Friday, April 11, 2014

ESP Shaklee Wajib Untuk Semua Peringkat Umur

Kehebatan ESP Shaklee – wajib untuk Awet muda

SUMBER PROTEIN
“Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah pada suhu yang tinggi iaitu semasa proses memasak.”

Oleh itu untuk memastikan anda mendapat jaminan protin yang diperlukan, Shaklee ada menyediakan apa yang dinamakan ESP (Energizing Soy Protein Isolated Powder) yang lengkap.

PENTINGKAH PROTEIN ???
Menurut Dr.Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein - ini kerana dikatakan tubuh badan manusia terdiri daripada sel-sel dan ianya dibuat dari protein seperti kulit, rambut, darah, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari ada sahaja sel-sel kita yang mati.. Protein untuk membaik-pulih kerosakan sel bagi memastikan integriti sel.

Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum. Protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzymes, antibodi and neurotransmitter. Sel adalah ibarat batu-bata bagi sesebuah bangunan. Mampukah memiliki bangunan yang kukuh dan hebat jika batu-bata yang digunakan lemah dan tidak mencukupi?

Apakah Makanan kepada Sel kita?? Check fakta makanan untuk sel di sini >> Makanan Sel

ESP SHAKLEE
Ciri-Ciri ESP SHAKLEE:-
  • ESP SHAKLEE Non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
  • Membantu penyerapan vitamin dan mineral
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • ESP SHAKLEE membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
  • ESP SHAKLEE lengkap mengandungi 9 essential amino acid (essential bermakna vitamin wajib tetapi tidak boleh dihasilkan oleh badan)
  • ESP SHAKLEE mempunyai PER (Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
  • ESP SHAKLEE memiliki rasa yang enak, boleh dicampur dengan susu dan jus kegemaran anda, atau diminum sejuk atau suam sahaja. 


Koleksi Testimoni ESP SHAKLEE terhadap NuNa:
  • Membaikpulih sel kulit, kurangkan parut, kurangkan masalah jerawat.
  • Menghilangkan masalah selulit.
  • Menganjal & menggebu seluruh bahagian badan dan mengekalkan dalam bentuk asal, seperti yang diimpikan oleh setiap wanita dan pasangannya.
  • Mengelakkan muka kendur seperti bentuk pear.
  • Pilihan yang baik di bulan Ramadan - mengenyangkan dan meneutralkan asid yang menyebabkan gastrik dan membekalkan tenaga terutama kepada ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak. (enak dibancuh bersama PERFORMANCE & MEALSHAKE)
  • Sangat elok diminum sewaktu stress untuk mengimbangkan semula emosi - akan rasa kembali tenang dan stabil.
  • Sangat elok untuk masalah food poisoning - kesan yang begitu cepat meredakan.
  • Paling penting protin memastikan integriti setiap sel-sel, oleh itu menentukan tahap penyerapan vitamin-vitamin lain yang diambil. Tingkatkan integriti sel-sel dengan protin supaya penyerapan semua vitamin lain menjadi maksima/tahap optimum!

Kehebatan ESP Shaklee – wajib untuk Awet muda >> awet muda??
Kalau semua sel-sel diperbaharui, sihat...semua sistem sihat...tak muda ka? Umur bertambah, tapi sihat macam orang muda...haaa...awet muda tu bukan kat muka jaa...muda itu di luar & di dalam yerk... 

CUBA, RASA & KONGSI !

:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Thursday, April 10, 2014

Konsep Pemakanan Suplemen / Vitamin / Makanan Tambahan

Konsep Pemakanan Sihat Shaklee
Konsep Shaklee ialah memberikan satu jaminan zat kepada tubuh kerana makanan kita hari ini memang tidak mampu berbuat demikian malah mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya pada badan, tetapi itulah pilihan makanan yang kita ada.

MAKANAN SEL IALAH PROTEIN YANG LENGKAP DENGAN SEMUA AMINO PERLU (ESSENTIAL), VITAMIN-VITAMIN PERLU, MINERALS PERLU, KABORHIDRAT, LEMAK, AIR DAN SEBAGAINYA. Oh yaa…harap maklum - sel-sel kita tak kenal roti canai, nasi lemak, makanan arab, makanan western dan sebagainya yerk! Kalau pun ada sumber protin di situ, agak-agak, banyak mana? ‘Kenyang’ tak sel?

Setiap makanan yang masuk akan diproses untuk mendapatkan keperluan sel-sel tersebut dan yang tidak perlu dikeluarkan oleh tubuh melalui najis dan air kencing << perkara basic yang kita dah belajar kat sekolah dulu kan??

Malangnya makanan kita hari ini hanya sedap dan kenyang sahaja, dan lebih banyak yang perlu dibuang dari diperlukan sel, maka apabila sel tidak mendapat makananya apa yang berlaku? Manusia kalau tak makan @ tak dapat makanan apa yang berlaku eh??

Malang sekali lagi sistem pembuangan tubuh juga tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik!!

Sel-sel ini bergabung membentuk tisu > tisu-tisu membentuk organ > beberapa organ bekerjasama membentuk sistem > seperti sistem pernafasan, sistem jantung, sistem imuniti, sistem pembuangan dan segala sistem yang ada dalam badan >>> Sistem-sistem ini membentuk tubuh!

Oleh itu kekurangan 1 zat perlu/wajib pada sel, akan memberi kepincangan kepada tisu, kepada organ, seterusnya sistem dan tubuh mula menunjukkan tanda-tanda kepincangan itu melalui tanda-tanda kekurangan zat >> dah faham belum? Tanda kekurangan zat tu adalah seperti ‘kurang sihat’ @ ‘tak sihat’, lenguh badan, gastric, segala mak nenek lagi lah…

Bagaimana sikap anda?
Ada yang perihatin, ramai yang tidak endah dengan tanda-tanda tersebut. Sekiranya tidak perihatin terhadap tanda-tanda awal kekurangan zat maka akan sampailah ke satu peringkat di mana sistem tubuh gagal secara serius dan membentuk masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi jantung, buah pinggang, gaut, batu karang, sembelit, asma..banyak kalau nak senaraikan nih….

Bagaimana Shaklee Membantu Macam Ubat?
Apabila sel-sel dapat segala keperluannya, maka sistem-sistem akan mula boleh berfungsi, itu saja konsepnya! Manusia kalau tak makan, tak larat, bila dah kenyang, boleh laa lari! 

Kalau NuNa katakan ubat lebih kepada ‘kebalkan’ @ ‘melalikan’ badan kita daripada terus merasa sakit, setuju tak? OK, tak nak komen banyak sebab ubat tetap perlu bagi yang memerlukan untuk elak sakit tapi vitamin membantu tingkatkan kesihatan. Nanti kita sembang perbezaan ubat dan vitamin k…

Sebagai contoh:
1. Bila ada Protin Lengkap/ ESP, maka sel-sel yang rosak, tercedera dapat dibaiki dan diganti semula. Sel adalah unit paling asas dalam tubuh, menjadikan ESP pilihan wajib nombor 1 dalam rangkaian produk Shaklee untuk apa saja permasalahan. Jadi jangan kata Shaklee tidak berfungsi sekiranya tidak terlebih dahulu dimulai dengan ESP! Bila sel tak sihat, macam mana nak berfungsi dengan baik untuk menggerakkan sistem lain?

2, Setelah sel wujud, perlu diberi makanannya. Untuk memastikan setiap sel mendapat makanannya, perlulah mengambil 2 biji multivitamin multimineral a.k.a Vitalea selepas makan setiap hari. Jadi untuk apa juga masalah kesihatan, VITALEA adalah wajib.

3. VITAMIN C - untuk melindungi sel, integriti sel, jangkahayat sel, kecantikkan sel dan banyak lagi!

4. B COMPLEX - memberi tenaga pada sel, menukar makanan kepada tenaga, anti stress dan banyak lagi.

Perasan tak? Empat Produk yang kononnya NuNa bagi 'contoh' di atas merupakan Set Asas Kesihatan! Dan lebih kepada ‘makanan sel’!

Soalan: Bolehkah makan vitamin E, lecithin, alfalfa dan lain-lain serentak?

Saintis Shaklee Menjawab: We are not aware of any science to suggest conflict in taking both/any vita E and alfalfa etc at the same time. All the nutrients are taken up by appropriate receptors in the small intestines.

* Terdapat barisan saintis dibelakang produk Shaklee yang sentiasa bekerja keras bagi memastikan – Shaklee Always Work, Always Safe, Always Green. Itulah kehebatan Shaklee!

Soalan dari NuNa: Kalau ada vitamin tak boleh diambil bersama pada satu masa, kenapa Shaklee buat semua vitamin bergabung dalam satu tablet Vita Lea?

Jawapan : Sama saperti jawapan saintis Shaklee di atas, iaitu berlainan enzim akan bertindak balas dengan berlainan vitamin dan diserap di bahagian perut yang berlainan. Contoh calcium diserap di bahagian paling atas iaitu duodenum…dan garlic paling bawah, sebab itu untuk ambil garlic perut kena ada isi mengelakkan angin ‘reflux’.


Ada plak soklan: Makan serentak, darah tak pekat ka?

Wah…dah tau darah pekat, minum la air banyak you…dan sebab tu jugak la disediakan jadual makan…harapnya you all tak syok sendiri time makan vitamin tuh! Ahaks! Lepas makan nasi, minum air nak bagi ‘nasi turun’…makan ubat ka, vitamin ka…kena minum air jugak…bagi turun…

Semoga serba sedikit telah membantu dalam memahami konsep suplemen supaya ada kekuatan untuk berdisiplin dan mendapat nikmat kesihatan secara semulajadi yang berterusan.

Kalau ada yang terguris, terkena batang hidung, harap maaf yaaa...tiada niat dihati... ewaahh...

Salam Sayang dari NuNa...

:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Wednesday, April 9, 2014

Radikal Bebas, Pengoksidaan, Anti Oksida

Apakah zarah radikal bebas yg dikatakan mengancam tubuh kita? Dan apa pula kaitannya dengan anti-oksida?

Zarah radikal bebas sebenarnya adalah disebabkan tekanan mental, pencemaran, merokok, racun perosak dan sinaran. Ianya dimasukkan ke tubuh kita apabila kita menghirup oksigen yang pada masa sama melalui perubahan kimia, seperti pencemaran, asap rokok dan sebagainya. Ia mampu memberikan kesan negatif seperti mendatangkan pelbagai penyakit. 

Zarah radikal bebas yang sangat tidak stabil akan terjadi ketika proses pengoksidaan, apabila ia memasuki tubuh kita, ia akan menukarkan lemak dan lipid dalam badan kepada bahan yang boleh merosakkan sel sihat yang menyebabkan anda uzur dan tua. Oleh yang demikian cara terbaik melawan zarah radikal bebas itu adalah dengan mengawal proses pengoksidaan itu sendiri. 

Antioksida adalah penawar semula jadi kepada ancaman zarah radikal bebas. Sebenarnya ia adalah bahan yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas pemusnah itu, yang akan MEMPERKUKUHKAN KETAHANAN SEL anda. Bahan hebat itu membantu MERANGSANG PEMBAIKAN SEL DENGAN PANTAS dan juga dapat MEMBAIKI DNA yang dirosakkan zarah radikal bebas itu.


Di samping manfaat kesihatan, antioksida itu juga terbukti dapat MEMPERLAHANKAN PROSES PENUAAN serta MEREMAJAKAN dan MEMANJANGKAN ZAMAN MUDA. Dengan mencari dan meneutralisasikan zarah radikal bebas, antioksida bertindak sebagai pengemas rumah dalaman badan.

Pada hakikatnya, antioksida berkesan sebagai penghapus zarah radikal bebas sehingga mereka sering dapat mengatasi sesuatu masalah sebelum apa-apa kerosakan molekul berlaku. Dengan demikian, antioksida boleh dipanggil PENGAWET MUDA DALAMAN BADAN MANUSIA.

Antioksida juga memainkan peranan penting dalam MEMBINA DAN MENGEKALKAN KEKEBALAN BADAN. Antioksida menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisma pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisma lain yang menyumbang kepada proses penuaan.

Dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan memasukkan pelbagai makanan yang kaya dengan antioksida dalam menu harian, anda dapat membekalkan badan dengan bekalan antioksida secukupnya tanpa sebarang masalah.

Memandangkan makanan itu mudah didapati, tidak ada alasan untuk tidak memasukkannya dalam pemakanan dan dalam rancangan anda untuk hidup dengan sihat.

Apakah makanan yang kaya dengan anti oksida? 
>> Makanan yang mengandungi Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E !!! 


Sebab tu, ada orang sebut Vitamin ACE! 

Bagi pengamal suplemen Shaklee, Vitamin ACE adalah Carotomax (Vitamin A), Vita-C Sustained Release dan Vita E Complex >> suplemen antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas & meningkatkan perlindungan badan.


:: Nurul Nadia Hazizan
:: HP 013-4309343 (sms/whatsapp)
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Tuesday, April 8, 2014

Kepentingan Kalsium, Magnesium & Vitamin D

KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat. 

Jumlah pengambilan Kalsium yang optimum mengikut peringkat umur

Bagaimana pula dengan Magnesium? Vitamin D? Adakah Magnesium & vitamin D dikenali ramai sebagaimana Kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa Kalsium, Magnesium & Vitamin D umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain? 

Secara ringkasnya, KALSIUM diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot. 

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis. 

Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan. 

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli. 

Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik. 
Bagaimana pula dengan MAGNESIUM?
Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan. 

Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan. 

Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan. 

Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan. 

Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.

VITAMIN D meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang. Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, lantas menyebabkan tulang yang lembut dan tidak sempurna. Manifestasi ini dikenali sebagai rikets untuk kanak-kanak dan osteomalasia untuk orang dewasa. Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. Selain itu, Vitamin D juga boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, kuning telur dan produk tenusu yang diperkuat dengan Vitamin D.

Kesan-kesan kekurangan kalsium, cuba periksa adakah anda mengalami:
  • Sakit sendi
  • Kuku senang patah
  • Ekzema
  • Kenaikan paras kolesterol dalam darah
  • Tekanan darah tinggi
  • Insomnia
  • Kekejangan otot
  • Kebas tangan dan kaki
  • Gemuruh
  • Rheumatoid arthritis
  • Gigi mereput
  • Depresi
  • Hyperaktif

OSTEMATRIX Shaklee membekalkan Kalsium lengkap bersama Magnesium + Vitamin D + Zinc + Manganese + Boron + Copper untuk melengkapkan keperluan harian tubuh badan.

1biji Ostematrix = 250mg Kalsium (Saranan pengambilan adalah 4 biji)
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps

Monday, April 7, 2014

Elak Batu Karang Hempedu Dengan Lecithin

Pundi hempedu adalah until berbentuk buah lai pada sisi bawah hati kita. Tujuannya untuk menyimpan & memekatkan hempedu, yang mana datang daripada hati kita melalui saluran khas untuk diserahkan pada usus melalui saluran lain. Pundi hempedu diperlukan untuk membantu mencernakan lemak, nutrient penting yang diperlukan oleh semua bahagian tubuh. Jika pundi hempedu tidak berfungsi dengan betul, ia memulakan reaksi rangkaian masalah kesihatan yang lain yang boleh membawa kepada penuaan tubuh & batu karang hempedu!

Simptom >> pencernaan bergas, ketidaktetapan, gangguan penglihatan, pencernaan lemak yang lemah, kembung, lesi pada kulit kerana lemak tidak diserakkan dengan sempurna.

Jika kemerosotan fungsi hempedu lebih serius, kulit kita akan bertukar ke warna putih cat @ kekuning-kuningan, mata juga boleh menjadi tidak berwarna.

Batu yang terbentuk di dalam salur hempedu sekaligus menyebabkan jangkitan bersama dengan jaundis & kecederaan hati. Jika serangan pundi hempedu terhasil dripada batu dalam salur hempedu, kepedihan yang teruk tersebar daripada atas abdomen ke belakang @ kanan bahu.


BEBAS DARIPADA BATU KARANG HEMPEDU
Susan P. berasal dari sebuah keluarga di mana kebenyakan adik-adik perempuannya mengalami batu karang hempedu. Oleh kerana itu, dia melindungi dirinya daripada risiko masalah kesihatan ini. Dia telah bertanya kepada doktornya yang mempunyai pemikiran makanan tentang makanan yang boleh meningkatkan rintangan terhadap batu karang hempedu. Doktor telah menyarankan Susan P. supaya mengambil sekurang-kurangnya empat sudu granul LECITHIN (daripada kedai kesihatan & farmasi) setiap hari. Susan P. mematuhi nasihat doctor dengan mengambil LECITHIN. Susan P. bebas dari risiko batu karang hempedu walaupun umur telah menjangkau 60 tahun, manakala adik-adik yang lain mendapat batu karang hempedu pada usia 40 tahun. Susan P. menggelar LECITHIN sebagai MAKANAN PENAWAR yang membebaskan daripada batu karang hempedu.


FAEDAH ‘MAKANAN PENAWAR’
  • LECITHIN, makanan penawar yang berasal dari kacang soya.
  • Kebolehannya dapat memperbaiki keupayaan untuk mencerna & menyerap lemak kerana kemampuan mengemulsinya.
  • Ia melarutkan penimbunan kolestrol yang berkemungkinan membeku & mengkristalkan untuk membentuk batu karang.
  • Faedah berkuasanya ialah ia boleh memecahkan penimbunan lemak ke dalam partikel yang mana boleh melepasi tisu untuk penyerapan tubuh.

Inilah makanan penawar yang menawarkan kesihatan pundi hempedu & kebebasan daripada risiko batu karang hempedu!


AMALAN ASAS KESIHATAN PUNDI HEMPEDU
  • Hapuskan makanan yang digoreng, pastry berlemak, berempah, daging khinzir & krim.
  • Nikmati daging tanpa lemak yang dipanggang @ dimasak, bijirin sepenuhnya, buah-buahan, sayur-sayuran.
  • Elakkan dari tekanan.
  • Kekalkan fizikal & minda dalam keadaan aktif.

LECITIHN Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Seitap kapsul mengandungi 520mg Lecithin soya, termasuk 80mg kolin & 48mg inositol. 



Manfaat lain LECITHIN
  • Membantu tubuh dalam menyerap Vitamin A, D, E & K yang larut lemak
  • Melindungi & memulihkan kesihatan hati
  • Memecahkan lemak & kolestrol
  • Menghalang obesiti - membantu memecahkan & membakar lemak
  • Mencantikkan otot & kulit
  • Memperbaiki alergi
  • Menghalang kejadian batu karang
  • Mempertingkatkan daya ingatan & ringankan stress
  • Menghalang tekanan darah tinggi
  • Memperbaiki kesihatan prostat lelaki
  • Meringankan sembelit - pelembut najis, melembapkan usus, meleraikan toksin di dalam usus

Nak cuba? Jom sembang-sembang...
:: HP 013-4309343
:: Shaklee ID 874901
:: FB Page Your Healthy Steps