Wednesday, April 9, 2014

Radikal Bebas, Pengoksidaan, Anti Oksida

Apakah zarah radikal bebas yg dikatakan mengancam tubuh kita? Dan apa pula kaitannya dengan anti-oksida?

Zarah radikal bebas sebenarnya adalah disebabkan tekanan mental, pencemaran, merokok, racun perosak dan sinaran. Ianya dimasukkan ke tubuh kita apabila kita menghirup oksigen yang pada masa sama melalui perubahan kimia, seperti pencemaran, asap rokok dan sebagainya. Ia mampu memberikan kesan negatif seperti mendatangkan pelbagai penyakit. 

Zarah radikal bebas yang sangat tidak stabil akan terjadi ketika proses pengoksidaan, apabila ia memasuki tubuh kita, ia akan menukarkan lemak dan lipid dalam badan kepada bahan yang boleh merosakkan sel sihat yang menyebabkan anda uzur dan tua. Oleh yang demikian cara terbaik melawan zarah radikal bebas itu adalah dengan mengawal proses pengoksidaan itu sendiri. 

Antioksida adalah penawar semula jadi kepada ancaman zarah radikal bebas. Sebenarnya ia adalah bahan yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas pemusnah itu, yang akan MEMPERKUKUHKAN KETAHANAN SEL anda. Bahan hebat itu membantu MERANGSANG PEMBAIKAN SEL DENGAN PANTAS dan juga dapat MEMBAIKI DNA yang dirosakkan zarah radikal bebas itu.


Di samping manfaat kesihatan, antioksida itu juga terbukti dapat MEMPERLAHANKAN PROSES PENUAAN serta MEREMAJAKAN dan MEMANJANGKAN ZAMAN MUDA. Dengan mencari dan meneutralisasikan zarah radikal bebas, antioksida bertindak sebagai pengemas rumah dalaman badan.

Pada hakikatnya, antioksida berkesan sebagai penghapus zarah radikal bebas sehingga mereka sering dapat mengatasi sesuatu masalah sebelum apa-apa kerosakan molekul berlaku. Dengan demikian, antioksida boleh dipanggil PENGAWET MUDA DALAMAN BADAN MANUSIA.

Antioksida juga memainkan peranan penting dalam MEMBINA DAN MENGEKALKAN KEKEBALAN BADAN. Antioksida menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisma pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisma lain yang menyumbang kepada proses penuaan.

Dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan memasukkan pelbagai makanan yang kaya dengan antioksida dalam menu harian, anda dapat membekalkan badan dengan bekalan antioksida secukupnya tanpa sebarang masalah.

Memandangkan makanan itu mudah didapati, tidak ada alasan untuk tidak memasukkannya dalam pemakanan dan dalam rancangan anda untuk hidup dengan sihat.

Apakah makanan yang kaya dengan anti oksida? 
>> Makanan yang mengandungi Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E !!! 


Sebab tu, ada orang sebut Vitamin ACE! 

Bagi pengamal suplemen Shaklee, Vitamin ACE adalah Carotomax (Vitamin A), Vita-C Sustained Release dan Vita E Complex >> suplemen antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas & meningkatkan perlindungan badan.


:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

No comments: