Friday, January 10, 2014

Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh

Assalamualaikum…
Halluuuuuuu…

Adakah anda seorang bakal ibu? Sedang hamil? Pernah melahirkan anak? Tengah tunggu hari nak melahirkan insan istimewa? Sedang mencari-cari produk berpantang? Apalagi yang berkaitan eh dengan tajuk entry nih…mmm…kihkihkih…

Okeyh…sapa yang pernah mengalami masalah luka bersalin lambat sembuh??? Sila senyum sekarang!!! hehehe…terima kasih atas respond anda.. J

NuNa pun ada pengalaman luka bersalin lambat sembuh…hampir 6 tahun dulu…lama dah…teringin tengok sedara-mara, kawan-kawan dah anak ramai…jeles pun ada…tapi nak buat macam mana…belum rezeki lagi…rezeki anak laa…rezeki lain alhamdulillah…tapi NuNa tetap bersyukur sebab Allah dah kurniakan seorang anak yang soleh & bijak untuk NuNa & suami…alhamdulillah…ramai lagi yang belum dikurniakan anak…ada jugak yang takada peluang untuk menimang cahaya mata sendiri…ok, itu motivasi utk diri sendiri…

Kembali kepada tajuk entry…NuNa nak panjangkan entry ni dengan pengalaman NuNa yang satu itu…luka bersalin NuNa memang lambat sembuh…bukan setakat lambat yerk…hari ke-20 berpantang tu, kena jahit sekali lagi!!! Lepas jerk nurse bgtau luka tak bercantum elok, memang nangis lah! Terbayang nak kena jahit mentah-mentah kat hospital…adoii…ngeri cheq!

Tapi NuNa tak p hospital okeyh…p klinik swasta Pakar Puteri…mula-mula doktor bagi ubat sapu dulu untuk sapuan 3 hari…pastu kena check balik…memandangkan tak memberi kesan, kena la jahit balik…tapi buat kat klinik swasta kan…doktor bius satu badan…selamat!! Tapi bertambah lmbat la habis berpantang…nak buat mcm mana kan…

Sebab??? Ok…
  • Faris, anak NuNa dilahirkan dengan berat 4.3kg…kategori besar & luka juga besar..Luka bersalin tu berbentuk ‘Y’…doktor kata salah satu capahan shj yg tak bercantum tapi NuNa tak tahu la bhgn mana yang jahit sebab NuNa tak pernah tengok luka tu. Taktau pun rupa macam mana… 1st time la katakan…mana nk reti…tak penah belajar betul-betul…learn by experience la kononnya!
  • Mungkin jugak lepas mandi @ membuang air, tempat luka tu tak dilap sehingga kering.
  • Pastu, NuNa banyak berjalan, kerap duduk berbanding baring.
  • Mengurut terlalu awal iaitu lepas 2 minggu…ada orang kata tak awal, tp mungkin sebab luka tu besar @ byk, sbb tu terkesan akibat mengurut.
  • Makan jamu selepas habis ubat hospital...huhuhu…last2, susu badan pun tak nak keluar…Faris sempat menyusu 2 bulan lebih jerk…sampai muntah-muntah hisap sebab susu tak keluar..kesian…
  • NuNa memang jenis sembelit…hari ke-18 baru membuang air besar, hari ke-20 dh kena jahit semula…jadi, agak-agak la, lepas jahit kali ke-2 tu, bila pulak NuNa membuang air besar yerk…hahaha…


Ok, untuk makluman, benang jahitan semula tu tanggal pada hari ke-60 berpantang…woohoo… Puas hati!!! Tu pun kena sapu krim jugak lagi…sebab kemerah-merahan macam tak kering sangat…orang lain 60hari tu dah duduk bersila kot…NuNa masih berpantang! Sabo je laa…tapi NuNa rinduuuu sangat masa tu…teringin sangat nk baby lagi…Faris pulak selalu Tanya bila dia nak dapat adik…huhuhu….

Ok! Kembali ke tajuk entry… Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh!
  • Pastikan bahagian luka sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan.
  • Elakkan menyapu sebarang ubat traditional di bahagian luka pada 10 hari pertama. Penggunaan ubat traditional ini dikhuatiri mengganggu proses percantuman kulit
  • Tukar tuala wanita dengan kerap
  • Ambil serat dan air secukupnya bagi mengelakkan sembelit
  • Ambil vitamin C, multivitamin dan mineral zinc untuk mempercepatkan proses penyembuhan
  • Kurangkan berjalan atau melakukan aktiviti-aktiviti harian rumah semasa dalam pantang


Eh…cerita panjang bukan main, tips 6 jerk…hahahaha…kang kalau hurai tips tu satu2, lagi panjang pulak…okeyh…walaupun sikit jerk tips tu, tp NuNa harap ia memberi manfaat kepada semua…jadikan pengalaman NuNa sebagai iktibar/pengajaran walaupun pengalaman tu biasa-biasa jerk…

-----------------------------------------------------------
Mahu Set Bersalin Yang Membantu Luka Cepat Sembuh?
-----------------------------------------------------------


Pertanyaan lanjut, hubungi saya okeyh...
:: HP 013-4309343
:: ID 874901

No comments: