Monday, April 7, 2014

Elak Batu Karang Hempedu Dengan Lecithin

Pundi hempedu adalah until berbentuk buah lai pada sisi bawah hati kita. Tujuannya untuk menyimpan & memekatkan hempedu, yang mana datang daripada hati kita melalui saluran khas untuk diserahkan pada usus melalui saluran lain. Pundi hempedu diperlukan untuk membantu mencernakan lemak, nutrient penting yang diperlukan oleh semua bahagian tubuh. Jika pundi hempedu tidak berfungsi dengan betul, ia memulakan reaksi rangkaian masalah kesihatan yang lain yang boleh membawa kepada penuaan tubuh & batu karang hempedu!

Simptom >> pencernaan bergas, ketidaktetapan, gangguan penglihatan, pencernaan lemak yang lemah, kembung, lesi pada kulit kerana lemak tidak diserakkan dengan sempurna.

Jika kemerosotan fungsi hempedu lebih serius, kulit kita akan bertukar ke warna putih cat @ kekuning-kuningan, mata juga boleh menjadi tidak berwarna.

Batu yang terbentuk di dalam salur hempedu sekaligus menyebabkan jangkitan bersama dengan jaundis & kecederaan hati. Jika serangan pundi hempedu terhasil dripada batu dalam salur hempedu, kepedihan yang teruk tersebar daripada atas abdomen ke belakang @ kanan bahu.


BEBAS DARIPADA BATU KARANG HEMPEDU
Susan P. berasal dari sebuah keluarga di mana kebenyakan adik-adik perempuannya mengalami batu karang hempedu. Oleh kerana itu, dia melindungi dirinya daripada risiko masalah kesihatan ini. Dia telah bertanya kepada doktornya yang mempunyai pemikiran makanan tentang makanan yang boleh meningkatkan rintangan terhadap batu karang hempedu. Doktor telah menyarankan Susan P. supaya mengambil sekurang-kurangnya empat sudu granul LECITHIN (daripada kedai kesihatan & farmasi) setiap hari. Susan P. mematuhi nasihat doctor dengan mengambil LECITHIN. Susan P. bebas dari risiko batu karang hempedu walaupun umur telah menjangkau 60 tahun, manakala adik-adik yang lain mendapat batu karang hempedu pada usia 40 tahun. Susan P. menggelar LECITHIN sebagai MAKANAN PENAWAR yang membebaskan daripada batu karang hempedu.


FAEDAH ‘MAKANAN PENAWAR’
  • LECITHIN, makanan penawar yang berasal dari kacang soya.
  • Kebolehannya dapat memperbaiki keupayaan untuk mencerna & menyerap lemak kerana kemampuan mengemulsinya.
  • Ia melarutkan penimbunan kolestrol yang berkemungkinan membeku & mengkristalkan untuk membentuk batu karang.
  • Faedah berkuasanya ialah ia boleh memecahkan penimbunan lemak ke dalam partikel yang mana boleh melepasi tisu untuk penyerapan tubuh.

Inilah makanan penawar yang menawarkan kesihatan pundi hempedu & kebebasan daripada risiko batu karang hempedu!


AMALAN ASAS KESIHATAN PUNDI HEMPEDU
  • Hapuskan makanan yang digoreng, pastry berlemak, berempah, daging khinzir & krim.
  • Nikmati daging tanpa lemak yang dipanggang @ dimasak, bijirin sepenuhnya, buah-buahan, sayur-sayuran.
  • Elakkan dari tekanan.
  • Kekalkan fizikal & minda dalam keadaan aktif.

LECITIHN Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Seitap kapsul mengandungi 520mg Lecithin soya, termasuk 80mg kolin & 48mg inositol. 



Manfaat lain LECITHIN
  • Membantu tubuh dalam menyerap Vitamin A, D, E & K yang larut lemak
  • Melindungi & memulihkan kesihatan hati
  • Memecahkan lemak & kolestrol
  • Menghalang obesiti - membantu memecahkan & membakar lemak
  • Mencantikkan otot & kulit
  • Memperbaiki alergi
  • Menghalang kejadian batu karang
  • Mempertingkatkan daya ingatan & ringankan stress
  • Menghalang tekanan darah tinggi
  • Memperbaiki kesihatan prostat lelaki
  • Meringankan sembelit - pelembut najis, melembapkan usus, meleraikan toksin di dalam usus

Nak cuba? Jom sembang-sembang...
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps


Tuesday, February 25, 2014

Set Diabetes / Kencing Manis / Sugar Control Set

~Sugar Control Set~ Suggest by SHAKLEE

"Membantu mengawal ketidakseimbangan glukosa dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh"


Penyakit kencing manis semakin menular di kalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis membawa kepada:
~ Penyakit jantung
~ Penyakit buah pinggang
~ Luka lambat sembuh
~ Hilang fungsi saraf

Set Sugar Control Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pengidap kencing manis.

Kebaikan:-
  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah.
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan.
  • Membantu menyembuhkan luka.

ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

VITA-LEA IRON FORMULA

GLA COMPLEX

ALFALFA COMPLEX

SUSTAINED RELEASED VITA-C

ZINC COMPLEX

Waaa…banyaknya suplemen nak rawat kencing manis…eh eh eh…bukan rawat sayang…ini vitamin @ suplemen @ makanan tambahan untuk tingkatkan kesihatan pesakit sekaligus membantu badan mengatasi masalah kencing manis…bila nutrient dlm badan cukup, in syaa Allah segala masalah dapat diatasi dengan baik…


Ini cadangan vitamin yang berkaitan…tapi penggunaan adalah mengikut keperluan yaa…ada masalah, bgtau NuNa…nanti NuNa tolong cadangkan vitamin yang sesuai…free consultation…

Nak cuba? Jom berdiskusi dengan NuNa untuk dapatkan suplemen mengikut keperluan & bajet...
:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps


Wednesday, February 12, 2014

Testimonial Kulit Cantik & Sihat Part 2

Assalamualaikum....

Haluuu...NuNa nak share testimonial lagik...tentang kesihatan & kecantikan kulit lagik...lagik, lagik, lagik & lagik!!! Banyak sangat testimonial tentang kesihatan kulit ni tau... takkan nak simpan dalam pendrive ja kan...

Untuk Part 2 nih, NuNa share testimonial pengguna vitamin kesihatan & kecantikan kulit set asas iaitu Set D + 1@2 vitamin untuk kesihatan kulit yang lain. Ingat dak entry Set Kecantikan Kulit ? Dalam tu ada nyatakan vitamin-vitamin berkaitan untuk kesihatan kulit selain vitamin asas B,C & E...kan...bergantung kepada masalah kesihatan kulit masing-masing....boleh check dengan NuNa keperluan kamu yaa...

So, sebelum layan beberapa testimonial untuk Part 2 nih...kita review sikit entry lepas...tapi kamu review sendiri k...klik link kata bawah nih...hikhikhik

~ Vitamin-vitamin yang berkaitan untuk kesihatan & kecantikan kulit >> Set Kecantikan Kulit
~ Testimonial set asas - Set D (Vitamin B, Vitamin C & Vitamin E) >> Testimonial Kulit Cantik & Sihat Part 1

Jom layan testimonial kawan-kawan kita nih...


Set D + Alfalfa Complex

Set D + ESP

Set D + GLA Complex + Alfalfa Complex

Set D + GLA Complex + ESP

Set D + GLA Complex

Hmmmm....macam mana? cantikkan...Alhamdulillah...Tahniah buat kawan-kawan kita nih sebab berjaya menjaga anugerah Allah ini sebaik mungkin...

Kamu pun boleh lakukan & jadi seperti kawan-kawan kita nih...iyaa...kamu! Kamu yang tengah baca nih...hehehe... peace yooo!!!!

NuNa sediakan set mampu milik untuk kamu yaa...demi menambahbaik nilai kesihatan semua...NuNa sayang kamu... ;)

:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: SID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Tuesday, February 11, 2014

Percutian Ke Pulau Langkawi

Assalamualaikum...

Huhuhu...nak buat entry Percutian Ke Langkawi nih bulan lepas lagik...sejurus balik dari bercuti...tapi apa yang disibukkan pun tak tau laaa...NuNa baru siap edit gambaq masa kat sana...heheh...

NuNa, En.Suami & En.Anak ke Langkawi sebab nak menggantikan cuti kami yang tertangguh dari Disember 2013...pun tak tau la sebab apa yang tertangguh...kesian kat Faris...cuti sekolah tak bercuti mana-mana...just pi Penang bawak dia naik feri...kihkihkih....cover la konon...

Bertolak ke Langkawi pada hari cuti Thaipusam ~ 17/01/2014...tuudiaaa....nala punya ramai orang kat Jeti Kuala Kedah...malas nak amik gambaq time tuh! P jeti kul 9.00pg, nek feri pukul 12.30 tengahari...punya ramai orang...nak bebai pun ada...tapi sabaq...satgi percutian jadi tak best kan...mujuq hotel tempah 2-3 hari sebelum tu...kereta ja la tak booked... kereta pun En Suami nak booked la time dok tunggu kat jeti tu..tp serius NuNa tak confident! Rasa macam boleh dapat murah walaupun cuti umum camtu...tanya keta kancil, habis, yg kecik semua habis...yg besaq paling murah pun RM80 kot...kalau hari biasa mai, RM40- RM50 ja setakat kancil tu...wira pun habih kuat RM60-RM70...kata kat En Suami, takpa...kita cari keta kat Jeti Langkawi...mesti bleh save sikit...

Sampai Langkawi pukul 2.30 petang...dekat 2 jam jgk klu naik dari Kuala Kedah...kalau dari Kuala Perlis cepat sikit...tapi rumah dekat ja dengan Kuala Kedah kan, adik plak tolong hantaq p jeti, save parking tuu...hehehe...nak save saja!

Samapi sana, terus cari keta...dapat la kancil RM60...pukul 3ptg Jumaat sampai pukul 3ptg Ahad - RM120...ok laa...plan nak ambik moto tau...nak feel travel la konon...tau berapa sewa moto?? sama harga kancil!! hampeh...

Dapat kereta, terus ke hotel...hotel tak glamer, jenoh la jugak kan...tapi nasib Waze menunjukkan jalan yang benar...hahaha... Ricca Inn... hotel biasa-biasa...untuk penginapan biasa...sbb nak tidoq ja kan...mmg plan nak berjalan ja...bukan nak lepak hotel...dan kisah sebenarnya banyak hotel yang dah full booked! Cuti umum kan...hotel tepi pantai memang jangan harap laa...kalau nak yang best, kena awal...tapi Ricca Inn ok laa...selesa jugak...RM77/bilik/malam

Aktiviti pertama adalah Cable Car kat Gunung Mat Chincang....NuNa dah 3 kali naik...adoi...terpaksa naik skali lagi demi En Suami...dia tak pernah naik...kesian sungguh! Orang Kedah, p Langkawi berapa kali dah, tapi tak pernah naik Cable Car...ok...layan ja... Whooaaaaa...musim angin! musim sejuk! Pukul 5ptg sampai Gunung mat Chinchang...ramai gila okeyh! tapi beratoq jugak...pukul 6ptg lebih jugak la baru dapat naik. Serius beb...sejuk + angin kuat = Faris berdiri kat atas nuu nak terbalik! punya kuat angin...dah la Faris pakai baju ketiak! (baju ketiak = baju tanpa lengan a.k.a singlet ~ ntahapahapa punya nama baju Faris bagi)
Nasib ibumu ini bawakkan sweater kamu...Faris berjalan mesti pegang baju NuNa or abahnya...takot jatuh...bayangkan yerk...FonPad Asus pun nak jatuh bila pegang...betapa kuat angin itu...

Jom layan sekeping gambar kat Gunung Mat Chinchang...En Suami gaya ke Kutub, En Anak muka cuak amat!




Tak dapat nak lepak lama-lama kat atas tu...sejukkk...lagipun dah lewat...pukul 7 dah pun...suspension bridge tak boleh turun...tak pasti la plak dah brapa lama tutup...tapi kalau bukak pun, tak dak orang jalan kot...angin kuat...owh...lupa plak...tiket...untuk dewasa RM15, kanak-kanak RM10...

Lepas turun tuu, terus gerak balik ke Kuah...plan nak dinner kat Wan Thai Restaurant tetapi ramai la plak orang dah booking...nak kena tunggu meja kosong dulu dalam pukul 8.30mlm...malas NuNa nak tunggu...agak lapar laa...sbb makan kat rumah tadi nuuu...so, En Anak makan burger, En Suami nasi mamak, NuNa makan mee goreng...

Lepas makan, terus p lepak kat Dataran Lang...malam memang tak tau nak buat aktiviti apa...so, bawak En Anak tengok Helang laa...huhuhu....tengok helang batu! sambil makan aiskrim...pastu balik tidoq!




Hari kedua, plan bawak En Anak ke Underwater World...yeeaayy untuk En Suami & En Anak sebab mereka memang suka dengan zoo & binatang...NuNa tak suka...layankan aja laa... amik gamabaq lebih kurang...tp depa memang happy sgt!!! ok laa...cuti yang bermakna....Tiket? Dewasa RM30, kanak-kanak RM20...




Jeng jeng jeng......... sekali lagi terjah ke Wan Thai Restaurant...huhuhuhu...tak mau tunggu malam, jenoh nak beratoq! hahaha....ok...2nd day kat Langkawi ni merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan NuNa & En Suami yang ke-6...hihihi...malu aih...tu yg plan nak makan yang best untuk celebrate skali...nak belanja En Suami makan seafood yang best kat sini, tp NuNa yang dibelanja...save bajet i....kihkihkih... RM80 untuk lunch hari tuu....layan gambaq sekeping....



Haaa...tomyam seafood, sotong goreng tepung (hajat asal adalah ketam lembut goreng tepung tapi takdak), ayam pandan & otak-otak seafood (yang dalam buah nyok tu...sedap ooo)...En Anak tak makan nasi, ratah sotong & ayam jaa! Sebab baru sudah makan roti...dan tabiatnya memang begitu...susah makan nasi semasa travel...pendamping setia adalah roti gardenia coklat & jagung...bawak dari aloq staq yaa...kat Langkawi takdak Gardenia...harap maklum!

Kenyang sudaaa...balik hotel, selesaikan apa yang patut,  tukar baju, nak cargas ke Pantai Cenang plak...untuk mandi manda...tapi memandangkan awal lagik, hala ke Pantai Pasir Hitam dulu...saja tengok kawasan, apa yang ada...pasir agak hitam...hikhikhik...damai jugk rupanya...bertentangan dengan Kompleks Kraf Langkawi...relax jerk kat sini, tak ramai orang, ada beberapa family yang berkelah...asalnya nak mandi kat situ jerk, tp macam panas lagik, tak jadi...just lepak tepi-tepi batu & gigi air jerk...cuma tak tulis nama atas batu ja lagi!

Dah lepak sekejap, terus gerak untuk ke Pantai Cenang...on the way tu, tersinggah pulak kat Hot Spring...singgah toilet aja yaaa...dan beli air...rasa macam takdak apa sangat...huhu...dan gerak sekali lagi untuk ke Pantai Cenang....

Ish ish ish...ada pulak sign board ke Gunung Raya....lambat lagi la ceritanya nih nak sampai ke Pantai Cenang....En Suami ajak ke Gunung Raya...tengok apa yang ada...alang-alang dah lalu katanya...woooo....naik bukit nih...eh...gunung...ketinggian lebih kurang Gunung Mat Chinchang jugak, 2000++ft...tapi naik kereta...gayat kot...rasanya cecah 1jam nak smpi kat puncak...sejuk tapi tak la berangin macam kat Gunung Mat Chinchang tu...kat puncak tu ada sebuah hotel...tak ingat dah nama dia...dan kat hotel tu ada menara untuk see view...kena bayaran yerk untuk naik lif & lepak atas tu...dan disediakan secawan teh herba untuk setiap orang...tiketnya RM10 utk dewasa; RM5 untuk kanak-kanak...bunyi berdesing boleh tahan kuat jugak...walaupun angin tak kuat tapi ada jugak la angin...kami sampai kat puncak tu dalam pukul 5.30 petang...



Ok, lepas turun dari Gunung Raya, terus gerak ke Pantai Cenang...tak boleh 'tersinggah' kat mana-mana dah sebab agak lewat...akhirnya sampai jugak ke pantai....pukul 6.30 lebih kurang...yang mandi-manda En Suami & En Anak ja...Pn Ibu tolong tengok, ambik gambar, jaga beg, jaga kasut...heheh...janji happy!!! Kat sini memang ramai la...maklumlaaa...keliling tu semua resort...mat saleh lagi la ramai... sat saja, sebelum maghrib, kami dah gerak keluar dari kawasan pantai...



Balik hotel, bersihkan diri, siap, keluar makan....lepas makan, balik rehat kat hotel...elok laaa....pukul 10.30 malam dah pun...makan pun kedai siam biasa jaa....lagipun, esoknya dh nak balik...hari nak beli coklat!

Taraaa....hari ahad dah...nak balik dah...dan.....hari tu adalah Hari Lahir En Suami...mmm...mmg tak dan dah nak celebrated best-best time tu...heheh....check out dari Ricca Inn terus ke Beras Terbakar...buang masa sat kat situ...terus ke HIG Group...macam biasa, mai Langkawi mesti cari coklat!!! Tapi yang sadisnya, Pepero kotak hijau habih!! huuuu...dah la yang tu yang sedap...tinggal yang kuning jaaa...kuning pun kuning laa...belasah! Selain Pepero, En Suami & En Anak dok kutip coklat kegemaran depa & tak lupa ikin bilis yang dipesan oleh Mama...coklat & ikan bilis beli untuk mertua skali yerk...baru adil...baju-baju bagai memang tak shopping....just beli 2 helai baju untuk En Anak...dia yang diutamakan...heeee...

Tiket feri pukul 3.30petang....dan agak stress bila tiket perjalanan tertunda selama 1jam! wooo...lama tuu...asal orang ramai camtu, mesti jadi kes feri tertunda...khabarnya ada bot/feri tengahari tu rosak...sebab tu semua jadi tertunda...dan kala itu jugaklah demam menyerang...amboi....huuu...rasanya bukan tunda sejam dah...feri gerak balik pukul 5.15 petang...pukul 7 jugak la sampai ke rumah...hoooheii...

Total perbelanjaan percutian 3 hari 2 malam kami tak cecah RM1K...memang plan untuk belanja setakat tu jaa...ok, klu plan nak beli pinggan mangkuk periuk belanga memang tak cukup melainkan pergi Langkawi pagi, shopping pinggan mangkuk periuk belanga & balik petang tu jugak...tu pun kalau beli sekadar keperluan yerk...silap-silap kena cukai sebab pergi balik hari & beli barang banyak! Harap maklum!

Malam tu keluar makan dengan Mama & adik....celebrated birthday En Suami kat Restoran Mekah...layan nasi mandy....ok, sekian....

** taip ikut suka...kalau tak paham, mohon maaf...malas nak check...harap kurang typo...

Friday, February 7, 2014

Set Bijak & Cemerlang / Brilliant Set

~Wellness Set~ Suggest by SHAKLEE

"Meningkatkan kepekaan, daya ingatan dan kecekapan kerja"


Dalam dunia yang penuh mencabar, sama ada yang muda mahupun yang tua berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam hidup mereka. Dalam mencapai kejayaan, ramai yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan, antaranya:
  • Tekanan
  • Kelesuan dan sakit badan
  • Kurang tidur
  • Kurang daya tumpuan
  • Sakit kepala berulang
  • Lemah daya ingatan
  • Kurang peka

Set Brilliant Shaklee memberikan anda satu set yang lengkap dalam mencapai kesihatan yang lebih baik dan hebat.

Kebaikan:-
  • Membantu melegakan tekanan.
  • Membantu mengurangkan kemurungan dan memperbaiki emosi.
  • Berasa lebih bertenaga.
  • Menggalakkan tidur yang sempurna.
  • Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran.

B-COMPLEX


CINCH ENERGY TEA MIX


ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER


OMEGAGUARD


OSTEMATRIX


LECITHIN

Hmm…macam banyak jerk nak brilliant pun…ini cadangan vitamin yang berkaitan…tapi penggunaan adalah mengikut keperluan diri masing-masing yerk sayang semua…suplemen ni bantu kecemerlangan tubuh badan…bila badan cemerlang, in syaa Allah otak pun cemerlang…kalau berminat bgtau Nuna, nanti NuNa tolong okeyh…free consultation…


Nak cuba? Jom berdiskusi dengan NuNa untuk dapatkan suplemen mengikut keperluan & bajet...
:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: Your Healthy Steps