Thursday, January 9, 2014

Kuasa 'Tindakan' Untuk Berjaya...

Alhamdulillah….
Pada 5 Januari 2014 – Ahad, NuNa & suami berkesempatan menghadiri Seminar Dunia Usahawan Dr. Azizan Osman di Sunway Carnivall Convention Centre Penang.

Akhirnya, berjaya jugak p seminar Dr Azizan Osman (DAO) ni…beberapa kali terlepas peluang termasuk dua kali yang berlangsung di Alor Setar. Ini satu kuasa TINDAKAN pertama yang perlu NuNa & suami buat untuk terus berjaya...menuntut ilmu!

Ya Allah….ramainya sungguh! Pakat-pakat ambil peluang hadiri seminar! Bukan dr Kedah & Penang ja, yang dari Grik pun ada…nak menuntut ilmu tak perlu beralasan kan…terlupa plak NuNa  nak ambik gambar sebab ralit mengadap & membaca buku ~ Kuasi Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan ~ yang diberi secara percuma kepada semua peserta. Dah la kursus percuma, buku pun percuma…

nindia buku yg free tu...ada kawan yg join seminar sebelum ni kata buku ni kena beli...tp NuNa & peserta musim nih dpt free... TQ DAO...

Walaupun ilmu tu terhad & amat basic, tp nilainya sangat tinggi…Alhamdulillah…terbukak sikit minda nih tentang perniagaan especially untuk bangunkan lagi Cyber Café kami yang sediada sejak 4 tahun yang lalu.

Sentap jgk dengan statement DAO yg 1 nih….

“Kajian menunjukkan 5 tahun peniaga yang berniaga – BANKRAP!”

Ouch ouch ouch….harap Cyber Café kami akan terus beroperasi & terus maju dengan perancangan baru NuNa & suami. Shaklee pun…hehehe…

Kenapa BANKRAP???
Sebab tak berilmu, sistem tak betul, matlamat tak jelas….

Kalau nak buat bisnes, MESTI ada –
  •       Matlamat & Mentor
  •       Emosi – faham/ilmu tentang emosi pelanggan
  •       Sistem & strategi yang betul
  •       Tindakan yang luar biasa
  •             Impian yang jelas & intension yang betul


B A N G K I T
Bisnes Akan Naik Guna Kuasa Ilmu & Tindakan

NuNa summarized sikit okeyh…just point…nak detail kena baca buku DAO laa...hehehe...

The Power of Giving…komitmen…semakin banyak member, semakin banyak menerima…in syaa Allah balasan itu ada dr sumber yang tak terduga…jangan lupa BERSYUKUR…jangan lupa untuk BERSEDEKAH…
  • Apa yang kita FIKIR adalah DOA
  • Apa yang kita RASA adalah DOA
  • Apa yang kita CAKAP adalah DOA
  • Apa yang kita AMAL adalah DOA


Hope NuNa & suami akan terus bersemangat serta berusaha menuju kejayaan dalam bidang perniagaan ini. NuNa harap tindakan selepas ini membuatkan NuNa lebih bersedia untuk berhenti kerja…ya! Berhenti kerja…bukan untuk duduk saja, tp nak bekerja sendiri…

Sebelum ni klu baca mana-mana iklan tentang seminar DAO tak pernah amik peduli…sejak akhir-akhir ni jerk rasa nak p sangat-sangat… start dengan ‘like’ FB Page DOA (Alumni Dr Azizan Osman)…pastu ada kawan NuNa ni mmg follow seminar-seminar DAO dan sekarang dah jadi Crew untuk seminar DAO….Sarah…dengan dia la NuNa bgtau keinginan nak join tuh…bila ada seminar ni buat kat Penang, Sarah message NuNa… Tq Sarah…



NuNa & suami berharap akan dapat join Seminar Advance Marketing Power satu hari nanti… AMP yang akan berlangsung 17/1/2014 ni memang tak dapat join… L belum rezeki lagi… in syaa Allah, moga ada peluang untuk kami…harap lepas ni takdak dah alasan untuk terus berjaya...

No comments: