalau selsema, berminggu-minggu tak kering...susah nak kering hidung tu...sebab tu rimas kalau dia selsema! Lambat sembuh...

At least, pengambilan vitamin/suplemen nih, dapat membantu mempercepatkan penyembuhan sakit demam Faris. Taklaa melarat sangat kalau demam selsema pun...

Tak salah memberi yang terbaik kepada anak-anak...

Istimewa untuk mereka yang istimewa...

Perlukan bantuan? Saya sudi membantu, jangan malu & segan...
Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343
FB NuNa: Nurul Nadia Hazizan
FB Page: Your Healthy Steps

Sunday, November 23, 2014

Omega Guard : First Aid Di Rumah

Assalamualaikum...

Hari ini hari testimonial ya... Omega Guard sebagai 'first aid' di rumah!

NuNa nak share testimonial kanak-kanak yang mendapat manfaat kesihatan daripada Omega Guard dengan izin Allah SWT...

Sebelum ni NuNa ada share testimonial kanak-kanak Omega Guard yang memberi manfaat dari segi perkembangan minda & daya fokus anak-anak...

Kali ni lebih kepada yang melibatkan kesihatan paru-paru iaitu asthma, selsema, batuk, bronchitis...

Jom layan testimonial dulu...kemudian NuNa explain sikit okeyh...














Layak tak Omega Guard digelar sebagai first aid anda sekeluarga???

Omega Guard ni sebenarnya sebagai agen pemanas...sebab tu sesuai sangat untuk mereka yang alami masalah kesihatan selsema, demam, batuk, asthma & seumpamanya...ia membantu memanaskan di dalam badan, paru-paru...amat diperlukan oleh mereka yang asthma terutamanya dalam cuaca sejuk!

Secara umumnya, Omega-3 ni membantu meningkatkan kesihatan paru-paru & jantung!

Kalau anak anda masih bayi (kurang 1 tahun) & mengalami masalah-masalah ini, anda boleh amalkan agar bayi anda dapat bekalan serta manfaat Omega-3 daripada susu badan.

Kerana apa? Kerana..... Omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh tubuh & perlu diperoleh daripada sumber makanan tambahan!

1 botol ~ 90 biji ~ untuk anak anda, tahan berbulan lamanya...

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Sunday, November 16, 2014

Omega Guard: Sakit Itu Ini

Hah...dah kenapa 'sakit itu ini' ?? 
Sebab banyak sangat...taktau nak letak tajuk sakit apa...

NuNa selalu sangat diduga dengan masalah kesihatan sendi, saraf...taktau la pseipa...
Tapi kita kena bersyukur, sebab ujian itu menunjukkan Allah sayangkan kita...
Dan kita kena usaha, doa, sabar & tawakal untuk atasi segala ujian & dugaan...Allah menguji dengan ujian yang mampu dipikul oleh hamba-Nya...

Sakit tengkok, sakit bahu, sakit belakang kepala...dah seropa kena darah tinggi cheq rasa! Eewah..macam biasa kena darah tinggi kannn...tapi gitulah lebih kurang simptomnya...

Pastu ibu jari tangan kanan pun sakit...tak beropa nak buleh melentik dah...nak guna untuk tekan ka, picit ka...pun tak buleh...

Bila dua tiga perkara jadi serentak, mula laa susah hati...dok pikiaq sakit apa...mula laa baru terasa nak buat medical check up...dan dan jaa rasa diri tua kerepot dah...

Tambah-tambah pulak, dekat-dekat nak raya haji time tuh...dengan musim daging korban, ketupat pulut lagi...rugi la kalau tak boleh makan kan...

Memandangkan NuNa ni kan lebih kurang 'doktor'..bak kata Mama laa...heheh...kaji la segala suplemen yang dok makan...check balik kot ada yang kurang, yang tak cukup, yang perlu tapi tak ambik...survey yang berkaitan sendi, saraf...

Dalam tempoh tu, NuNa ada baca status mentor NuNa, Kak Norita kat facebook tentang cara dia makan Omega.

Pertama:-
" Selagi kita berkira untuk sesuatu itu maka selagi itu kita belum jumpa titik keperluan sebenar yang kita mahukan.

Orang tanya mengapa makan Omega 3 biji 2 kali sehari? Saya jawab sebab saya perlukannya dan saya dapat rasakan perbezaan yang ketara.


Harga? 

Mahal = bila beli dan makan saat kita sihat. 
Murah = bila perlu ketika sakit.
Percuma = bila kita jadi ahli dan mula berkongsi kebaikan produk, duit bonus boleh beli makan vitamin Shaklee ! "

Kedua:-

" Saya makan Omega 3 biji untuk 2 kali sehari selama berbulan2 sehingga saya sedar saya boleh pakai baju nikah adik saya 13 tahun dahulu....Kita tak boleh kurus dalam sebulan "

NuNa rasa ada lagi satu status Kak Norita berkaitan 'makan Omega 6 biji sehari'...tapi tak jumpa...its ok...NuNa ambil Omega Guard & Ostematrix...mmm...


Omega Guard NuNa tak amalkan secara konsisten...walaupun ambil setiap hari tapi tak lebih dari 3 biji...kadang-kadang 1biji, kadang-kadang 2biji...sebab tak nampak beza lagi bila ambil kurang & ambil lebih...


Ostematrix memang Nuna amalkan konsisten sejak memberi kesan yang baik kepada masalah sakit tumit yang dialami...dah tak sakit sekarang tapi konsisten amalkan 4biji sehari sebab membantu pelawasan & sebab nak jaga kesihatan tulang, taknak kena tarik mengkarung dah, taknak kebas-kebas...


Sejak dari tu, NuNa konsisten makan Omega 3 biji sehari + cita-cita nak amalkan 6biji sehari macam Kak Norita!


Nawaitu asal nak tambah jumlah pengambilan Omega sebab nak kurus!


Tapi selepas konsisten Omega 3biji sehari sebelum Aidiladha 2014 yang lepas, sakit tengkuk, sakit belakang, sakit ibu jari tangan semua dah hilang...lepas raya baru perasan....tu pun sebab pegang tengkuk sambil terfikir...

"Aku ni makan daging banyak nih...makin teruk sakit tengkuk & bahu ni, teruk aku...kena buat check up macam ni...mau ada darah tinggi betul-betul, naya! Baru 31 tahun kot...."

Tiba-tiba baru perasan...semua sakit tu dah tak dak! Test lentikkan jari, picit-picit, pusing kepala, tengkuk, angkat bahu...semua ok! Alhamdulillah...Allah perkenankan usaha hamba-Nya...


Terus bagitau Mama...Mama kata, dah lega baru bagitau...masa sakit, sepatah pun tak habaq...heheh...


Ada apa dengan Omega ???

~ Sebab Omega-3 adalah agen anti-inflamasi / anti-inflammation / anti-radang.
~ Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Jadi Omega-3 mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Sekaligus mencegah arthitis serta memelihara fungsi-fungsi sendi & gout secara efektif!
~ Omega-3 diperlukan oleh badan tetapi tak boleh dihasilkan oleh badan! Bila kurang, masalah la kan?

Sekarang?

Sakit-sakit sendi tu dah takdak...sekarang cuba amalkan 6 biji sehari...

Nak tahu sebab apa? Bukan untuk kurus, tapi untuk resdung...NuNa masih dalam peringkat percubaan & kajian...cheewah....test kat diri sendiri dulu...nanti kita share lagi yaa...


"Gila kau test Omega...mahal kot..."


Mahal mahal pun, kesihatan NuNa kan...bukan kesihatan orang lain...pelaburan untuk diri sendiri...tapi saya nak bantu mereka yang nakkan kesihatan, nakkan perubahan...


If you think Wellness is Expensive, then try Illness...


Istimewa untuk mereka yang istimewa



Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tuesday, November 11, 2014

Set Sendi: Sendi Berkeriuk

Waahh...tajuk... ♪ ♫ Sendi Berkeriuk ♫ ♪

Bukan promosi mee segera dengan keriuk keriuk asli yaaa...kehkehkeh...

Betul ke tidak ntah istilah 'keriuk' tu untuk menerangkan maksud bahawasanya sendi-sendi berbunyi ♪ ♫ ♪ terutamanya lutut tatkala kita membengkokkan kaki...

ewah ewah bahasa NuNa...bahawasanya....tatkala...rasa macam ahli sastera pulak... ☺

okeyh...pernah tak sendi kamu kamu berkeriuk camtu? prup prap kat lutut time sujud ke, membengkokkan kaki ke...haaa....NuNa memang ada ♪ ♫ ♪ tu...macam orang tua-tua plak...orang tua-tua pun tak semua bunyi camtu...kihkihkih...


NuNa jumpa nih ↓

Alkisahnya...hari ni terjumpa poster tentang simptom sendi tak sihat....

Amboih...point terakhir tuh...yang tu la maksud NuNa...berkeriut ke berkeriuk ntah...yang pastinya bunyi-bunyian ♪ ♫ tu lah...prup...bukan perlahan tau bunyi tuh...tapi tak la kuat sangat...tapi kalau duduk sebilik, setakat dalam surau tu, boleh dengar laa 'prup'...kang sujud lagi, bunyik lagik...

Kamu kamu, nak tau tak....secara seriusnya, dah lama pun lutut NuNa berkeriuk tu...ishhh...memang lama laa...tak tau plak tu tanda masalah sendi tak sihat...

Lepas baca poster tu tadi, dan dan jerk test lutut...dah tak bunyik laaa...baru perasan...hahaha...baru perasan lutut NuNa dah tak bunyik...sihat dah lutut kite...yeay yeay... #shakleeeffect

NuNa suka sangat sebab sembuh tanpa sedar! Yes, sembuh tanpa sedar...ye laa...amalkan suplemen bukan untuk tujuan lutut pun...lagipun taktau pun itu salah satu tanda sendi tak sihat...

Apa suplemen yang memberikan kesan tanpa sedar nih???
Hah...kebetulan pulak dok study Set Kesihatan Sendi.... yang nih ↓

NuNa & family memang amalkan Omega Guard & Ostematrix !!

Sebab Omega Guard & Ostematrix sebahagian dari Set Kesihatan Wanita...satu lagi GLA Complex yerk...

Omega Guard & Ostematrix memang bagus untuk kesihatan sendi, otot, saraf & rawan...

♥ Omega Guard → memelihara fungsi-fungsi sendi; Asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan; mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan; mencegah arthritis & gout dengan efektif!

♥ Ostematrix → menguatkan tulang, menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf, eczema, rickets, memperbaiki kekejangan & kebas-kebas, sakit sendi & arthritis

Hah...tengok...segalanya untuk tulang, sendi, saraf & rawan! 

Patutlah lutut NuNa tak berkeriuk lagi...kekejangan kat betis pun dah lama tak jadi time tidur...

Bila dok cerita-cerita nih...teringat plak kisah sendi kat bahu Faris...'bahu longgar' katanya...bila pegang tangan dia semasa jalan, mesti rasa macam sendi kat bahu tu merenggang...balik check dulu lah,...nanti NuNa update...sebab si Faris pun pengamal Omega Guard!

Fakta penting 
Kajian sains menunjukkan bahawa peningkatan masalah Diabetes, Hypertensi, Kolestrol Tinggi, Penuaan dan Kanser adalah kerana ketidakseimbangan pengambilan asid lemak Omega-3 dan Omega-6 
 FAKTA LAGIK PENTING!!! >> OMEGA-3 adalah asid lemak yang diperlukan tapi TAK BOLEH DIHASILKAN oleh badan!

Kamu, nak try tak?
Andai anda @ ibu bapa anda @ ahli keluarga tersayang mengalami masalah kesihatan sendi, tulang, saraf, cubalah Omega Guard secara konsisten...anda akan dapat hasilnya!

Istimewa untuk mereka yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Sunday, November 9, 2014

Omega Guard : Anti Radang

OMEGA GUARD berfungsi sebagai ANTI INFLAMMATION / ANTI RADANG

Masalah kesihatan apakah yang dikatakan keradangan??
Keradangan biasanya melibatkan masalah kesihatan bahagian sendi (radang sendi), sakit gout, rhemotoid iaitu keadaan yang mengakibatkan badan @ organ kita mengalami BENGKAK.

Pengambilan Asid Lemak Omega-3 membantu mengurangkan / meredakan radang / bengkak berpanjangan.

Anti inflammation / anti radang = mencegah bengkak

Omega Guard membantu melancarkan perjalanan darah di dalam badan & disebabkan itu ia membantu mencegah masalah di bahagian sendi & saraf, mengelakkan ia terganggu, sekaligus mencegah bengkak.


Pengambilan Omega Guard secara konsisten amat membantu dalam kes bengkak @ radang ini.

NuNa pernah kongsikan pengalaman Mama NuNa amalkan Omega Guard & Ostematrix untuk mengelakkan keradangan berlaku pada bahagian kaki Mama akibat jatuh longkang. 

Masalah sakit lutut akibat kejadian tersebut juga dapat diatasi sebaiknya sehingga hari ini...Alhamdulillah...

Andai anda @ ibu bapa anda @ ahli keluarga tersayang mengalami masalah pembengkakan, cubalah Omega Guard secara konsisten...anda akan dapat hasilnya!

Istimewa untuk mereka yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Thursday, November 6, 2014

Omega Guard: Nak makan lebih

Cerita Omega Guard lagi...produk baik, mesti menjadi bualan ramai kan...

Harini, NuNa nak kongsikan tentang 2 orang pengguna Omega Guard yang menghadapi masalah yang sama & request benda yang sama kat NuNa...mereka bukan kenalan di sekeliling saya...mereka memang seorang pelanggan Shaklee dari jauh...

===========================================================================
2 pengguna Omega Guard dengan 1 kisah yang sama...

Masalah: Tekanan Darah Tinggi & Risiko Kesihatan Jantung

Alasan nak ambil suplemen: Dah lama makan ubat-ubatan hospital, tapi tiada kesan positif terhadap kesihatan melainkan untuk melegakan rasa sakit & menahan keadaan kesihatan sediada daripada menjadi lebih buruk. Keadaan badan sama & tak rasa lebih sihat.

Suplemen yang NuNa cadangkan: Omega Guard (ambil 1 jenis sahaja sebab nak bajet)

Maklumbalas: Belum habis 1 botol; belum sampai 1 bulan

Pengguna: Boleh tak saya nak makan Omega ni lebih? (lebih dr yang saya cadangkan & lebih dari saranan seperti di botol suplemen)

NuNa: Boleh saya tahu kenapa?

Pengguna: Bila saya makan suplemen ni, tekanan darah saya makin menurun dan badan rasa lebih sihat dari sebelum ni. Jadi saya nak tambah kuantiti Omega...manatau kesan lebih cepat & lebih baik dari sekarang.

NuNa: Kalau saya, saya sarankan maintain ja pengambilan tu sebab dah ada peningkatan kepada tahap kesihatan. Tapi kalau nak ambil lebih pun boleh, asalkan jaga kuantiti air yang diambil. Biar air cukup.
(NuNa sarankan kuantiti 'lebih' setakat yang NuNa amalkan & mengikut jadual makan NuNa)
===========================================================================

Sanggup ambil lebih dari kuantiti yang disarankan untuk kesihatan yang lebih berkualiti.

Betapa mahal nilai kesihatan...

Jagalah kesihatan semasa muda supaya anda dapat menghargainya semasa tua...

Atau anda memilih untuk membuat pelaburan terhadap kesihatan bila menjelang tua, bila dah ada banyak masalah kesihatan?

NuNa kongsi kisah ini untuk dinilai oleh pembaca di sini...

Nilai sebuah kesihatan...sanggup membuat pelaburan agar kesihatan itu kembali...

If you think Wellness is Expensive...then try Illness...

Istimewa untuk mereka yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Wednesday, November 5, 2014

Omega Guard: Kesihatan Kulit

Tahukah kawan-kawan yang OMEGA GUARD bagus untuk KESIHATAN KULIT kita ?


Tahukah anda bahawa OMEGA GUARD membantu dalam mengurangkan simptom ECZEMA & ALAHAN KULIT ???
Eczema memang tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, tapi Omega 3 membantu mengurangkan simptom eczema & mengawal keradangan agar tidak menjadi semakin serius.

Tahukah anda bahawa OMEGA GUARD membantu dalam mengurangkan KERENGSAAN KULIT ???
Lemak Omega 3 membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat keradangan jerawat ataupun masalah psioriasis.

Tahukah anda bahawa OMEGA GUARD membantu dalam memperbaiki KULIT KERING ???
Kandungan EPA boleh mengawalatur kandungan minyak di dalam struktur kulit.

Tahukah anda bahawa OMEGA GUARD membantu dalam memperbaiki KULIT BERKEDUT ???
Kandungan EPA membantu dalam mengekalkan keremajaan kulit, memperbaiki wajah berkedut akibat terdedah kepada sinar UV setiap hari.

Tahukah anda bahawa OMEGA GUARD membantu dalam mengurangkan risiko MASALAH JERAWAT ???
Kajian mendapati bahawa mereka yang makan lebih minyak ikan dalam diet harian tidak mengalami masalah jerawat yang serius. Malah golongan remaja yang melalui proses akil baligh juga tidak mengalami masalah jerawat yang serius seperti lazimnya.

OMEGA GUARD membantu dalam pembentukan kolagen, melicinkan struktur kulit, menampakkan kemerah-merahan (pinkish-pinkish gittew...) & mengatasi masalah sensitif kepada cahaya. 




Peredaran darah yang sempurna akan menghasilkan penampakan yang sempurna terhadap kulit!

Jom la kita jaga kesihatan kulit dengan OMEGA GUARD sebab bukan jerk untuk kulit, tapi pada masa yang sama OMEGA GUARD ni untuk kesihatan jantung, paru-paru, tekanan darah tinggi, kolestrol, asthma & tingkatkan sistem imun kita!


Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, November 3, 2014

Omega Guard: Mereka Si Manja Sihat & Bijak

Yaa...mereka Si Manja yang sihat & bijak!

Kali ni, bukan kisah Si Manja saya dengan kekasihnya, Meal Shakes & kekasih gelapnya, Omega Guard lagi...

Kalau asyik cerita tentang Si Manja NuNa ja, bosan plak kan...

Yang belum khatam testimonial Si Manja saya, klik sini >> Set Kesihatan Anak Bijak Untuk Faris

Kali ini nak share 3 kisah Si Manja yang lain plak bersama kekasih-kekasih mereka!

NuNa nak share testimonial Si Manja yang mendapat manfaat Omega Guard !!!

Kisah mereka hampir sama...manfaat yang mereka dapat juga hampir sama...

Makanya, boleh dikategorikan Omega Guard ni memang berkesan untuk perkembangan minda & daya ingatan kanak-kanak!

Jom scroll down untuk tengok & hayati kisah tiga orang Si Manja...





Nanti NuNa kongsi lagi beberapa testimonial Omega Guard untuk perkembangan minda Si Manja okey..

Manfaat Omega Guard Untuk Semua
NuNa berbesar hati nak membantu meningkatkan kesihatan & perkembangan minda semua Si Manja...sebab anak-anak ni anugerah terbesar & tak ternilai buat kita...

Tak salah berusaha untuk memberi kesihatan yang baik buat mereka...demi masa depan mereka yang cemerlang!

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343