Showing posts with label GLA COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label GLA COMPLEX. Show all posts

Thursday, August 11, 2016

DEMAM: ATASI DENGAN GLA COMPLEX

Ni cerita Mentor saya :-

Kalau rasa badan lemah dan ada tanda nak demam, saya akan standby GLA Complex siap-siap. Baru ni masa raya, suami bagi tahu badan dia dah mula panas nak demam... So saya terus ambilkan air dan bagi 2 biji GLA Complex Shaklee.

Alhamdulillah malam tu tak jadi demam dengan izin Allah.

Mengapa saya berikan GLA? >> Kerana GLA menstabilkan prostagladin dalam tubuh.

Apa pula prostaglandin?
>> Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ia penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Tahu tak yang Omega-6 bagus untuk mereka yang ada masalah kulit??

Bestkan GLA Complex? Dah dapatkan sebotol? Jika belum boleh order dari saya :

SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Wednesday, August 10, 2016

KEPUTIHAN: ALFALFA COMPLEX atau GLA COMPLEX

Gagal merawat Keputihan dengan Alfalfa Complex !!!

Seorang pengguna berikan pengalaman beliau mengatasi masalah keputihan yang teruk...
>> Minum air masak - mencukupi
>> Makan Alfalfa dah cuba
>> Guna pencuci dah juga

Namun kesannya menghampakan...gagal atasi masalah keputihan!

TAPI...selepas beliau mencuba amalan pengambilan GLA COMPLEX 2 biji sehari, Alhamdulillah tiada lagi keputihan dan tak perlu lagi pantyliners seperti sebelum ini!

Alhamdulillah seronok dengar!


Mengapa GLA Complex? 

>> Ia menstabilkan hormon dalam badan kita. Sebab itu wanita perlu ambil terutama mereka yang melalui pre monopause atau yang dah monopause supaya hormon kita stabil.

Ada adik beradik, kakak, adik atau kawan yang mengalami keputihan boleh cuba GLA Complex Shaklee!

Tidak semua pengguna gagal dengan Alfalfa Complex. Ia bergantung kepada hormon setiap individu. Yang penting, tidak putus asa untuk mencuba!

Boleh hubungi kami untuk pesanan atau consultation 

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, January 5, 2015

Tips Untuk Kulit Berjerawat

Okeyh, NuNa nak share tips untuk kulit berjerawat dengan kamu semua...

NuNa pun jenis kulit berjerawat jugak nih...dari zaman sekolah lagik...

Jerawat tak tinggal parut, NuNa tak kisah sangat...ni masalahnya tinggalkan parut...sedih sungguh!

Ni tips pemakanan menentang jerawat!

Selain tu, NuNa nak share apa yang NuNa amalkan agar jerawat kat muka NuNa nih tak meriah sangat dengan jerawat dalam satu-satu masa....nak hilangkan terus tu mungkin ambik masa kan...setiap perkara tu mesti berlaku step by step...bergantung pada usaha kita jugak kan...kemudian, nak pastikan yang parut jerawat ni tak terang sangat & cepat pudar....ahah! Ini yang paling penting bagi NuNa...parut!

Pertama yang NuNa amalkan adalah GLA COMPLEX iaitu untuk stabilkan hormon badan NuNa...
Setiap hari usia bertambah, hormon pasti berubah...dah la selalu berubah, hormon yang sediada pun bukan stabil! Period pun suka-suka hati ja bila nak datang...so, kena sabar...stabilkan hormon dulu...GLA COMPLEX juga membantu memperbaiki struktur kulit kerana mengandungi Vitamin E & Omega-6. Omega-6 diperlukan oleh mereka yang mengalami keradangan kulit & jerawat kronik.

Pada masa yang sama, NuNa amalkan ALFALFA COMPLEX untuk detoks toksin dalam badan yang mana toksin ni salah satu punca jerawat! Tujuan detoks jugak untuk pastikan segala makanan kesihatan & vitamin yang dimakan dapat diserap dengan baik oleh badan. Toksin banyak dalam badan nih punca banyak penyakit! Toksin juga boleh menyebabkan ubat-ubat & vitamin yang kita makan tak diserap....itulah yang kita panggil 'makan jadi taik'...

Pastu NuNa tambahkan ZINC COMPLEX & B-COMPLEX....hajat dihati nak tambah Vitamin C...tapi masa tu Vitamin C tak ada stok setahun! Maknanya NuNa amalkan Vitamin C selepas setahun NuNa berusaha dengan vitamin-vitamin lain...Alhamdulillah, kesannya dapat dilihat...

ZINC COMPLEX membantu mempercepatkan pemulihan luka. Jerawat muka NuNa campur-campur...yang jenis jerawat batu ada, tapi jarang-jarang...yang sedang-sedang & bernanah tu biasa laa...yang kecik-kecik tu kadang-kadang jerk...dengan ZINC COMPLEX nih, luka-luka cepat pulih...lagi satu, Zinc nih agen anti-bakteria & membantu memperbaiki radang kulit seperti jerawat...so, elok sangat untuk mereka yang berjerawat & terutamanya ada nanah...

TIPS: Kalau jerawat tengah naik, tengah meriah, ambik Zinc Complex sahaja, tinggalkan semua vitamin lain...jerawat akan cepat reda & pulih!

B-COMPLEX pula membantu dalam pembentukan kolagen, mencegah kulit kusam & anti-stress! NuNa kalau stress, cepat jaa jerawat nak keluar...stress jugak cepatkan penuaan yeee...jadi amalkan Vitamin B untuk energy, elak stress, serikan wajah, kulit licin & bersinar!

Kemudian, bila jerawat-jerawat dah beransur kering, dah reda, NuNa tambahkan VITAMIN E with SELENIUM di mana manfaatnya membantu mengatasi kulit berminyak, mengurangkan parut jerawat, mengaburkan & mengecilkan liang pori-pori wajah yang terbuka luas, awet muda...

Lepas tu NuNa try ESP ~ Energizing Soy Protein...try untuk energy & diet kononnya...tapi manfaat ESP sebenarnya banyak untuk kulit kerana ia membantu dalam proses pembentukan & pertukaran sel kulit muka setiap 21 hari! Amat membantu memperbaiki struktur kulit sekaligus membantu memperbaiki parut! Kulit juga rasa lebih lembut, tegang & cantik! Sesuai untuk mereka yang parut berlubang-lubang!

TAHUKAH ANDA?
~ Sel kulit muka diperbaharui setiap 21 hari & jaminan kecerahan oleh produk dapat dilihat selepas 21 hari!
~ Sel kulit badan diperbaharui setiap 90-120 hari & jaminan kecerahan oleh produk dapat dilihat selepas tempoh itu...

VITAMIN C membantu untuk membina kolagen, membantu mengecutkan jerawat, mempercepatkan proses pemulihan luka, mencerahkan kulit, menghalang pembentukan pigmentasi / jeragat, kulit halus & bersinar. Vitamin C ni kalau tak cerita pun, semua orang tahu manfaatnya...semua untuk cantik! Tahu tak Vitamin C bagus untuk jantung bertenaga? Vitamin C untuk Alahan? Vitamin C untuk demam kuning @ Jaundis?

INFO & TIPS:  VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC COMPLEX membantu dalam pembentukan kolagen & protein untuk pertumbuhan & perkembangan kulit, kuku, rambut & organ.

VITAMIN A membantu untuk mengatasi keradangan kulit / penyakit kulit, mencegah liang roma tersumbat, mencegah jerawat. Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan kekeringan kulit serta terjadinya whitehead & blackhead.

TIPS: Gabungan VITAMIN A + VITAMIN C + VITAMIN E menghasilkan agen anti-oksida yang kuat & amat membantu untuk mereka yang mempunyai jerawat batu & kronik. Tambahan GLA COMPLEX untuk memperbaiki hormon badan.



Secara luaran plak, NuNa guna Set Enfuselle untuk Kulit Normal - Berminyak...pencuci muka, toner & pelembap...kulit tak berminyak...tak kering...NuNa jenis kalau pakai apa-apa kat muka, taknak bagi nampak...nipis-nipis macam tak pakai apa tu ok laa...kalau nampak putih semacam, tebal semacam, rimas plak rasa...bedak plak loose powder biasa jaa...

TIPS: Kulit berminyak & berjerawat tak sesuai guna compact powder yaa...seeloknya loose powder...loose powder membantu penyerapan minyak...kalau compact powder, semakin lama, muka kita akan nampak bercapuk, bertompok-tompok, tak rata sebab berminyak...

Kalau sebelum ni, kita sekadar tempek tebal-tebal untuk kaburkan jerawat pada pandangan mata orang, apakata kali ni kita berubah untuk memperbaiki masalah tu dari dalam...dan pasti ia akan berubah! Kalau sekadar tempek-tempek, perubahan tu sementara jaa...pelaburan yang tak berbaloi kan?

Jom cuba hari ini! Step by step...insya Allah...kalian akan dapat rasai perubahannya!

Istimewa untuk mereka yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Sunday, October 26, 2014

Awet Muda

Syukur Alhamdulillah...walaupun dah cecah 30-an...tapi masih awet muda! Memang keturunan keluarga kot....

Tapi, walaupun kategori keturunan, NuNa perhatikan ada ja saudara NuNa yang tak awet muda...nampak berusia...

Haa...semua tu sebab selalu stress...masalah kesihatan...hidup terlalu serius mungkin...genetik mungkin...hehehe...

======================================================================
Jalan-jalan sambil shopping kerepek, koropok di Padang Besar, Jumaat lepas...

Jurujual :: Nah, bagi biskut kat adik...petang-petang ni, sayo bagi free jaa lah sepeket ni...kesian kat dio... (siam + kelantan kot)
NuNa :: Terima kasih kak... (selalu panggil orang 'kak', perasan muda sungguh!)
Jurujual :: Samo laa muko kakak dan adik nih...
NuNa :: Ya ka kak? Selalu orang kata dia ikut muka Abah...
Jurujual :: Anak ko?
NuNa :: A'ah, anak... (senyum meleret dah nih!)
Jurujual :: Laaa...ingatkan adik...tengok muda macam tak kawin lagi jah...

Angkat kening kat En Suami...dapat tumbukan sedas kat lenganku yang sihat nih!
======================================================================

Terima kasih lah duniaa...sebab selalu memandangku sentiasa muda... eewahhh!

Syukur Alhamdulillah...
Kalau kita amalkan pemakanan kesihatan untuk sihat, kita akan sihat! 
Sihat itu akan terserlah di wajah kita...

Dalam banyak-banyak suplemen, mungkin B-COMPLEX , VITAMIN C , VITALEA , VITAMIN E , ESP , OMEGA , GLA & sekali sekala COLLAGEN POWDER SHAKLEE yang banyak membantu kesihatan badan yang juga memberi manfaat kulit & awet muda... Alhamdulillah...

Nak ka kelihatan berusia sebelum masanya?

Badan sihat, kulit sihat, minda sihat! 


Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Thursday, August 28, 2014

GLA COMPLEX: Haid Tak Teratur

GLA COMPLEX lagik!

Suplemen serbaguna untuk wanita...walaupun begitu, juga sesuai untuk kaum adam....

Kedua-dua sahabat NuNa ni mengalami haid tak teratur...dan masing-masing juga ingin merancang kehamilan...tapi belum ada rezki sampai hari ni...insya Allah, perancangan Allah itu Maha Hebat kerana Dia adalah sebaik-baik Perancang... berusaha, berdoa & bertawakkal...

Alhamdulillah, GLA COMPLEX dapat membantu kedua-dua sahabat NuNa ini mendapat kitaran haid yang teratur...kesannya dalam tempoh beberapa hari sahaja... #shakleeeffect



#shakleeeffect Testimonial GLA COMPLEX NuNa Di Sini...
#shakleeeffect Testimonial GLA COMPLEX Mama NuNa Di Sini...


Dalam usaha & doa, perlulah istiqomah yaa...jangan berusaha separuh jalan...

NuNa pun sentiasa berusaha, semoga Allah perkenankan usaha NuNa untuk mendapat zuriat lagi...
Manfaat lain GLA COMPLEX
GLA COMPLEX Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa

Jom dapatkan suplemen kesihatan anda...
PM / SMS / WhatsApp 013-4309343 (Nadia)
FB NuNa : Nurul Nadia Hazizan
FB Page : Your Healthy Steps


#shakleeeffectoog bersama blog Kak Norita yang hebat >>  http://www.anakkuwiraku.com/2014/08/shaklee-effect-omega-guard-shaklee.html

Wednesday, August 27, 2014

GLA COMPLEX Kegemaran Kami

GLA COMPLEX adalah salah satu suplemen/vitamin utama NuNa dan Mama...

GLA COMPLEX untuk atasi masalah hormon NuNa dan Mama...

GLA COMPLEX telah membantu Mama selesaikan masalah menopous...masalah menopos apa? Masalah chipsmore! Sekejap ada...sekejap tak ada...Ye laa...dah 50-an kan...mungkin itu tanda-tandanya...kadang-kadang, stop 2-3 bulan, lepas tu datang balik...kadang-kadang sebulan dua kali!

GLA COMPLEX pilihan NuNa untuk bantu Mama...lepas makan dalam seminggu, haid datang semula untuk beberapa bulan, awal-awal macam period normal...makin lama makin sikit, makin gelap & sekarang dah beberapa bulan haid dah berhenti...

GLA COMPLEX membantu untuk mencuci bendasing di dalam kawasan rahim. Jadi, GLA COMPLEX membantu mencuci baki-baki darah haid / darah kotor / ketulan bendasing yang berada dalam rahim sebelum ia berhenti sepenuhnya. Keadaan ini sekaligus membantu mengurangkan risiko kanser & ketumbuhan dalam rahim.

GLA COMPLEX juga banyak membantu Mama dalam mengurangkan kesan PMS seperti pembengkakan payudara. Mama mengamalkan set lengkap Women's Health Set yang merangkumi GLA COMPLEX, OMEGA GUARD & OSTEMATRIX.

Testimonial OMEGA GUARD & OSTEMATRIX untuk Mama Di Sini.


GLA COMPLEX telah membantu NuNa dalam mengatur kitaran haid yang selama ni tak normal...sebelum ni 2 bulan sekali, 3 bulan sekali, 6 bulan sekali...memang tak menentu... NuNa memang tak normal!

GLA COMPLEX telah membantu betulkan hormon NuNa...buat pertama kali makan GLA, selepas beberapa hari terus haid...dan NuNa terus amalkan sebab kalau tak amalkan pun, NuNa kena ambil ubat di klinik...lebih baik amalkan suplemen berbanding ubat. Dan setiap bulan, Alhamdulillah, teratur setiap 32 hari...that's my period cycle...

GLA COMPLEX juga telah membantu kurangkan masalah hormon lain seperti jerawat kat muka. Alhamdulillah dah tak seteruk dulu. Mungkin sebab period dah elok, rahim dicuci & darah kotor dikeluarkan elok, jadi perlahan-lahan peredaran darah dalam badan bertambah baik sekaligus mengatasi masalah jerawat & kulit muka. Proses 'cuci darah' ni juga turut dibantu oleh Alfalfa Complex iaitu untuk detox toksin daripada keseluruhan badan NuNa.

GLA COMPLEX adalah vitamin kegemaran NuNa & Mama sebab ia banyak membantu baikpulih kesihatan dalaman kami. #shakleeeffect
Bagi yang mengalami masalah hormon, haid tak teratur, masalah menopos, cubalah GLA COMPLEX nih... insya Allah, ia akan membantu anda...

GLA COMPLEX Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa

PM / SMS / WhatsApp 013-4309343
FB Page : Your Healthy Steps

#shakleeeffectoog bersama blog Kak Norita yang hebat >>  http://www.anakkuwiraku.com/2014/08/shaklee-effect-omega-guard-shaklee.html

Tuesday, February 25, 2014

Set Diabetes / Kencing Manis / Sugar Control Set

~Sugar Control Set~ Suggest by SHAKLEE

"Membantu mengawal ketidakseimbangan glukosa dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh"


Penyakit kencing manis semakin menular di kalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis membawa kepada:
~ Penyakit jantung
~ Penyakit buah pinggang
~ Luka lambat sembuh
~ Hilang fungsi saraf

Set Sugar Control Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pengidap kencing manis.

Kebaikan:-
  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah.
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan.
  • Membantu menyembuhkan luka.

ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

VITA-LEA IRON FORMULA

GLA COMPLEX

ALFALFA COMPLEX

SUSTAINED RELEASED VITA-C

ZINC COMPLEX

Waaa…banyaknya suplemen nak rawat kencing manis…eh eh eh…bukan rawat sayang…ini vitamin @ suplemen @ makanan tambahan untuk tingkatkan kesihatan pesakit sekaligus membantu badan mengatasi masalah kencing manis…bila nutrient dlm badan cukup, in syaa Allah segala masalah dapat diatasi dengan baik…


Ini cadangan vitamin yang berkaitan…tapi penggunaan adalah mengikut keperluan yaa…ada masalah, bgtau NuNa…nanti NuNa tolong cadangkan vitamin yang sesuai…free consultation…

Nak cuba? Jom berdiskusi dengan NuNa untuk dapatkan suplemen mengikut keperluan & bajet...
:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps


Wednesday, February 12, 2014

Testimonial Kulit Cantik & Sihat Part 2

Assalamualaikum....

Haluuu...NuNa nak share testimonial lagik...tentang kesihatan & kecantikan kulit lagik...lagik, lagik, lagik & lagik!!! Banyak sangat testimonial tentang kesihatan kulit ni tau... takkan nak simpan dalam pendrive ja kan...

Untuk Part 2 nih, NuNa share testimonial pengguna vitamin kesihatan & kecantikan kulit set asas iaitu Set D + 1@2 vitamin untuk kesihatan kulit yang lain. Ingat dak entry Set Kecantikan Kulit ? Dalam tu ada nyatakan vitamin-vitamin berkaitan untuk kesihatan kulit selain vitamin asas B,C & E...kan...bergantung kepada masalah kesihatan kulit masing-masing....boleh check dengan NuNa keperluan kamu yaa...

So, sebelum layan beberapa testimonial untuk Part 2 nih...kita review sikit entry lepas...tapi kamu review sendiri k...klik link kata bawah nih...hikhikhik

~ Vitamin-vitamin yang berkaitan untuk kesihatan & kecantikan kulit >> Set Kecantikan Kulit
~ Testimonial set asas - Set D (Vitamin B, Vitamin C & Vitamin E) >> Testimonial Kulit Cantik & Sihat Part 1

Jom layan testimonial kawan-kawan kita nih...


Set D + Alfalfa Complex

Set D + ESP

Set D + GLA Complex + Alfalfa Complex

Set D + GLA Complex + ESP

Set D + GLA Complex

Hmmmm....macam mana? cantikkan...Alhamdulillah...Tahniah buat kawan-kawan kita nih sebab berjaya menjaga anugerah Allah ini sebaik mungkin...

Kamu pun boleh lakukan & jadi seperti kawan-kawan kita nih...iyaa...kamu! Kamu yang tengah baca nih...hehehe... peace yooo!!!!

NuNa sediakan set mampu milik untuk kamu yaa...demi menambahbaik nilai kesihatan semua...NuNa sayang kamu... ;)

:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: SID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Thursday, January 16, 2014

Set Kesihatan Wanita / Women's Health Set

~Women's Health Set~ Suggest by SHAKLEE

"Wanita sihat, hidup ceria"


 Wanita terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dalam melalui pelbagai peringkat kehidupannya:-
  • Akil baligh
  • Pra-kehamilan
  • Kehamilan
  • Pra-menopause
  • Menopause
  • Selepas menopause

Oleh itu, Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupannya.

Kebaikan:-
  • Membantu melegakn simptom senggugut dan menopause
  • Menggalakkan kulit yang cantik
  • Menggalakkan tulang yang kuat
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Melegakan sakit-sakit sendi

GLA COMPLEX


OMEGA GUARD


OSTEMATRIX

Berminat nak cuba? Boleh contact NuNa k...
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page: Your Healthy Steps

Monday, January 13, 2014

Set Kecantikan Kulit

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada Set Kecantikan Kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dlm Set Kecantikan Kulit Shaklee??? Jom kita tengok...

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
~ Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
~ Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
~ Menjaga kelembapan kulit
~ Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
~ Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
~ Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
~ Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
~ Sebagai pelembap
~ Mencegah pigmentasi
~ Melambatkan tanda penuaan
~ Mengubati jerawat


Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan: 
~ Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus 
~ Mencegah penuaan 
~ Menjadikan kulit lebih kenyal 
~ Mencerahkan kulit 
~ Menjaga kulit dari sinaran UV 
~ Mengurangkan parut jerawat 
~ Menjadikan wajah bersinar dan bermaya 
~ Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan 
~ Menjadikan wajah lebih berseri 
~ Bertindak sebagai penjagaan dalaman suami & isteri

Haaa…itu kategori set asas…cukupkan nutrient kulit, bersihkan kulit, lembapkan kulit…lepas tu, kalau ada bajet lebih, boleh laa boost up kecantikan, kegebuan kulit dengan beberapa killer product utk kecantikan nih…

Antara produk lain yang bagus untuk kesihatan kulit adalah GLA Complex, ESP Soy Protein, Carotomax dan Collagen Powder

Antara kelebihan dan khasiat GLA Complex:
~ Menguatkan kuku dan rambut
~ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
~ Memperlahankan proses penuaan
~ Mencantikkan kulit

Antara kelebihan dan khasiat ESP:
~ Awet muda
~ Membaiki pigmentasi
~ Membaikpulih sel-sel kulit
~ Membantu menggantikan tisu yang rosak dengan yang baru

Antara kelebihan dan khasiat CarotoMax:
~ Antioksida
~ Menggalakan kesihatan kulit 
~ Meredakan penyakit kulit termasuk ulser kulit, scabies dan acne. 
~ Menjaga kecantikan mata yang merupakan antara tarikan penting selain kulit wajah. Mata yang sihat bersinar, tiada eyebag dan kesan hitam di bawah mata akan melengkapkan kecantikan wajah anda.

Antara kelebihan dan khasiat Collagen Shaklee:
~ Kulit lebih licin dan lembut
~ Kecerahan kulit lebih terserlah 
~ Perubahan positif pada kulit-kulit sensitif dan kasar
~ Complexion kulit lebih rata dan lebih glowing 
~ Jerawat dan parut semakin hilang
Rata-rata pengguna Shaklee Collagen Powder sangat teruja dengan kesan yang dapat dirasakan seawal 7 hari hingga 14 hari.


Nak cuba? Jom berdiskusi dengan NuNa untuk dapatkan suplemen mengikut keperluan & bajet...
:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: Your Healthy Steps

Friday, January 3, 2014

Set Senggugut / PMS Set

Senggugut? PMS? Apa sebenarnya senggugut tu yaa...macam mana berlaku...sebab apa berlaku...hmmm...dah baca entry sebelum ni? Kalau belum boleh la baca info tentang senggugut dulu --> Senggugut oh Sengggugut !!!

Kat sini NuNa nak cadangkan cara atasi senggugut secara semulajadi. Kalau boleh jangan amalkan pengambilan pil penahan sakit kerana kesan jangka panjangnya. Shaklee adalah dari bahan semulajadi. So, atasilah secara perlahan-lahan dengan supplement Shaklee... 

Produk terbaik yang disarankan adalah:-

GLA Complex
  • Pati semulajadi borage iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenok (sejenis asid lemak yang penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ia juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis

Ostematrix
  •  Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut
  • Sebelum haid bermula, paras bekalan kalsium akan menurun menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-symptom lain
  • Wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan magnesium

B-Complex
  • Vitamin B5 (asid panthothenik), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ia diperlukan oleh kalenjar adrenal
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita dan membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal
  • Vitamin B6 membantu meringankan symptom-symptom fizikal dan mental termasuk kembug perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah
  • Vitamin B12 membantu meringankan tekanan, menghindar anemia dan ia diperlukan untuk semua fungsi badan

hohohoho....so mcm mana...ini sebahagian suplemen yg bagus untuk senggugut...ada lagi beberapa suplemen, tp kalau banyak-banayak nanti, tak suka plak...ramai antara kita kan suka beralasan...hehehe...jangan marah ehh...

Baca tak info tentang senggugut kat link atas tu? Baca laa eh...untuk diri korang jgk...especially yang ada senggugut...sekurang-kurangnya, tau mcm mana nak atasi senggugut tu...klu tak hilang sepenuhnya pun, dapat kurangkan pun dh cukup baik... ingat ehh...apa yang penting...usaha! hehehe....kerjasama pun, ye jgk...

Berminat nak cuba vitamin Shaklee untuk masalah senggugut? Boleh contact NuNa k...
Pemilihan vitamin adalah bergantung kepada keperluan & bajet yerk...kita boleh bincang dulu...
:: HP 013-4309343
:: ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Wednesday, January 1, 2014

Aku Tak Normal Rupanya...

Haluuuu...
Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru 2014

Ok...1st entry dlm blog...Aku Tak Normal??? Apa yang tak normal yaa...

Dah la 1st entry, baru nak pekenal diri...dah tetiba tak normal plak...tapi nak cerita jgk!

Nama saya Nurul Nadia Hazizan...kawan2 sekolah panggil 'Nadia', kawan matrix & 'U' panggil 'Nad'...ahli keluarga ada panggil 'Nurul', ada juga panggil nama glamor 'Yun'. Kawan pejabat panggil 'Nadia', bos & bini bos panggil 'Nurul'....di sini kita guna 'NuNa'...boleh yerk...

Nanti kita berkenalan lagi...ni nak cerita pasal tak normal...

Memang dari awal baligh lg, period NuNa tak pernah teratoq...ni experienced ok...bukan sesaja nak cerita benda ntah apa apa...hehehe... memandangkan asala usul mmg camtu, so tak kisah sgt la kn nak normal ka dak...yg penting, takdak benda pelik-pelik yang jadi...

Nak dijadikan cerita, masa belajaq kat 'U' dlu kan dok asrama...tahun pertama ja laa...dekat nak abih semester pertama la jgk, Akak sebilik ni datang duduk kat sebelah...mcm serius jerk gaya time tuu...dialog perbualan tu lebih kurang mcm nih...

Kak Azna: Nad, akak tgk awak nih tak pernah period...awak ok ke tak??
NuNa: Mana akak tau saya tak period? [Sambil tersengih...malu kot org cakap pasal period...heheh]
Kak Azna: Dah tu, sll jer tgk solat...xpenah ada akak dengar awak cakap 'cuti'
NuNa: Heheh...akak nih...[ayat akak mcm Nad ni budak baik giler] Normal la kak...sy memang camtu...kdg2 3bln skali, kdg 6 bln skali...1thn skali pun pernah...tp memang dekat 1 sem kat sini tak period lg...kenape kak?
Kak Azna: Takde laa...saja tanya...takot jgk zaman sekarang ni...tau2 awak beranak plak dlm bilik nih...takpun awak ni bukan perempuan ker..hehehe
ok ok....setakat tu ja la dialog yaa...yg lain ringkaskan okeyh...

hah??? aku tak penah terpikir kot...bahaya rupanya klu period tak ketahuan...terutamanya pandangan orang yg tak kenal kita...ye laa...takkan masa berkenalan nak bgtau kot 'saya jenis period tak normal,so jgn pelik'...kang ada jugak orang baling NuNa ikut tingkap!! 

Dalam blur-blur tu, call Mama cerita...tp cerita tu jd kelakar la kn...Mama pun nasihat p klinik...takut nanti jd penyakit lain plak...yg penting bleh p klinik panel Mama...student kan...save kot nk p klinik pun...

Dah p klinik tu satu hal...tiap-tiap bulan kena p...haiiyooo...semata-mata nk kena makan ubat sebiji jerk! Tak ingat nama ubat tu...tp rasanya mcm ada istilah 'gugur' la di situ...lps dua tiga hari...mmg 'keguguran' laa...yg tak tahan tu kena mkn tiap2 bulan...dah la 'ubat', kandungan apa pun tak tau...mcm ada penyakit plak bergantung kat ubat camtu...

Dah habis study, tak sambung dh mkn ubat tu...ye laa...nak kena p klinik lain plak kat kampung halaman ni, nk kena cerita plak semua benda tu...mcm malu pun ada...jadinya...tak normal balik la NuNa...adudududu.... 'Lantak kau la period...taknak kluaq sudah! Senang sikit...'...itu yg terlintas di kepala otak...

Dah masuk alam pekerjaan, ramai kwn2 baru yg dh kawin, dh ada anak...rajin pulak p menempek dgn depa...dok dengaq penyakit itu penyakit ni...semua melibatkan kawasan rahim...dh cuak pulak NuNa...tak boleh jadi...malu nk p klinik, mkn jamu yg dok jual-jual kat kiosk tu...pastu beralih kpd EPO...pastu kpd jamu balik...tak menjadi sgt...tp ok sikit laa...dr 3-6 bln skali tu, improved la kpd 2 bln sekali lebih kurang...

Dah lepas kawin, lps dpt anak sulung, mkn perancang...mmg tiap2 bulan tip top tak pernah miss laa...bgantung ke ubat...yg tiada kelebihan lain semata-mata utk merancang & boleh sbbkn penyakit...bila stop amik perancang, period menjadi 'normal' seperti sediakala...erk...tak normal la tu kn...

Lepas keguguran, makin rancak plak ketidaknormalan ituh...so mencari alternatif seperti jamu, EPO & sebagainya...tak bleh blah jgk...sejak tu dok survey kot internet nih...tp NuNa elakkan jamu...nak cari yg lebih natural...dah la tak reti pasai suplemen, vitamin bagai...buta vitamin la katakan...kihkihkih...finally ternampak kawan dlm FB dok jual Shaklee...trus NuNa PM tanya itu ini...dia pun suggest GLA COMPLEX...

Kenapa GLA COMPLEX??? Jawapan ringkas yg menjadi sbb utama NuNa amalkan GLA ni adalah "utk hormon"...

Walaupun nampak mcm kebergantungan jugak utk jemput period tuh, tp sekurang-kurangnya ia adalah sejenis suplemen/vitamin...ada kelebihan lain selain utk hormon...tak mcm ubat, mkn hanya utk 1 tujuan...pastu kandungannya bukanlah dr sumber semulajadi...

Alhamdulillah...masih dengan GLA COMPLEX...dah setahun lebih dah...banyak manfaat lain utk kesihatan diri...hmm...secara ringkasnya...manfaat lain adalah seperti berikut....




GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ia penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

So, kiranya NuNa kategori normal la eh skrg...dh ada anak...xkan tak normal lg kot...cuma tak bertambah ja lagik..hehehe...belum rezeki...

Next entry NuNa cerita kelebihan GLA COMPLEX okeyh...

Istimewa untuk mereka yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343
FB Page: Your Healthy Steps


Update hashtag ni 19 Ogos 2014 sbb nak join #shakleeeffectoog bersama Kak Norita >> http://www.anakkuwiraku.com/2014/08/shaklee-effect-omega-guard-shaklee.html