Showing posts with label VITAMIN E. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN E. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Tips Untuk Kulit Berjerawat

Okeyh, NuNa nak share tips untuk kulit berjerawat dengan kamu semua...

NuNa pun jenis kulit berjerawat jugak nih...dari zaman sekolah lagik...

Jerawat tak tinggal parut, NuNa tak kisah sangat...ni masalahnya tinggalkan parut...sedih sungguh!

Ni tips pemakanan menentang jerawat!

Selain tu, NuNa nak share apa yang NuNa amalkan agar jerawat kat muka NuNa nih tak meriah sangat dengan jerawat dalam satu-satu masa....nak hilangkan terus tu mungkin ambik masa kan...setiap perkara tu mesti berlaku step by step...bergantung pada usaha kita jugak kan...kemudian, nak pastikan yang parut jerawat ni tak terang sangat & cepat pudar....ahah! Ini yang paling penting bagi NuNa...parut!

Pertama yang NuNa amalkan adalah GLA COMPLEX iaitu untuk stabilkan hormon badan NuNa...
Setiap hari usia bertambah, hormon pasti berubah...dah la selalu berubah, hormon yang sediada pun bukan stabil! Period pun suka-suka hati ja bila nak datang...so, kena sabar...stabilkan hormon dulu...GLA COMPLEX juga membantu memperbaiki struktur kulit kerana mengandungi Vitamin E & Omega-6. Omega-6 diperlukan oleh mereka yang mengalami keradangan kulit & jerawat kronik.

Pada masa yang sama, NuNa amalkan ALFALFA COMPLEX untuk detoks toksin dalam badan yang mana toksin ni salah satu punca jerawat! Tujuan detoks jugak untuk pastikan segala makanan kesihatan & vitamin yang dimakan dapat diserap dengan baik oleh badan. Toksin banyak dalam badan nih punca banyak penyakit! Toksin juga boleh menyebabkan ubat-ubat & vitamin yang kita makan tak diserap....itulah yang kita panggil 'makan jadi taik'...

Pastu NuNa tambahkan ZINC COMPLEX & B-COMPLEX....hajat dihati nak tambah Vitamin C...tapi masa tu Vitamin C tak ada stok setahun! Maknanya NuNa amalkan Vitamin C selepas setahun NuNa berusaha dengan vitamin-vitamin lain...Alhamdulillah, kesannya dapat dilihat...

ZINC COMPLEX membantu mempercepatkan pemulihan luka. Jerawat muka NuNa campur-campur...yang jenis jerawat batu ada, tapi jarang-jarang...yang sedang-sedang & bernanah tu biasa laa...yang kecik-kecik tu kadang-kadang jerk...dengan ZINC COMPLEX nih, luka-luka cepat pulih...lagi satu, Zinc nih agen anti-bakteria & membantu memperbaiki radang kulit seperti jerawat...so, elok sangat untuk mereka yang berjerawat & terutamanya ada nanah...

TIPS: Kalau jerawat tengah naik, tengah meriah, ambik Zinc Complex sahaja, tinggalkan semua vitamin lain...jerawat akan cepat reda & pulih!

B-COMPLEX pula membantu dalam pembentukan kolagen, mencegah kulit kusam & anti-stress! NuNa kalau stress, cepat jaa jerawat nak keluar...stress jugak cepatkan penuaan yeee...jadi amalkan Vitamin B untuk energy, elak stress, serikan wajah, kulit licin & bersinar!

Kemudian, bila jerawat-jerawat dah beransur kering, dah reda, NuNa tambahkan VITAMIN E with SELENIUM di mana manfaatnya membantu mengatasi kulit berminyak, mengurangkan parut jerawat, mengaburkan & mengecilkan liang pori-pori wajah yang terbuka luas, awet muda...

Lepas tu NuNa try ESP ~ Energizing Soy Protein...try untuk energy & diet kononnya...tapi manfaat ESP sebenarnya banyak untuk kulit kerana ia membantu dalam proses pembentukan & pertukaran sel kulit muka setiap 21 hari! Amat membantu memperbaiki struktur kulit sekaligus membantu memperbaiki parut! Kulit juga rasa lebih lembut, tegang & cantik! Sesuai untuk mereka yang parut berlubang-lubang!

TAHUKAH ANDA?
~ Sel kulit muka diperbaharui setiap 21 hari & jaminan kecerahan oleh produk dapat dilihat selepas 21 hari!
~ Sel kulit badan diperbaharui setiap 90-120 hari & jaminan kecerahan oleh produk dapat dilihat selepas tempoh itu...

VITAMIN C membantu untuk membina kolagen, membantu mengecutkan jerawat, mempercepatkan proses pemulihan luka, mencerahkan kulit, menghalang pembentukan pigmentasi / jeragat, kulit halus & bersinar. Vitamin C ni kalau tak cerita pun, semua orang tahu manfaatnya...semua untuk cantik! Tahu tak Vitamin C bagus untuk jantung bertenaga? Vitamin C untuk Alahan? Vitamin C untuk demam kuning @ Jaundis?

INFO & TIPS:  VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC COMPLEX membantu dalam pembentukan kolagen & protein untuk pertumbuhan & perkembangan kulit, kuku, rambut & organ.

VITAMIN A membantu untuk mengatasi keradangan kulit / penyakit kulit, mencegah liang roma tersumbat, mencegah jerawat. Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan kekeringan kulit serta terjadinya whitehead & blackhead.

TIPS: Gabungan VITAMIN A + VITAMIN C + VITAMIN E menghasilkan agen anti-oksida yang kuat & amat membantu untuk mereka yang mempunyai jerawat batu & kronik. Tambahan GLA COMPLEX untuk memperbaiki hormon badan.



Secara luaran plak, NuNa guna Set Enfuselle untuk Kulit Normal - Berminyak...pencuci muka, toner & pelembap...kulit tak berminyak...tak kering...NuNa jenis kalau pakai apa-apa kat muka, taknak bagi nampak...nipis-nipis macam tak pakai apa tu ok laa...kalau nampak putih semacam, tebal semacam, rimas plak rasa...bedak plak loose powder biasa jaa...

TIPS: Kulit berminyak & berjerawat tak sesuai guna compact powder yaa...seeloknya loose powder...loose powder membantu penyerapan minyak...kalau compact powder, semakin lama, muka kita akan nampak bercapuk, bertompok-tompok, tak rata sebab berminyak...

Kalau sebelum ni, kita sekadar tempek tebal-tebal untuk kaburkan jerawat pada pandangan mata orang, apakata kali ni kita berubah untuk memperbaiki masalah tu dari dalam...dan pasti ia akan berubah! Kalau sekadar tempek-tempek, perubahan tu sementara jaa...pelaburan yang tak berbaloi kan?

Jom cuba hari ini! Step by step...insya Allah...kalian akan dapat rasai perubahannya!

Istimewa untuk mereka yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tuesday, December 23, 2014

Jaundis @ Demam Kuning : Apa Sebenarnya???

Jaundis @ demam kuning merujuk kepada kehadiran warna kuning pada bahagian kulit, bahagian putih mata yang disebabkan terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan.

Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia disingkirkan dengan cepat oleh hati & dibebaskan melalui najis.

Jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan.

Jaundis berlaku disebabkan kehadiran bilirubin yang berlebihan & tidak dapat disingkirkan oleh hati → mungkin disebabkan penghasilan bilirubin berlebihan @ disingkirkan oleh organ hati secara perlahan.

Bilirubin ialah satu bahan kimia yang terhasil apabila sel darah merah normal diuraikan. Semua darah mengandungi bilirubin & kebiasaannya akan diproses oleh hati & disingkirkan melalui pembuangan najis & air kencing.

Jaundis bukan sahaja berlaku di kalangan bayi yang baru dilahirkan; tapi juga berlaku di kalangan orang dewasa tapi dalam jumlah yang sedikit.

Kebiasaan berlaku di kalangan bayi baru lahir.
~ 3/4 daripada semua bayi normal & sihat akan mendapat kulit berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran.

Jaundis berlaku pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin berlebihan → cenderung mempunyai tahap bilirubin yang tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen & juga kadang kala organ hati belum cukup matang, masih baru serta tak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.

Walaupun jaundis ini adalah normal, tetapi perlu dapatkan rawatan kerana ada juga kes jaundis yang berisiko tinggi menyebabkan kerosakan sistem saraf, pendengaran.

Risiko & Jenis Jaundis Bagi Bayi
  • 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari ke-2 @ ke-3 selepas kelahiran & hilang selepas seminggu (tidak berisiko jaundis teruk). ~ jaundis normal / fisiologi
  • 80% bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara 5 - 7 hari selepas kelahiran & hilang selepas 2 bulan kelahiran. ~ jaundis patologi
  • Jaundis susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan @ memanjangkan tempoh pembuang lebihan bilirubin melalui usus. Jika menyusu badan, tapi bayi masih jaundis, doktor biasanya akan nasihatkan stop penyusuan badan untuk beberapa hari. Pastikan anda daptkan nutrisi yang betul untuk elakkan perkara ini berlaku.

Risiko lebih tinggi untuk bayi berikut:-
  • Bayi lahir pra-matang / tidak cukup bulan
  • Darah ibu & bayi berlainan
  • Dilahirkan secara pembedahan
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Amalan Semasa Hamil
  • Baca al-Quran & doa semasa hamil
  • Makan kurma & buah delima sepanjang kehamilan terutamanya 6 bulan ke atas
  • Minum jus pegaga, air kelapa
  • Minum susu kambing
  • Makanan berkhasiat
  • Bekalan nutrisi lengkap
  • Sikap positif & jangan stress
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan kopi & teh (kafein)
  • Jangan ambil ubatan @ minuman herba

Petua Rawatan Traditional
  1. Jemur bayi di sebelah pagi, seeloknya jam 8pagi iaitu sebelum panas terik. Tutup mata bayi untuk elak silau. Jangan terlalu panas untuk elak kekeringan air pada bayi.
  2. Beri bayi lebih air masak supaya kekotoran & tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat disingkirkan dengan lebih cepat.
  3. Susukan bayi dengan lebih kerap kerana ia membantu bayi membuang air kecil & besar lebih kerap sekaligus mengeluarkan kekotoran yang ada dalah tubuh mereka.
  4. Elakkan pengambilan herba & jamu.
  5. Mandikan bayi dengan air rebusan daun bunga raya + daun sirih + air kelapa. Selepas mandi air rebusan, bilas dengan air biasa. Amalkan untuk beberapa hari.
  6. Beri bayi minum air rebusan kacang bendi (1 cawan air + kacang bendi).
  7. Beri bayi minum sedikit susu kambing.
  8. Beri bayi minum sedikit jus anggur hitam.
  9. Beri susu @ air yang dicampur dengan sedikit madu.
Rawatan di hospital takyah cerita la kan...biar doktor & jururawat yang uruskan.
Normally Rawatan Foto (sinaran cahaya biru) & Rawatan Pertukaran Darah bagi yang serius.

Kita ada alternatif moden jugak...ahahh...

Rawatan alternatif ini sesuai untuk jaundis di kalangan orang dewasa mahupun bayi...tapi untuk kes bayi, ibu la yang kena usahakan...sebab kena supply melalui susu kat bayi...

Apakah agak-agaknya? 
Vitamin yang doktor bagi selepas melahirkan laaa.... biasanya asid folik...apa lagi?

Asid folik dalam kumpulan apa? yaaa.....kumpulan B....amalkan B-Complex sayang-sayang NuNa...dan Vitamin C...

Vitamin C + B-Complex → membantu memecah & membebaskan kepekatan hempedu yang tersimpan di dalam aliran darah! Gabungan ini juga membantu merangsang aktiviti pundi hempedu & hati sekaligus mempercepatkan proses mematabolismekan bilirubin!

Apa vitamin lain yang turut membantu dalam proses ini??? Lecithin & Vitamin E !

Vitamin E adalah asas yang paling aktif dalam aliran darah yang menggerakkan hempedu & diedarkan ke saluran pembuangan yang normal & cepat ; membantu meningkatkan tenaga dalaman mencegah ancaman jaundis.

Apa-apa pun, sekarang mesti dah faham kenapa Vitamin B, Vitamin C tergolong dalamSet Kehamilan & Set Berpantang kan???

Amalkan pemakanan kesihatan yang berkhasiat & bernutrisi...insya Allah...corak pemakanan kita adakalanya faktor utama penyumbang kepada jaundis di kalangan bayi...



Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Wednesday, December 17, 2014

Atasi Masalah Jeragat

Atasi masalah jeragat lagi...hehehe

NuNa nak share suplemen Shaklee yang sesuai untuk atasi masalah jeragat.

Sebelum ni NuNa share tentang Shaklee Collagen Powder untuk atasi masalah jeragat & siapa yang berisiko untuk alami kulit berjeragat beserta testimonial...

Kali ni nak share supplements lain yang juga sesuai untuk masalah jeragat.

So, kalian boleh laa tengok bajet nanti kan...

Ada yang ada kemampuan tertentu...ada yang tak suka makan banyak jenis suplemen, ada yang tak kisah makan banyak jenis asalkan mampu...bergantung pada setiap individu...

NuNa boleh bantu kalian memilih yang terbaik...

NuNa alu-alaukan kalian untuk berhubung terus dengan NuNa untuk bantu kalian selesaikan masalah...

Okeyh...jom tengok supplements yang berkaitan untuk kulit berjeragat!



SHAKLEE COLLAGEN POWDER
>> yang ni NuNa dah explain dalam entry sebelum nih...
→ Shaklee Collagen Powder untuk atasi masalah jeragat & siapa yang berisiko untuk alami kulit berjeragat beserta testimonial

VITAMIN E
→ vitamin awet muda, mengurangkan kedut, garis halus & melambatkan proses penuaan
→ membantu pengawalan pertumbuhan abnormal sel
→ membantu mengawal keseimbangan hormon
→ membantu mengawal pengeluaran minyak dalam liang kulit
→ membantu mengatasi masalah jeragat & parut jerawat

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
→ membantu membina sel-sel baru setiap 21 hari sekaligus membina sel kulit baru & mengurangkan jeragat
→ memberi kesan kulit sihat, cantik, bersih, gebu, subur & bebas jeragat serta parut jerawat
→ membantu mengawal selia hormon, enzim, tisu & sel

VITAMIN C
→ membantu merangsang pembinaan kolagen untuk mengukuhkan sel kulit
→ membantu menyekat pembentukan pigmen / jeragat / cela
→ mencantikkan kulit serta melambatkan penuaan



NuNa nak share keratan dari majalah berkaitan vitamin untuk jeragat...

Kalau rasa kolagen mahal, boleh cuba vitamin-vitamin asas ni untuk kesihatan kulit...

Tapi bila mahal, kesannya cepat...bila murah sikit, ambil masa sikit...tapi jangan murah sangat, tak ada kualiti pulak nanti...

1 kotak Shaklee Collagen Powder = 15 paket >> kesan seawal 5 hari !

Vitamin E = 120 biji >> untuk 4 bulan penggunaan

Vitamin C = 180 biji >> untuk 3-6 bulan penggunaan

ESP = 850gm >> untuk 2 bulan penggunaan

Jom bisik-bisik dengan NuNa untuk harga & persoalan lain berkaitan vitamin Shaklee...

Kecantikan itu milik setiap insan...

Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Wednesday, December 3, 2014

Penyalahgunaan Vitamin E

Penyalahgunaan Vitamin E yaa...bukan penyalahgunaan dadah...heheh...

Kita baca dulu sebahagian manfaan Vitamin E Complex Shaklee ↓

Apa pulak yang disalahgunakan?

Kat botol tu ada dinyatakan cara guna iaitu makan 1 biji selepas makan (versi bahasa melayu yaa)

Tapi NuNa buat masker kat muka... erkk? Salah guna la kan?

Ada sebab yaaa....

NuNa ni jenis kulit berjerawat...sekarang ni Alhamdulillah dah kurang sejak rajin detox dengan Alfalfa....Cuma selalu berjerawat bila 'cukup bulan'..

Asal 'cukup bulan' jaaa...mesti buat penyalahgunaan Vitamin E !

Biasa-biasa makan 1 biji malam sebelum tidur...dalam banyak-banyak manfaat tu, target makan Vitamin E ni untuk kesihatan kulit lah...anti penuaan, parut & antioksidan.

Tapi ada jugak baca info untuk hilangkan parut, kena sapu losen @ krim Vitamin E di muka...bagus...

Dulu-dulu, masa zaman sekolah, masa zaman Mama NuNa muda lagi...zaman Mama ada jerawat lagi...Mama selalu beli losen Vitamin E tuh...apa ke nama ntah...tapi sekarang tak beli dah...tak tau pseipa...sebab Mama dah takdak jerawat or parut tebal dah kot...

Makanya, bila jerawat tumbuh, teringat dulu-dulu...ada ja jerawat, cucuk kapsul Vitamin E tu, sapu minyak Vitamin E + Grape Seed tu kat tempat jerawat & kawasan pori-pori yang luas...heheh...
Serius yaaa....cepat kecut & kering ! Bukan saja-saja nak over-claimed produk nih...ini pengalaman sendiri...

Kalau parut tu, ambil masa sikit laa...untuk itu, NuNa just maintain makan 1 biji setiap malam...

Tujuan buat masker tu untuk kecutkan & keringkan jerawat tuh....nampak tak teruk sangat rupa terutamanya bila jerawat naik banyak sekaligus kan...

NuNa tak amalkan selalu tau...buat time jerawat jerk....tu pun 1 kapsul guna 2-3 hari kalau buat masker...membazir nanti...sayang....

Bagi yang ada Vitamin E kat rumah tu boleh la try...TAPI...cadangan nih untuk Vitamin E Complex Shaklee sahaja yaaa...

Yang guna produk lain NuNa tak bagi jaminan...

Kenapa? Sebab vitamin Shaklee berasaskan sumber semulajadi & diproses secara semulajadi...mesra alam...jadi kalau letak kat kulit pun, tak bagi kesan mudarat...brand lain, harap semak dulu yerk...

Bagi yang nak cuba Vitamin E Complex Shaklee, boleh hubungi NuNa yaa...


Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Sunday, October 26, 2014

Awet Muda

Syukur Alhamdulillah...walaupun dah cecah 30-an...tapi masih awet muda! Memang keturunan keluarga kot....

Tapi, walaupun kategori keturunan, NuNa perhatikan ada ja saudara NuNa yang tak awet muda...nampak berusia...

Haa...semua tu sebab selalu stress...masalah kesihatan...hidup terlalu serius mungkin...genetik mungkin...hehehe...

======================================================================
Jalan-jalan sambil shopping kerepek, koropok di Padang Besar, Jumaat lepas...

Jurujual :: Nah, bagi biskut kat adik...petang-petang ni, sayo bagi free jaa lah sepeket ni...kesian kat dio... (siam + kelantan kot)
NuNa :: Terima kasih kak... (selalu panggil orang 'kak', perasan muda sungguh!)
Jurujual :: Samo laa muko kakak dan adik nih...
NuNa :: Ya ka kak? Selalu orang kata dia ikut muka Abah...
Jurujual :: Anak ko?
NuNa :: A'ah, anak... (senyum meleret dah nih!)
Jurujual :: Laaa...ingatkan adik...tengok muda macam tak kawin lagi jah...

Angkat kening kat En Suami...dapat tumbukan sedas kat lenganku yang sihat nih!
======================================================================

Terima kasih lah duniaa...sebab selalu memandangku sentiasa muda... eewahhh!

Syukur Alhamdulillah...
Kalau kita amalkan pemakanan kesihatan untuk sihat, kita akan sihat! 
Sihat itu akan terserlah di wajah kita...

Dalam banyak-banyak suplemen, mungkin B-COMPLEX , VITAMIN C , VITALEA , VITAMIN E , ESP , OMEGA , GLA & sekali sekala COLLAGEN POWDER SHAKLEE yang banyak membantu kesihatan badan yang juga memberi manfaat kulit & awet muda... Alhamdulillah...

Nak ka kelihatan berusia sebelum masanya?

Badan sihat, kulit sihat, minda sihat! 


Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tuesday, October 21, 2014

Tips & Penawar Jantung Sihat Bertenaga

Tips & Penawar Untuk Jantung Sihat & Bertenaga!
Untuk pencegahan awal sebelum diserang penyakit jantung...

Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur!


Membekalkan penawar / vitamin untuk jantung yang sihat & bertenaga secara automatik memberi ganjaran kepada bahagian tubuh yang lain untuk lebih sihat!

Organ utama ini mempunyai tanggungjawab bukan sekadar untuk mengekalkan nyawa!

Pelihara jantung dengan baik kerana ia akan memberi anda kesihatan yang lebih baik!

~ Jantung yang sihat & bertenaga akan mengembang & menguncup sebanyak 72 kali/minit.
~ Jantung akan menghuraikan sehingga 1/2 makanan kepada tenaga untuk mengekalkan kecergasan bahagian tubuh yang lain.
~ Jantung menggalakkan pengaliran oksigen untuk menyuburkan keseluruhan tubuh daripada hujung rambut ke hujung kaki.
~ Lebih daripada 4000 gelen darah dipam melalui jantung setiap hari, untuk digunakan sebagai 'sungai' menghantar nutrien pembina keremajaan & kehidupan ke setiap bahagian tubuh.
~ Tekanan darah juga dipengaruhi oleh kesihatan jantung. 

Makanya, sebagai "tuan pam", jantung kita perlukan penawar / vitamin untuk mengekalkan fungsi dengan lancar!

Mencegah / mengurangkan risiko lebih baik dari mengubati!

VITAMIN E untuk JANTUNG SIHAT

 MENYEGARKAN ALIRAN DARAH
~ bertindak sebagai anti-trombin semulajadi (melarutkan pembekuan darah) dalam aliran darah supaya jantung berupaya disuburkan mengikut keperluannya bagi mengekalkan kesihatan keremajaan 

 MENYEDIAKAN OKSIGEN BERTENAGA
~ anti-oksidan, mengurangkan keperluan oksigen pada otot sebanyak hampir 43%;
~ menghasilkan lorong untuk darah melalui arteri koronari;
~ ia membantu menghalang kehadiran anoksida (kekurangan oksigen) yang mana menimbulkan kesakitan angina (jantung)

 MENCAIRKAN TISU PARUT DALAMAN
~ membantu menghasilkan reaksi metabolik yang menghalang & mencairkan tisu parut jantung yang tidak sihat;
~ menguat & menyegarkan jantung

 MENGEMBANGKAN SALUR DARAH
~ berupaya untuk membantu membuka lorong baru dalam sebarang peredaran yang tersekat & mengembangkan salur darah supaya jantung boleh menerima darah yang telah disuburkan;
~ berupaya untuk melepasi halangan yang dihasilkan oleh pembekuan & pengerasan arteri yang mana mengancam kesihatan jantung;
~ mengatasi halangan & menghantar darah yang membawa nutrien & oksigen terus ke jantung

Tak salah untuk amalkan Vitamin E untuk membntu membersihkan & memperbetulkan fungsi sistem jantung-arteri.
Berusaha menyihatkan jantung selagi terdaya...nanti dah macam2, susah nak tolong jantung sendiri dah... 
1 kapsul Vitamin E = 400iU
Sehari 1 biji untuk kesihatan jantung kita

VITAMIN C untuk JANTUNG BERTENAGA

 Digunakan dengan pantas untuk membentuk tisu penghubung & sel supaya darah boleh 'pergi & datang' dari jantung.

 Digunakan untuk menyembuhkan pembentukan parut bergentian & merupakan bahagian utama kesihatan jantung!

 Menggalakkan sintesis dalam barisan arteri bahan yang dikenali sebagai mukopolisakarida - pemberi tenaga berdinamik juga penyembuh sebarang gangguan yang telah & akan berlaku.

Membantu melindungi terhadap trombosis arteri, melindungi jantung daripada kecederaan.

 Bioflavanoids cukup berpenawar dalam penyuburan, pembersihan & yang lebih penting memberikan tenaga pada jantung!
1 tablet Vitamin C = 500mg
Sehari 1-2 biji untuk jantung kita yang betenaga
Dua penawar / vitamin ini amat sesuai untuk mereka yang ingin pelihara kesihatan jantung / mengurangkan risiko penyakit jantung dari awal.


Bagaimana dengan mereka yang mengalami masalah jantung? 
Sama jugak...amalkan Vitamin E & Vitamin C ini...dan amalkan beberapa suplemen lain yang bersesuaian dengan keadaan & bajet anda!

Antara suplemen untuk mereka yang mengalami masalah jantung >> Omega Guard, CoQHealth, Phytocol-ST, Vivix 

Hubungi NuNa untuk bantuan & konsultansi...

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, October 20, 2014

Kulit Lembap Dengan Shaklee

Percaya tak kulit yang berminyak jadi LEMBAP selepas konsisten set kesihatan kulit????

Suatu malam tu...(macam cerita dongeng plak kn)....tengah menonton tv bersama suami & anak....
Husband NuNa pegang pipi...biasa la...belai isteri sambil menonton cerita hindustan...anak pun tumpang sekaki...

:: Muka pakai apa ni??

Aaarghhh...terkejut & terus tepis tangan suami....

:: Awat? Berminyak sangat ka? Biaq betoi...

Sambil pegang pipi sendiri...hmmm...macam tak percaya ja kulit berminyak...sebab dah lama kulit tak berminyak sejak amalkan Set Kecantikan Kulit yang asas VITAMIN C, VITAMIN E, B-COMPLEX & ESP...

:: dak...rasa macam lembap sungguh muka...pakai pelembap ka? Bukan sebelum ni tak suka pakai apa2 ka kat muka?

Dan dan jaa NuNa pun sengih lebaq...pusing belakang mengadap husband teruih!

:: Serius? Bukan rasa berminyak?
:: Dak...rasa lembap...

Yeayyeeaaa...kulit yang dulu siang malam berminyak + jerawat dah ada improvement!!!!

Walaupun kulit NuNa jenis berminyak & jerawat, tapi NuNa bukan jenis suka tampal foundation tebal2...atau pakai bedak tebal berinci-inci... NuNa redho ja...hehehe...just pakai pelembap Enfuselle Shaklee & loose powder ja kalau nak p kerja...

Jerawat ada jugak sikit-sikit, sekali sekala mengeluarkan toksin...tapi tak seteruk dulu! Non-stop asyik keluar jerawat sampai stress!

Alhamdulillah....berkat usaha & konsisten set asas kulit...

Tapi...apa yang melembapkan kulit NuNa sebenarnya yaa???

Set Kecantikan telah membantu atasi kulit berminyak & masalah jerawat kronik!

Yaaa....COLLAGEN POWDER Shaklee!!!
Belum habis sekotak dh dapat pujian kulit lembap tau!
Sekarang tengah guna kotak kedua...walaupun kotak kedua ni tak konsisten ambik setiap hari...kesan amat memuaskan!

NuNa pun amalkan suplemen ikut bajet yaa...yang utama tetap diutamakan....yang tambahan tu, pandai-pandai la kan, bergantung kepada keperluan diri sendiri...

#shakleeeffect
Anda nak cuba? NuNa bantu anda ikut keperluan & bajet...

Istimewa untuk mereka yang istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Wednesday, June 4, 2014

Apo Bondo Eh Ni

APO BONDO EH NI ???

Sumber Apo Bondo Eh Ni

__ __ __ __ __ __ __  __  __ __ __ __ __ __ __

1. SAYA membuatkan si pengamal nampak muda kerana SAYA melambatkan proses penuaan.

2. SAYA mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.

3. SAYA salah satu antioksidan penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

4. SAYA sangat membantu dalam aspek kesuburan terutamanya kesuburan lelaki.

5. SAYA membantu pengaliran darah dengan lebih lancar sekaligus memperbaiki tisu.

6. SAYA membantu mempercepat proses baik luka dan mengurangkan parut.

7. SAYA membantu mengecilkan dan mencerahkan kawasan gelap erola dan nipple.

8. SAYA membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

9. SAYA membantu mengurangkan tekanan darah.

10. SAYA membantu dalam pencegahan penyakit katarak.

11. SAYA membantu mengekalkan kesihatan saraf, otot dan menguatkan dinding kapilari.

12. SAYA membantu menggalakkan kesihatan kulit dan rambut yang sihat.

13. SAYA membantu meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

14. SAYA membantu mencegah anemia dan “retrolental” iaitu sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.


APO BONDO EH NI ???
HINT: Huraian sikit….
  • Pengambilan SAYA yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik, menghilangkan parut dan jeragat, wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam
  • Seorang teman sebelum ini mengalami masalah di mana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan SAYA selama 7 hari dan Alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana SAYA membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.
  • Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen, dan pengambilan SAYA membantu mengatasi masalah kedinginan.
  • Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.
  • Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.
  • Bagi wanita yang pernah melahirkan anak perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation selepas kelahiran. Namun dengan pengambilan SAYA yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut strecth mark akan semakin pudar.
  • Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, SAYA membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual / PMS.

 APO BONDO EH NI ???

 __ I __ __ M __ __  __  __ __ M __ L __ __

Hitam manis...yang hitam manis...yang hitam manis...pandang tak jemu...pandang tak jemu....

Hitam itu menawan...hitam itu elegant...hitam itu cantik...

Jawapan: V I T A M I N  E  C O M P L E X

ANDA BETULLL !!!  Teteretterettttt.......


nindia si hitam manis itu.... Vitamin E !!!
Apo Bondo Eh Ni ke Teka Teki nih...kihkihkih...ini vitamin wajib NuNa yerk...sbb muka NuNa jenis jerawat yang meninggalkan parut! Sangat jeles tengok orang yang mukanya walaupun berjerawat, tapi tak tinggalkan parut...hmmm...

Berminat nak cuba??? 

:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Monday, April 14, 2014

Peredaran Darah

HEALTHY CIRCULATORY SET

~Healthy Circulatory Set~ Suggest by SHAKLEE

"Peredaran darah lancar, hidup bahagia"

Masalah jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia juga global. Biasanya tiada simptom bagi penyakit ini. Ia mampu membunuh secara senyap. Serangan jantung atau strok yang pertama mungkin menjadi yang terakhir!


Set Healthy Circulatory Shaklee di bawa khas untuk membekalkan nutrien yang penting dalam mengekalkan jantung yang kuat dan sihat.

Kebaikan:-
  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Mengekalkan kesihatan secara menyeluruh.


OMEGAGUARD


ALFALFA COMPLEX


GARLIC


VITA-E COMPLEX


LECITHIN


ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER


Macam banyak jaa...macam lari bajet jaa...macam... jangan macam-macam yerk kalau nak sihat! hahaha... Amalkan semua memang thorrrbaik! Tapi, bak kata pepatah...sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...biar lambat, asal tak lari bajet...ehh...haaaa...kita kena jadi pengguna bijak! Ikut kemampuan...ikut bajet...ikut step by step...cheewahh...

Itulah pentingnya consultation...rundingan...ambil ikut keperluan tubuh & bajet...Insya Allah, NuNa akan suggest yang thorrrrbaik untuk korang yerk...yang penting, korang tahu apa masalah korang... peace yooo!

CUBA, RASAI PERBEZAAN & KONGSI !

:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps