Monday, March 30, 2015

SHAKLEE: Mahal ke Murah ???

SHAKLEE MAHAL KE??

Ada yang teragak-agak nak beli Vitamin Shaklee.. Kononnya mahal sangat. Betul ke mahal sangat tu?? Bagi NuNa, tak la... MURAH sebenarnya !!!

Kalau tak percaya, jom kita sama-sama kira. Terutamanya bagi anda yang sangat concern tentang harga.

Kita kira Vitamin yg diperlukan oleh badan setiap hari iaitu vitamin larut air – Vita-C & Vita-B (B-Complex)

Sustained Release Vitamin C 500mg
Harga 1 botol Vitamin C Shaklee RM90* (average)
180bj - untuk 6 bulan (ada yg makan untuk 3 bulan)
1 bj hanya RM0.50 sen sahaja.
1 bj vitamin shaklee = 7 1/2 bj buah oren
1 Bulan hanya RM15* sahaja (average) – kalau bli brand lain, berapa?

Bandingan buah oren (contoh la eh…buah pun mkn jgk kan….tp tak mkn setiap hari kn?)
1 kilo average RM5 = 6 bj buah oren~
1 biji buah oren = RM0.83
7 1/2bj buah oren = RM6.23
1 bulan = RM186.90

Untuk mendapat khasiat yg sama 7 1/2 biji buah oren (500mg vita-c sehari) anda perlu berbelanja RM6.23 sehari (dengan makan buah oren), tp dengan vitamin C Shaklee hanya RM0.50* sen shj :) Jadi anda jimat RM171* ☺

→ baru ni kenduri kat rumah, adik saya beli buah oren 4bj - RM10 ☻
---------------------------------------------------------------------------------------

B-Complex
Harga 1 botol B-Complex Shaklee RM50* (average)
120bj - untuk 4 bulan
1 bj hanya RM0.42 sen sahaja.
1 Bulan hanya RM12.50* sahaja (average) – kalau bli brand lain, berapa?

---------------------------------------------------------------------------------------

Contoh utk vitamin larut lemak plak…paling bagus OmegaGuard Shaklee laaa….

OmegaGuard
Harga 1 botol OmegaGuard Shaklee RM130* (average)
90bj - untuk 3 bulan
1 bj hanya RM1.45 sen sahaja.
1 Bulan hanya RM44* sahaja (average) – kalau bli brand lain, berapa?

Omega Shaklee mengandungi lebih 85% kandungan omega-3 berbanding brand lain. Kalau brand lain, lebih lemak ikan dari omega-3. Nak mkn lemak ikan atau omega-3??? Cer tgk DI SINI 

---------------------------------------------------------------------------------------

Energizing Soy Protein (ESP)
Harga 1 tin ESP RM150 (average)
1 tin ESP tahan 2 bulan (average).. Biasa 2-3 bulan kalau diminum 3x sehari..
2 bulan = 180 kali minum. (1 sudu sekali bancuh) Harga untuk 1 bulan RM75* sahaja (average) Harga sekali minum = RM0.83 sahaja

Bandingan air kotak soya (cth ja….)
Harga RM1.50 sekotak.
Untuk 3x minum setiap hari selama 1 bulan = RM135

Anda jimat RM60 setiap bulan. Cuba bandingkan khasiatnya pula.. yang mana lebih baik untuk kesihatan?

ESP Shaklee Rendah gula & Non GMO !

---------------------------------------------------------------------------------------

Ada jgk supplement Shaklee yang mahal tp mkn ikut keperluan….tak semestinya makan hari2…contohnya….

NutriFeron – untuk meningkatkan sistem imun
Harga 1 kotak (30 sticks) – RM180
Boleh mkn bila demam / rasa nak demam / rasa tak sihat / letih / nak travel…
Kiranya, bila perlu je lah…

Herb-Lax – untuk detox
Harga 1 botol Herb-Lax RM50 (average)
120bj – makan 1 mggu 4bj shj – tahan 7 bulan kot! Lama tuu…
1 bj hanya RM0.42 sen sahaja.
1 Bulan hanya RM7* sahaja (average) – kalau bli brand lain, berapa?

Jadi apa pendapat anda?
Harga Shaklee setanding kualitinya.. Vitamin yang DIJAMIN SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI ;) 

Jangan tertipu dengan tanda harga. Teliti betul-betul. Kadang-kadang yang kita selalu lihat di farmasi murah, tp rupanya hanya 30 biji untuk sebulan.  Rupa-rupanya juga vitamin sintetik, bukan semulajadi pun. Kan dah tertipu!!! Aiyoooo….

Dan dan dan....bayangkan kalau kalian ada keahlian Shaklee....lagi murah laa harga vitamin tu...lagi berbaloi-baloi !!! Keahlian tak sampai RM100 pun, tapi seumur hidup!

Berminat nak tahu tentang Vitamin & mencuba?

Istimewa untuk mereka yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, January 5, 2015

Tips Untuk Kulit Berjerawat

Okeyh, NuNa nak share tips untuk kulit berjerawat dengan kamu semua...

NuNa pun jenis kulit berjerawat jugak nih...dari zaman sekolah lagik...

Jerawat tak tinggal parut, NuNa tak kisah sangat...ni masalahnya tinggalkan parut...sedih sungguh!

Ni tips pemakanan menentang jerawat!

Selain tu, NuNa nak share apa yang NuNa amalkan agar jerawat kat muka NuNa nih tak meriah sangat dengan jerawat dalam satu-satu masa....nak hilangkan terus tu mungkin ambik masa kan...setiap perkara tu mesti berlaku step by step...bergantung pada usaha kita jugak kan...kemudian, nak pastikan yang parut jerawat ni tak terang sangat & cepat pudar....ahah! Ini yang paling penting bagi NuNa...parut!

Pertama yang NuNa amalkan adalah GLA COMPLEX iaitu untuk stabilkan hormon badan NuNa...
Setiap hari usia bertambah, hormon pasti berubah...dah la selalu berubah, hormon yang sediada pun bukan stabil! Period pun suka-suka hati ja bila nak datang...so, kena sabar...stabilkan hormon dulu...GLA COMPLEX juga membantu memperbaiki struktur kulit kerana mengandungi Vitamin E & Omega-6. Omega-6 diperlukan oleh mereka yang mengalami keradangan kulit & jerawat kronik.

Pada masa yang sama, NuNa amalkan ALFALFA COMPLEX untuk detoks toksin dalam badan yang mana toksin ni salah satu punca jerawat! Tujuan detoks jugak untuk pastikan segala makanan kesihatan & vitamin yang dimakan dapat diserap dengan baik oleh badan. Toksin banyak dalam badan nih punca banyak penyakit! Toksin juga boleh menyebabkan ubat-ubat & vitamin yang kita makan tak diserap....itulah yang kita panggil 'makan jadi taik'...

Pastu NuNa tambahkan ZINC COMPLEX & B-COMPLEX....hajat dihati nak tambah Vitamin C...tapi masa tu Vitamin C tak ada stok setahun! Maknanya NuNa amalkan Vitamin C selepas setahun NuNa berusaha dengan vitamin-vitamin lain...Alhamdulillah, kesannya dapat dilihat...

ZINC COMPLEX membantu mempercepatkan pemulihan luka. Jerawat muka NuNa campur-campur...yang jenis jerawat batu ada, tapi jarang-jarang...yang sedang-sedang & bernanah tu biasa laa...yang kecik-kecik tu kadang-kadang jerk...dengan ZINC COMPLEX nih, luka-luka cepat pulih...lagi satu, Zinc nih agen anti-bakteria & membantu memperbaiki radang kulit seperti jerawat...so, elok sangat untuk mereka yang berjerawat & terutamanya ada nanah...

TIPS: Kalau jerawat tengah naik, tengah meriah, ambik Zinc Complex sahaja, tinggalkan semua vitamin lain...jerawat akan cepat reda & pulih!

B-COMPLEX pula membantu dalam pembentukan kolagen, mencegah kulit kusam & anti-stress! NuNa kalau stress, cepat jaa jerawat nak keluar...stress jugak cepatkan penuaan yeee...jadi amalkan Vitamin B untuk energy, elak stress, serikan wajah, kulit licin & bersinar!

Kemudian, bila jerawat-jerawat dah beransur kering, dah reda, NuNa tambahkan VITAMIN E with SELENIUM di mana manfaatnya membantu mengatasi kulit berminyak, mengurangkan parut jerawat, mengaburkan & mengecilkan liang pori-pori wajah yang terbuka luas, awet muda...

Lepas tu NuNa try ESP ~ Energizing Soy Protein...try untuk energy & diet kononnya...tapi manfaat ESP sebenarnya banyak untuk kulit kerana ia membantu dalam proses pembentukan & pertukaran sel kulit muka setiap 21 hari! Amat membantu memperbaiki struktur kulit sekaligus membantu memperbaiki parut! Kulit juga rasa lebih lembut, tegang & cantik! Sesuai untuk mereka yang parut berlubang-lubang!

TAHUKAH ANDA?
~ Sel kulit muka diperbaharui setiap 21 hari & jaminan kecerahan oleh produk dapat dilihat selepas 21 hari!
~ Sel kulit badan diperbaharui setiap 90-120 hari & jaminan kecerahan oleh produk dapat dilihat selepas tempoh itu...

VITAMIN C membantu untuk membina kolagen, membantu mengecutkan jerawat, mempercepatkan proses pemulihan luka, mencerahkan kulit, menghalang pembentukan pigmentasi / jeragat, kulit halus & bersinar. Vitamin C ni kalau tak cerita pun, semua orang tahu manfaatnya...semua untuk cantik! Tahu tak Vitamin C bagus untuk jantung bertenaga? Vitamin C untuk Alahan? Vitamin C untuk demam kuning @ Jaundis?

INFO & TIPS:  VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC COMPLEX membantu dalam pembentukan kolagen & protein untuk pertumbuhan & perkembangan kulit, kuku, rambut & organ.

VITAMIN A membantu untuk mengatasi keradangan kulit / penyakit kulit, mencegah liang roma tersumbat, mencegah jerawat. Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan kekeringan kulit serta terjadinya whitehead & blackhead.

TIPS: Gabungan VITAMIN A + VITAMIN C + VITAMIN E menghasilkan agen anti-oksida yang kuat & amat membantu untuk mereka yang mempunyai jerawat batu & kronik. Tambahan GLA COMPLEX untuk memperbaiki hormon badan.



Secara luaran plak, NuNa guna Set Enfuselle untuk Kulit Normal - Berminyak...pencuci muka, toner & pelembap...kulit tak berminyak...tak kering...NuNa jenis kalau pakai apa-apa kat muka, taknak bagi nampak...nipis-nipis macam tak pakai apa tu ok laa...kalau nampak putih semacam, tebal semacam, rimas plak rasa...bedak plak loose powder biasa jaa...

TIPS: Kulit berminyak & berjerawat tak sesuai guna compact powder yaa...seeloknya loose powder...loose powder membantu penyerapan minyak...kalau compact powder, semakin lama, muka kita akan nampak bercapuk, bertompok-tompok, tak rata sebab berminyak...

Kalau sebelum ni, kita sekadar tempek tebal-tebal untuk kaburkan jerawat pada pandangan mata orang, apakata kali ni kita berubah untuk memperbaiki masalah tu dari dalam...dan pasti ia akan berubah! Kalau sekadar tempek-tempek, perubahan tu sementara jaa...pelaburan yang tak berbaloi kan?

Jom cuba hari ini! Step by step...insya Allah...kalian akan dapat rasai perubahannya!

Istimewa untuk mereka yang Istimewa


Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Thursday, January 1, 2015

Tamak Pahala!

Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru 2015...

Selamat Menyambut Hari Maulid Nabi Muhammad SAW~ 12 Rabiul Awal 1436H (3hb Januari 2015)

Jom bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW...




TAMAK PAHALA !
Insyaa Allah tak berdosa...

~ NuNa ~

Tuesday, December 23, 2014

Jaundis @ Demam Kuning : Apa Sebenarnya???

Jaundis @ demam kuning merujuk kepada kehadiran warna kuning pada bahagian kulit, bahagian putih mata yang disebabkan terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan.

Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia disingkirkan dengan cepat oleh hati & dibebaskan melalui najis.

Jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan.

Jaundis berlaku disebabkan kehadiran bilirubin yang berlebihan & tidak dapat disingkirkan oleh hati → mungkin disebabkan penghasilan bilirubin berlebihan @ disingkirkan oleh organ hati secara perlahan.

Bilirubin ialah satu bahan kimia yang terhasil apabila sel darah merah normal diuraikan. Semua darah mengandungi bilirubin & kebiasaannya akan diproses oleh hati & disingkirkan melalui pembuangan najis & air kencing.

Jaundis bukan sahaja berlaku di kalangan bayi yang baru dilahirkan; tapi juga berlaku di kalangan orang dewasa tapi dalam jumlah yang sedikit.

Kebiasaan berlaku di kalangan bayi baru lahir.
~ 3/4 daripada semua bayi normal & sihat akan mendapat kulit berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran.

Jaundis berlaku pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin berlebihan → cenderung mempunyai tahap bilirubin yang tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen & juga kadang kala organ hati belum cukup matang, masih baru serta tak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.

Walaupun jaundis ini adalah normal, tetapi perlu dapatkan rawatan kerana ada juga kes jaundis yang berisiko tinggi menyebabkan kerosakan sistem saraf, pendengaran.

Risiko & Jenis Jaundis Bagi Bayi
  • 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari ke-2 @ ke-3 selepas kelahiran & hilang selepas seminggu (tidak berisiko jaundis teruk). ~ jaundis normal / fisiologi
  • 80% bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara 5 - 7 hari selepas kelahiran & hilang selepas 2 bulan kelahiran. ~ jaundis patologi
  • Jaundis susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan @ memanjangkan tempoh pembuang lebihan bilirubin melalui usus. Jika menyusu badan, tapi bayi masih jaundis, doktor biasanya akan nasihatkan stop penyusuan badan untuk beberapa hari. Pastikan anda daptkan nutrisi yang betul untuk elakkan perkara ini berlaku.

Risiko lebih tinggi untuk bayi berikut:-
  • Bayi lahir pra-matang / tidak cukup bulan
  • Darah ibu & bayi berlainan
  • Dilahirkan secara pembedahan
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Amalan Semasa Hamil
  • Baca al-Quran & doa semasa hamil
  • Makan kurma & buah delima sepanjang kehamilan terutamanya 6 bulan ke atas
  • Minum jus pegaga, air kelapa
  • Minum susu kambing
  • Makanan berkhasiat
  • Bekalan nutrisi lengkap
  • Sikap positif & jangan stress
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan kopi & teh (kafein)
  • Jangan ambil ubatan @ minuman herba

Petua Rawatan Traditional
  1. Jemur bayi di sebelah pagi, seeloknya jam 8pagi iaitu sebelum panas terik. Tutup mata bayi untuk elak silau. Jangan terlalu panas untuk elak kekeringan air pada bayi.
  2. Beri bayi lebih air masak supaya kekotoran & tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat disingkirkan dengan lebih cepat.
  3. Susukan bayi dengan lebih kerap kerana ia membantu bayi membuang air kecil & besar lebih kerap sekaligus mengeluarkan kekotoran yang ada dalah tubuh mereka.
  4. Elakkan pengambilan herba & jamu.
  5. Mandikan bayi dengan air rebusan daun bunga raya + daun sirih + air kelapa. Selepas mandi air rebusan, bilas dengan air biasa. Amalkan untuk beberapa hari.
  6. Beri bayi minum air rebusan kacang bendi (1 cawan air + kacang bendi).
  7. Beri bayi minum sedikit susu kambing.
  8. Beri bayi minum sedikit jus anggur hitam.
  9. Beri susu @ air yang dicampur dengan sedikit madu.
Rawatan di hospital takyah cerita la kan...biar doktor & jururawat yang uruskan.
Normally Rawatan Foto (sinaran cahaya biru) & Rawatan Pertukaran Darah bagi yang serius.

Kita ada alternatif moden jugak...ahahh...

Rawatan alternatif ini sesuai untuk jaundis di kalangan orang dewasa mahupun bayi...tapi untuk kes bayi, ibu la yang kena usahakan...sebab kena supply melalui susu kat bayi...

Apakah agak-agaknya? 
Vitamin yang doktor bagi selepas melahirkan laaa.... biasanya asid folik...apa lagi?

Asid folik dalam kumpulan apa? yaaa.....kumpulan B....amalkan B-Complex sayang-sayang NuNa...dan Vitamin C...

Vitamin C + B-Complex → membantu memecah & membebaskan kepekatan hempedu yang tersimpan di dalam aliran darah! Gabungan ini juga membantu merangsang aktiviti pundi hempedu & hati sekaligus mempercepatkan proses mematabolismekan bilirubin!

Apa vitamin lain yang turut membantu dalam proses ini??? Lecithin & Vitamin E !

Vitamin E adalah asas yang paling aktif dalam aliran darah yang menggerakkan hempedu & diedarkan ke saluran pembuangan yang normal & cepat ; membantu meningkatkan tenaga dalaman mencegah ancaman jaundis.

Apa-apa pun, sekarang mesti dah faham kenapa Vitamin B, Vitamin C tergolong dalamSet Kehamilan & Set Berpantang kan???

Amalkan pemakanan kesihatan yang berkhasiat & bernutrisi...insya Allah...corak pemakanan kita adakalanya faktor utama penyumbang kepada jaundis di kalangan bayi...



Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343

Monday, December 22, 2014

Tips Mencegah Alahan

Bagaimana nak membina halangan semulajadi terhadap alahan?


Sepertimana makanan/vitamin membantu atasi gangguan alahan daripada dalaman, begitu juga cara/gaya hidup semulajadi membantu atasi gangguan daripada luaran.

Di sini NuNa nak kongsikan tips @ cadangan yang disediakan oleh Persatuan Paru-Paru Amerika (Natural Health Bulletin) untuk membantu anda membina halangan terhadap alahan.
  1. Menggunakan cadar, sarung bantal & selimut yang diperbuat daripada bahan bebas allergen @ dibalut dengan pembalut yang tidak ditembusi allergen. Bukan sahaja guna di rumah, tapi bawa bersama ketika urusan luar @ bercuti.
  2. Langsir yang diperbuat daripada bahan yang bebas allergen & boleh dibasuh.
  3. Permaidani & langsir yang berat tidak patut digunakan kerana mudah mengumpulkan habuk.
  4. Lantai perlu dilap @ dimop selalu.
  5. Almari pakaian - elakkan menyimpan selain dari pakaian untuk elakkan pengumpulan habuk. Pakaian juga boleh disimpan di dalam beg tertutup.
  6. Penghawa dingin membantu menapis habuk-habuk yang besar. Jangan biarkan suhu pendingin udara sentiasa tinggi. Suhu yang tinggi juga boleh menyebabkan alahan.
  7. Pasang penapis tingkap dengan ketat kerana penapis yang diperbuat daripada gentian kaca @ polisterin akan menghalang butir-butir yang besar dari pamsuk ke dalam.
  8. Penapis udara elektrostatik diperlukan bagi menghalang butir-butir kecil & membantu mengeluarkan habuk-habuk daripada udara.
  9. Tutup hidung & mulut apabila menggunakan produk semburan, gam, cat @ bahan kimia di sekitar rumah. Pastikan penggunakan produk-produk tersebut di dalam kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik, kipas sedang berpusing untuk menghilangkan bau.
  10. Elakkan berada di dalam bilik yang berasap & berhampiran perokok yang sedang merokok.
========================================================================

Okeyh...itu atasi gangguan secara luaran...dalamannya pulak macam mana?

Bawang putih sebagai antibiotik semulajadi, membersihkan sistem penghadaman sekaligus mengurangkan simptom alahan >> makan sehari 2 ulas bawang putih mentah; 1 ulas pagi, 1 ulas malam → makan bersama salad untuk hilangkan bau bawang putih yang kuat tu.

Nak senang? Ambil 1 biji GARLIC Shaklee...

Apa lagi?

VITAMIN C + B-COMPLEX + IRON & NATRIUM (VITA-LEA) → mengurangkan allergen yang mengganggu saraf, memberi tenaga kepada sistem neuro pernafasan, mencuci keluar kesan allergen daripada darah, memulihkan alahan dengan segera.

========================================================================

Perkongsian Sumber / Rujukan : Encyclopaedia Of Power Food

Istimewa Untuk Mereka Yang Istimewa

Jom cuba & rasai keberkesanannya....
SMS / WhatsApp / Telegram : 013-4309343