Selepas berkenalan dengan Kencing Manis a.k.a Diabetes (nama glamer beliau), entry ni NuNa nak kongsi gejala / peringkat perkembangan beliau di dalam tubuh badan kita.
Untuk anda yang belum kenal dengan beliau, jemput laaa berkenalan dengan beliau di sini >> Encik Kencing Manis
Bagi yang dah kenal, jom cari beliau di dalam tubuh kita...kot-kot dah melampaui batas 'menyetubuhi' diri anda tanpa anda sedar! ouch! hahaha...
Peringkat -
peringkat Perkembangan Kencing Manis yang Sungguh Menyedihkan!
Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap
Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap
Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan
menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit
yang menghalang pengaliran darah yang lancar.
Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Panas dan
Dahaga
Kepekatan
gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis
darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang
menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk
meminta bekalan air.
Peringkat
Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk
Darah
yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut
oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak
terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan
mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari
(lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya
pada waktu petang.
Peringkat
Ke-4: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama
Tidak
kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon
dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.
Peringkat
Ke-5: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas
Ini
merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan
sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak
dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan
menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan
yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.
Peringkat Ke-6:
Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.
Pengerasan darah
pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel
kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.
Peringkat Ke-7: Gangrene Bernanah
Mulu Muncul di Hujung Jari Kaki
Jari-jari
kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai
dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang
pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat
diangkut keluar, keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah
kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke
tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat...
Peringkat
Ke-8: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang
Terdedah!
Jangkitan bakteria yang tidak
terkawal, penyelesaian (sementara) adalah... Potong! Mula-mula potong tapak
kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha
Peringkat Ke-9: Penglihatan
Menjadi Semakin Kabur
Kapilari
yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah
(yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi
katarak atau... Buta!
Peringkat Ke-10:
Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan
lain-lain Penyakit Sekunder.
Buah
pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan
sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu
berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada
ubat-ubat yang anda makan itu.
Peringkat
Terakhir?
Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana
nyawa mangsa-mangsa kencing manis berakhir... Sungguh menyedihkan! :(
Hmmm...next entry, makanan penawar okeyh!
Thanks to Dr Azizah atas perkongsian info hebat ni!
:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps
No comments:
Post a Comment