Showing posts with label SET Berpantang. Show all posts
Showing posts with label SET Berpantang. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Shaklee Harga Jimat ~ YES

YES Wellness Pack ditawarkan oleh Shaklee bermula MEI 2015 hungga OKTOBER 2015 di mana PEMBELIAN 1 PACK LENGKAP ini diberi tawaran 5% DISKAUN !!!

Terdapat 4 pack yang ditawarkan iaitu:-
→ YES Pack 1 ~ HEALTHY PRENATAL
→ YES Pack 2 ~ HEALTHY POSTNATAL
→ YES Pack 3 ~ HEALTHY FITNESS
→ YES Pack 4 ~ HEALTHY YOUNG LIVING

↑ Nama YES Pack ↑ Walau bagaimanapun, setiap Pack tersebut sesuai diamalkan untuk tujuan kesihatan keseluruhan dan perbaiki pelbagai masalah kesihatan.

Di sini NuNa nak kongsikan tawaran YES Wellness Pack dengan kalian. Manfaat setiap Pack yang ditawarkan tu...


Tawaran ini sah sehingga Oktober 2015 sahaja !


YES Pack 1 ~ HEALTHY PRENATAL


YES Pack 2 ~ HEALTHY POSTNATAL


YES Pack 3 ~ HEALTHY FITNESS

YES Pack 4 ~ HEALTHY YOUNG LIVING

Jadi, rebutlah peluang dengan membuat pembelian bijak nih !!! Promosi Terhad !


Istimewa untuk mereka yang Istimewa...dapatkan drpd NuNa yaa...

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Thursday, November 6, 2014

VITA-LEA: Tingkatkan HB Semasa Hamil 2

Assalamualaikum...

Hai...NuNa nak share testimonial hari nih...

Ofkos yang sedang membaca entry ni seorang ibu yang sedang hamil...betul tak???


Ye laahh..tajuk pun untuk ibu hamil kan...


Tapi kalau bukan seorang ibu yang sedang hamil, NuNa harap perkongsian entry ni dapat memberi sesuatu yang bermanfaat untuk anda yang sedang membaca...


Sebelum ni NuNa penah share tentang risiko HB Rendah & kepentingan Iron untuk tingkatkan HB di sini >> Vita-Lea Tingkatkan HB Semasa Hamil


Untuk yang berminat nak mengetahui fakta tentang VITA-LEA @ multi vitamin & mineral nih, boleh baca di sini >> Kenali Multivitamin


Ok, sebenarnya NuNa nak share kesinambungan testimonial saudara NuNa yang amalkan Vita-Lea nih untuk atasi masalah HB rendah sekaligus mengurangkan risiko kesihatan HB rendah nih....


Nuna akan share semula testimonial pertama saudara NuNa ni beserta testimonial terbaru beliau untuk tatapan anda yaa...



Ini testimonial pertama pada 25/9/2014 - tempoh pengambilan dalam 1 bulan
Ini testimonial kedua pada 30/10/2014 - HB semakin meningkat - dah tak rasa risau bila buat checkup
Alhamdulillah....seronok sangat bila dapat membantu orang sekeliling sihat & bebas dari dibebani masalah & tekanan...

Once HB rendah, apa kita akan fikirkan & buat?


Normally >> "wei, makanan apa boleh bagi naik HB?" ; "HB rendah ni, nak bt macam mana?"


Mula la kan...makan kerang, makan daging, organ dalaman...tak salah nak makan....sedap kan...


Tak salah tak salah tak salah...tapi dalam keadaan tu, kita akan buat semua perkara dalam keadaan mendesak! Nak cepat naikkan HB...makan banyak...silap-silap, tekanan darah plak yang naik...kan ke satu hal pulak???


So, NuNa harap anda dapat buat tindakan bijak untuk diri sendiri & anak di dalam kandungan...


Vita-Lea hanya multi vitamin & mineral yang didatangkan bersama mineral Iron yang amat membantu mengatasi masalah HB rendah. Malah banyak manfaat lain dalam multivitamin yang boleh diperoleh tubuh anda contohnya menjana tenaga, ada sumber asid folik, menyihatkan sel, elak keletihan dan macam-macam lagi...


Jadi, jangan lah takut dengan Vita-Lea sebab ia bukan ubatan terlarang yang boleh menjejaskan anda & bayi anda...


Istimewa untuk mereka yang istimewa



Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Tuesday, October 7, 2014

VITALEA - Tingkatkan HB Semasa Hamil

Tingkatkan HB semasa hamil dengan VITALEA!

Masalah HB rendah biasa berlaku di kalangan ibu hamil...tetapi keadaan 'biasa' ni tak bagus untuk ibu hamil & bayi di dalam kandungan!

RISIKO HB RENDAH:

1. Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

2. Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Kenapa VITALEA bantu tingkatkan HB?

Sebab dalam VITALEA mengandungi zat besi / iron !!

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit. 

Info untuk anda yang mengambil Zat Besi >> Vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan. Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam jarak pengambilan.

NuNa pasti ramai yang dah maklum tentang masalah HB ni...dan pastinya dah banyak membaca sambil-sambil survey cara untuk tingkatkan HB kan....so, NuNa tak mau cerita panjang-panjang, padahal info sama ja kan...nanti boring plak... heheheh...

NuNa nak cadangkan VITALEA Shaklee sebagai ikhtiar anda untuk tingkatkan HB!

Kat sini NuNa nak share info tentang VITALEA & beberapa TESTIMONIAL ahli keluarga & sahabat yang telah mendapat manfaat VITALEA bagi mengatasi masalah HB ni...

VITA-LEA IRON FORMULA
Testimonial sepupu...start makan masa HB 9.7...makin meningkat dalam tempoh 1 bulan pengambilan Vita-Lea... Alhamdulillah....
Testimonial sepupu...amalkan set lengkap untuk ibu hamil...Alhamdulillah HB & gula cantik sepanjang tempoh kehamilan; baby pun 'keras' selepas dilahirkan...

NuNa share ini ja dulu nah...nanti-nanti share lagi okey...

Hmm...sapa kata vitamin Shaklee kena makan banyak-banyak sekaligus?

Tak semestinya...ada yang ambik VITA-LEA saja sebab ada masalah HB jerk...
Ada yang ambik fullset untuk manfaat keseluruhan kesihatan...
Semua tu bergantung kepada keperluan & bajet yaa...

Kalau anda perlukan konsultansi, saya sudi membantu...

Info untuk anda Anemia / HB Rendah

Ini plak Set Kehamilan Shaklee...penambahan vitamin pada Trimester ke-2 & ke-3 adalah sekadar cadangan & pilihan; bergantung kepada keperluan ibu & bayi...Yang penting adalah Basic Set...atau boleh combine Vita-Lea dengan salah satu sahaja vitamin yang dicadangkan mengikut bajet anda...
Istimewa untuk mereka yang istimewa...

Perlukan bantuan? Saya sudi membantu, jangan malu & segan...
Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343
FB NuNa: Nurul Nadia Hazizan
FB Page: Your Healthy Steps

Wednesday, February 5, 2014

Anemia / HB Rendah

:: TIPS ATASI ANEMIA KETIKA HAMIL! ::

Masalah anemia (low Hb) ketika hamil terjadi apabila seseorang ibu itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah ketika mengandung, terutama di trimester pertama (3 bulan pertama).
  • Fenomena ini berlaku apabila jumlah sel darah merah yang sepatutnya tidak mencukupi. Kekurangan ini akan menyebabkan pengurangan hemoglobin - pembawa oksigen kepada sel. Si ibu biasanya akan kelihatan pucat dan tidak bermaya.
  • Apabila anemia melampau berlaku (iron deficiency anemia), rawatan biasanya merangkumi dos terapi 200mg zat besi setiap hari, bergantung kepada kekerapan anemia tersebut. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan oleh doktor sekiranya anda disahkan anemik!
  • Untuk mencegah kekurangan zat besi (iron deficiency), sekurang-kurangnya 30mg suplemen zat besi (iron supplement as ferrous fumarate) disarankan tatkala hamil. Suplemen ini akan diberikan oleh doktor, diperolehi dari suplemen harian atau diet harian (sumber makanan semulajadi) anda.
Maka, di Shaklee, pengambilan suplemen 2 biji Shaklee Vita-Lea Iron Formula sangat-sangat membantu menangani masalah anemia (low Hb) ketika hamil ini.


TIPS pengambilan Iron suplement:

  1. Pengambilan sumber Vitamin-C bersama-sama dengan Iron supplement akan membantu penyerapan zat besi pada tahap optimum!
  2. Elakkan mengambil sumber kalsium bersama-sama dengan sumber zat besi, kerana kalsium akan mengganggu penyerapan zat besi sepenuhnya.
  3. Sumber asid folat (folic acid) juga membantu mengekalkan paras hemoglobin yang normal di dalam badan. Di Shaklee, sumber asid folat boleh di dapati dari Shaklee Vita-Lea & Shaklee B-Complex.
Beza Obimin dan Vita-Lea Shaklee?
Perbezaan yang paling ketara ialah semestinya kebanyakan Obimin untuk ibu hamil yang berada di pasaran adalah vitamin sintetik! Dari jauh dah boleh nampak silica gel nya...

Manakala Vita-Lea Iron Formula (MultiVitamin dan MultiMineral) ialah vitamin semulajadi, yang lebih baik dan berkualiti untuk badan, dan pastinya tidak perlukan silica gel untuk memelihara keasliannya!


* VITA-LEA adalah Vitamin Shaklee pertama yang dihasilkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee & Multivitamin Pertama Di Dunia *


Ada beza ker vitamin sintetik dan semulajadi?

Pastilah ada. Seperti susu ibu dan susu formula, walau apa jua teknologi terkini yang cuba di aplikasikan untuk menambahbaikkan kualiti sesuatu susu formula tersebut, pastinya tidak sesekali akan dapat melawan kualiti ulung susu ibu!

Jadi, apakah bezanya vitamin sintetik dan vitamin semulajadi ini? Next Entry okeyh…hihihi...


Kerapkali diajukan soalan oleh ibu hamil,
"Saya dah ada Obimin nie, tapi Hb saya low laaa, boleh ke makan Obimin sekali dengan Shaklee Vita-Lea? Sayang laa nak buang..."

Pertama sekali wahai ibu-ibu, info yang anda wajib tahu ialah, Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah sejenis MultiVitamin & MultiMineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian. Jadi, sekiranya anda memilih untuk mengambil Vita-Lea sepanjang kehamilan, tak perlulah untuk ambil Obimin lagi (dan vice versa), kerana Obimin juga sejenis multivitamin.

Dikhuatiri overdose pula!

Keduanya, tips penting wahai Mama, setiapkali anda menerima apa jua suplemen yang diberikan oleh doktor anda, amalkanlah untuk membaca label pada botol vitamin tersebut. Cuba anda bandingkan unit vitamin-vitamin pada setiap tablet multivitamin itu dengan unit RDA (Recommended Dietary Allowance) yang dicadangkan untuk ibu mengandung.

Biasanya ramai yang rujuk dengan US RDA (U.S. recommended daily allowance). Contohnya, laman americanpregnancy.org ini. 


Ketiga, sebaik-baiknya pilihlah multivitamin yang semulajadi, kerana multivitamin ini bukan sahaja untuk ibu, malah untuk bayi di dalam kandungan juga. Vitamin semulajadi lebih selamat, dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

Kelebihan memilih Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah, sebagai vitamin semulajadi, ia tiada pewarna, perisa, mahupun pengawet tambahan. Vitamin asli nie bila kita genggam selama beberapa minit, ia takkan melekit dan meninggalkan warna di tangan kita. Cubalah!

:: HP 013-4309343
:: SID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Friday, January 10, 2014

Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh

Assalamualaikum…
Halluuuuuuu…

Adakah anda seorang bakal ibu? Sedang hamil? Pernah melahirkan anak? Tengah tunggu hari nak melahirkan insan istimewa? Sedang mencari-cari produk berpantang? Apalagi yang berkaitan eh dengan tajuk entry nih…mmm…kihkihkih…

Okeyh…sapa yang pernah mengalami masalah luka bersalin lambat sembuh??? Sila senyum sekarang!!! hehehe…terima kasih atas respond anda.. J

NuNa pun ada pengalaman luka bersalin lambat sembuh…hampir 6 tahun dulu…lama dah…teringin tengok sedara-mara, kawan-kawan dah anak ramai…jeles pun ada…tapi nak buat macam mana…belum rezeki lagi…rezeki anak laa…rezeki lain alhamdulillah…tapi NuNa tetap bersyukur sebab Allah dah kurniakan seorang anak yang soleh & bijak untuk NuNa & suami…alhamdulillah…ramai lagi yang belum dikurniakan anak…ada jugak yang takada peluang untuk menimang cahaya mata sendiri…ok, itu motivasi utk diri sendiri…

Kembali kepada tajuk entry…NuNa nak panjangkan entry ni dengan pengalaman NuNa yang satu itu…luka bersalin NuNa memang lambat sembuh…bukan setakat lambat yerk…hari ke-20 berpantang tu, kena jahit sekali lagi!!! Lepas jerk nurse bgtau luka tak bercantum elok, memang nangis lah! Terbayang nak kena jahit mentah-mentah kat hospital…adoii…ngeri cheq!

Tapi NuNa tak p hospital okeyh…p klinik swasta Pakar Puteri…mula-mula doktor bagi ubat sapu dulu untuk sapuan 3 hari…pastu kena check balik…memandangkan tak memberi kesan, kena la jahit balik…tapi buat kat klinik swasta kan…doktor bius satu badan…selamat!! Tapi bertambah lmbat la habis berpantang…nak buat mcm mana kan…

Sebab??? Ok…
  • Faris, anak NuNa dilahirkan dengan berat 4.3kg…kategori besar & luka juga besar..Luka bersalin tu berbentuk ‘Y’…doktor kata salah satu capahan shj yg tak bercantum tapi NuNa tak tahu la bhgn mana yang jahit sebab NuNa tak pernah tengok luka tu. Taktau pun rupa macam mana… 1st time la katakan…mana nk reti…tak penah belajar betul-betul…learn by experience la kononnya!
  • Mungkin jugak lepas mandi @ membuang air, tempat luka tu tak dilap sehingga kering.
  • Pastu, NuNa banyak berjalan, kerap duduk berbanding baring.
  • Mengurut terlalu awal iaitu lepas 2 minggu…ada orang kata tak awal, tp mungkin sebab luka tu besar @ byk, sbb tu terkesan akibat mengurut.
  • Makan jamu selepas habis ubat hospital...huhuhu…last2, susu badan pun tak nak keluar…Faris sempat menyusu 2 bulan lebih jerk…sampai muntah-muntah hisap sebab susu tak keluar..kesian…
  • NuNa memang jenis sembelit…hari ke-18 baru membuang air besar, hari ke-20 dh kena jahit semula…jadi, agak-agak la, lepas jahit kali ke-2 tu, bila pulak NuNa membuang air besar yerk…hahaha…


Ok, untuk makluman, benang jahitan semula tu tanggal pada hari ke-60 berpantang…woohoo… Puas hati!!! Tu pun kena sapu krim jugak lagi…sebab kemerah-merahan macam tak kering sangat…orang lain 60hari tu dah duduk bersila kot…NuNa masih berpantang! Sabo je laa…tapi NuNa rinduuuu sangat masa tu…teringin sangat nk baby lagi…Faris pulak selalu Tanya bila dia nak dapat adik…huhuhu….

Ok! Kembali ke tajuk entry… Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh!
  • Pastikan bahagian luka sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan.
  • Elakkan menyapu sebarang ubat traditional di bahagian luka pada 10 hari pertama. Penggunaan ubat traditional ini dikhuatiri mengganggu proses percantuman kulit
  • Tukar tuala wanita dengan kerap
  • Ambil serat dan air secukupnya bagi mengelakkan sembelit
  • Ambil vitamin C, multivitamin dan mineral zinc untuk mempercepatkan proses penyembuhan
  • Kurangkan berjalan atau melakukan aktiviti-aktiviti harian rumah semasa dalam pantang


Eh…cerita panjang bukan main, tips 6 jerk…hahahaha…kang kalau hurai tips tu satu2, lagi panjang pulak…okeyh…walaupun sikit jerk tips tu, tp NuNa harap ia memberi manfaat kepada semua…jadikan pengalaman NuNa sebagai iktibar/pengajaran walaupun pengalaman tu biasa-biasa jerk…

-----------------------------------------------------------
Mahu Set Bersalin Yang Membantu Luka Cepat Sembuh?
-----------------------------------------------------------


Pertanyaan lanjut, hubungi saya okeyh...
:: HP 013-4309343
:: ID 874901

Set Berpantang (Bersalin Normal / Pembedahan)

Setiap individu mempunyai amalan dan cara berpantang mengikut kepercayaan dan tradisi masing-masing. Apa pun yang penting adalah mengamalkan diet yang seimbang setiap hari mengikut porsi yang dicadangkan di dalam piramid makanan. Minum air yang banyak semasa berpantang untuk mengelakkan sembelit yang sering berlaku selepas bersalin dan juga untuk penyusuan susu ibu. 

Selain itu, terdapat supplemen tambahan seperti jamu atau vitamin untuk membantu membaikpulih badan selepas bersalin. 

Jamu VS Vitamin Semulajadi

NuNa pasti ramai ibu-ibu, bakal ibu sedang mencari makanan tambahan atau produk kesihatan yang nak diamalkan semasa berpantang. Antara perkara-perkara yang biasa dipertimbangkan adalah:-
1. Adakah ia selamat untuk penyusuan?
2. Adakah ia bagus untuk memulihkan kesihatan ibu selepas melahirkan?
3. Berapakah kos yang diperlukan?
4. Sejauhmna kebaikan mwngamalkan produk tersebut?

Okeyh…sebenarnya jamu juga adalah kategori makanan tambahan. Tapi badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan khasiat yang terkandung di dalamnya. Tambahan pula kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

Berbeza dengan vitamin, badan kita mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik.

Skema betul ayat-ayat di atas…maklumlaa…fakta kan…

So, bagi yang ingin mencuba vitamin semulajadi, penyerapan tinggi, tiada kesan sampingan kepada ibu & bayi yang menyusu badan dan harga yang berbaloi, NuNa sarankan Set Berpantang Shaklee di mana semua vitamin adalah berasaskan sumber semulajadi, tiada pewarna & perasa tiruan. Sebagai alternative kepada mereka yang tidak suka jamu yang pahit & pentingkan penyusuan susu ibu.


SET BERSALIN SHAKLEE (NORMAL / PEMBEDAHAN)



1. VITA-LEA IRON FORMULA (28 multivitamin & mineral lengkap)
¨      Ibu dalam pantang digalakkan ambil Vita-Lea kerana semasa dalam pantang banyak makanan yang kita tidak boleh makan yang mengakibatkan tenaga kita akan berkurang. Pengambilan Vita-Lea membantu mempertingkatkan tenaga ibu.
¨      Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin. Oleh itu, ibu perlu ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi menggantikan semula darah yang hilang.
¨      Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
¨      Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya (tingkatkan hemoglobin ibu hamil & pantang).
¨      Zat besi penting dalam penyusuan susu ibu.

2. B-COMPLEX
¨      Shaklee B-Complex ini dilengkapi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
¨      Dapat membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, menstabilkan emosi dan anti stress.
¨      Dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
¨      Menukarkan gula, karbohidrat (makanan) kepada tenaga

3. ZINC COMPLEX
¨      Galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan.
¨      Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
¨      Amat sesuai untuk ibu yang tidak gemar kepada pemakanan ikan haruan / pati ikan haruan – percepatkan pemulihan luka
¨      Pengambilan zink bagi ibu yang menyusu akan membantu anak yang disusukan membesar dengan baik.
¨      Mengurangkan masalah rambut gugur
¨      Membantu mengurangkan masalah kedinginan selepas bersalin.

4. VITAMIN C
¨      Pengambilan vitamin C bersama Vita-Lea Iron Formula dapat meningkatkan penyerapan iron.
¨      Vitamin C juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi dan penyembuhan luka.
¨      Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
¨      Membantu memperbaiki tisu sel yang rosak semasa proses bersalin.
¨      Sebagai antioksidan semulajadi.

5. OSTEMATRIX
¨      OsteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi.
¨      Kalsium dapat membantu menghalang kekejangan otot, bias-bisa badan, kebas-kebas, sakit pinggang.
¨      Membantu mengurangkan masalah sembelit/ melawaskan – bagus untuk ibu di dalam pantang terutamanya yang bersalin secara normal.
¨      Membantu mendapatkan tidur yang lena / cukup.
¨      Membantu mengurangkan masalah kemeruduman susu ibu semasa haid akibat kekurangan paras blood-calcium. Membantu proses penyususan susu ibu.

ok...bagi yang berminat boleh contact NuNa untuk rundingan dari segi keperluan, kesesuaian, bajet & semuanya ok...

:: HP 013-4309343
:: ID 874901
:: FB Page: Your Healthy Steps