Friday, January 17, 2014

Masalah Keputihan & Rawatan

Keputihan, juga dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus di kalangan pakar perubatan merupakan cecair yang keluar dari vagina yang dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron dalam badan wanita. Keputihan bukan saja dihadapi oleh wanita yang sudah berkahwin atau hamil, malah turut dihadapi oleh remaja dan kanak-kanak. Namun kebarangkalian remaja dan kanak-kanak mendapat keputihan adalah lebih rendah.

Dianggarkan sebanyak 75% wanita yang sudah berkahwin akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku disebabkan wanita berkahwin telah mendapat pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya mudah dijangkiti. Manakala 80% wanita hamil berisiko mengalami keputihan disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan dan menyebabkan wanita berkenaan mudah dijangkiti kulat.

Jenis Keputihan
Terdapat dua jenis keputihan, iaitu normal dan abnormal.
  1. Keputihan normal (fisiologis) terjadi 14 hari sebelum haid, iaitu waktu kesuburan seorang wanita. Ia tidak berwarna (jernih), tidak mendatangkan kegatalan dan tidak berbau. Keputihan yang normal ini juga dipanggil cecair ovulasi dan menjadi petanda kesuburan seseorang wanita.
  2. Keputihan abnormal (patologis) adalah keputihan yang terjadi sepanjang masa, mendatangkan rasa gatal dan tidak selesa semasa berhubungan seksual, berwarna putih dan likat. Adakalanya keputihan berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah.
Keputihan abnormal berpunca dari keadaan vagina yang lembap, menggalakkan pertumbuhan kulat, kuman dan virus. Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian dan sekiranya merebak akan menyebabkan kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.
  • Kuman - kuman bakteria jenis E-coli adalah bakteria yang sering menjangkiti kemaluan dan organ peranakan.Kuman Trichomonas menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan disertai gatal-gatal dan berbau busuk. Selain itu, bakteria Gonorrhea dan Siplis juga kuman yang merbahaya.
  • Kulat - kulat Monilia atau Candida seringkali menjangkiti wanita yang sedang hamil atau menghidap kencing manis.
  • Virus - virus Herpes dan Chlamydia sering menjangkiti kemaluan dan organ peranakan.

Keputihan juga terjadi akibat infeksi oleh jamu, bakteria, virus atau parasit. Biasanya terasa gatal pada kawasan vagina atau bibir vagina bahagian luar. Boleh juga terjadi kerana jangkitan sabun pembersih vagina, hubungan seks dan jugak pemakaian seluar dalam yang ketat.

Punca lain kepada masalah keputihan adalah:
  • perubahan hormon - kitaran haid dipengaruhi oleh hormon, ketika ovulasi keputihan akan menjadi lebih cair dan semakin kental bila hampir period.
  • perubahan mental - keputihan juga bertambah jika wanita teransang seksualnya. letih minda atau stress juga mengakibatkan masalah keputihan.
  • penyakit dalaman - seperti tiroid atau kencing manis, mempengaruhi kestabilan hormon dan akibatnya masalah keputihan terjadi.

Ramai wanita menganggap keputihan itu adalah gejala yang normal dan akan sembuh dengan sendirinya. Tetapi anda silap! Keputihan adalah lebih jauh daripada itu!!!

Keputihan merupakan penyakit yang harus segera dirawat kerana boleh menyebabkan gangguan pada organ pembiakan. Jangan tak tahu keputihan nih boleh menyebabkan korang mandul dan kematian. Bahaya wooooaaah!

Nak rawat @ abaikan? Nak sihat @ nak sakit? Pilihan ditangan anda okeyh…

Apa perlu anda buat jika mengalami keputihan ? Tips asas...
  • Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.  
  • Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
  • Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. 
  • Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan adakalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.
  • Mengambil vitamin / suplemen yang bersesuaian

Bagi yang nak merawat, nak sihat & bersih…jom cuba Alfalfa Complex & Garlic Complex!

Bagaimana ALFALFA dapat membantu dalam masalah keputihan?
~ Alfalfa mampu meregulasikan hormon dan seterusnya merawat keputihan.


Selain itu, GARLIC juga membantu dalam mengatasi masalah keputihan.
~ Garlic merupakan antibiotik semulajadi & agen anti kulat


Ingin cuba & berusaha atasi masalah keputihan sebelum ia menjadi semakin rumit? Hubungi NuNa untuk berdiskusi dengan lebih lanjut…konsultasi percuma yaa… J

:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page - Your Healthy Steps

No comments: