Friday, January 24, 2014

Perubatan Secara Islam (Al-Quran & Doa)

Assalamualaikum...
Okeyh...petang ni NuNa nak share tentang kaedah perubatan secara Islam menggunakan surah-surah di dalam Al-Quran & Doa...terus terang maklumkan yang perkongsian ni NuNa 'copy paste' ya...tapi mintak maaf banyak-banyak sebab NuNa tak ingat dari blog mana...NuNa pernah copy untuk simpanan dulu...lama dah...untuk kegunaan sendiri & keluarga... Hari ni, godek-godek pendrive, jumpa notes nih...so, NuNa nak kongsi dengan semua...sejauhmana kita menghadapi dunia moden, kita jangan lupa tentang ilmu & mukjizat dari Al-Quran itu sendiri...in syaa Allah, semoga memberi manfaat kepada semua...

Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadaNya.

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya:-

  • Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 & Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang) 
  • Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.
  • Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.
  • Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.
  • Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan seseorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.
  • Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.
  • Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.
  • Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' & Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.
  • Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit. 
  • Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

CARA PERUBATAN ISLAM SEBENAR - Tidak menggunakan hikmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan. Ia berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu:-

1. Amalan Bacaan Al-Quran
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT) 

3. Memperbanyakkan Zikir (Laila hail’lallah)


AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yang diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yang diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.

KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran! 

Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).



Sebagai contoh : 
  • Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran. 

  • Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

  • Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.
  • Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah. 
  • Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.


PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)- Ramai juga pesakit yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.

PEMBEDAHAN CARA BATIN– Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan bukan menggunakan pisau dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik. Contohnya ialah pembedahan untuk penyakit saluran darah yang tersumbat (blockage). Pembedahan ini dilakukan secara simbolik dan apabila pesakit itu mengamalkan ayat-ayat seperti di dalam Surah Al Israa', saluran darah yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala dan pesakit tak perlu membuat “by-pass operation”.

PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)- Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir dan racun santau). 

Sebagai contoh: 

  • Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat pendinding kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan. 

  • Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 28 hingga 44, ayat-ayat di dalam Surah Taha, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.
  • Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

PENYAKIT GANGGUAN MAKHLUK HALUS- Penyakit-penyakit gangguan selalunya disebabkan oleh kemasukan jin, syaitan atau iblis ke dalam tubuh badan manusia. Apabila jin memasuki ke dalam badan manusa, ia selalu nya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu ada sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosinya mereka terganggu, dan kadang-kadang “anxiety level” mereka sangat tinggi. Selalunya mereka rasa sakit di bahagian pinggang, tengkuk, bahu dan sendi-sendi. Bila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”. 

Apabila seseorang itu telah dimasuki jin atau makhluk halus, ia perlu terlebih dahulu dikeluarkan atau dimusnahkan (dengan izin Allah SWT). Keupayaan mengeluarkan atau memusnahkan jin, makhlus halus, racun sihir dan santau ini perlu dipelajari dan ia suatu keupayaan yang diberikan oleh Allah SWT. Apabila makhluk halus itu telah dikeluarkan atau dimusnahkan, ia disusuli dengan doa oleh pesakit dan amalan bacaan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Asy Syu'araa, Surah Arrad, Surah Taha, Surah Fussilat, dll.



GANGUAN SIHIR– Ada banyak jenis ganguan sihir. Sebagai contoh - ilmu hitam ialah sihir yang boleh melemahkan tenaga batin seseorang. Ramai pesangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan untuk meruntuhkan rumah-tangga mereka. Ramai ahli sihir menggunakan jin untuk mengawal pemikiran dan nafsu syahwat seseorang. Di sini jin itu akan merosakkan urat saraf di tulang belakang seseorang itu melemahkan tenaga batinnya dan juga mempengaruhi pemikiran dan emosi suami dan isteri supaya mereka tidak sehaluan. Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasokkan ke dalam badan sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan.

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA - Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-
  • Semasa Lailatul-Qadar.
  • Ketika hujan turun.
  • Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
  • Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
  • Di tengah malam.
  • Di antara azan dan iqamah.
  • Ketika sujud dalam solat.
  • Ketika iktidal akhir dalam solat.
  • Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
  • Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
  • Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
  • Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Alhamdulillah...moga bermanfaat untuk semua yaa...sudi-sudilah copy untuk simpanan & share dengan kawan-kawan yerk...boleh buat rujukan dengan ustaz @ ustazah @ dengan mereka yang lebih pakar...kalau ada yang salah, mohon maklumkan kepada NuNa agar dapat diperbetulkan... in syaa Allah, kalau dah jumpa sumber asal @ blog asal, NuNa akan share okeyh... wassalam....

2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah, syukur dapat info bermanafaat..mukjizat al quran...segalanya penyembuh syifa' ada pada Al Quran, sebagai ikhtiar, perubatan islamiah. Rawatan moden atau alternatif jika diadun bersama..in sha Allah akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Semuanya atas kudrat dan iradat Allah jua. Terima kasih. Amiin.

kongsi share said...

๐Ÿ’Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐Ÿ‘‰๐Ÿผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐Ÿ‘๐Ÿป

3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

๐Ÿ‘๐ŸปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ

*NOTE* :

Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring