Monday, October 13, 2014

Asid Amino: Kepentingan & Fungsi

Tahu tak Asid Amino tu penting?
Apa Asid Amino?

 Dalam bahasa susah >> Asid amino adalah molekul yang mengandungi kumpulan amino, asid karboksilik dan rantaian sampingan yang berbeza mengikut setiap jenis asid amino. Elemen penting dalam asid amino adalah karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.

 Dalam bahasa mudah >> Protein adalah nama besar yang mana merupakan salah satu makronutrien. Protein terdiri daripada rangkaian-rangkaian asid amino. Pendek kata, asid amino adalah protein, protein adalah asid amino. Asid amino bertindak sebagai blok binaan protein.



 Bahasa susah + bahasa mudah >> Asid Amino adalah kimia protein blok binaan untuk kehidupan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Asid amino yang menyumbang kepada kesihatan saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting & struktur sel. ~kepentingan tahap maksima nih!

 yang susah tetap susah, yang mudah pun boleh jadi susah...
 yang susah + yang mudah >> pejam mata sambil membayangkan & memikirkan...bukan lena! 

Asid Amino ada 2 jenis okey:-
  • Asid Amino Perlu (essential) & Asid Amino Tak Perlu (non-essential) ~ sama penting tapi diperoleh dari sumber yang berbeza.
 Asid amino perlu (essential) membawa maksud, badan tidak dapat sintesiskannya daripada sumber lain dan memerlukannya daripada sumber luar / makanan tambahan.
>> histidine, isoleucine, leucine, lisin, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan, valine

 Asid Amino tidak perlu (non-essential) bukan bermaksud tidak perlu tetapi ia boleh disintesiskan daripada sumber lain / dapat dihasilkan dalam tubuh kita / dijumpai secara bebas di dalam badan.
>> alanin, arginin, asparagine, asid aspartik, cysteine, asid glutamik, glutamin, gylcine, proline, tyrosine, serine

Semua Asid Amino melaksanakan fungsi penting dalam badan. Ia bekerja lebih baik apabila kita mengambil semua jenis asid amino. Jadi, penting untuk kita dapatkan pelbagai protein dalam diet kita.

Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil protein lengkap!

Jika kita tak mendapatkan Asid Amino yang cukup dalam siet seharian, kesihatan kita akan/boleh terjejas! Jumlah asid amino penting yang rendah (tak cukup) akan menimbulkan gejala seperti keresahan, tak fokus, daya tumpuan lemah, keletihan, kemurungan & ketidakseimbangan hormon. Semua ni nak bagi kita nampak tua sebelum masanya... 

Mari kita fokus kepada Asid Amino Perlu (essential) sebab ia tidak dapat dihasilkan oleh badan...
 Histidine – Ia digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.
 Isoleucine – Ia diperlukan oleh badan untuk proses sintesis hemoglobin, iaitu unsur utama sel darah merah.
 Leucine – Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.
 Lysine – Diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lysine juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan.
 Methionine – Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku.
 Phenylalanine – Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.
 Threonine – Menyeimbangkan protein dalam badan supaya tidak ada kekurangan atau banyak protein. Membina protein daripada asid amino yang membentuk tisu badan dari rambut hingga kaki dan menstabilkan paras gula dalam darah.
 Tryptophan – Diperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan.
 Valine – Penting untuk pembinaan otot. Kesan sampingan kandungan valine dalam tubuh termasuk halusinasi. Kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh. Valine membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal.
Gambar ni merujuk kepada kenyataan pada tong ESP
Yaa...ESP adalah sumber protein lengkap bersama Asid Amino Perlu !

Jangan pernah lupa, protein adalah makanan kepada sel ! 

Adalah disarankan kepada mereka yang mengamalkan pemakanan kesihatan bagi tujuan tertentu, jika tidak menampakkan keberkesanan, sila tambah sumber protein untuk memperbaiki sel anda terlebih dahulu...

Anda boleh mendapatkan mana-mana produk sember protein yang anda percayai!

Bagi yang mempercayai ESP Shaklee...boleh dapatkan segera.

Adakah anda mendapat sumber Asid Amino Essential yang mencukupi?
Kalau berminat untuk mendapatkan Asid Amino dari sumber semulajadi, ESP adalah yang terbaik buat anda...

Hubungi NuNa untuk maklumat lanjut yaa...
Istimewa untuk mereka yang istimewa...

Perlukan bantuan? NuNa sudi membantu, jangan malu & segan...
Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Sunday, October 12, 2014

Shaklee Effect 3R - Northern Region

Shaklee Effect 3R - Northern Region telah berlangsung pada 11 Oktober 2014 (Sabtu) di Sunway Hotel, Seberang Jaya, Penang.

Macam tajuk berita la plak kan...

NuNa p dengan husband & anak...boleh bawak anak...macam biasa la kan...bisnes Shaklee kan bisnes keluarga, so apa-apa kelas anjuran super duper upline boleh jerk nak bawak anak... best kan?

Finally, dapat jumpa Master Norita atau NuNa panggil Kak N...dan suaminya, Master Naquib...
Sempat bergambar dengan Kak N sebelum balik...Faris kata 'Bos ibu'...
Actually, ni 1st time attend kelas untuk Shaklee...dan yg 1st time ni terus jumpa Master Norita...selain Master Norita & Naquib, ada terperasan sis 'Farah Alias'...Master Coordinator rasanya...kenal pun sebab selalu follow FB beliau...hehehe...kecik comel orangnya walaupun nampak serius...tapi sis Farah Alias sibuk dengan 'anak-anaknya'...so tak dapat bergambar...

Rasa teruja kot jumpa dengan orang-orang berjaya nih...macam jumpa artis la kan...tapi ni 'artis Shaklee'...

Ok, sudah-sudah cerita jumpa sapa...saya tak kenal semua orang pun...orang pun tak kenal saya...heheh...

Selepas pendaftaran, dapat free gift...haa...2 sachets Cinch Energy Tea seorang...so, saya dapat 4 sachets la sebab daftar dengan suami...

Dalam dewan tu jugak disediakan minuman bervitamin + air kosong ais...bancuh sendirik... tiga kali anak saya, Faris mengulang membancuh Meal Shakes...sampai bau Meal Shakes dah kat dia...

1st segment ~ ME-RANK-LOVE ~ ahhaa....segment perkenalkan diri, rank & produk Shaklee yang paling disukai beserta alasan.... okeyh...dalam masa 15 minit, NuNa terima 60++ testimonial untuk pelbagai produk Shaklee.... WOW !!! Menarik menarik & menarik! Yang tak pernah dengar pun ada... Faris pun sibuk nak pegang mic nak bgtau testimonial dia...tapi tak payah la kan...hahaha
Ni time segment Me-Rank-Love (ambik gambar kat FB Master Norita)
Selain tu, ada diselitkan beberapa tips pemakanan suplemen tertentu untuk tujuan khas & tips tu takdak pun dalam buku kuning! Kena pantas yaa...sambil-sambil lalu ja Master kita ni bagi tips...kena alert laa... 

Sedikit ilmu tentang bisnes...walaupun sikit, tapi cukup berguna...pemangkin semangat...

Sedikit ilmu asas tentang nutrisi... part ni, sungguh terkesan kepada suami NuNa... tengahari tadi call tanya "vitamin kuning ni boleh makan dak? Untuk apa?"; "vitamin yang untuk jantung & cantik dok kat mana?"; "alfalfa simpan kat mana??".... hamboih! Nampak sangat makan vitamin sebelum ni taktau untuk apa...nampak sangat NuNa dok explain selama ni masuk telinga kanan keluaq telinga kiri...buat taktau jaa...padahal NuNa dah sediakan semua vitamin tu setiap hari dalam pillbox.... kena bawak dia p kelas nutrisi plak lepas nih...

Sedikit ilmu tentang amalan rohani...tips kerohanian... sungguh teruja! Sungguh membuka minda! 
Bergambar sebelum bersurai...ada yang dah balik....
Nak bagitau kat kamu yaa...MLM Shaklee adalah MLM yang Pertama di dunia & berbeza dengan bisnes MLM sekarang yg banyak menindas orang bawahan!

Shaklee the difference! Kalau kamu nak tahu, berhubung dengan NuNa k...

Istimewa untuk mereka yang istimewa...

Perlukan bantuan? NuNa sudi membantu, jangan malu & segan...
Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343
FB NuNa: Nurul Nadia Hazizan
FB Page: Your Healthy Steps

Tuesday, October 7, 2014

VITALEA - Tingkatkan HB Semasa Hamil

Tingkatkan HB semasa hamil dengan VITALEA!

Masalah HB rendah biasa berlaku di kalangan ibu hamil...tetapi keadaan 'biasa' ni tak bagus untuk ibu hamil & bayi di dalam kandungan!

RISIKO HB RENDAH:

1. Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

2. Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Kenapa VITALEA bantu tingkatkan HB?

Sebab dalam VITALEA mengandungi zat besi / iron !!

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit. 

Info untuk anda yang mengambil Zat Besi >> Vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan. Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam jarak pengambilan.

NuNa pasti ramai yang dah maklum tentang masalah HB ni...dan pastinya dah banyak membaca sambil-sambil survey cara untuk tingkatkan HB kan....so, NuNa tak mau cerita panjang-panjang, padahal info sama ja kan...nanti boring plak... heheheh...

NuNa nak cadangkan VITALEA Shaklee sebagai ikhtiar anda untuk tingkatkan HB!

Kat sini NuNa nak share info tentang VITALEA & beberapa TESTIMONIAL ahli keluarga & sahabat yang telah mendapat manfaat VITALEA bagi mengatasi masalah HB ni...

VITA-LEA IRON FORMULA
Testimonial sepupu...start makan masa HB 9.7...makin meningkat dalam tempoh 1 bulan pengambilan Vita-Lea... Alhamdulillah....
Testimonial sepupu...amalkan set lengkap untuk ibu hamil...Alhamdulillah HB & gula cantik sepanjang tempoh kehamilan; baby pun 'keras' selepas dilahirkan...

NuNa share ini ja dulu nah...nanti-nanti share lagi okey...

Hmm...sapa kata vitamin Shaklee kena makan banyak-banyak sekaligus?

Tak semestinya...ada yang ambik VITA-LEA saja sebab ada masalah HB jerk...
Ada yang ambik fullset untuk manfaat keseluruhan kesihatan...
Semua tu bergantung kepada keperluan & bajet yaa...

Kalau anda perlukan konsultansi, saya sudi membantu...

Info untuk anda Anemia / HB Rendah

Ini plak Set Kehamilan Shaklee...penambahan vitamin pada Trimester ke-2 & ke-3 adalah sekadar cadangan & pilihan; bergantung kepada keperluan ibu & bayi...Yang penting adalah Basic Set...atau boleh combine Vita-Lea dengan salah satu sahaja vitamin yang dicadangkan mengikut bajet anda...
Istimewa untuk mereka yang istimewa...

Perlukan bantuan? Saya sudi membantu, jangan malu & segan...
Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343
FB NuNa: Nurul Nadia Hazizan
FB Page: Your Healthy Steps

Sunday, September 28, 2014

Minuman BerVITAMIN: Mighty 3 Gems Set

Minuman BerVITAMIN Mighty 3 Gems Set sesuai untuk:-
~ mereka yang tak suka menelan / vitamin bentuk kapsul @ pil
~ mereka yang tak suka makan pagi @ bersarapan
~ mereka yang sibuk & kekangan masa
~ mereka yang selalu letih
~ kanak-kanak, dewasa & warga emas

Minuman BerVITAMIN ni sesuai diambil sebagai sarapan pagi untuk kekal sihat & bertenaga sepanjang hari! ~ The perfect breakfast on the go!

Minuman BerVITAMIN Mighty 3 Gems Set ini merupakan sarapan lazat & berkhasiat yang mampu:-
~ membekalkan tenaga sepanjang hari
~ membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan & penumpuan
~ memelihara kesihatan secara menyeluruh



MEAL SHAKES ~ sumber multi vitamin & mineral, kalsium & zat perlu.

ESP ~ sumber protein lengkap dengan 9 asid amino penting untuk tubuh

PERFORMANCE DRINK ~ Minuman isotonik yang membekalkan elektrolit penting tubuh.

Minuman BerVITAMIN Mighty 3 Gems Set adalah sarapan @ minuman lengkap untuk membekalkan semua keperluan tubuh!

Cadangan makanan: 1 sudu besar setiap satu dibancuh dengan dalam segelas air / shake & minum! Cukup sekadar 1 gelas sehari ketika bersarapan...

Tanpa sarapan yang baik, anda @ anak anda mungkin:-
~ tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang
~ kurang peka
~ mengambil masa yang lama untuk bertindakbalas
~ kandungan gula dalam darah yang rendah
~ produktiviti kerja menurun





Minuman BerVITAMIN Mighty 3 Gems Set bukan minuman biasa! 
Minuman BerVITAMIN Mighty 3 Gems Set minuman yang penuh berkhasiat untuk seisi keluarga!
Minuman BerVITAMIN Mighty 3 Gems Set minuman kesihatan terbaik!
Minuman BerVITAMIN Mighty 3 Gems Set The Perfect Breakfast On The Go!

Minuman BerVITAMIN Mighty 3 Gems Set Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa!

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp : 013-4309343
FB: Nurul Nadia Hazizan
FB Page: Your Healthy Steps

Tuesday, September 9, 2014

Kesan Sampingan Meal Shakes

Meal Shakes ~ bantu tingkatkan sistem imun Faris
Meal Shakes ~ bantu tingkatkan selera makan Faris

Faris jenis mudah selsema. Tahun 2013, bermula Januari, dia selsema sampai 6 bulan!

Tak tau la pasaipa...makan ubat klinik tak lega, ubat farmasi pun tak lega...risau jugak kot ada masalah paru-paru ka kan...tapi bila check dengan doktor, doktor kata takdak apa...selsema biasa...

Tapi Faris kena hujan setitik pun memang demam & selsema....imun rendah...

Tambahan pulak, dia baru masuk sekolah masa tu...NuNa hantar dia ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) masa umur 5 tahun. 

Agaknya, 1st time bergaul dengan orang & mudah dapat jangkitan...sebelum ni lepak kat rumah Mama pengasuh ja...tak terdedah sangat...

Satu lagi masalah si Faris ni masa umur 4-5 tahun tu adalah makan bermusim...

Maksud bermusim tu camni...

  • Minggu ni tak makan nasi...makan roti & biskut jaa....pagi petang siang malam makan itu jaa...
  • Minggu depan plak makan makan nasi...dapat makan 1 hari 1 kali tu memang lega sangat dah!
  • Minggu depan lagi tu makan spageti, macaroni...takpun makan lauk jaa, nasi tak makan...
  • Kalau keluar berjalan-jalan, bercuti-cuti, jangan harap nak makan makanan berat macam nasi...kena standby roti Gardenia krim Coklat/Jagung tu kat dia...
Slim Faris time tu okeyh... berat 16kg maintain jerk...padahal masa kecik keluar dari perut 4.3kg...tiap bulan membesar & naik berat 1kg...tiba-tiba masuk umur 4-5 tahun berat tak naik-naik dah...asalnya besaq dari orang lain, dah jadi kecik dari orang lain...nampak segala tulang rangka... yang ibu plak membesar bagai dipam-pam! Aduh....hehehe...

Kononnya masa tu taknak bagi anak suplemen...terpengaruh sebab orang kata tak bagus bagi anak-anak suplemen...tapi orang tu kata sebab anak dia sihat...anak NuNa ni tak sihat...dah la Faris stop susu umur 3 tahun...susu Dutch Lady kotak kecik tu minum la skali skala...kurang dah sumber Kalsium dia...dah la jenis alah Antibiotik...kalau demam, batuk, selsema memang lambat sikit nak sembuh kata doktor sebab tak ambik antibiotik...

Ok, alah antibiotik tu genetik ibu k...hehehe...

Fikir-fikir balik, pemakanan anak-anak lebih kurang sama ja dengan orang dewasa sekarang nih...so, tak mustahil anak-anak pun kekurangan nutrisi tertentu dalam badan...saja nak aplikasikan 'tak ada manusia yang sempurna'... Masalah kesihatan yang wujud disebabkan kekurangan nutrisi la kan...tapi perkara pokok yang perlu diingat - sakit itu pemberian Allah sebagai ujian... Kita sebagai manusia perlu la berusaha, berdoa & bertawakkal... p klinik, ambik ubat tu usaha kan...sama jugak bagi anak suplemen...usaha jugak...natural supplements for our kids...

Dan akhirnya, beli la Meal Shakes kat Faris sebagai usaha & percubaan...Ibu berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan orang lain, takkan anak sendiri nak bagi ubat-ubatan kimia sembarangan kan...

Seminggu amalkan Meal Shakes...sehari 1 sudu kecil sahaja...dicampurkan dalam mana-mana minuman Faris... #shakleeeffect
  • Selsema yang 6 bulan tu dah mula kering...
  • Hari-hari makan nasi...pernah sekali tu, pukul 11 malam mintak makan nasik!
  • Tambahan sumber kalsium sebab dalam Meal Shakes ada Kalsium
  • Tingkatkan sistem imun sebab dah jarang nak selsema, demam & batuk...kalau ada pun, tak teruk
Lepas 1 bulan, NuNa skip bagi Meal Shakes...selang sehari...kadang-kadang 2-3 hari sekali...
Makan banyak sangat pulak kan...tapi tak gemuk! Sekarang makan nasi 3 kali sehari... pergi sekolah bawak bekal nasi, tengahari balik sekolah makan nasi rumah mama pengasuh. malam pun mintak nak makan nasi...fuhhh...sebab aktif sangat kot bermain sekarang...

Dalam tempoh tu jugak, NuNa tambahkan Omega Guard dan Chewable Vitamin C 100mg...
Omega dia ambik selang-selang jugak...cuma bila selsema & batuk, NuNa akan suruh dia ambil hari-hari...nak cepat keluarkan kahak & hingus...cepat sikit sembuh!
Vitamin C memang fevret...sehari 3 biji kadang-kadang tu...suka masam katanya...

NuNa tak sampai hati untuk 'berkira' dengan anak tentang suplemen nih...sebab Faris memang memerlukan...bersyukurlah jika mereka dikurniakan anak yang sentiasa sihat & mudah untuk diuruskan...




Bagi anda yang mempunyai anak seperti NuNa, atau masalah kesihatan lain, cubalah Meal Shakes...jangan risau, Meal Shakes ni multivitamin, mineral, kalsium, protein, asid amino ~ semua yang diperlukan oleh tubuh...juga sesuai untuk mereka/orang dewasa yang tak suka makan vitamin berbentuk tablet...

MEAL SHAKES Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa

NAK CUBA? PM / SMS / WhatsApp 013-4309343 ~ Free Consultation!
HP : 013-4309343