Monday, May 26, 2014

Insulin Semulajadi Tubuh

Makanan Penawar Yang Meningkatkan Pembebasan Insulin Semulajadi

Sumber: Ensiklopedia Makanan - Penawar Semulajadi

KENCING MANIS terjadi apabila sel dalam pancreas (dikenali sebagai Kepulauan Langerhans) gagal untuk menghasilkan hormone insulin. Pancreas adalah organ atau kelenjar yang panjang & besar yang terletak di belakang bahagian bawah perut.

Kekurangan insulin bermakna tubuh tidak berupaya untuk mematabolismakan karbohidrat (gula & kanji). Gula @ glukos kini terkumpul dalam darah sehinggalah ia melimpah masuk ke dalam air kencing. Kehilangan berterusan karbohidrat yang penting ini akan mendedahkan kepada symptom kencing manis. Ini termasuklah rasa kehausan, kelaparan & pembuangan air kencing yang terlalu kerap. Berat badan turun dengan cara terus walaupun pengambilan makanan meningkat. Tubuh menjadi lemah, masalah kulit adalah lazim, penglihatan menjadi kabur & kaki akan terasa kejang. Kencing manis bertambah teruk jika diabaikan kerana tahap glukos dalam darah mula tidak menentu.

Pancreas ~ organ @ kelenjar yang panjang & besar yang terletak di belakang bahagian bawah perut

Kenali Pancreas dan kedudukan Pulau Langerhans

Pancreas & perincian Pulau Langerhans

Insulin Sintetik Boleh Menyebabkan Reaksi

Insulin yang disyorkan oleh doctor dikatakan dapat menyediakan apa yang pancreas tidak mampu hasilkan dalam kuantiti yang mencukupi. Tetapi ia mungkin mempunyai kesan yang sebaliknya pula. Kejutan insulin mungkin disebabkan oleh terlalu banyaknya insulin bagi membuang kadar kandungan gula yang terlalu banyak pada satu-satu masa. Muka yang membengkak & gangguan penglihatan adalah dua kesan sampingan yang biasa terjadi disebabkan oleh insulin sintetik. Namun tubuh kita memerlukan insulin yang mencukupi untuk membantu menguraikan gula & kanji. Pancreas yang lesu perlu dikejutkan & diaktifkan semula supaya ia dapat menjalankan tugas pembebasan yang mencukupi bagi menanggung karbonat ini.

Ragi : Makanan Penawar Untuk Pankreas Yang Malas

Untuk membantu tubuh anda mengendalikan gula, untuk menyubur & mengaktifkan pancreas anda yang malas, jadi ia membebaskan kandungan insulin yang normal, satu elemen yang diperlukan – KROMIUM.  Elemen surih ini (mineral/galian) bertindak sebagai pengecas di mana ia memasuki Kepulauan Langerhans yang mudah rosak. Ia terdapat di sekitar pancreas & mengaktif serta mengejutkannya supaya membebaskan lebih banyak insulin.

Kromium dijumpai dalam bentuk yang pekat dalam makanan penawar dikenali sebagai ragi. Makanan penawar ini mengandungi sel pokok yis yang dikeringkan & dikecutkan. Ia adalah komposit yang cukup berkuasa yang mengandungi kepekatan nutrient yang tinggi terutama kromium. Ia tidak mengandungi gula, lemak & kanji; membuatkan ia sangat bermanfaat kepada pesakit kencing manis yang memerhatikan karbohidratnya. Kromium dalam ragi berkecenderungan untuk melaraskan mekanisme Kepulauan Langerhans dalam pancreas, menyebabkan rembesan insulin semulajadi terkawal & mngikut masa.

Insulin tidak boleh berfungsi tanpa kromium, di mana ia merupakan galian penting yang diperlkan oleh pancreas. Apabila dibekalkan dengan kandungan kromium yang pekat melalui ragi, pancreas berupaya untuk berfungsi dengan lebih sempurna dalam menjalankan tugasnya membebaskan insulin yang mencukupi. Tahap glukos dalam darah berkecenderungan untuk meningkat bersama dengan kromium, kerana kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengekalkan keseimbangan yang sihat. Kromium diikat dalam bentuk organic dalam bentuk ketahan glukos & dengan demikian membantu melaraskan pembebasan insulin serta penggunaannya.

Teknik Berkuasa Yang Mengaktifkan Pancreas

Untuk meningkatkan penghasilan insulin oleh pancreas yang lesu, suburkan ia dengan kromium. Cubalah teknik ini >>
~ Dalam segelas jus tomato, tambah 2 sudu besar ragi (dari kedai kesihatan @ farmasi) dan kacau/kisar.
~ Minum segelas pada waktu pagi, segelas tengahari & segelas petang.
~ Pelbagaikan jus sayuran seperti kobis, saleri, salad atau sebagainya untuk rasa yang lazat.

Kromium daripada ragi akan dibebaskan dalam aliran darah di mana ia berupaya untuk memasuki Kepulauan Langerhans yang terikat pada komponen insulin & mempercepatkan hormone kepada semua bahagian tubuh yang mana akan mencernakan gula dan kanji. Ragi adalah sumber kromium yang pekat.

Makanan penawar / sumber lain untuk Kromium termasuklah hati, daging lembu, roti bijirin sepenuhnya, lobak manis. Makanan ini perlu diambil dalam kuantiti yang besar untuk mendapatkan kandungan kromium yang mencukupi. Oleh itu, adalah lebih berkesan untuk menggunakan ragi yang mana ia mempercepatkan kuasa dinamik pada kromium kepada pancreas bagi mengejutkan ia dalam membebaskan insulin yang diperlukan bagi jangkamasa yang singkat.

Mineral Makanan Penawar Yang Mengaktifkan Pankreas

MANGAN adalah elemen atau unsur surih yang seringkali menentukan samada pancreas membebaskan insulin yang mencukupi atau tidak. Mineral ini amat berkuasa di mana ia mempengaruhi matabolisme dan mempengaruhi proses penguraian glukos agar dapat membebaskan insulin yang mencukupi untuk menggunakan karbohidrat yang berlebihan.

Mangan diperlukan untuk sintesis asetilkolin, yang mana ianya adalah penghantar saraf yang memulakan tindakan pancreas supaya insulin melimpah untuk bertahan dengan metabolism karbohidrat.

Sumber: sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin sepenuhnya, ragi, herba seperti cengkih, halia & cordomom. Juga boleh didapati dalam bentuk makanan tambahan.

Kejutkan pancreas anda yang tidur dengan mengambil makanan penawar ini supaya dapat membantu tubuh menggunakan karbohidrat dengan sebaiknya untuk melindunginya terhadap kekurangan insulin.

Hasil pembacaan NuNa, dapat disimpulkan bahawa diabetes ni bukanlah satu penyakit kekal. Ia boleh diperbaiki dengan mengaktifkan semula pancreas kita. Amalkan makanan kesihatan / penawar yang bersesuaian & amalkan gaya hidup sihat.

No comments: